BAB 51

Romance Series 17488

"Atiliya. Awak nak pergi mana?" Melihatkan Liya turun dari katil, Indra menegur Liya.
"Oooh. Doktor Indra. Nak pergi bilik air nak ambil wudhuk untuk maghrib." Liya menjawab
"Boleh gerak sendiri tak ni?" Indra bertanya.
"Insyaallah...boleh. Dah tak pening lepas makan petang tadi."
"Ok... Hati-hati." Indra memberi nasihat.
selesai solat Maghrib dan berzikir Liya naik semula ke atas katil perlahan-lahan. Setelah itu Liya sambung semula berzikir.
Sedang Liya duduk sambil berzikir. ..
"Assalamu'alaikum... Saya tak ganggu Atiliya ke ni?" Indra menegur.
"Waalaikumussalam. .... Eh?! Doktor Indra. Tak lah. Tengah free ni." Liya menjawab.
"Saya nak tanya sesuatu ni. Dari mula Atiliya masuk sini lagi saya nak tanya tapi keadaan awak buat saya tangguh nak tanya." Indra memulakan perbualan.
"Doktor nak tanya apa? Macam penting aja?" Liya kehairanan dengan kenyataan doktor Indra.
"Saya nak kepastian aja. Takut saya salah orang. Emmmm.... Atiliya dulu bekas pelajar SMTK Raub ke?" Indra bertanya.
"Haah. Mana Doktor tahu?" Liya terkejut.
"Saya pun dari sekolah sana tapi senior Atiliya lah." kata Indra
"Maknanya Doktor pun kenal saya lah?" Sekali lagi Liya terkejut.
"Kenal dengan Jefry tak masa Atiliya tingkatan 1?"
"Haaa... Abang Jefry yang gatal miang tak tahu bahasa tak nak tu? Apa tak kenalnya. Kenal sangat. Sampai sekarang tau saya ingat lagi apa yang dia dah buat dekat saya. Sekarang dia ada di mana? Lepas dia tukar sekolah terus tak jumpa dah sampai sekarang." Liya bercerita.
"Dia sekarang ada di Johor. Jadi arkitek sekarang." Indra memberitahu.
"Alhamdulillah... Jadi orang juga akhirnya. Ingatkan jadi kacang hantu dah." Liya melepaskan geram sebaik teringatkan kejadian yang berlaku antara dia dan Jefry. Indra hanya tersenyum bila mendengarkan cerita Liya.
"Saya sebenarnya satu kelas dengan dia." Indra memberitahu
"Haaa??? Kenapa saya tak perasan dengan doktor Indra?" Liya terkejut.
"Saya jadi pemerhati aja dari jauh. Malu nak muncul kan diri."
"Ada pulak macam tu. Tapi bila saya pandang doktor sekarang rasanya saya pernah nampak kot masa sekolah dulu. Kan kita kelas satu blok. Tak mustahil terserempak."
"Memang banyak kali terserempak pun. Masa kelas kita pindah di bangunan baru pun banyak kali terserempak. Cuma Atiliya tak pandang saya pun sebab Awak tak suka pandang lelaki kan?" Indra bertanya.
"Haah.. Memang saya masa tu saya tak biasa pandang lelaki. Saya pemalu sangat sebenarnya dengan lelaki. Itu sebabnya ramai yang kenal saya dari saya kenal orang."
"Jadinya saya tak salah orang lah ni. Memang kita ni pernah satu sekolah Selama 2 tahun."
"Patut lah masa saya pertama kali nampak doktor tadi saya rasa macam pernah jumpa tapi tak pasti di mana. Rupanya kita pernah satu sekolah." kata Liya
"Tu lah.. Tak sangka kan jumpa di sini. Lepas ni Atie nak belajar bidang apa pulak?" Indra bertanya.
"Tak pasti lagi. Rasanya nak ambil medical. Apa guna ambil sains tulen masa SPM kalau tak gunakan ilmu kan?"
"Oooh.. Masa SPM Atie ambil Sains tulen?Kalau Atie nak ambil medical sepatutnya dari lepas SPM lagi dah ambil. Kenapa sambung STPM?" Indra kehairanan.
"Haah... memang SPM ambil sains tulen. Cuma results tak cantik aja masa SPM. Kalau mohon medical pun tak lepas rasanya. Tu yang sambung STPM. Tapi rasanya tak ambil medical kot sbb STPM saya ambil perakaunan. So ambil sama ada akaun atau bisnes kot. Emmm..Tak pasti lagi." Liya bercerita.
"Ok lah.. Saya nak balik asrama. Lain kali kita jumpa lagi. Rasanya kejap lagi Hakim sampai. Dia kata tadi nak datang jumpa Atie. So sebelum dia nampak kita berbual ni, baik saya balik dulu. Nanti apa pulak dia kata."
"Ok doktor Indra. Kita jumpa lagi nanti."
Selepas itu Indra pun berlalu pergi.

Sedang Liya leka meneliti galeri telefon...
"Assalamu'alaikum.... Intan payung.."
"Eh!? Abang.. Waalaikumsalam..." Tanda hormat Liya salam tangan Hakim seperti yang diamalkan sebelum ini manakala Hakim mencium umbun-Umbun Liya yang beralaskan tudung itu.
"Atie dah makan ke?" Hakim bertanya sambil meletakkan plastik berisi makanan di atas meja.
"Petang tadi dah lah.. Malam ni kalau nk makan pun yang ringan-ringan aja lah. Tak nak yang berat."
"Atie temankan abang makan boleh? Abang belum makan lagi ni sebab ingat nak makan dengan Atie." Hakim meminta simpati.
"Laaa... kenapa tak makan lagi. Kalau Atie dah tido tadi, kesian abang. Abang ada bawak apa tu untuk Atie?" Liya bertanya berkenaan bungkusan plastik yg dibawa oleh Hakim
"Makanan berat pun ada, kueh pun ada ni. Abang beli dekat pasar malam tadi tak jauh dari hospital ni." kata Hakim.
"Banyaknya abang beli.. Ni nak makan atau nak mencekik? Boleh habis ke ni nanti? Atie ni dah lah tak sihat abang...Mana lah boleh makan banyak-banyak. Tak masuk tekak lah.."
"Atie tengok dulu apa abang beli. Nanti mesti Atie boleh habiskan punya..."
Satu persatu Hakim buka plastik yang berisi makanan tu.
"Ok... yang kueh muih ni Atie boleh makan. Yang makanan berat ni Atie tak mampu nak sumbat dah.Tadi petang pun Atie dah kenyang.."
"Abang tak kira. Atie kena juga makan dengan abang."
"Eeeeeiii.... Suka memaksa kan.." Liya menolak
"Kena juga makan." Hakim menyuruhnya juga
Hakim mula makan di hadapan Liya sambil berbual dan bergurau. Sambil berbual, Hakim menyuap juga kepada Liya. Dalam pada masa yang sama Hakim meneliti rekod perubatan Liya. Selepas meneliti Hakim merenung Liya. Selera makannya terhenti selepas melihat fail itu tadi.
"Kenapa abang pandang Atie macam tu? Atie ada buat salah ke?" Liya kehairanan bila Hakim berhenti makan dan merenung ke arahnya.
"Intan payung abang ni sayang abang tak sekarang?" Hakim bertanya.
"Kenapa abang tanya soalan tu? Mesti lah Atie sayang. Dah jumpa semula ni, lagi lah Atie sayang. Apa maksud abang ni?" Liya kehairanan.
"Atie tahu tak abang risaukan Atie sejak Atie masuk sini. Abang cuba nak buat Atie happy. Abang cuba nak buat Atie tenang. Tapi kenapa Atie masih dalam keadaan stress... Atie ada masalah apa sebenarnya ni? Cuba share cerita dengan abang kalau Atie sayangkan abang." Munir bersuara tegas. Hakim seakan tidak puas hati dengan apa yang disorokkan oleh Liya.
Terus Liya tertunduk diam dan berhenti makan. Sinaran matanya mula redup dan berkaca. Kelopak matanya mula bertakung dengan jernihkan air mutiara.
"Ok.. kita stop makan sekejap. Abang nak pegi ambil kerusi roda dulu. Lepas tu abang nak bawak Atie ke suatu tempat yang tenang dan abang nak Atie ceritakan semuanya dekat abang. Tunggu sini."
Tak sampai 5 minit Hakim sampai dengan kerusi roda. Meja yang penuh dengan makanan ditolak tepi. Liya di angkat dan diletakkan di atas kerusi roda. Badan Liya diselimutkan dengan sweater miliknya, Kaki Liya diselimut dan mula menolak ke satu kawasan di belakang wad yang laluannya agak kurang yang guna.
"Ok..sekarang takde sesiapapun dekat sini. Sayang abang ni sekarang dengan abang aja. Cuba cerita dekat abang apa yang berlaku sebenarnya kebelakangan ni dekat Atie? Abang nak Atie ceritakan sehabis nya malam ni juga. Abang tak nak Atie simpan apa-apa lagi. Lagi Atie simpan akan lagi mengganggu kesihatan Atie. Bila dah ganggu, Atie akan ada lebih lama dekat sini. Atie nak macam tu ke?" Hakim bertegas.
Dalam beberapa ketika kedengaran Liya menangis.
"Ok..sekarang sayang menangis lah sepuasnya. Lepaskan sehabisnya jangan simpan. Abang ada." Hakim menarik kerusi roda Liya rapat ke arahnya duduk lalu memeluk Liya dan membiarkan Liya menangis sepuasnya di atas bahunya. Setelah tangisan Liya semakin reda, dilepaskan Liya. Jemari Liya dipegang dan di belai lembut. Saputangan yang kebetulan sememangnya selalu dibawa ke mana pun digunakan untuk mengelap air mata Liya yang semakin laju keluarnya. Setelah tangisan Liya semakin reda dan yang tinggal hanya sedu akibat terlalu menangis,
"Abang sayang Atie tau.. Abang sayang sangat-sangat. Dari dulu sampai sekarang abang masih sayangkan Atie. Kalau Atie sayang abang.. Sekarang abang nak Atie luahkan semua yang terbuku dalam hati dan dalam minda Atie tu. Abang tak nak Atie tinggalkan satu cerita pun yang menyakitkan tu. Luahkan sehabisnya. Jangan rahsiakan apa pun dari abang."
Setelah beberapa ketika Liya mendiamkan diri, perlahan-lahan Liya menarik nafas dan dihembuskannya perlahan-lahan bagi mengumpulkan semangat.
"Atie pernah bagitahu abang dulu yang Atie dah berjanji selagi Atie masih bergelar pelajar dan masih berniat untuk sambung belajar Atie tak nak melibatkan diri dengan percintaan kan? Abang ingat lagi tak?"
"Ye.. abang ingat sangat. Sampai sekarang abang pegang janji Atie tu. Tu sebab abang tak nak ganggu Atie masa belajar." Jawab Hakim.
"Untuk pengetahuan abang.. bila Atie datang ke Selangor ni lepas habis STPM, Atie dah langgar janji Atie sendiri. Atie cuba lawan untuk tak terlibat dengan cinta. Tapi Atie kalah. Akhirnya Atie tanpa sedar dah jatuh cinta pada seseorang. Dia cinta pertama Atie. Atie memang sangat-sangat cintakan dia. Tapi sayang.. Dia khianati cinta Atie. Dalam kami tengah hangat bercinta tiba-tiba dia ditangkap basah dengan perempuan lain. Dalam masa seminggu dia dinikahkan dengan perempuan tu. Atie sakit hati sangat-sangat waktu tu. Atie terus putuskan hubungan kami. Atie tinggalkan dia tanpa mendengar penjelasan dia. Selepas sebulan Atie tinggalkan dia, Datang seseorang dari kalangan rakan sekerja yang meluahkan perasaan dia yang dia dah lama dalam diam jatuh hati dekat Atie Dia sangat berhasrat untuk mendapatkan hati Atie. Pada awalnya Atie menolak dia disebabkan hati Atie masih terasa sakit sangat angkara dikhianati. Tapi dia tetap berusaha untuk mendapatkan cinta Atie. macam-macam cara dan macam-macam usaha dia cuba untuk dapatkan Atie. Lama kelamaan Atie kalah dengan pujuk rayu dia. Atie terima dia dgn bermula sebagai kawan. Atie cabar dia di andainya dia berjaya merawat luka hati Atie yang dicederakan angkara pengkhianatan, Atie akan terima cintanya. Dia memang tak pernah berputus asa. Cuba dan terus dia cuba tanpa jemu. Lama kelamaan dia berjaya buat Atie lupakan kisah duka Atie. Atie sangkakan dengan bersama dia segalanya akan indah dan bahagia. Tapi dia siksa Atie lebih teruk dari yang sebelum ni. Dia buat pengkhianatan di depan mata Atie. Dia buat onar depan mata Atie. Bila ditanya kenapa buat semua tu depan mata Atie, katanya bagi membantu rakannya berlakon mengaburi mata bakal suami rakannya tu yang dipilih oleh keluarganya. Katanya perempuan tu tak suka dengan pilihan keluarganya. Masa tu hati Atie dah mula hancur berkecai. Hampir setiap hari kami bertengkar mempersoalkan perbuatannya itu. Lama kelamaan hati Atie makin tawar. Dalam masa yang sama perempuan tu berterus terang dengan Atie bahawa dia dah jatuh hati dengan teman lelaki Atie ni dan berhasrat untuk menjadikan teman lelaki Atie ni bakal suaminya dalam jangka masa terdekat ini. Lelaki yang sebelum ini dah Atie cintai sepenuh jiwa raga Atie. Atie dan dia dah merancang hampir untuk menuju ke pengakhiran zaman bujang kami. Bila dia dah khianati cinta yang Atie dah beri, segalanya dah tak bermakna lagi. Segalanya dah musnah, hancur berkecai tanpa bersisa. Selepas perpisahan tulah Atie mula tak terurus. makan minum atie terabai. Waktu tidur Atie selalu tak menentu. Fikiran Atie serabut selalu. Atie jadi kuat termenung. Sampaikan ada kawan-kawan yang menangis tengok penderitaan Atie. Lepas letak jawatan, Atie bawa diri ke rumah keluarga angkat Atie di janda baik. Di rumah keluarga angkat Atie tu lah Atie rebah dan membawakan Atie ke sini dan ditakdirkan berjumpa dengan abang sekarang ni."
Hakim tidak memberi sebarang reaksi. Jemari Liya di genggam dan kemudian belakang tangan Liya dicium.
"Kenapa sayang kena lalui semua ni? Kenapa sayang terseksa macam ni. Sakit sayang sakit juga hati abang ni tau tak."
"Abang...dengan hadirnya abang kali ini, Sekurang-kurangnya melegakan kesakitan yang Atie tanggung selama seminggu ni. Kalau Atie lambat jumpa abang, Atie sendiri tak tahu apa yang akan berlaku. Silap cara Atie boleh gile atau alami gangguan emosi teruk. Mungkin bukan di sini tempat Atie. Mungkin dia wad sakit jiwa." kata Liya.
"Lepas luahkan semua ni apa yang Atie rasakan sekarang?" Hakim bertanya
Liya membalas dengan senyum.
"Dah boleh senyum ni...maknanya sayang abang ni dah ok lah kan?"
"Terima kasih abang sayang.. Kalau abang takde, Tak tahu lah apa jadi dekat Atie." Sambil tu Liya mengusik hidung Hakim.
"Sekarang ni sayang dah lega kan? Apa kata kita masuk dalam semula dan kita sambung makan. Abang lapar lagi ni. Lagilah bila tengok sayang dah boleh senyum macam ni. Lagilah abang cepat lapar." Hakim mengajak.
"Apa abang ni... dah elok panggil Intan payung, kenapa nak tukar panggil sayang pulak?"
"Panjang sangat. Panggil sayang tu pendek sikit. Lagi mesra dan manja sikit."
"Eeeeeiiii.... Sejak bila dah makin gatal ni ha?" Liya mencubit pipi Hakim.
"Sejak jumpa Atiliya semula."
"Eeeeehhhhh. .. Macam tu pulak. Belum 24 jam tau kita jumpa, Abang dah miang macam ni."
Sambil berbual dan bergurau, Hakim menolak semula Liya ke katil.
Sesampainya di katil, Liya cuba untuk bangun sendiri. Tapi dihalang oleh hakim dan di angkat oleh Hakim dan diletakkan Liya semula ke atas katil.
"Atie boleh buat sendiri kan... Malu lah dipandang dengan pesakit lain. Atie bukan sakit teruk pun." Liya berbisik kepada Hakim.
Hakim tidak membalas. hanya tersenyum.
"Jom kita makan. Abang dah lapar sangat ni. Tadi patah selera nak makan. Tapi jangan bisinglah sebab ada yang dah tido tu." Hakim berbisik
"Tahu pun. Abang aja lah sudahkan makan. Atie dah kenyang sangat ni. Atie makan kueh aja lah temankan abang." Liya memberitahu.
Selesai makan, Hakim kemas semua yang ada di atas meja. Baki makanan yang tak habis dibuang. Kueh yang masih tak terusik Hakim letak di atas almari kecil sebelah katil Liya.
Selesai kemas.
"Ok sayang...Abang nak balik dah ni. Esok abang masuk kerja pagi. Indra pun sama. Kita jumpa esok tau. Kueh yang abang letak tepi tu kalau masih boleh di makan esok, makan. Kalau dah tak elok, buang." Hakim berpesan dalam nada berbisik
"Ok abang. Esok masa bertugas jangan nak menggatal macam tadi Ye.. behave sikit. Jaga kelakuan tu. Tak mahu nampakkan sangat tau." Liya mengingatkan juga dalam berbisik.
"Ok sayang..Intan Payung.. Abang cuba tau. Kalau terover, Sory dulu tau awal-awal."
Liya buat muka tak puas hati.
"Buat lagi... Comel." Hakim mengusik.
Liya cuba mencubit pinggang Hakim tapi Hakim sempat mengelak.
"Ok...Abang nak balik dah ni.."
Liya terus salam Hakim dan Hakim balas dengan cium umbun-Umbun Liya.
"Bye..Assalamu'alaikum. "
"Waalaikumussalam. .. Bye.."

Sebaik sahaja Haikal hilang dari pandangan, Liya terus baring menghilangkan penatnya. Badannya masih rasa lemah dan seluruh sendi badannya masih menyengat.
Sedang Liya berkira-kira untuk melelapkan mata, telefon bimbit pemberian Munir berbunyi.
"Adoiiiii...Masa ni lah dia nak Call. Baru nak baring." Liya merungut sendiri
"Assalamu'alaikum... abang."
"Waalaikumussalam. .sayang.. Sory..terlewat call. Sayang dah nak masuk tido ke?" Munir bertanya.
"Humairah baru nak letak kepala. Abang lah lambat sangat Call Humairah. Dari tadi tau tunggu. Dah lah Humairah ni tak sihat. Mana boleh tunggu lama-lama." Liya merungut.
"Ala. .ala..ala.. Marah abang ke sayang.. Sory lah. Abang baru lepas sembang dengan Mak Odah. Sampai terlupa nak Call sayang. Jangan lah merajuk..." Munir memujuk.
"Bukan merajuk.. Cuma penat aja. Petang tadi Kan Humairah dah makan ubat. Ni tengah mula mamai lah ni. Dari tadi Humairah menahan tunggu abang Call. Ni Humairah dah tak tahan dah." Liya memberitahu.
"Alaaaa. ..abang baru ingat nak sembang dengan sayang. Ok lah... sayang rehat Ye. .Esok tengahari abang datang. Pagi lepas subuh abang Call sayang. ok?"
"Ok abang.. Humairah nak tido dah ni. Tak larat dah nak tahan. Sory tau sebab tak dapat nak layan abang sembang." Kata Liya dalam nada bersalah.
"Tak pe. Salah abang pun. Sayang rehat lah. kita jumpa esok. Bye sayang...Assalamu'alaikum. ."
"Waalaikumussalam. ."
Selepas letak telefon, Liya terus simpan telefon dalam laci dan mula melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience