BAB 3

Romance Series 17488

"Liya shif pagi ke.. fullday hari ni?" Liya disapa oleh Zamri dari belakang ketika masing² berbaris untuk punchcard masuk bertugas.
"Liya fullday hari ni. Zam?"
"Fullday juga. Botak cuti hari ni."
"Oh.. Nanti jumpa lagi masa rehat. Itu pun kalau rehat sama lah.." sambil berjalan beriringan masuk Liya memberi pesanan. Zam hanya menunjukkan jari simbul ok sambil berlari anak menuju ke tempat bertugasnya.
Sebaik aja sampai ditempat Liya bertugas, tangannya terus ligat melaksanakan kerjanya. Kasut disusun rapi dan habuk yang melekat di cermin pameran di lap bersih menggunakan kain lap.
"Hai... Liya. Morning.." Sapaan secara tiba² itu membuatkan Liya terkejut. Dia terus memandang yang empunya suara sedangkan sebelum ini takde seorang pun yang berani menegur Liya.
"Hai.. Morning.." sambil membalas jawab. Dahi Liya berkerut memikirkan kenapa tiba² hari ini boys yang dari tingkat bawah dah mula berani menegur dia. Sedangkan sebelum ini semuanya hanya berani melemparkan senyuman setiap kali bertembung.
"Hai Liya.. Morning.. Comel lah Liya hari ni pakai tudung pink. Cantik menawan gitu.. Ada apa² yang special ke hari ni?"
"Hai Abang Mus. Morning. Haippp... Tak mau puji lebih². Nanti jadi kembang semua yang ada dekat muka Liya ni."
Mendengarkan jawapan Liya, Terus Musli sambut dengan gelak ketawa. Liya pun turut sama ketawa. Terus Musli mengarah ke tempat bertugasnya. Tak lama selepas itu lagu dari kaunter DJ pun berkumandang..
Kebiasaanya di sebelah pagi pelanggan agak kurang masuk ke tingkat atas memandangkan ramai pelanggan yang datang tertumpu hanya mencari barang keperluan rumah di tingkat bawah. Jadinya Liya boleh berehat sekejap sambil menyiapkan laporan jualan yang tertangguh semalm.
Dalam pada leka buat laporan, tiba² suara DJ berkumandang memulakan promosi. Ketika itu juga hatinya mula berdebar kuat.
"Kau ni dah kenapa Liya gemuruh tiba² bila dengar suara dia ni?" Liya bergumam sendirian.

Seminggu terus berlalu. Sana sini kawan² sekerja bercerita berkenaan DJ baru ni. Semuanya sudah pun berkenalan. Hanya Liya sahaja yang tinggal masih belum berpeluang untuk mengenali siapakah insan yang bernama Sham ni.

Berkali² sebenarnya Liya cuba curi intai di kaunter DJ untuk melihat dan mengenali siapa sebenarnya yang bernama Sham ni. Namun selalunya hampa. DJ tu kerap kalinya takde di kaunter tu.
"Dia keluar rehat sama aku kot tu yang aku tak jumpa dia?" Buku laporan jualan yang baru saja selesai dia siapkan, ditutup. Dagunya ditongkat dengan kedua² tapak tangannya. Dahinya berkerut² cuba mencari sebab kenapa dia masih tak berpeluang untuk mengenali siapa DJ baru ni. Seringnya hanya nama yang meniti di bibir rakan² setugasnya...
"Liya tak buzy ke hari ni?" Suzie datang menyapa dan membantutkan khayalannya.
"Takde lah. Baru aja siap buat laporan jualan yang minggu lepas punya."
"Liya dah berkenalan dan bertegur sapa dengan DJ baru kita tu?" Sambil membetulkan duduknya di kerusi, Suzie bertanya.
Liya hanya mencebikkan bibir bawahnya sambil menggeleng.
"Laaa... belum ke? Kenapa?"
"Nampak kelibatnya pun Liya tak pernah lagi. Macamana orangnya pun Liya tak tahu. Macamana nak berkenalan dengan dia?"
"Kak Suzie dah jumpa dia. Boleh tahan lah juga orangnya. Kurus.. tinggi.. yang paling penting bila dia senyum... aduhhhh... menggegar jiwa akak ni dek non... hansem..."
"Ehhh... akak ni dah kenapa? Gatal sungguh ye.." Pinggang Suzie dicubit oleh Liya.
"Aduhh.. sakit lah... Betulll... akak tak tipu. Nasib baik lah akak ni dah bertunang tau tak. Kalau akak still single... hmmm... nyum.. nyum.. auwmmmm..." bibir bawahnya dijilat dan digigit membayangkan keghairannya memandang Sham. "Kalau akak still single macam Liya kan.. Dari awal dia sampai sini lagi akak dah goda dia sampai jadi laki akak tau tak... hahaha..." Terus Suzie ketawa besar.
"Eeeiiii... gatal juga akak ni ye.. Nanti Liya report kat tunang akak tu tahu lah.." Liya mengugut.
"Heiii... budak ni. Tak boleh lah akak ni nak bergurau. Saja nak ugut akak ye.." Giliran Suzie mencubit pinggang Liya.
Liya sempat mengelak sambil ketawa.
"Ok lah.. akak nak masuk office kejap nak jumpa Bos besar dalam tu. Nak jumpa akak sekejap katanya. Entah apa lah halnya tu. Akak pergi dulu." Suzie terus bangun dan menghala ke arah pejabat. Liya hanya memandang Suzie berlalu sehingga hilang kelibatnya di sebalik pintu pejabat yang memisahkan ruang jualan dan pejabat.
Setelah itu lamunannya kembali kepada hal yang berkait dengan DJ baru tu.
"Ke...aku tak jumpa dan nampak dia disebabkan kami keluar rehat sama? Kalau keluar rehat sama, dia nya yang mana satu? Kenapa aku tak pernah terserempak masa rehat dekat Warung? Atau dia keluar makan tempat lain?... Hish... serabutlah kalau fikirkan pasal dia ni. Ada baiknya aku abaikan aja. Ada rezeki nanti mesti aku akan kenal juga siapa dia ni."
Liya terus menghentikan lamunannya dan mematikan semua persoalan yang bermain di mindanya. Dia kembali membuka buku laporan jualannya untuk membuat semakan akhir sebelum diserahkan kepada bos department nya yang dikhabarkan akan datang membawa stok baru dalam sehari dua lagi.
_________________________________

"Sham...Dah lebih 2 minggu kau intip dia dari jauh ni. Kenapa kau masih tak bertindak lagi mulakan berkenalan dengan dia?" Musli menegur Sham yang sedang leka memerhatikan Liya dari jauh.
"Aku tak berani lah. Entah lah.. aku macam kecut perut lah bila nak mula langkah. Aku jadi gemuruh gila tau tak bila nak rapat dia." Sambil berbual, matanya masih terpaku memandang ke arah Liya.
"Apa lah kau ni.. Liya tu bukannya garang orangnya. Dia jenis lembut lah orangnya. Mana tahu nak marah orang. Yang kau nak takut dengan dia tu dah kenapa?" Bahu Sham dipukul oleh Musli melepaskan geram.
"Kalau kau lambat bertindak kan Sham... Aku pulak yang masuk jarum nanti ambik dia kau tahu lah.. Aku ni selalu juga keluar makan dengan dia tau."
Mendengarkan ugutan Musli, Sham terus beralih memandang Musli.
"Jangan lah Mus.. Kesiankan lah dekat aku. Aku cuma belum berani aja nak mulakan ni. Angau dah angau habis ni. Tapi tu lah... masih tak kuat nak berdepan dengan dia."
"Apa punya Mat Romeo lah kau ni Sham. Pengecut sungguh. Kena kebas dengan orang luar baru kau tahu nanti. Aku macam ada nampak satu group polis muda tengah try apit dia kebelakangan ni."
Mendengarkan berita terkini tu buatkan Sham menjadi panik.
"Betul ke Mus? Alaaa... melepas lah aku kalau macam tu." sambil tu Sham menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal.
"Padan lah muka kau. Yang kau lambat sangat bertindak tu dah kenapa?"
Sebelum Musli berlalu pergi, Dia sempat menumbuk lengan Sham melepas geram.
Sham tak sempat nak mengelak. Tempat bekas Musli tumbuk diurut bg menghilangkan sakit.
Mood untuk memerhatikan Liya dari jauh di hentikan. Dalam langkah longlai di turun tangga menuju ke arah kaunter DJ nya. Sesampainya di kaunter, di atas kaunternya terselit sepucuk surat bersampul bunga.
"Eh!? Surat dari siapa ni? Siapa juga lah peminat misteri kedua aku ni?"
Tanpa berfikir panjang, terus aja Sham buka sampul surat tu. Sebaik aja ditarik, tiba² jatuh sekeping gambar di atas lantai terkeluar dari celahan surat tu. Sham membongkok dan mengutip gambar yang jatuh tu. Sebaik aja Sham melihat gambar tu, dia terus simpan semula gambar itu ke dalam sampulnya dan meletakkan ke dalam bag galasnya.
"Kalau Liya yang bagi kan bagus. Tak payah lah aku nak susahkan diri cari idea macamana nak hilangkan gemuruh nak jumpa dia. Ini budak lain yang bagi. Malas betul lah aku nak layan. Nanti aku pas kat member aku lah suruh layan ayat budak ni." Sham menghela nafas kecewa sambil duduk menyandar. Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang
"Kau dah kenapa Sham? Macam orang tengah kecewa aja? Whats your problem bro? Can I help you?"
Sham mengeluarkan sampul surat yang baru disimpannya tadi dari bag galasnya dan menghulurkan pada Said. Dengan muka berkerut kehairanan said sambut huluran surat itu lalu dibukanya dan baca. Sehabis dibacanya, Said serahkan semula kepada Sham sambil tersenyum sinis.
"Kau dah baca ke surat tu?"
"Tak.. aku tak baca langsung. Bila terpandang gambar budak tu, trus aku simpan balik dalam bag. Mati² lah aku ingat dari Liya. Kalau dari Liya, dah tentunya itu jam juga aku jawab setuju terima. Rupanya bukan.. Hmmmm.... Hampa gile aku tau tak?" Sham mengeluh panjang sambil meluahkan rasa kecewa yang teramatnya.
"Macamana Liya nak mulakan sedangkan dia langsung tak kenal kau lagi. Nampak kelibat kau pun tak pernah lagi tau tak. Apa lah kau ni." Said memberi penjelasan.
"Haa??? Liya masih tak kenal aku lagi ke Said? Langsung??" Sham kehairanan akan hal yang Said sampaikan.
"Ye... tak pernah lagi sebab takde sesiapa pun yang tunjukkan dekat dia. Kami berdua malas lah nak kenalkan kau dekat dia. Nanti nampak sangat yang kami bersubahat dengan kau."
"Laaa... ye ke?"
"Sham.. Kau shif pagi kan hari ni?"
"Haah.. kenapa?" Sham mendongak mengharapkan kepastian.
"Kalau kau nak dia nampak kau buat kali pertamanya, apa kata kau punch card balik lambat sikit hari ni. Liya pun shif pagi hari ni. Kalau nak rasa macamana aura rasa bila bertentang mata dengan dia, nak tengok dia senyum manis dekat kau, kau tunggu dia lalu depan kaunter ni nanti. Mesti akan buatkan kau tidur malam makin tak lena nanti. Jadikan kau mengigaukan dia siang malam."
"Kau ni kan Said. Jangan lah buatkan aku tambah gila dekat dia Said. Bila kau suruh aku buat macam tu kejap lagi... alamakkkk... mampu ke aku hadap ni nanti. Jangan aku yang pengsan sudah."
"Hahaha... Apa lah kau ni Sham. Pelik betul aku tengok kau ni. Lawak lah."
"Said..Jangan lah gelakkan aku. Waktu balik ada ½jam lagi. Alamakkkk.... laju gila jantung aku ni sudahnya Said. Cuba kau rasa." Sham tarik tangan Said dan diletakkan tapak tangan Said ke dadanya."
"Huishhhhh.. Gile laju. Panik gile kau ni Sham. Kau tak pernah rasa macam ni ke sebelum ni bila jumpa perempuan? Bukan ke kau dah pernah ada ramai awek sebelum ni?"
"Tak pernah Said.. Aku tak pernah lagi rasa macam ni. Ini lah kali pertama aku rasa. Tu yang aku pelik. Dengan dia ni feeling aku pelik sungguh. Terpikat dah memangnya dah. Cuma keberanian aku tu yang entah terbang hilang ke mana sejak nampak dia buat kali pertama haritu."
"Sham... Sham... Manusia pelik lah kau ni." Said menggelengkan kepala sambil ketawa.
"Sampai hati kau gelakkan Aku Said?"
Said terus ketawa tanpa henti.
"Sham... Itu abang ipar dia datang nak jemput dia balik. Kau ready pandang reaksi dia bila nampak kau nanti." Said menunjuk kepada sham ke arah abang ipar Liya yang sedang menunggu Liya balik. Kedudukannya memang hampir sangat dengan kaunyer DJ.
Tak lama lepas tu staf yang kerja shif pagi mula turun balik. Sham bergilir memandang ke arah seorang demi seorang staf yang keluar dari ruang loker. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju skali lagi bila terpandang Liya. Dengan sabar Sham menunggu reaksi Liya bila terpandang dia nanti. Sedang Liya berjalan menuju ke arah abang iparnya, Liya menoleh ke arah Sham. Selepas itu Liya mengukirkan senyuman yang manis kepada Sham. Kemudian Liya tertunduk malu. Sambil memakai topi keledar, sekali lagi Liya memandang ke arah Sham dan lemparkan senyuman sekali lagi kepadanya. Saat itulah Sham terpaku dalam reaksi yang dia sendiri kurang pasti apa. Nak dikatakan tengah balas senyum, rasanya tidak.. Degup jantungnya semakin laju. Lututnya dirasakan seakan longlai. Dirasakan dia tak mampu lagi untuk berdiri tegak secara betul.
Sebaik aja motor yang dinaiki Liya bergerak, Sekali lagi Liya pandang Sham sambil tersenyum. Tapi kali ni reaksi Liya bukan senyum, tapi ketawa sebabnya dia menutup mulutnya.

Selepas Liya berlalu pergi...
"Woiiii... Sham.. Dia dah pergi lah. Yang kau melopong lagi tu dah kenapa?" bahu Sham ditepuk oleh Musli sambil ketawa. Sebaik Sham tersedar, terus dia terduduk longlai di di kerusi yang memang Said dan Musli siap sediakan. Mereka tahu kejadian itu bakal berlaku kepada Sham. Said dan Musli masih lagi ketawa terbahak-bahak mengenangkan kejadian lucu yang terjadi kepada Sham tadi.
"Kau ni buat malu kaum adam ajalah Sham.. Apasal kau buat reaksi macam tu dekat Liya? Sepatutnya balas lah senyum juga.. Ini tak.. Yang kau terlopong tu dah kenapa? Mana tak Liya pun ketawakan kau juga."
"Sampai hati korang gelak sakan ejek aku ye.. Aku terkejut gila tau tak tadi. Aku nak balas senyum tapi macam tak boleh. Muka aku macam kebas. Aku pun tak sedar apa reaksi aku masa tu. Aku melopong ke? Bukan senyum?"
"Kau tanya Mus. Aku gelak tak boleh nak berhenti ni. Lawak giler muka kau masa tu Sham." Said berkata salam situasi masih ketawa.
Musli pun masih dalam situasi menahan ketawa. Dia tak mamou utuk bersuara hanya jarinya yang mamlu menunjuk ke arah Said sambil menganggukkan kepala mengiakan apa yang Said bagi tahu.
"Ya Allah... malunya aku dekat Liya... Mana aku nak sorok muka ni dari Liya oooiiii..." Sham menekup mukanya yang dirasakan mula panas dengan kedua² tangannya menahan rasa malu yang teramat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience