2 bulan yang lalu...
"Hari ni Atie kerja shif pagi kan?" Izzah bertanya.
"Haah... Kenapa Along tanya?" sambil membetulkan tudung, Liya membalas pertanyaan Izah.
"Balik kerja nanti, ikut along balik kampung. Kan adik Along Dee nak kawin hujung minggu ni. Kena lah rewang sikit." sambil tangannya ligat mengemas dapur, Izah mengingatkan Liya.
"Oooh.. ye.. Hampir Atie terlupa. Haah... boleh lah. Lagipun Atie cuti esok. boleh lah tolong mana yang boleh Atie buat."
"Nanti kita tido sana tau. Nak mengulang, jauh lah pulak."
"Ok.. nanti kejap lagi Atie siapkan apa yang patut. Balik kerja nanti tinggal capai aja. Tapi.. masa hari kenduri, Atie tak dapat lah nak datang sbb Atie kerja fullday hari tu."
"Takpe.. janji Atie ada tolong."
Liya terus siapkan keperluan yang nak dibawa balik kampung Along Dee nanti. Selesai mengemas, Liya memandang jam di pergelangan tangannya.
"Along... Boleh tak hantar Atie pergi kerja. Nak jalan kaki, macam tak sempat aja sampai. Takut punch kad merah aja nanti."
"Nanti along suruh Abg Dee hantarkan. Along pun dah nak habis waktu rehat ni. Nak masuk kerja semula juga ni. "
"Mana Along Dee? Atie dah hampir lambat ni." Liya memandang lagi jam tangannya.
"Kejap. Along cari abang." selepas mengelap tangan, Izah terus mencari suaminya.
"Atie!!! Along Dee dah ada kat kereta. Jom!!" Liya terus berlari keluar sebaik dipanggil dan dengan cepat masuk kereta.
Oleh sebab tempat kerja Izah satu haluan dengan tempat kerja Liya, Rusdi menghantar isterinya dahulu. Kemudian baru hantar Liya.
"Atie shif apa hari ni?" sebelum Liya melangkah keluar, Rusdi bertanya.
"Shif pagi. Nanti Along Dee ambik Atie balik ye? Boleh sekali balik kampung abang." Liya memberi pesan.
Rusdi hanya mengangguk tanda faham.
Yang macam dijanjikan. Habis kerja, Rusdi datang ambil Liya di tempat kerjanya. Sampai di rumah, Liya trus bersihkan diri, solat maghrib dan bersiap untuk ikut Alongnya balik kampung.
Sesampainya di rumah mertua Along..
"Atie... lamanya Mak Uda tak jumpa Atie. Atie sihat?" sambil bersalaman dan memeluk Liya, Mak Uda bertanyakan khabar.
"Alhamdulillah... sihat. Cuma penat sikit baru lepas balik kerja. Tak sempat nak rehat lagi ni."
"Alahaiii.. kesiannya. Jom kita makan dekat khemah dapur luar sana. Boleh jumpa dan berkenalan dengan sedara mara Mak Uda yang lain. Jom." Mak Uda mengajak dan memimpin Liya ke arah khemah dapur luar. Liya tak dapat nak menolak disebabkan Mak Uda dah terlebih dulu menarik tangannya.
Sebaik aja Mak Uda sampai di khemah tempat rewang, semua mata yang ada di khemah tertumpu ke arah Liya.. Munir yang kebetulan sedang mengangkat barang, terhenti tindakannya dan meletakkan semula barang yang nak diangkat dan memandang Liya sambil tersenyum.
"Siapa tu Uda. Anak angkat baru ke?" Makcik Milah bertanya.
"Tak kan tak kenal? Ini Atie lah.. adik Izah yang tiap kali cuti sekolah Izah rajin bawak balik ke sini." Mak Uda cuba mengingatkan semula.
"Laaa... Atie ke.. Dah lain sangat sekarang. Makin lawa. Tu yang tak cam." Makcik Milah menjawab. Yang lain juga mengiakan.
"Aku dulu tak cam juga. Bila dengar suara, baru aku cam. Makin cantik kan? Kalau ada yang berkenan, boleh lah nanti dijadikan calon menantu.." sambil tu Mak Uda menjeling ke arah Munir. Munir hanya tunduk tersenyum.
"Apa Mak Uda ni.. Malu lah Atie." belakang Mak Uda dipukul manja dan menyorok di belakang Mak Uda.
"Pemalu ke orangnya ni Uda? Merah padam dah muka Si Atie tu kau usik Uda." kemudian disambut gelak ketawa yang ada di situ.
"Aku nak bawa Si Atie makan kat sana. Semua dah makan ke? Kalau ada yang belum, jom lah sekali." Mak Uda mempelawa.
"Kami semua sudah. Si Munir ni aja yang belum. Buat kerja dari tadi tak rehat lagi. Disuruh makan, nanti katanya. Kau ajak lah Munir tu Uda. Nanti pengsan kelaparan pulak."
"Munir? Berhenti lah dulu kejap. Isi perut tu dulu. Dah kenyang nanti, baru sambung balik. Jom sekali dengan Atie." Mak Uda mengajak.
"Mak Uda pegi lah dulu. Nanti Munir datang. Nak siapkan ini dulu." sambil tu Munir mengangkat semula bakul yang tertangguh nak diangkatnya tadi di bawa ke tempat yang diarahkan.
"Apasal. Mak Uda Ajak dia.. alaaaa... Camana aku nak makan ni nanti. Dah lah tengah lapar ni."Liya merungut dalam hati.
"Mak Uda tak makan ke?" sambil mencapai pinggan dan menyenduk nasi, Liya bertanya.
"Mak Uda dah makan tadi. Atie makan lah. Mak Uda temankan. Along kamu mana ni? Lesap. macam tu aja?" Mak Uda memanjangkan leher memandang keliling cuba mencari anak menantu sulong nya tu.
"Katanya tadi ada nak ambik barang yang ditempah dekat kedai. Lepas turunkan Atie, dia orang terus pegi." Liya memberi penjelasan.
"Haah. .Mak Uda lupa lah pulak. Atie makan dulu lah ye.."
Sedang Liya menikmati makan sambil rancak berbual dengan Mak Uda....
"Mak Uda tak makan ke?" Munir menegur sambil membawa pinggan dah siap berisi nasi dan lauk, duduk di hadapan Liya.
"Mak Uda dah makan sama dengan mak kamu tadi. Ni Mak Uda nak temankan Atie aja. Kamu dah ada ni, kamu aja lah yg temankan Atie. Mak Uda ada hal kejap kat dapur tu.."
"Uda.. ada lagi tak nak di siapkan bahan nak di masak esok?" tiba-tiba Cik Nab menjerit dari pangkin dapur.
"Haaa... ye.. aku datang ni."Mak Uda membalas jawab dalam nada menjerit juga.
"Mak Uda nak ke dapur sana. Kamu berdua borak lah ye. Mak Uda pegi." Terus Mak Uda berlalu pergi.
"Kenapalah aku kena tinggal berdua dengan Mamat ni. Aku tak selesa lah." Liya merungut dalam diam.
"Atie dah mula kerja ke sekarang? Tengok muka macam orang penat aja?" Munir memulakan perbualan.
"Haah.. Dah mula kerja sekarang. Ni tadi baru balik kerja lah terus datang sini." Liya menjawab tanpa memandang Munir.
"Kerja dekat mana? Macam penat aja jenis kerja yang Atie buat saya tengok. Nampak penat sangat." Munir cuba memancing Liya untuk berbual terus.
"Kerja promoter pasaraya je dulu buat masa ni dekat dengan rumah Along sementara tunggu result STPM. Dah dapat panggilan sambung belajar nanti, berhenti lah." Liya mula selesa kan diri untuk berbual.
"Patut lah nampak penat. Sekarang ni pun tengah musim jualan murah kan?"
"Haah.. Jualan cuti sekolah. Biasalah.. Dah sendiri yang terima kerja tu. Kena lah hadap. Penat tak penat lah. Kena juga buat." Liya menjawab.
"Abang Munir tengah cuti ke ni?" Liya mula hilang rasa gemuruh dan mula selesa untuk berbual.
"Saya shif pagi tadi. Esok pulak saya cuti. Tu yang ada sini. Hari kenduri Angah saya kena kerja, tu yang ambik peluang rewang awal hari ni dan esok."
"Eh!? Sama lah dengan Saya. Esok saya pun kebetulan cuti juga. Kerja juga masa hari kenduri Angah."
"Laa... boleh pulak kita kebetulan ye.." Munir membalas sambil ketawa kecil. Liya pun turut sama.
"Ya Allah... cantiknya dia ni bila ketawa macam ni. Dapat pulak tengok dia dari dekat. Aduh.. bergetar terus rusuk kiri aku ni. Aku makin gila rasanya dekat dia ni lah.." Munir berbicara dalam hatinya.
"Abang Munir... Abang Munir.." Liya mengetuk meja sambil memanggil Munir bila pertanyaannya tak dijawab. Malah memandang dirinya sambil tersenyum.
Panggilan Liya membuatkan Munir terkejut dan tersedar dari lamunannya.
"Atie panggil saya ke tadi? Ke saya yang khayal?"
"Atie tengah tanya Abang Munir tadi tapi Abang tak jawab. Tu yang Atie panggil sambil ketuk meja. Abang Munir tengah khayal ye? Ingatkan buah hati yang jauh ke tu?" Liya mengusik Munir sambil tersenyum.
"Siapa lah nak dengan saya ni. Ada tunang pun, dah tinggalkan saya. Dah pilih orang lain pun. Apa lah yang kurang dekat saya ni agaknya sampaikan dia pilih yang lain" Munir meluahkan dalam nada sayu.
"Ya Allah... Sorry Abang Munir kalau buat abang terasa dengan pertanyaan Atie tadi. Sory.." Liya merayu. Dia rasa bersalah sangat buatkan munir sedih dengan gurauannya tadi.
"Takde apa lah... Itu semua dah jadi sejarah silam saya. Saya dah tak ingat pun. Dia pun dah bahagia sekarang. Saya pun dah move on."
Sambil tu Munir mencuci tangan sebaik selesai makan.
"Saya ingat Abang Munir dah kawin dengan tunang abang tu. Patut juga lah Along tak cerita apa2. Saya tunggu lah juga berita jemputan kawin dari keluarga abang. Rupa-rupanya... Sory lah pasal soalan saya tadi." sekali lagi Liya memohon maaf dengan Munir.
"Saya ok lah... Atie pulak.. 2 tahun menghilang tak muncul dekat sini, takkan lah takde pakwe." Munir memancing soalan.
"Tak kuasa lah saya nak fikir pasal hal berkait dengan hati perasaan ni bila tengah belajar. Baik saya fokus belajar. Buat serabut kepala aja nanti."
"Kiranya ni still single lah ye? Kalau macam tu, boleh lah saya try Atie?"
"Hishhh... Tak nak lah Atie. Atie nak fokus belajar dulu. Dah habis belajar baru boleh fikir yang lain." Liya bercerita.
"Alaa... melepas lah saya." Munir pura-pura kecewa.
"Mengada lah Abang Munir ni. Ramai aja rasanya yang nak dengan Abang Munir tu. Entah² Abang Munir yang memilih kot? " Liya mengusik..
"Bukan memilih. Cuma hati belum bersedia. Kena juga hati-hati dalam memilih. Takut terkena lagi. Sakit tau kalau kena lagi." Munir berterus terang.
"Abang kan ada kerja bagus sekarang. Dah pangkat Chief Inspektor pun. Gaji pun lebih dari mampu nak sara keluarga. Lagipun Abang Munir bukan tak hansem. Hansem dan Segak lagi. Pakej. Atie rasa kalau abang betul dengan ayatnya, dengan mudah boleh dapat makwe." Liya cuba beri keyakinan pada Munir.
Munir berdiam sambil memandang lama ke arah Liya
"Makwe boleh ramai Atie.. Tapi nak cari calon isteri yang nak dijadikan sehidup semati bukan senang tau. Kena berhati-hati. Tak semua perempuan layak dijadikan isteri."
Munir membuat ketegasan.
"Sory kalau Atie salah anggap dekat abang Munir. Atie takde niat pun. Atie ni mana ada pengalaman dalam hal yang berkait dengan hati ni. Sory lah.. Bersalah pulak Atie dekat abang cakap yang bukan-bukan."
"Takde lah.. Saya tak marah pun.. Tapi saya terkejut tau bila Atie boleh sembang dengan saya macam ni? Tak.macam pemalu pun Atie ni yang macam Izah dengan Mak Uda cerita?"
"Dulu masa belum kerja memang pemalu yang amat. Tapi bila dah kerja dengan public ni nak tak nak kenalah belajar hilangkan rasa malu tu. Nak kena layan pelanggan kan yang nak beli barang. Kenalah belajar jadi peramah. Itu pun banyak kali juga lah kena tegur dengam penyelia.. Kalau ye pun.. Jangan lah ingatkan saya pasal tu... Nanti kalau pemalu saya datang balik, saya lari masuk dalam nanti tinggalkan Abang Munir sorang-sorang sini. Padan muka." Liya mengusik.
"Jangan lah. Saya takde kawan nak sembang ni sebab sepupu saya semunya belum balik lagi. Esok baru dia orang ada."
"Hishhh.. Abang Munir ni. Along Dee dengan Angah kan ada. Buat apa nak ajak saya pulak buat kawan sembang? Tak manis lah nanti sedara mara abang pandang. Nanti apa pulak dia orang salah anggap."
"Saya gurau aja lah.. Dah lah. Saya nak sambung buat kerja. Nanti ada masa kita borak lagi." Munir terus berlalu mengarah ke dapur.
Dalam pada itu Liya berasa hairan dengan sikapnya sendiri bila berhadapan dengan Munir. Bila berbual dengan Munir seakan semua sikap pemalunya hilang terbang di bawa angin. Sedangkan dia malu sangat dengan lelaki yang kurang kenal sebelum ni.
"Munir ni pakai ilmu apa ye boleh buatkan aku ni langsung tak rasa segan silu bila borak dengan dia? Walhal aku ni kan pemalunya lah yang amat. Yang dia pulak boleh kongsi cerita pulak dengan aku. Apa niat dia ye?" Liya membebel sendiri sambil minum air dan mengunyah kueh.
"Atie... jom masuk kita siapkan goodies dengan bunga telur." Izah tiba-tiba muncul dari ruang beranda memanggil Liya.
"Ye Along.. Atie datang ni.." Liya menyahut. Liya pun bangun dan berjalan memasuki ke dalam rumah. Sebelum masuk, Liya menoleh ke arah tempat rewang semula.
"Kenapa aku pandang situ ye? Aku cari siapa?" hati Liya berkata.
"Atie cari siapa pandang dekat sana situ?" tiba-tiba ada suara lelaki menegur dari arah belakangnya. Terus dia menoleh ke arah suara tu. Sebaik Liya toleh..
"Kuuuu. semangat. Terkejut saya. Abang Munir dari mana aja? Bukan ke tadi abang sibuk dekat dapur?" Liya meneka sambil.mengurut dada bagi menghilangkan rasa terkejutnya.
"Ambik barang dalam kereta tadi. Ternampak Atie nak masuk dalam tapi macam berhenti pandang tempat lain. Tu yang saya tegur."
"Saja nak tengok kemeriahan suasana rewang. Dah lama tak join sejak sibuk belajar ni."
"Tengok ke... atau Atie cari saya?" Munir mengusik Liya.
"Mana ada. Buat apa saya nak cari Abang? Betul lah.. Saya pandang makcik-makcik tu." Liya berpura-pura berdalih.
"Ye lah tu.. Saya tak percaya. Atie cari saya tu.." sekali lagi Munir mengusik.
"Tak de lah.. Jahat lah Abang Munir ni. Asyik mengusik orang aja." Liya terus memukul munir menggunakan kain tuala kecik yang dipegang..
"Aaaiiiii.... cepatnya dah mesra ni. Ada apa-apa ke yang Along tak tahu?" Izah mengusik.
"Mana ada apa-apa lah.. Abang Munir ni.. Asyik usik orang aja." sekali lagi munir dipukul Liya dengan tuala bagi melepaskan geram.
"Kau dah buat apa ni Munir dekat adik Along ni boleh berubah sekelip mata aja ni?" Izah berseloroh.
"Mana ada buat apa-apa.. Sembang kosong aja pun.. Tanya lah dia macamana boleh bertukar identiti." Sambil tu munir memandang Liya sambil buat muka mengejek.
Izah tak terkata lagi nak berbalas vakap dengan Liya dan Munir. Izah hanya memandang sambil menggeleng tersenyum memandang gelagat Liya dan Munir. Ada aja akal Munir untuk mengusik Liya.
Mak Uda yang ketika itu memandang dari arah dapur hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Kalau betul lah Atie ni jodoh kamu Munir, Mak Uda dengan mak kamu suka sangat. Atie memang sesuai. Pandai-pandai kamu lah nak pikat hati dia." Mak uda berkata sendiri sambil duduk memerhatikan gelagat anak buahnya tu...
Share this novel