Sedang Liya bersiap, kedengaran ada kereta masuk ke perkarangan rumah. Bila diintai melalui tingkap.
"Awalnya sampai.. baru pukul berapa?"Jam ditangannya dilihat.
"Assalamu'alaikum.. Mak. Nah... Ni Ammar ada belikan kueh buat sarapan."
"Buat susah aja. Mak dah buat sarapan ni. Kenapa beli lagi."
"Saja nak buat tambah. Atie dah siap ke Mak?"
"Tengah bersiap tu. Ammar yang datang awal kan.." sambil itu Puan Salmah menuang teh panas ke dalam cawan Ammar.
"Haah.. saja nak sarapan dengan mak." kata Ammar sambil tersenyum.
Sedang Ammar menikmati sarapan, tak lama lepas tu Liya datang turun ke dapur.
"Eh!? Janji pakai baju sama ke?" Puan Salmah bertanya.
"Ammar ni lah mak. Suruh juga orang pakai baju sama. Pakai lah juga. Orang tu dah belikan kan..." Liya menjeling ke arah Ammar.
"Dah lah tu. Cuba lah jangan gaduh depan rezeki ni. Apa juga lah korang ni. Dah. Cepat sarapan. Nanti lambat nak pergi sekolah." Puan Salmah menegur.
Liya terus bersarapan tanpa bersuara. Liya hanya berdiam aja. Ammar aja yang rancak berborak dengan Puan Salmah.
Selesai bersarapan, mereka berdua mula bergerak menaiki kereta menghala ke sekolah.
Ketika dalam kereta...
"Atie.. Mintak?" Ammar menghulurkan tapak tangannya minta sesuatu.
"Mintak apa?" Liya kehairanan dengan permintaan Ammar.
"Mintak jari tangan macam semalam." Sambil senyum Ammar meminta.
"Tak nak bagi. Ammar ingat jari tangan Atie ni suka hati boleh dipegang ke?" Liya dalam nada separuh marah.
"Semalam tu Ammar pegang tanpa izin. Ini nak mintak izin lah dulu. Kalau ambik lagi tanpa izin, Takut nanti tiba-tiba orang tu terjun kereta, susah pulak Ammar nanti."
"Padan muka." Liya masih lagi dalam nada marah.
"Marah lagi ke sayang..." Hidung Liya diusik.
"Ammar.. jangan lah.." tangan Ammar ditepis.
"Sayang cantik sangat hari ni tau. Ammar suka sayang macam ni." Ammar tukar gelaran Liya.
"Ammar.. tolonglah.. jangan panggil gelaran tu. Lain macam pulak rasanya. Kita kawan biasa aja kan. Jangan lah."
"Tak kira.. Ammar nak juga panggil sayang."
"Dekat sekolah nanti jangan nak panggil nama tu ye. Nanti kawan-kawan lain fikir apa pulak." Liya memberi amaran.
"Tak nak. Ammar nak juga panggil sayang dekat sekolah nanti." Ammar mengusik.
"Kalau Ammar panggil juga nama tu, Atie balik naik bas. Kalau tak pun Atie terus balik Gombak." Liya mengugut.
"Jangan lah.. Ammar main-main aja lah. Sayang ni cepat betul naik anginnya ye." sekali lagi hidung Liya diusik.
"Ammar!!! " sekali lagi tangan Ammar ditepis dan Liya memukul lengan Ammar.
"Sayangg!! Ammar tengah drive ni kan. Nanti tak sampai sekolah, Kita pulak yang eksiden." dalam masa yang sama Ammar dengan pantas tangkap jari tangan Liya dan digenggam tanpa dilepaskannya.
"Ammar.. jangan lah.." Liya merayu hampir menangis.
"Hukuman sebab kacau Ammar tengah drive."
"Eeeeiiii... makin nakal ye sekarang. Tak boleh bawak bincang langsung. Suka hati je kan nak buat keputusan."liya dalam nada merajuk.
"Merajuk pulak. Elok sangat lah tu mulut muncung macam tu" Ammar usik mulut Liya.
"Ammar.. habis lah lipstik Atie.. comot lah nanti."
"Tak comot tak.. Comel lagi."
Liya ambil tisu dan lap belakang tangan Ammar yang terkena lipstik Liya tadi.
"Sayang juga Atie dekat Ammar ye." Ammar memuji.
"Orang tak nak nanti kawan-kawan dekat sekolah nampak tanda merah tu dekat tangan awak tu. Nanti apa pulak dia orang fikir. Pakai baju sedondon ni pun dah tentu ada yang tegur nanti." Liya merungut.
"Asyik nak badmood aja sejak semalam ni kenapa sayang. Dah lah hari ni aja kita boleh keluar berdua macam ni. Esok sayang dah balik gombak. Kesian Ammar merindu lagi nanti."
Belakang tangan Liya dicium.
"Ammar.. jangan lah.. Tak sepatutnya lah hal ni jadi." Liya merayu.
"Ammar nak kita cipta kenangan manis hari ni. Tak nak yang menyakitkan. Ammar nak ingat saat manis tu semua sebagai kenangan." Ammar meminta.
"Tapi Ammar...."
"Sayang...pleasee.. Ammar mintak sangat jangan hampakan Ammar. Hari ni dan esok aja. Lepas tu kita akan kembali pada asal.". Ammar merayu.
"Balik nanti kita bincang. dah masuk kawasan sekolah ni. Boleh tak lepaskan tangan Atie? Nanti ada yang nampak pulak."
Menyedari Dia sudah memandu masuk kawasan sekolah, Ammar terus lepas tangan Liya dan cari tempat letak kereta.
"Ingat Ammar.. jangan sesekali sebut nama sayang tu tau bila di sini."
"Ye.. Ammar ingat.." Ammar mematikan enjin dan kedua-duanya keluar dari kereta. Mereka pun jalan beriringan menuju ke dewan. sesampainya di depan dewan..
"Wahh... Sweet couple dah sampai lah.. siap pakai sedondon lagi.." Ikmal menegur.
"Takde maknanya sweet. Kebetulan aja pakai baju sama." Liya mengelak
"Ialah tu. Saja je lah tu nak sorok dari kami." Ikmal menyakat
"Semua dah sampai ke?" Ammar bertanya.
"Belum semua. baru separuh sampai."
Sementara itu Liya berjalan masuk ke dalam dewan bagi mencari kelibat kawan-kawan lamanya.
"Atie... rindunya kami dengan kau.." Lisda dan Sandra datang dapatkan Liya sambil masing-masing berbalas peluk.
"Aku pun rindu juga dengan korang.. Sory lah lepas habis paper dulu terus aku menghilang. Along aku dah culik aku awal-awal lagi. Kalu tak boleh lah juga kita pegi picnic dekat latar."
"Tulah.. kan..eeeee....rindunya dekat kau Atie." Lisda masih memeluk erat Liya.
Selepas itu mereka berdua terdiam dan memandang Liya atas bawah berkali-kali dan kemudian memandang ke arah belakang dewan sambil senyum.
"Atie... ada berita yang kami terlepas ke ni?"
"Berita apa? Takde apa-apa berita lah. Berita terkini cuma aku dah kerja sambilan sekarang dekat gombak dan sekarang tengah cuti sebab nak ambik result ni. Tu aja. Ada yang korang dah tahu tapi aku tak tahu ke?" Liya kebingungan dengan pertanyaan Lisda dan Sandra.
"Atie.. Kau dah confirm couple dengan Ammar ke?" Lisda bertanya sambil diangkat berkali kali keningnya.
"Mana ada... Kami tetap kawan baik macam dulu juga lah." Liya mempertahankan diri.
"Sebabnya dah pakai sedondon ni? Lepas tu datang pun sama berdua." Sandra mengusik
"Ammar lah semalam.. Dia jemput aku balik semalam dekat bas stand. dia bagi baju ni. Dia suruh aku pakai juga masa datang sini. Nak tak nak aku pakai lah juga. Korang pun kenal Ammar kan macamana dengan aku." Liya cuma menafikan.
"Tahu.. suka buli kau. Ada masa tu sweet sangat lah pulak layan." Lisda buat muka comel sambil kelip-kelipkan matanya yang berbulu mata lebat itu.
"Dia pernah layan aku sweet sangat ke? Macam tak pernah aja." Liya cuba ingatkan sesuatu.
"Pernah. Masa tu kau tak sihat. Tak lalu nak makan. Tapi Ammar paksa juga. Siap disuapnya kau makan. Sudahnya kau makan juga walaupun kau bebelkan dia. Ammar tadah aja telinga sambil
senyum." Lisda bercerita.
"Ooooh.. masa tu.... Sweet apa namanya tu. Menyakitkan hati aku lagi ada. Asyik paksa aku aja. Banyak kali juga kan dia buat macam tu sebab aku ni degil tak nak makan. Ye lah.. Tekak tak sedap. Apa yang dimakan semua rasa pahit. Macamana nak makan?" Liya bercerita selepas mengingati kembali semua kejadian yang dimaksudkan oleh Lisda.
Belum habis berbual, kedengaran pengumuman diminta semua pelajar dan kaum keluarga masuk ke dewan bagi memulakan majlis.
"Atie.. Aku tengok Ammar tu makin lama makin hansem lah. Tak tidur malam rasanya bila aku nampak dia ni." Lisda teruja bila melihat Ammar masuk.
"Setahu aku kau memang suka dekat dia sejak awal masuk sekolah lagi kan Lisda? Apasal kau tak try dia?" Liya cuba memancing Lisda.
"Dah try. Dia tak nak dengan aku. Masa tu dia dah memang suka dekat kau dalam diam. Dia tetap juga nak tunggu kau. Tu aku ingat kau dah couple dengan dia." Lisda bercerita.
Lepas itu Lisda dan sandra melambai ke arah belakang Liya sambil tersenyum. Bila Liya toleh ke belakang, rupanya hampir keseluruhan rakan sekelasnya dah berada dalam satu kumpulan.Manakala Ammar ambil tempat duduk di sebelah Liya.. Suasana dalam dewan agak riuh sedikit dibuatkan oleh mereka bila semua saling bertanya khabar dan mula usik mengusik. Antara yang jadi bahan usikan Liya dan Ammar.
"Marah betul kau ye Atie bila Ammar declare kata kau makwe dia." Zaharah bertanya.
"Maunya aku tak marah. Sejak semalam lagi dia asik buat aku panas aja. Yang paling aku geram tu dia buat bodoh aja bila aku marah dia." Liya meluahkan rasa geramnya.
"Dia kan dari dulu memang macam tu. Kalau tak buat kau angin sehari, tak sah kan?." Sandra menyampuk
"Haaa... Kau pun tahu pasal dia ni kan Sandra?"
Sedang rancak berbual, tiba-tiba tangan Liya yang ada jam tangan di pegang oleh seseorang dari kerusi belakang. Liya terkejut dan cepat-cepat toleh belakang.
"Marlia... terkejut aku. Cakap lah lain kali kalau nak tengok.. Kau ni pun.." Liya menurut dadanya kerana terlalu terkejut.
"Ammar hulur tangan kau pulak yang ada jam tu?" Marlia minta tangan Ammar yang ada jam pulak.
"Korang ni dah kenapa sibukkan pasal jam kita orang ni?" Ammar membebel.
"Korang.. perasan tak? Jam ni mahal kan?" Marlia dengan nada kuat bertanya kepada semua rakan yang ada disekelilingnya.
Semua rakan yang dengar datang menyerbu ke arah Liya dan Ammar.dan meneliti jam yang di pakai oleh Ammar dan Liya.
"Weiii...Aku pun tak mampu nak beli sampai sepasang macam ni tau Ammar. Nak beli sebelah aja pun aku boleh menung dulu." kata Azrul.
"Berapa lama kau kumpul duit ni Ammar?" Azrul bertanya.
"Dari lepas Spm." dengan bersahaja Ammar menjawab.
"Sanggup ye kau Ammar berjimat macam tu." Elbert bertanya.
"Aku kan tolong bapak aku niaga. Gaji dengan elaun bulanan bapak aku bagi tu, aku pecah dua. Simpanan belajar dengan nak beli barang impian. Termasuklah simpan untuk nak pinang orang sebelah ni nanti..." Ammar menjeling ke arah Liya.
"Whaattttt??? Ammar... Pleaseeee... lah." Peha Ammar dicubit.
"Sakit lah... Haaa.. ni hukumannya." Tangan Liya disambar dan dipegang erat dan diletakkan diatas pehanya.
"Waaaaa...." suasana gamat seketika dengan suara usikan dan ketawa teman sekelas Liya dan Ammar.
"Ala.. ala.. ala... Gaduh-gaduh sweeettt.. gitu." Semua mengusik sambil ketawa.
"Kau ni kan Ammar. Kalau tak Usik dan buat Atie ni marah, tak sah ye?" Usik Azrul.
"Ammar.. lepas lah.. Malulah semua orang tengok.." Liya menyorok mukanya dengan handbag yang dipegang.
"Kalau ye pun Ammar.. Sudah-sudah lah usik Atie tu. Dah merah padam mukanya tu kau buat... hahaha.."Elbert menegur sambil ketawa.
Tak lama lepas tu pengacara majlis pun memulakan acara..
Share this novel