"Awak.. saya nak tanya sikit ni. Harap awak tak marah lah ye..." Liya cuba meminta izin.
"Tanya lah.. Saya cuba jawab kalau saya ada jawapannya.." Sham. memberi izin dan membetulkan duduknya memberi tumpuan kepada Liya.
"Emmmm.... saya nak tanya pasal awak dengan Azie."
"Haa?! Mana Liya tahu pasal saya dengan Azie?" Sham terkejut sangat bila Liya ajukan pertanyaan yang berkait dengan Azie. Sedangkan tak ramai pun yang tahu berkenaan dia dan Azie.
"Kenapa pulak awak terkejut bila saya tanya pasal Azie dekat awak?" giliran Liya pulak terkejut dengan reaksi Sham.
"Bukan macam tu... Tak ramai sebenarnya yang tahu hal ni. Said, Mus dengan Suzie aja yg tahu. Itu pun baru 3 hari sudah dia orang tahu sebab saya mintak tolong dengan dia orang. Liya pulak sejak bila tahu pasal saya dengan Azie?" Sham memberi penjelasan dan cuba dapatkan kepastian.
"Saya dah lama kenal dengan Azie sebenarnya. Sejak mula saya masuk kerja sini lagi. Dia selalu share cerita dengan saya. Termasuk lah dia nak berkenalan dengan awak. Itu pun saya tahu."
"Wow!! Kira rapat juga lah ye Liya dengan Azie?" dalam terkejut sham masih cuba mencongkel rahsia berkait dengan Azie dekat Liya.
"Saya takde lah rapat sangat. Kawan macam tu aja. Dia nak bercerita, jadinya saya pasang telinga ajalah... macam tu aja."
"Ok... sebelum Liya nak tanya saya, saya nak tanya Liya dulu. Boleh?"
"Tanya lah.. Apa yang awak nak tahu sangat tu?"
Sham membetulkan silanya dan menarik nafas sedalamnya dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia cuba mencari kekuatan semangat untuk bersedia apa juga reaksi Liya selepas ini.
"Ok.. macam ni. Liya dah lama kan kenal denga Azie?"
Liya hanya menganggukkan kepala mengiakan pertanyaan Sham.
"Boleh tak Liya jujur dengan saya bagitahu saya sejak bila Azie cerita dekat Liya yang dia mengaku dia dah couple dengan saya?"
"Dia bagitahu saya yang dia nak berkenalan dengan awak dan dia nak jadikan awak boyfriend dia. Katanya kalau awak jawab kiriman surat yang dia nak berkenalan tu, maknanya awak dah setuju jadi boyfriend dia. Bila awak jawab kiriman surat dia, sejak tu lah dia bagitahu saya yang awak ni boyfriend dia." Liya menjelaskan dengan panjang lebar.
"What!? Dia bagitahu macam tu dekat awak?" dengan nada suara yang separuh tinggi Sham terkejut.
"Kenapa awak terkejut sangat? Ada yang tak kena ke dengan cerita saya?" Liya kehairanan.
"Yes.. memang saya terkejut sebab apa yang jadi bukan apa yang Liya dah tahu sekarang. Semua cerita tu tak betul. Saya langsung takde apa-apa hubungan dengan dia. Saya kawan biasa aja dengan dia. Saya rasa Liya mesti pernah baca surat-surat yang saya pernah bagi pada Azie kan?" Sham bertanya.
Terus Liya berkerut muka kehairanan bila Sham bertanyakan soalan itu kepadanya.
"Macamana awak tahu?"
"Biasalah tu.. kalau dia boleh share cerita, tak mustahil dia boleh share baca surat.. betul tak?" Sham cuba meneka.
"Betul lah tu... Memang ada pun. Tapi yang menjadi kemusykilan saya sekarang ni semua isi surat awak takde satu ayat pun yang mengatakan awak setuju terima dia sebagai boyfriend. Tapi kenapa dia mengaku yang awak boyfriend dia ye?" giliran Liya pulak kehairanan.
"Memang saya tak tulis pun sebab saya anggap dia sekadar kawan biasa aja. Sampai lah dia tiba-tiba 3 hari sudah bagi surat dekat saya dan terus terang dengan saya yang dia memang dah lama jatuh hati dekat saya dan lamar saya nak mintak saya jadi boyfriend dia. Terkejut beruk lah saya. Saya terus lah cari dia dan jelaskan hal yang sebenar."
"Azie tak terkejut ke tiba-tiba aja awak cari dia?"
"Terkejut lah juga. Alhamdulillah... semalam dah selesai."
"Awak bagitahu dia apa semalam sampaikan dia MC hari ni?"
Sham tertunduk sambil senyum. Selepas itu diangkatnya semula mukanya sambil tersenyum memandang Liya.
"Eeehhh... awak ni senyum pulak. Cerita lah apa awak bgtahu dia. Saya pun nak tahu juga. Kalau tak nak bagitahu, esok saya tanya Azie." Liya mengugut Sham.
"Ok.. ok.. saya cerita. Saya bagitahu Azie yang saya tak boleh nak terima dia sebab saya dah ada orang lain. Saya kata saya dah sayang sangat dekat orang tu dan dah jatuh cinta lama dekat orang tu sejak dari mula saya datang sini lagi. Azie macam tak percaya dan buat andaian yang saya cuma hanya mereka-reka cerita untuk mengelak dari dia. Bersungguh Azie nak tahu siapa orangnya. Saya hanya beritahu dia yang perempuan tu asal dari pantai timur dan insyaallah akan bakal jadikan suri hati saya. Saya bagitahu mintak dia move on dan lalui kehidupan ni macam biasa. Saya terus terang cuma mampu terima dia sebagai kawan biasa aja macam kawan-kawan yang lain." Sham bercerita.
"Dia menangis tak bila awak cakap macam tu?"
"Entah. Saya tak pandang dia. Sebab lepas saya terus terang, saya terus tinggalkan dia. Tak sanggup saya nak berdepan dengan dia lagi."
"Eee... Kejam sangatlah awak ni."
"Biar kejam sekarang. Jangan dah terlambat baru nak bagitahu. Itu lagi lah kejam. Lagipun saya berkenalan dengan dia tak sampai sebulan pun. Berborak dengan dia pun saya tak pernah."
"Ok.. saya dah faham sekarang. Ini kira kes tepuk sebelah tangan lah ye.. Kesian Azie.. Mesti esok dia datang cari saya."
"Eh!! Liya jangan bagitahu dia yang kita ada berjumpa hari ni. Saya mintak sangat hal ni dirahsiakan dari sesiapa pun."
"Kenapa pulak nak kena rahsiakan dari Azie."Liya pelik dengan permintaan Sham.
"Liya balik baca dulu surat yang saya bagi tu. Nanti Liya akan tahu kenapa saya minta hal ni dirahsiakan."
Wajah Liya semakin berkerut. Banyak persoalan yang bermain dalam benak mindanya berkait dengan apa yang Sham minta.
"Awak dah berpunya ke rupanya? Habis tu yang awak bagi surat dekat saya ni atas tujuan apa? Nanti kalau buah hati awak dapat tahu, tak ke huru hara hidup awak nanti?" Liya pulak cuba mengusik.
"Dia memang dah tahu apa yang dah jadi hari ni cuma dia belum tahu apa yang sepatutnya dia perlu tahu. Tak lama lagi dia tahu lah tu nanti. Liya pun akan tahu nanti apa yang akan terjadi lepas ni."
Liya semakin dikerutkan mukanya.
"Awak ni pelik lah.. Langsung tak menggambarkan apa yang awak tulis dalam surat Azie. Macam bukan awak aja yg tulis surat tu?"
Sham tak menjawab. Sekadar melemparkan senyum kepada Liya.
"Pening lah saya dengan awak ni. Saya nak balik lah. Lagi tambah serabut otak saya bila dengar ayat awak ni." Liya merungut sambil bangun dan membetulkan baju dan seluarnya.
"Eh!? Liya nak balik dah ke? Cepatnya.. Kita Lunch lah sekali jom. Dah nak masuk lunch 10 minit lagi ni. Tunggu lah kejap.." Sham merayu.
Liya melihat jam di tangannya dan Sham yang sedang berdiri dihadapannya di pandang.
Sham hanya membalas pandang sambil tersenyum.
Berkali-kali Liya memandang jam tangannya cuba mencari kepastian.
"Abang ada sekali lah dengan Mus. Suzie pun ada. Bukan Liya berdua aja dengan Sham." Said tiba-tiba muncul di belakang Liya.
"Terkejut Liya. Abang suka buat Liya macam tu kan?" pinggang Said dicubit melepaskan geram.
"Sakit lah.. Apasal cubit abang." sambil Said mengurut pinggang yang dicubit oleh Liya tadi.
"Abang Said tu lah.. suka sangat sakat Liya. Padan muka." Liya melepaskan geram.
"Sham.. lepas ni giliran kau lah pulak ye rasa sepit ketam Liya nanti. Aku ni asyik jadi mangsa aja." Said mengadu.
Liya berkerut muka kehairanan mendengarkan apa yang Said kata.
"Kenapa pulak Dia yang akan jadi mangsa Liya lepas ni? Dia kan dah ada makwe. Biar makwe dia lah yg cubit dia kalau dia buat hal macam abg Said ni." Liya cuba memberi pendapat.
"Memang lah Liya nanti yang..." Said tak sempat menghabiskan ayatnya bila Sham terbatuk-batuk.
"Yang awak ni dah kenapa tiba-tiba batuk. Saya baru nak dengar apa Abang Said nak jawab. Dah terbantut kawan tu nak cakap."
"Dah lah. Jom lah kita keluar rehat. Dah lapar ni. Sham. Kau temankan Liya. Aku tolong kau punch rehat."
Said berlalu masuk pejabat, Sementara Sham masih tunggu Liya untuk bergerak.
"Jom Liya kita turun sama. Sekali saya nak ambil barang dekat bawah."
Mereka berdua pun jalan beriringan menuruni tangga. Selepas Sham mengambil sesuatu di kabinet kaunter DJ, dia pun beriringan dengan Said dan Musli menghala ke arah Warung Ibu. Liya pulak beriringan dengan Suzie.
"Liya.. Sembang apa dengan Sham tadi?" sambil lengan Liya dikait dan dipegang, Suzie bertanya
"Takde apa yang serius pun. Cuma korek sembang sikit pasal dia dengan Azie."
"Haaa... Apa cerita yang Liya dapat?" Suzie teruja untuk tahu.
"Betul lah yang macam akak cakap awal tadi. Azie tepuk sebelah tangan aja. Sham langsung takde hati dekat Azie.."
"Kan akak dah bagitahu Liya. Tapi Liya tak nak percaya.."
"Tapi dia dah ada girlfriend lah kak. Budak Pantai Timur. Kalau dah ada girlfriend, buat apa nak berkenalan dengan Liya lagi? Marah pulak makwe dia nanti sebab ada pasang lagi satu sini." Liya meluah pendapat.
"Dia mana ada girlfriend lain.. Liya kan dari Pantai Timur. Liya lah yang dia maksudkan tu.." Dengan Suzie memberitahu.
"Haaa??? Takkan lah??" Liya memandang Sham yang kebetulan sedang senyum memandangnya.
"Dah lah Liya. Tak payah nak serabut kepala. Jom kita ambik makanan. Abang belanja." Musli membuat offer.
"Ok..." Liya pun bangun dan pergi ke set buffet untuk ambil makan.
"Sham... kenyang ke pandang Liya macam tu?" Suzie menegur Sham bila dilihat Sham ralit memandang Liya sambil tersenyum.
"Hilang lapar weiiii... Lagi dekat lagi cair hati aku tau tak..." sambil itu matanya masih melekat memandang Liya.
"Hish.. kau ni Sham. Jangan gelojoh sangat depan Liya. Nanti dia takut dengan kau pulak. Kalau dia reject nanti padan muka kau." Said berseloroh.
"Kau jangan lah takutkan aku Said. Ok lah.. aku keep cool ok. Aku pegi ambik makanan jap."
Melihatkan gelagat Sham, Said dan Musli hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Sham... Sham... Tak sabar sungguh rupanya dia ni. Haritu bukan main takut nak berdepan dengan Liya. Bila dah dapat berdepan, gelojoh lah pulak ye.. Alahaiiii...Sham..Sham..Apa daaa...." Giliran Suzie pulak membebel sambil menggeleng juga. Serentak itu juga mereka bertiga ketawa.
"Amboiiii... gelak sakan semua. Apa yang lucu sangat tu.."Liya menegur dari belakang Said.
Sebaik Liya dan Sham duduk..
"Korang.. jom kita ambil lauk. kita tinggalkan merpati dua sejoli ni beramah mesra. Nanti kita kacau daun pulak." Said memberi arahan kepada musli dan Suzie. Lalu mereka terus bangun dan menuju ke arah set buffet.
"Eh.. eh.. macam tu pulak. Tak patut betul lah diaorang ni tinggalkan kita." Liya meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Sham hanya senyum bila melihatkan Liya membebel.
Share this novel