BAB 46

Romance Series 17488

Selepas seminggu Sham balik sendiri tanpa ada yang menjemput, tiba-tiba sham menghilangkan diri tak datang kerja tanpa sebarang alasan. Liya yang menyedari ketidak beradaan Sham di tempat kerja, membuatkan Liya gelisah dan tak senang duduk. Bila ditanyakan dekat Said dan Musli, masing-masing menggeleng kepala mengatakan tak tahu.

Lama Sham menghilang hinggakan menjadi buah mulut semua staf pasaraya. Ada yang membuat pelbagai spekulasi. Ada yang kata Sham kena gantung kerja, ada juga yang kata Sham ditamatkan kontrak, dan ada juga yang berpendapat Sham dibuang kerja. Ketidak hadiran Sham dalam tempoh yang lama juga membuatkan pihak pengurusan terpaksa ambil DJ sementara untuk gantikan Sham di konti DJ. Pihak pengurusan juga tertanya-tanya akan kehilangan Sham.

Liya yang mendengar khabar angin tu juga membuatkan jiwanya semakin meronta dan menjerit kenapa Sham tiba-tiba menghilang tanpa sebarang alasan.
"Abang.. Abang dekat mana? Kenapa menghilang macam ni? Lama pulak tu.. Tolong lah jangan Siksa Liya macam ni. Liya tak suka abang tinggalkan Liya lama-lama macam ni. Hidup Liya huru hara tau rasanya. Abang.. balik lah...Liya rindu sangat dengan abang.. Cepat lah balik.." Liya merayu dalam diam sepanjang dia sendirian.

Setelah hampir 2 minggu Sham menghilang, pada shif tengahari Sham muncul masuk bertugas semula. Tindakan awal yang Sham lakukan selepas punch kad masuk bertugas adalah menemui cinta hatinya yang sangat dirindui selama 2 minggu itu terlebih dahulu.

"Abang... mana abang menghilang.." sesampainya Sham, Liya terus salam tangan Sham dan Sham cium ubun-ubun Liya. Selepas itu Sham tarik kerusi dan duduk berhampiran Liya.
"Liya ni... macam nak tercabut rasa jantung ni tau tunggu Abang.. Abang pegi mana? Lama betul hilangnya.." Liya mengadu
"Abang tahu sayang tunggu abang. Tapi abang tak boleh nak buat apa. Abang terpaksa menghilangkan diri atas sebab tertentu Sayang..
Sayang... Ni abang nak bagitahu sesuatu. Abang nak sayang dengar betul-betul. Sayang jangan sampuk tau bila abang cakap.Abang nak sayang dengar betul-betul. Boleh?" Sham berpesan
"Apa dia? Abang jangan nak takutkan Liya.."
" Sayang.. andai kata berlaku sesuatu dekat hubungan kita ni, abang nak sayang tahu yang abang tetap akan sayang dan cintakan sayang sampai hujung nyawa abang. Sayang tetap suri hati abang sampai bila-bila. Kasih sayang abang adalah tulus dari lubuk hati abang ni. Cinta Agung kita ini akan abang simpan rapat dalam lubuk hati abang paling dalam. Abang tak akan pernah lupakan kewujudan sayang dalam hidup abang. Abang nak sayang tahu yang abang sangat-sangat cintakan sayang. Kalau boleh abang nak sayang jadi milik abang sampai akhir hayat abang. tapi....
Ingat sayang.. kalau sesuatu terjadi pada hubungan kita, Cinta abang pada sayang tak akan pernah abang padamkan. Jaga diri baik-baik. Tolong jangan terus lupakan abang selepas ini. Simpan semua kenangan bahagia kita ketat-ketat dalam hati dan ingatan sayang. Abang sangat-sangat cintakan sayang. Ingat tu." selepas itu Sham cium dahi dan umbun-umbun Liya dan berlalu pergi tinggalkan Liya yang terpana dengan kata-kata dan tindakan Sham itu dan terus turun ke konti.
Terkebil-kebil Liya dengan apa yang baru dilakukan oleh Sham tadi.
"Abang cakap apa tadi?? Kenapa abang cakap macam tu? Apa maksud abang ni??? Apa ni abang... Jangan lah buat liya tambah serabut lah.." Liya merempan separuh geram.
"Dah lah orang tengah rindu sakan dekat dia. Datang-datang cakap merepek macam ni.. Dah kenapa dengan abang ni??? Adoooiiiiii... Apa hal nya niiiiii..." Liya merempan lagi.

Di konti....
Sesampainya Sham di konti, Sham mainkan lagu dan dibiarkan ia berkumandang. Selepas itu dia tak mampu lagi untuk berdiri. Lututnya terasa lemah lalu terduduk di atas lantai dan bersandar ke dinding.
"Maafkan abang sayang.. maafkan abang.. Abang terpaksa luahkan semua tu dulu dekat sayang sebelum abang jalankan rancangan abang. Hati abang tengah hancur sangat-sangat ni. Kalau boleh abang tak nak berpisah dengan sayang. Tapi demi keselamatan dan maruah sayang, abang terpaksa juga jalankan rancangan ni. Walaupun hakikatnya abang tak sanggup untuk buat itu semua. Maafkan abang sayang..Maafkan Abang..." terus Sham menarik lututnya rapat ke dada dan disembamkan wajahnya di antara kepala lututnya. Dalam ketika itu juga air mata berguguran jatuh di pipi nya.
"Sham.. Kau kena kuat semangat. Kau tak boleh lemah macam ni. Kalau tak nanti macamana nak jalankan rancangan tu?" Tiba-tiba Musli peluk bahu Sham beri kata semangat.
"Aku betul-betul tengah tak kuat sekarang ni Musli. Tadi aku nyaris tak menangis depan Liya masa jumpa dekat atas. Masa aku pandang dia, aku rasa macam ada pisau yang tengah tikam dada aku banyak kali. Sakit sangat Mus. Sakittt.. sangat-sangat."
"Kau kena juga buat Sham. Kalau tak nanti Liya dalam bahaya.. Dah lah Liya bukan dalam pengawasan kau. Liya dalam rumah Si Binatang tu. Apa yang akan berlaku pun kita tak boleh nak tahu. Liya di ambang bahaya sekarang" Musli mengingatkan.
"Kalau ikutkan hati aku nak aja bawa lari Liya jauh-jauh dan kawin lari dengan Liya."
"Cara tu lagi bahaya. Nanti kau akan dituduh culik dan nama kau akan sampai ke balai. Itu lagi akan memburukkan keadaan. Silap gaya kau kat dalam, Liya kena ratah."
"Habis tu?? Aku tak sanggup lah Mus nak guriskan hati Liya lagi. Kalau dia trluka hati lagi, memang aku tak akan jumpa dia lagi dah. Dia akan terus membenci aku."
"Tapi memang itu kan rancangan kita? Nak buat dia bencikan kau dan biarkan dia yang tinggal kan kau." Mus mengingatkan.
"Buntu lah aku Mus.. Buntu.. Dah lah Isma nak mulakan rancangan ni 2 hari lagi. Tapi aku tak sedia lagi lah.. Aku tak boleh nampak Liya. Bila nampak Liya, hati aku sakit sangat."
"Kau nak tunggu sampai bila? Nak tunggu Liya dah jadi korban baru kau nak jalankan semua ni? Masa tu dah terlambat Sham. Silap gaya dia tuduh kau yang buat dan di sabarkan berita fitnah ni ke seluruh pelosok kawasan kita ni. mengatakan kau segala puncanya dan kau lah yang dah rosakkan Liya. Masa tu dah tak boleh lagi nak selamatkan Liya." Sekali lagi Mus bertegas dan mengingatkan Sham.
Sham tertunduk dan tak mampu lagi untuk berbidas. Mindanya semakin serabut.

Pada suatu petang, datang 2 orang promoter perempuan sementara untuk membuat promosi produk baru syarikat mereka di pasaraya tempat Liya bekerja. Memandangkan Liya berada di tingkat atas, Liya langsung tak tahu apa yang berlaku di tingkat bawah.
Semenjak itu juga Sham kurang keluar rehat bersama Liya. Bila Liya tanya, alasannya sibuk.
Sedang Liya sibuk buat laporan jualan,
"Liya.. Liya tak pernah nampak ke apa yang jadi dekat bawah sejak 2 perempuan promoter baru tu masuk sini?" suatu hari Kak Mira rakan setugasnya mengadu.
"Apa yang jadi kak? Entah.. Liya tak nampak pulak ada yang pelik. Biasalah dia buat promosi produk baru syarika dia kan? Kenapa kak?" Liya bertanya. dan hairan dengan pertanyaan Mira.
"Tiap kali keluar rehat, akak nampak Sham tengah menggatal dengan salah sorang perempuan tu." Mira mengadu
"Haa??? Apa yang jadi kak??" Telinga Liya seakan rasa panas dengan berita yang disampaikan oleh kak Mira.
"Masa akak keluar rehat, akak ternampak perempuan tu manja lain macam aja dekat Sham. Siap bertepuk bertampar. Pegang-pegang Sham. Lentok manja lain macam aja. Akak pandang pun sakit hati lah."
"Ye ke kak? Tapi masa Liya keluar rehat, takde pulak nampak apa-apa kejadian yang mencurigakan? Nampak macam biasa aja. 2 perempuan tu stay dekat tempat dia aja."
"Dia buat macam tu sebab tak nak bagi Liya syak apa-apa lah tu." kata kak Mira.

Semenjak tu Kak Mira hampir setiap hari report pasal kelakuan Sham dengan perempuan tu. Yang peliknya setiap kali giliran Liya rehat, Liya langsung tak nampak kejadian yang kak Mira ceritakan.
Bukan setakat Kak Mira sahaja yang datang mengadu, ada ramai juga yang datang mengadu perkara yang sama. Kak Suzie yang paling rapat dengan Sham juga tidak puas hati dengan apa yang Sham lakukan di belakang Liya.
"Sakit betul lah mata akak bila Sham menggatal dengan perempuan gedik tu. Nak aja akak luku kepala Sham dengan perempuan tu. Patut juga lah Sham tak nak dah keluar rehat dengan Liya. Rupanya ada agenda lain."Suzie melepas geram.
"Akak.. masalahnya bila Liya keluar rehat, Sham takde dekat tempat dia. Nak kata Sham keluar rehat sama dengan Liya, takde lah pulak. Liya tak nampak lah kejadian yang korang semua sampaikan dekat Liya tu." kata Liya
"Sebab Sham tak nak Liya nampak lah tu. Tu sebab dia menghilang masa Liya rehat." kata Suzie.
Satu hari Kak Mira tiba-tiba tak sihat sangat masa waktu hampir untuk Shif pagi balik. Dia mohon untuk balik awal. Sepatutnya Liya shif pagi manakala kak Mira shif petang.
Oleh sebab Liya belum keluar makan rehat, Liya mohon pihak pengurusan untuk keluar rehat untuk makan.
Sedang Liya berjalan menuju ke tempat simpanan bag, Liya ternampak aksi manja antara Sham dan perempuan promoter itu. Betul berita yang dikhabarkan pada Liya selama ini. Sham dan perempuan itu memang mesra sangat. Beraksi umpama pasangan kekasih.
Hati Liya sangat meluap saat itu. Amarahnya disimpan terlebih dahulu. Liya terus capai bag duit dan menuju ke warung. Sampai di warung, Liya patah selera untuk makan di warung. Dia hanya bungus.
Liya ambil satu sudut tersembunyi di tempat loker simpanan bag yang kedudukan tak jauh dari konti tempat Sham dan perempuan itu sedang beraksi manja. Sham langsung tidak menyedari akan kewujudan Liya di sudut loker itu.
"Sampai hati awak kan? Kenapa awak curang dengan saya macam ni? Kenapa buat perangai buruk macam ni depan saya ha?? Apa tujuan awak selama ni rapat dengan saya?? Apa salah saya sampai awak sanggup menduakan saya macam ni??? " Hati Liya mula terasa sakit sangat masa tu. Perbuatan Sham di belakangnya ini benar-benar membuatkan hatinya sakit sangat.
Tanpa Liya sedari air matanya gugur di sebalik persembunyiannya itu.
Liya terus membelakangkan mereka berdua dan Cuba menikmati makanan yang dibungkus.
Tekak Liya hanya mampu terima dalam beberapa suap sahaja. Seleranya terus tertutup bila telinganya berterusan mendengar hilai tawa dan gurau senda Sham dan perempuan itu. Air mata Liya menitis lagi.
"Ya Allah.. Mampukah untuk aku kuat harungi kelukaan sekali lagi?? Sakitnya Ya Allah.. Kenapa kau duga aku lagi seperti ini? Aku tak kuat Ya Allah..." Hati Liya berterusan menjerit. Air matanya berterusan mengalir. Namun dengan pantas air matanya di sekat dengan saputangan yang dipegang.
Selesai lap air matanya, Liya terpandang saputangan yang di pegang. Liya terpandang jam tangan yang sedang di pakai.
"Kenapa aku boleh lupa barang ni semua? Ingatkan sapu tangan ni aku dah pulangkan dekat Ammar. Sham langsung tak perasan ke pasal jam ni?" Sapu tangan pemberian Ammar Liya genggam, jam tangan yang dipakai dipegang.

Sedang Liya leka dengan barangan pemberian Ammar..
"Ehh!? Sayang!!! Buat apa dekat sini?? Bukan ke sepatutnya sayang dah balik ke?" Sham tegur dan duduk di sebelah Liya yang kebetulan ada dua kerusi di sebelah Liya.
"Belum. Kena sambung kerja sampai malam sebab kak Mira tak sihat." Liya jawab ringkas
"Patut lah abang nampak Mira balik awal tadi." kata Sham
"eemmmn... Sayang dah lama ke duduk situ?" Sham bertanya dan terkejut dengan keberadaan Liya di sudut tersembunyi itu.
"Lama lah juga. Sempat lah juga tengok drama romantik tadi. Boleh tahan juga lah drama tu. Enjoy juga lah Liya tengok." Liya menjawab.
" Drama?? Ada shooting ke sini tadi? Kenapa abang tak tahu? Walhal abang ada aja depan ni tadi? "
"Drama tu takde kamera, takde pengarah pun. Cuma ada Artis nya aja. Tapi artis tu takdelah glamer sangat. Sorang tu Liya kenal lah.. Yang sorang lagi tu Liya tak kenal lah pulak siapa. Tapi lakonan dia orang memang mantop lah. Romantik couple sangat.." Liya bercerita.
"Aik!? Lain macam bunyi ayat? Rasanya tadi takde lah pulak couple yang buat drama tadi.. cuma.. Abang dengan... Jap.. Jap..Ada yang tak kena ni." Sham kehairanan dengan bunyi ayat Liya
"Apa pulak yang lain macamnya.. Betul lah.. Memang ada drama lah tadi. Drama romantik. Rasanya ramai kot yang nampak drama tu? Bukan Liya aja yang nampak." Ayat Liya semakin sinis.
"Ayat sayang ni lain macam ni bunyinya.. Sayang tengah marah abang ke?" Sham bertanya.
"Nampak sangat ke Liya tengah marah abang? Tak kan? Kalau Liya marah, mesti Liya tak nak cakap dengan abang kan?"
"Tak..Liya nampak lain sangat hari ni. Selalu tu bila bercakap Liya akan pandang abang. pandang mata abang.. Ini Liya langsung tak nak pandang abang pun. Ini tandanya sayang tengah tak puas hati dengan abang."
"Tak puas hati pasal apa pulak? Liya ok lah.." Liya masih cuba berselindung.
"Tak.. Liya tengah tak ok sekarang. Liya tengah marah kan abang.. ye.. Lebih tepat Liya tengah marahkan abang sangat tapi Liya sorok. Pura-pura." Sham cuba tarik muka Liya supaya memandangnya. Tapi tangan Sham Liya tepis. Liya menolak.
"Nampak.. pandang abang pun tak nak ni? Tepis tangan abang lagi. Itu dah membuktikan yang sayang tengah marahkan abang sangat.. Sayang marahkan abang pasal apa ni?"
"Mana ada. Liya tak marah lah." Liya menjawab tapi masih tidak mahu memandang ke arah Sham.
'Sayang... Cuba cerita yang sebenar. Apa yang buat sayang marah sangat ni dekat abang? Cakap lah..Jangan lah terus membatukan diri dekat abang macam ni..'
Liya terus membisu dan tidak mahu memandang Sham. Kebisuan Liya itu membuatkan Sham bertambah tidak ketentuan.
Sham mula hilang sabar. Sham merapatkan kerusinya dengan Liya. Kurusi Liya dipusing menghadap Sham dan lutut Liya Sham kepit dengan kedua kakinya. Kedua tangan Liya dipegang.
"Sayang.. Abang tahu sayang nampak perbuatan abang dengan perempuan tu tadi. Sayang tengah sakit hati sangat dengan apa yang berlaku antara abang dengan perempuan tu tadi kan? Sayang cemburu dengan apa yang berlaku tu. Kan?" Sham membuat telahan. Namun Liya tetap terus membisu dan membatukan diri.
"Sayang.. cakapnlah something. Jangan siksa hati abang macam ni. Hati abang sakit sangat tau kalau sayang buat tak tahu dekat abang macam ni?" Sham merayu.
"Sakit hati abang aja yang abang tahu? Sakit hati Liya ada abang ambik peduli? Sakit mata Liya tengok semua tu tau.Abang pandai.. masa liya rehat atau balik, drama abang dengan dia langsung Liya tak nampak. Tapi bila Liya tak nampak, semua mengadu dengan Liya yang bukan-bukan. Bila Liya nampak sendiri apa yang semua orang bagitahu, Abang rasa Liya boleh nak happy ke terima itu semua?? Macam ada kapak yang hancurkan Hati Liya ni tau?" Liya melepaskan geram amarahnya.
"Abang langsung tak ada apa-apa hubungan lah dengan dia. Abang kawan biasa aja dengan dia. Dia memang jenis manja macam tu." Sham membuat penjelasan.
"Amboiiii.. macam tu ke layan kawan? So selama Liya dengan abang selama ni, yang Liya manja lentok dengan abang selama ni.. abang anggap itu layanan seorang kawan aja lah?" Liya perli Sham
"Sayang.. itu lain.. Abang memang sayang Liya sepenuh jiwa raga abang. Sayang cinta hati abang. Semua yang berlaku antara kita memang dari hati abang. Abang tak pernah tipu."
"Dah lah. Liya dah tak nak percaya dengan abang lagi Abang pembelit"
"Sayang.. jangan tuduh abang macam tu. Abang tak pernah bohong tau kalau abang kata abang betul-betul cintakan sayang dan nk jadikan sayang suri hati abang. Itu jujur dari hati abang."
"Dah lah abang. Liya dah tak percayakan abang lagi. Liya dah tak nak bincangkan hal ni dengan abang lagi. Dari Liya duduk lama-lama hadap abang macam ni, ada baiknya Liya naik masuk kerja. Lagi lama Liya di sini, akan lebih burukkan lagi keadaan. Liya tengah rasa panas hati sangat ni." Lia melepaskan geram
"Sayang.. jangan lah macam ni. Bagi lah peluang untuk abang jelaskan perkara yang sebenar semua ni." Sham menahan Liya dari bergerak.
"No.. Not now. Liya nak naik sejukkan hati. Abang tu.. Pergi solat maghrib dulu waktu dah nak habis ni."
Mendengarkan Liya menegur pasal solat maghrib, Sham memandang jam tangannya.
"Hampir abang terlupa. Pujuk sayang punya pasal lah ni, sampaikan terlupa. Baik sayang abang.. Habis tu sayang?" Liya terus bangun dan simpan bag duitnya dan keperluan lain kedalam tempat simpanan bag.
"Off day." Liya cuba berlalu pergi tapi ditahan oleh Sham.
"Patut lah berangin cepat. Dah berapa hari? Penting tu abang nak tahu." Sham mengusik.
"Takde maknanya. Dah lah.. Liya nak naik. Assalamu'alaikum.." Liya dapat melepaskan diri dan berlalu pergi. Manakala Sham berkejar menuju ke masjid berhampiran.
Selepas itu perbuatan Sham dengan perempuan tu masih tetap berlangsung. Hati Liya semakin sakit. Hatinya benar-benar terguris. Setiap kako ternampak aksi mereka, hati Liya panas. Jiwanya menggelegak. Liya mula merasa benci dengan Sham. Hatinya mula dirasakan tawar.

Satu hari sedang Liya menikmati minum petang dengan suzie, tiba-tiba suzie bangun dan bawa semua makanan fan minumannya berpindah meja.
"Kak Sue? Kenapa pindah meja?" Liya kehairanan dengan tindakan Suzie secara tiba-tiba itu.
"Assalamu'alaikum... sayang. Boleh abang duduk?" tiba-tiba Sham muncul dan duduk di sebelah Liya.
"Wa'alaikumussalam... tempat awam. Suka hati lah." Liya jawab dengan sinis
"Sayang masih marahkan abang ke ni?"
"Abang rasa kalau Liya dah nampak perbuatan abang setiap hari depan mata Liya pulak tu, Liya boleh senang hati ke? Happy.. hoorey riang gembira terima semua tu? Kalau abang di tempat Liya, apa perasaan abang? Kalau ikut hati gila Liya ni, abang dengan betina tu sekali Liya bambu tau tak?"
"Amboiiii... garangnya sayang abang ni."
"Abang tak pernah tengok Liya berangin, marah, tengah sakit hati kan? Sekarang abang hadap lah. Kali ni Liya betul-betul tengah sakit hati sangat-sangat dengan abang tau. Kalau boleh muka abang pun Liya tak nak pandang. Sampai hati ye abang buat Liya macam ni? Buat perangai macam ni." Liya terus bangun dan pergi bayar di kaunter harga makananya. Liya terus hilang selera untuk melanjutkan makannya. Selepas itu Liya terus melintas jalan dan meninggalkan Sham.
Menyedari Liya meninggalkan dirinya sendirian, dengan cepat Sham mengejar dan mendapatkan Liya.
"Sayang. abang tolong." Sham cuba mencapai tangan Liya untuk bantu melintas.
"Tak payah.. Liya boleh buat sendiri. Tak payah nak susahkan diri." Liya mengelak dari dipegang
Setelah yakin, Liya terus melintas dan di ikuti oleh Sham di belakang. Kemudian Liya terus ke lorong belakang tempat mereka berdua selalu lepak sebelum ini.
"Sayang.. jangan lah macam ni.. Abang boleh jelaskan kedudukan yang sebenar.. dengar lah dulu apa abang nak cakap." Sham merayu lagi.
"Kenapa baru sekarang nak cakap, nak jelaskan? Kenapa baru hari ni abang kejar Liya nak jelaskan semua tu? Kenapa tak awal-awal hari tu masa betina tu ada, masa Liya dah nampak, kenapa abang tak kejar dan cari Liya untuk jelaskan semua ni? Oooo.. lupa.. Masa dia ada, sibuk nak layan dia. Sibuk nak buat dia happy dekat sini. Sibuk nak pastikan dia enjoy bertugas di sini. Hari ni dia dah tak ada di sini sebab dah habis tugasan di sini dan dah tak datang sini lagi. Bila dah tak sibuk, tu sebab abang baru datang cari Liya?" Liya melepaskan geram dalam nada keras.
"Bukan macam tu. Abang.."
"Dah lah.. Liya malas nak dengar semua tu. Liya tak sangka abang macam ni. Entah-entah Liya ni sebenarnya sekadar sampingan abang untuk buat hilangkan bosan. Abang sebenarnya tak serius pun dengan Liya." Liya membuat telahan sesuka hati.
"Liya.. Abang bukan macam tu lah. Abang memang cintakan Liya. Abang tak pernah bohong bila abang katakan yang abang sungguh cintakan Liya. Memang abang nak Liya jadi isteri abang sebagai pelengkap hidup abang. Malah keluarga abang semua dah bersedia bila-bila masa aja untuk datang pinang Liya. Kalau boleh sekarang pun mereka nak pinang Liya."
"Tak payah nak guna nama keluarga untuk pancing lembutkan hati Liya. Liya tak akan termakan pujukan abang."
"Liya.. abang berani sumpah yang abang takde hubungan dengan dia. Dia mintak tolong dengan abang untuk buat satu lakonan. Dia nak lari dari seseorang yang dia tak suka. Lelaki tu pilihan keluarganya dan nak di jodohkan dengan dia. Dia tak suka lelaki tu. Jadi dia mintak tolong dengan abang untuk pura-pura jadi pakwe dia. Lelaki itu selalu kacau dia. Jadi.. semua yang Liya dan semua orang sini nampak adalah lakonan semata."
"Dahn lah abang. Liya tak percaya semua cerita abang tu. Liya dah susah nak percaya abang fah sekarang." Liya terus naik tangga dan masuk bertugas sungguhpun ketika tu waktu rehat masih berbaki lama.
"Liya... maafkan abang. Maafkan abang sayang... Abang tak suka bergaduh dengan liya macam ni. Tambahkan lagi rasa bersalah abang pada Liya. Maafkan abang atas pembohongan ini semua..Allahuakhbar...Ya Allah.. berikanlah hambamu ini kekuatan untuk lalui semua ini demi cinta aku padanya" Sham duduk si tempat selalunya dia lepak dengan Liya sambil menekup wajahnya dwngann kedua tapak tangan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience