BAB 15

Romance Series 17488

"NURATILIYA HUMAIRAH... Cantiknya nama awak.. secantik orangnya.. Dapat pulak panggilan Humaira.. maknanya.. Putih kemerahan.. sesuai dengan orangnya yang manis, cantik dan berkulit putih kemerahan..aduhaiiii... sesuai sangat dengan orangnya... Awak buatkan saya lagi giler dengan awak lah Humairah.. Buatkan perasaan saya ni lagi kuat dekat awak lah Humairah.... Aaahhhhh...." Munir menjerit di dalam kereta melepaskan geram.

Munir tak mampu lagi untuk fokus kepada pemanduannya bila terkenangkan peristiwa antaranya dan Liya baru tadi. Munir membuat keputusan mencari satu kawasan rehat dan berhenti memandu. Sebaik aja dah berhenti..

"Awak tengok lah dengan saya ni sekarang Humairah... Saya jadi hilang fokus tau bila ingatkan awak.. Adoooiiiii... gila lah... Awak betul-betul buat saya gila tau tak..." butang kolar bajunya dibuka dan dilonggarkan. Munir mula rasa tak tentu arah dan rimas.

"Tiba-tiba pulak saya jadi rindu dekat awak ni dah kenapa wahai Humairah.. Aduhaiii.. Makin teruk macamnya saya ni Humairah.. Tolong lah.. Jangan kacau saya sekejap boleh tak? Tunggu saya dah sampai rumah, siap mandi dan solat maghrib baru awak datang kacau boleh tak macam tu? Walhal saya baru aja jumpa awak ni tadi.. Kenapa ni??? Ya Allah.. ujian apa yang kau dah bagi dekat aku ni Ya Allah... huru hara rasanya hidup saya ni sekarang.. aaaahhhhh.... " kepalanya yang tidak gatal digaru menggunakan kedua tangannya hingga rambutnya kusut masai.

Akhirnya Munir mengambil keputusan menunaikan solat maghrib di kawasan rehat itu dan duduk berzikir bagi cuba menenangkan diri yang mula terganggu..
Kemudian dia menadahkan tangannya dan mendoakan sesuatu..
"Ya Allah.. perasaan apakah yang kau hadirkan dalam jiwa aku kini Ya Allah.. Aku tak mampu untuk menahan perasaan ini Ya Allah. Berikan lah cara dan petunjuk untuk aku mengawalnya. Bantu hamba mu ini Ya Allah agar aku dapat mengawalnya dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada insan yang dah mula aku sayang ini Ya Allah.. Hubungan kami masih terlalu baru lagi Ya Allah. Berikanlah kami peluang untuk mengenali hati budi sesama sendiri dahulu Ya Allah.. Andai benar dia adalah jodohku dan pemilik tulang rusuk kiri ku yang hilang itu Ya Allah.. Permudahkan lah perjalanan hubungan kami. Kau lebih mengetahui akan apa sebenarnya bakal berlaku. aamiiiin.. aamiiiin.. Ya Rabbal alamin... "
Selesai solat, Munir kembali ke dalam kereta dan memulakan pemanduan balik ke rumah. Bila sampai di rumah...
"Lambat kau balik hari ni Munir. Ada meeting mengejut ke?" Adi rakan serumahnya menegur..
"Aku singgah jumpa kawan tadi dekat shopping mall lepas habis kerja. Lepas tu aku singgah maghrib kat rnr. Tu yang lambat balik." Munir beri penjelasan.
"Yang kau macam muka serabut ni dah kenapa? Ada problem ke masa jumpa member tadi?" Adi minta kepastian.
"Aku nak naik mandi dulu. Dah melekit ni. Nanti kalau aku ada masa aku cerita dekat kau." Munir terus naik ke bilik dan membiarkan rakan nya itu tertanya-tanya.
"Apa aja lah dengan Kau ni Munir. Selalu tu takdelah serabut macam ni. Ke kau ada masalah perempuan ni? Hmmm... Munir.. Munir.." membuat andaian.

Di dalam bilik.
Selesai mandi, Munir baring di atas katil sambil memeluk bantal peluk.
"Humairah... Saya rindukan awak lah.. Kalau diikutkan hati saya ni, nak aja saya suruh mak saya untuk pinangkan awak terus. Tak sabar rasanya saya nak dapatkan awak. Humairah... Awak datang ye dalam mimpi saya malam ni? Jangan tak datang tau.. Aduhaiiii..kalau lah bantal peluk ni awak Humairah, alangkah bestnya lah..hmmmm...." bantal peluk nya itu dipeluk seeratnya dan dicium berkali-kali..
Lamunan dan khayalan Munir terhenti bila tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Adoiiiii.. kacau betul lah dia ni. Aku baru nak berkhayal kejap. hiiisshhhhh..." Munir berdengus.
"Munir.. kami nak keluar makan ni. Kau nak ikut tak?" Adi bertanya dari luar pintu bilik Munir.
"Nak keluar makan ke? Jap.. aku nak ikut juga."
Munir bangun dan terus memperkemaskan rambutnya dan menukar kain pelikatnya kepada seluar jeans.
Mereka bertiga pun masuk kereta. Adi memandu ke destinasi gerai makan yang dipilihnya. Tiba-tiba Adi memasuki perkarangan kedai makan yang Munir dan Liya makan petang tadi.
"Adi.. tak pernah-pernah kau datang makan sini. Apasal makan sini?" Munir kehairanan.
"Aku dengan Ijam nak beli barang dekat Mall depan tu kejap lepas makan ni. Tu yang makan sini." Adi beri penjelasan. Selepas itu membuat pesanan makanan.
"Oooh.. macam tu." kemudian Munir tersenyum meleret.
"Yang kau ni senyum lain macam ni dah kenapa? Mesti ada yang menarik dekat sini yang buat kau senyum macam ni. Baik kau cerita dekat kami Munir. Kalau tak kami siasat sendiri." Ijam mengusik buat andaian.
"Takde apa lah.. Aku senyum pun salah ke. Apa lah korang ni.. Kata lapar tadi. Lauk dah terhidang ni. Jom lah makan..
Selesai makan, Adi memandu masuk ke ruang parkir shopping mall yang dimaksudkannya tadi.
Munir amat teruja ketika itu kerana berpeluang lagi untuk bertemu Liya. Namun dia cuba kawal diri agar tidak diketahui oleh Adi dan kawannya yang lain. Munir hanya menurut pergerakan Adi dari belakang.
"Eh!? Adi nak beli kasut ke? Alamak!! Kantoi lah macam ni kalau Humairah nampak. Tapi aku nak jumpa Humairah.. Macamana ni.. adoiiii..." Munir bergumam sendirian dalam hatinya.
Dalam pada Munir berkira-kira untuk masuk ke department Liya atau tidak, tiba-tiba...
"Eh!? Munir. Tak cakap pun nak datang lagi malam ni. Tiba-tiba muncul aja ni.." Liya menegur Munir.
Mendengarkan Munir ditegur oleh promoter wanita dari department yang mereka nak masuk, Mereka terkejut dan menoleh ke arah Munir.
"Ooohhhh... Patut lah senyum lain macam tadi bila kata nak masuk sini.. Ada yang special rupanya kat dalam ni.. Munir.. dalam diam rupanya kau ye..." Adi perli Munir.
Munir tak menjawab dan hanya tersenyum.
"Encik bertiga pilih lah dulu mana yang berkenan. Nanti saya carikan saiz di dalam." Liya mula melayan pelanggannya.
Munir mengambil kedudukan berdiri menyandar tak jauh dari Liya sambil memerhatikan 3 sahabatnya memilih kasut yang diinginkan.
"Tak rancang pun nak datang sini. Munir ikut kawan ni makan. Tau-tau dia bawa ke sini nak beli barang katanya. Tu yang ada sini." Munir berbisik kepada Liya.
Adi dan ijam menunjukkan kasut yang dah dipilih dan meminta saiz yang diperlukan.
Sementara Liya mendapatkan saiz kasut yang Adi dan Ijam mahukan, Adi datang menghampiri Munir.
"Boleh tahan ye pilihan kau Munir. Aku baru berhajat nak tackle tadi. Tau-tau kau dah booking ye.. Melepas aku." Adi mengusik.
"Dia ni adik ipar sepupu aku. aku baru aja sebulan kenal dia. Aku pun baru nak try. Jinak merpati tau dia ni.. Susah sikit nak diapit." Munir bercerita.
"Untung lah..." belum pun sempat Adi meneruskan ayat. Liya dah keluar dari stor dan serahkan kasut yang diminta oleh Adi dan Ijam.
"Awak umpat saya ye tadi.. saya dengar lah.." Liya berbisik kepada Munir.
Munir berkerut muka dan memandang Liya kehairanan.
"Awak jangan nak buat muka macam tu ye.. Nanti hinggap sepit ketam saya ni dekat pinggang.. nak?" Liya mengugut..
"Berani ye Humairah ugut Munir depan kawan ni?" Munir mengusik.
Liya membulatkan matanya dan kemudia beralih ke arah Adi dan Ijam.
"Macamana? Boleh pakai? Selesa tak?" Liya bertanya
"Selesa sangat. Ok. saya setuju ambik ni." Adi menjawab.
"Tuan yang sana?" Liya mengajukan pertanyaan kepada Ijam pulak.
"Saya pun.. saya nak yang ini." Ijam menjawab.
"Ok.. saya buat resit dulu. lepas tu boleh lah buat bayaran di kaunter." Liya memberi arahan.
"Munir. Aku bagi can kat kau. Kami nak cari barang lain kejap. Nanti jumpa kami kat tempat kereta." Adi memberi pesanan sambil bergerak keluar dari department Liya.
"Bagi can?? Apa maksud kawan Munir tu? Bagi can Munir sembang lama denga Humairah ke maksud kawan munir tu?" Liya meneka.
"Mana Munir tahu. Dah dia orang cakap macam tu. Munir ikut aja lah.. Bukan selalu kan dapat jumpa sampai 2 kali dalam sehari betul tak?" Munir berseloroh.
"Ada-ada aja lah Munir ni.. Dah lah.. Humairah nak berkemas dulu. Kejap lagi dah nak balik." sambil itu Liya mengemaskan buku laporan dan buku resit masuk ke dalam laci.
"Eh!? Dah nak tutup ke? Pukul berapa shopping mall ni tutup?" Munir terus melihat jam.
"Tutup pukul 10 mlm. ada 15 minit lagi. Jap lagi mesti akan ada announcement."
"Laaa... ye ke.. tak boleh nak sembang lama lah ni.. aduhaiii.. baru nak membawang."
"Ambooiii.. dah pandai nak membawang ye sekarang.. Tak padan dengan pangkat dia tu. Nama aja Inspektor."
"Syyyyyy... Jangan cakap pasal pangkat kat sini.. bahaya." Munir memberi amaran dalam nada bergurau.
"Eeehhhh.. dia ni. Main-main pulak.." sambil tu tangan Liya ligat mengemas kasut yang mana tak berapa tersusun. Selepas itu kedengaran pengumuman berkenaan waktu penutupan pasaraya itu.
"Alaaaa... dah nak tutup ke.. nak kena turun lah ni?" Munir merungut.
"Ya En. Munir. Kena keluar bangunan ni Encik. Kejap lagi lampu utama tingkat atas ni akan ditutup. So.. sila turun ye..." Liya memberi arahan kepada Munir.
"Sampai hati halau Munir ye.. Merajuk lah."
"Ehhh.. mengada-ngada pulak.. Lepas tu buat muka macam tu.Buruk lah..Hilang hansem" Liya merungut.
Tiba-tiba Lampu utama tingkat atas dipadam. yang tinggal hanya lampu kecik.
"Kan Humairah dah kata. Biasanya Along dah ada kat bawah sana jemput Humairah. Pegilah turun jumpa Along sementara tunggu Humairah Punch kad balik kejap lagi ni."
"oohhh.. ye ke? OK.. Munir pegi Jumpa Along kejap. Munir tunggu dekat bawah." Munir terus turun ke tingkat bawah dan terus ke ruang parkir dan mencari kelibat Along.
Bila dah nampak, Munir terus mendapatkan Along.
"Assalamu'alaikum.. Long. Tengah tunggu Atie ke?" Munir menegur Rusdi.
"Eh!? Munir!? Buat apa dekat sini? Jumpa Atie ke?" Along Dee terkejut kehairanan dengan kemunculan Munir secara tiba-tiba tu.
"Tak rancang pun nak ke sini. Member yang ajak ke sini lepas makan tadi nak beli barang katanya. Tu yang ada sini. Dah alang-alang ada sini, tu yang jumpa Atie kejap kat atas. Tak sedar lah pulak rupanya waktu pasaraya ni nak tutup. Atie yang bagitahu ni tadi katanya Along dah ada dekat bawah waktu ni. Tu yang turun cari Along kat sini."
"Haaah.. Macam ni lah Tiap hari Munir hantar jemput Atie tiap hari. Oh.. ya.. Alang-alang kau ada ni, Along nak mintak tolong hari Khamis ni, boleh tak jemputkan Atie balik kerja. Along nak tido kampung sebab ada jemputan kenduri kawan along. Nanti kau tanya Atie Khamis ni dia shif apa."
"Boleh aja Long. Itu pun kalau aku takde operasi lah. Kalau ada, aku bagitahu awal."
"Haa.. ye lah. Tu Atie dah keluar. Nanti kau tanya dia. Senang kau nak ambik dia nanti." Along memberi pesan.
Sesampainya Liya di kereta Rusdi...
"Jom Along. Atie penat sangat lah hari ni. Dah tak larat nak berdiri rasanya. Ramai betul customer hari ni." dalam nada lemah Liya mengajak Rusdi balik.
"Haaa.. ye lah. Jomlah... Eeehhh.. sebelum tu. Atie Khamis ni shif apa? Bagitahu Munir ni sebabnya Along tak dapat nak ambik Atie balik Khamis tu sebab Along sekeluarga ada hal nak tido kampung. Ni Along mintak Munir tolong jemput Atie.."
"Shif pagi Khamis ni. Balik pukul 7. Jangan pulak ambik lambat." dalam nada lemah, Liya memberi amaran.
"Insyaallah.. tak lambat."
"Ok lah Munir. Atie dah penat sangat tu. Along balik dulu. Assalamulaikum..."
"Waalaikummussalam..."
Terus kereta Along meninggalkan perkarangan pasaraya itu.
Munir pulak berjalan balik ke kereta Adi.
"Amboiiii.. siap jumpa bakal abang ipar ke? Dasyat kau Munir." Adi mengusik.
"Jumpa sepupu aku lah. Dia tu abang ipar pada perempuan tadi."
"Oooh.. Patut lah senang nak apit. Ada tiket khas rupanya.. Untung lah.."
"Itu pun kalau dapat lah.. Kalau tak dapat, melepas.." Munir bersuara sambil masuk dalam kereta..
____________________________________

Selesai mandi dan solat Isyak, Liya terus baring di katil. Badannya terasa lesu sangat. Dalam pada itu fikirannya melayang mengingatkan peristiwa yang berlaku antara dia dan Munir petang tadi.

"Kenapa aku rasa semacam ye bila Munir pandang aku masa dia dukung sambut aku dari jatuh tadi. Lepas tu masa dia genggam tangan aku masa nak melintas jalan juga tadi. Macam ada getaran di sebalik pandangan matanya dan cara genggaman tangannya tu. Tapi aku tak pasti apa. Betul ke apa yang kak Sue cakap tu? Hishhhh... malas lah nak fikir. Badan tengah penat ni, otak macam tak berfungsi lah pulak."
Tiba-tiba pintu bilik di ketuk mematikan lamunannya..
"Atie.. tak nak makan dulu ke sebelum tido?" Along Izah bertanya.
"Tak larat lah Along. Atie nak tido. Esok nak kerja pagi."
"Haaa... ye lah."
selepas itu mata liya terus tertutup dan terus lena...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience