Sampai di ruang parkir di hadapan sebuah ladang teh yang terbentang luas, Munir memberhentikan keretanya. Munir menoleh ke arah Liya.
"Dah dapat jawapan? Dari Taman tadi lagi Munir tengok Humairah diam aja.Masih fikirkan hal tadi?"
Liya tidak menjawab. Dia memandang Munir sambil mengangguk senyum.
"Kenapa senyum?"
Liya menggeleng kepala tertunduk malu sambil tersenyum.
"Takde jawapan atau dah tahu jawapan tapi malu nak mengaku?" Munir menduga.
Liya dengan cepat buka pintu kereta dan keluar berjalan menghala ke ladang.
Munir dengan cepat keluar kereta dan mengejar Liya.
Munir menahan Liya dan kedua tangan Liya di pegang.
"Kenapa? Malu dengan Munir? Kenapa pulak nak malu? Kita berdua aja kan dekat sini."
Liya masih tak menjawab. Wajahnya masih ditundukkan. Dia tak mampu untuk membalas pandangan mata Munir."
"Heiii.. Pandang lah Munir. Munir nak tengok muka orang yang dah bersatu hati dengan Munir ni. Muka orang yang dah mula cintakan Munir ni. Pandang lah.." Diangkatnya dagu Liya dan didongakkan wajah Liya hingga pandangan mata mereka bersatu.
"Cantik dan semakin cantik orangnya bila semuanya semakin jelas."
"Munir pasti ke semua ni?"
"Munir takut nak tentukan. Biar lah Allah aja yang tentukan. Kita lalui aja macam biasa. Asalkan kita tahu hati dan perasaan kita ni di mana."
"Humairah masih mentah dalam soal hati ni. Ini kali pertama Humairah lalui. Tolong jangan lukakan hati Humairah. Humairah takut tak boleh nak hadapi nanti."
"Munir janji. Insyaallah.. Selagi mampu selagi daya Munir akan jaga hubungan kita ini. Humairah juga. Jangan lukakan hati Munir. Cukup lah derita yang Munir dah lalui 3 tahun yang lalu."
"Insyaallah.. kita sama-sama jaga. Tegur Humairah kalau Humairah silap." Humairah berharap.
"Jom kita turun tengok ladang ni.. Dah sampai sini rugi kalau tak nikmati pemandangan sini." Munir mengajak.
Munir menuruni dahulu ke lorong ladang teh itu dan kemudian disusuli Liya. Melihatkan Liya Agak sukar untuk bergerak turun, Dipimpinnya tangan Liya melusuri lorong ladang teh itu. Sambil bersuafoto bersama, skali skala berlaku usik mengusik antara Liya dan Munir.
"Munir.. Humairah dah penat lah. Betis ni dah tegang. dah lah esok nak kena kerja pagi. Nanti krem pulak kaki ni. Jom kita balik. Sebelum turun nanti kita singgah tempat sayur beli sayur dan buah sikit untuk ole-ole along. Untuk rumah Munir ke."
"Jomlah. Macamnya hari dah makin tinggi ni." Munir dan Liya mula mendaki naik semula ke tempat letak kereta. Sesampainya di kereta, Munir melihat jam ditangannya...
"Ya Allah.. Humairah.. Hari ni Munir kena solat Jumaat lah.. Kejap lagi dalam ½jam lagi masuk waktu. Jom kita cari masjid dekat sini." Munir dan Liya terus masuk kereta dan Munir terus memandu menurun untuk mencari masjid. Sebaik sahaja sampai masjid, Munir terus masuk masjid, manakala Liya menunggu di dalam kereta.
Seusai Munir siap solat Jumaat, Liya pulak masuk ke ruangan wanita untuk solat zohor.
Selepas solat, mereka berdua menuju ke gerai yang menjual sayuran dan buah-buahan untuk membeli sayur dan buah untuk dibawa balik.
Kemudian barulah mereka menurun meninggalkan pusat peranginan yang cantik itu.
Ketika di perjalanan..
"Lepas ni Munir nak bawa Humairah ke mana?"
"Munir ada dua pilihan ni.. Teluk batik dengan latar kijang. Yang mana Humairah nak pergi?"
"Kita pergi tempat yg ada air terjun boleh tak?. Lama betul tak mandi air bukit. Last Humairah mandi dengan kawan-kawan 3 bulan sebelum exam STPM haritu. Rindu lah pulak nak merasa lagi."
"Ok.. Kita cari lokasi air terjun ye.. Tak kisah lah ye dekat mana?"
"Tak kisah. asalkan ada air terjun yang cantik."
"Ok sayang.." Munir menukar nama panggilan Liya.
"Aiiii.. Tukar lagi ke nama Humairah.."
"Saja. Skali skala Munir nak panggil Sayang, Boleh?. Terasa lagi feel sikit. Tapi sayang ni Munir sebut dalam kereta ni aja lah. Kalau kat luar jangan lah."
"Kenapa pulak? Takut ada yang marah ke?"
"Bukan.. Kita baru mula hari ni. Kalau boleh kita rahsiakan dulu dari family kita. Boleh? Tunggu masa yang sesuai, baru kita bagitahu. Bila depan family, kita buat pura-pura berkawan biasa aja dulu. Boleh?" Munir memberi cadangan.
"Humairah Boleh je. Munir tu lah nanti. Kadang-kadang tu bukannya boleh kawal diri. Dibuatnya tiba-tiba gatal miangnya datang bukannya nak ingat janji sendiri."
"Kalau Humairah perasan Munir macam terlebih cara, ingatkan lah.."
'Ye.. itu pun kalau Humairah sempat tegur lah.. Takut Humairah pun terlajak tingkah. Habis lah kita nanti.. hahaha.."
"Tu sebab kita kena hati-hati."
kemudian suasana menjadi hening.. sunyi. Yang kedengaran hanyalah alunan melody di radio.
"Sayang.." Munir memanggil Liya.
Liya memandang.
"Mintak tangan tu. Munir nak pinjam."
Liya menghulurkan jarinya dan letak ditapak tangan Munir. Munir masukkan jemarinya di celahan jemari Liya dan digenggam erat menjadi satu. Setelah itu dibawakan tangan Liya kedadanya yang dibahagian jantung.
"Sayang rasa tak degupan Jantung Munir?"
Setelah merasainya, Liya memandang sambil tersenyum.
"Kenapa? Munir Berdebar juga ke bila sayang ada di sisi?"
"Ini lah degup jantung Munir bila nampak sayang buat pertama kalinya dulu. Munir rasa dulu lagi laju dari ni. Sekarang ni macam tenang sikit sebab dah boleh share rasa dengan sayang. Kalau dulu Munir rasa degupan ini sendirian, sekarang ni Munir nak sayang rasai sama juga degupan ni. Munir nak rasa ini bersatu menjadi satu suatu hari nanti."
"Munir.. kenapa sweet sangat ni...Sayang meremang ni tau. cuba tengok ni."
Liya menyelak lengan bajunya dan menggosok lengannya yang sedang berdiri semua bulu roma nya..
Munir sempat mengerling ke arah lengan yang Liya selak. Kemudian Munir ketawa.
"Kenapa boleh jadi macam tu? Sayang tak pernah dengar ayat sweet macam ni ke?" Munir bertanya.
"Dalam drama selalu lah dengar. Tapi bila Munir yang ungkapkan ayat sweet macam tu.. entah lah.. Sayang tak tahu nak jelaskan macamana rasa tu. Semacam rasanya."
"Munir tak pernah tau keluarkan ayat sweet macam tu dekat orang lain. Dengan sayang ni lah baru boleh keluar ayat-ayat power tu."
"Ye ke? Tak percaya lah. Yang sebelum ni?"
"Yang sebelum ni tak sempat nak keluarkan ayat sweet. Baru nak ada rasa sayang, Dia dah pilih orang lain. Hati dia langsung takde dengan Munir. Dia dah serahkan semunya kepada orang lain."
"Sory kalau buat Munir sedih sebab sayang ungkit kisah silam Munir."
"Takpe.. Dah 3 tahun pun kisah tu berlalu. Semua tu dah jadi sejarah silam Munir. Sekarang ni Munir nak cipta kisah baru dan nak bina hidup baru dengan sayang. Kalau boleh sampai bila-bila. Itu pun kalau betul lah sayang ni adalah pemilik tulang rusuk kiri Munir yang hilang tu."
"Untuk sayang sampai ke tahap tulang rusuk tu, bagi lah sayang ruang dan peluang masa untuk mempersiapkan diri. Bila dah sampai masanya nanti, sayang akan pulangkan semula dan akan terus melekat dalam diri Munir sampai akhir hayat kita."
"Wahhh... sayang tak nak kalah juga ye dengan Munir.. cuba tengok Munir pulak sekarang."
giliran Munir pula selak lengan baju.. Liya pandang.
"Kenapa? Ayat sayang pun power juga ke sampai Munir pun meremang juga ni?"
"Tau takpe.. Memang power lah sweetnya. Kalau Munir tengah tak drive ni, mau Munir terkam sayang, peluk sayang tau."
"Eeee.. gatalnya. Belum apa-apa dah miang sangat ni. Takut sayang."
"Sayang ingat Munir berani ke buat tu. Memang tak lah. Silap cara nanti kasut hinggap dekat kepala Munir."
"Hahaha.. tau pun."
"Munir berani dengan tangan ni aja. Yang lain tu biarlah lepas kita ditakdirkan bersatu secara sah nanti. Masa tu nanti, sayang dah tak boleh nak menolak dah.. semua dah jadi hak milik Munir tau."
"Eeee.. jauhnya fikir. Jangan lah fikir jauh sangat. Nanti takut tak kesampaian. Hancur hati tu nanti."
"Tu Munir kata tadi. Andai ditakdirkan. Kalau dah tak ditakdirkan, nak buat macamana. Allah aja yang tahu siapa yang akan melengkapi hidup masing-masing suatu hari nanti."
Liya terus terdiam. Lidahnya terasa kelu untuk meneruskan bicaranya.
Melihatkan liya terdiam, Munir mengambil tangan Liya yang sedang digenggam itu lalu dicium belakang tangan Liya.
"Kenapa sayang diam ni? Apa yang sayang tengah fikirkan?"
"Sayang tengah fikirkan ikrar yang sayang pernah bagitahu Munir dulu. Tak sangka sayang dah langgar ikrar sayang sendiri."
"Munir tak pernah lupa ikrar sayang tu.. Baru 2 minggu lepas kan ikrar tu sayang sebut. Sayang tahu tak. Kerana ikrar sayang tu lah buatkan Munir seakan hampir kalah nak dapatkan sayang. Ye lah.. nak kena tunggu sayang habis belajar baru sayang nak buka hati tu untuk bercinta. Lama tu.. Silap hari mak Munir sempat pergi dulu sebelum dapat menantu dari anak lelakinya ni."
"Habis tu... Sekarang ni?"
"Sekarang?? Sayang dan serah diri dekat Munir. So.. tak payah lah lagi Munir nak tunggu. Munir happy sangat sebab sayang dah langgar ikrar sayang sendiri." sambil tu munir ketawa kecil.
"Kalau tak jadi hal yang dekat taman tu tadi, rasanya sampai sekarang sayang tak tahu apa perasaan sayang dekat Munir. Mungkin selamanya sayang anggap Munir kawan kot. Sampai bila-bila pun Munir terus simpan perasaan sendiri kot." Liya membuat andaian.
"Sebenarnya Munir ada juga buat plan nak terus terang dengan sayang masa kita picnic nanti. Tak sangka lah pulak plan Munir dah jadi lain."
"Oooo.. Munir dah plan ke semua aktiviti hari ni? Termasuk apa yang jadi dekat taman tu skali?"
"Eeehhhh.. apa yang jadi dekat taman itu bukan dalam plan Munir. plan Munir nak beli bunga aja kat taman tu untuk sayang. Tak sangka lah pulak plan Munir tak menjadi. Sudahnya jadi lain. Speechless juga Munir tadi."
"Kan.. apa yang jadi semua tu tadi buatkan kita speechless kan? Kalau tak kerana adik tu, sayang mungkin bukan sayang yang Munir dapat sekarang ni."
"Terima kasih kerana bukakan pintu hati sayang tu untuk Munir."
Liya hanya tersenyum.
"Lain macam lah sayang senyum sekarang. Buat jantung Munir ni makin laju tau bila tengok senyum sayang ni."
"Ada-ada aja lah Munir ni.."
"Ok.. sekarang kita dah nak sampai tempat kita nak bermandi manda.Munir kena lepaskan tangan sayang dulu sebab nak fokus drive. Jalan sempit sikit sini kalau berselisih kereta."
"Takpe.. Munir yang tak nak lepaskan dari tadi dah kenapa. Tengoklah.. sampai basah berpeluh tangan sayang lama sangat Munir pegang."
"Now.. Boleh tak sayang silent kejap. Munir nak fokus drive. Banyak pulak kereta Yang nak keluar hari ni. Yang ada dekat belakang kita ni pun boleh tahan juga. Ada program ke dalam ni?"
Selepas 15 minit memandu dalam suasana senyap tanpa suara, akhirnya sampai juga ke destinasi nya.
"Alhamdulillah.. sampai juga kita."
Liya terus keluar dan melihat pemandangan sekeliling.
"Cantiknya pemandangan sini. Pandai Munir pilih tempat."
"Tengok orang lah.."
Share this novel