"Encik berdua dan puan duduk sekejap di sini. Saya nak panggil doktor sorang lagi yang juga sedang memantau Atiliya sekarang."
Indra terus mendapatkan Doktor Syafik untuk minta turut sama dalam perbincangan waris Liya.
Setelah kedua-dua doktor sampai, perbincangan pun bermula.
"Saya doktor Syafik dari bahagian neurologi. Ini doktor Indra yang menguruskan Atiliya dalam wad ini sejak semalam dan juga merupakan kawan lama Atiliya juga. Untuk pengetahuan puan dan encik berdua asalnya Atiliya dimasukkan ke sini disebabkan demam panas. Hari ni 2 kali Atiliya pengsan dan koma. berdasarkan keputusan darah, x-ray dan ct-scan yang dibuat, ada terdapat darah beku di saluran darah di otak Atiliya yang menyebabkan Atiliya kerap pengsan dan koma sekarang. Manakala ada lagi berita buruk yang nak disampaikan iaitu sebenarnya Atiliya penghidap saluran jantung tersumbat."
"Tapi doktor selama ni adik saya tu sihat dan cergas orangnya. Jarang sakit. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?"
"Semua ni berlaku disebabkan sejak kebelakangan ini Atiliya mengalami tekanan emosi yang melampau. Menurut cerita Atiliya semalam dia kurang selera makan sejak seminggu yang lalu. Emosinya terganggu juga semenjak itu sehinggalah membawakan dia ke sini. Ketika di sini juga emosi dia masih tidak stabil. Berpunca dari situ lah kesihatan Atiliya semakin menurun." Cerita doktor Indra.
"Berhubung darah beku tu, pembedahan mengeluarkan darah beku perlu segara di buat. Andai tidak dikeluarkan, berkemungkinan Atie dalam bahaya. Jika tanpa dirawat Atiliya boleh pergi secara tiba-tiba." Doktor Syukri menambah penjelasan.
"Atiliya juga mengalami masalah jantung sekarang. Saluran jantung kiri Atiliya ada mengalami tersumbat yang menyebabkan sekarang jantungnya membengkak akibat dari tekanan emosi yang dialami." Doktor Shafik menambah lagi.
"Selepas kami dan pakar lain berbincang, pembedahan kedua-dua masalah Atiliya ini perlu segera dibuat. Tapi akan dibuat secara berperingkat. Sekarang ini keputusan saya serahkan kepada encik dan puan. Berhubung penjagaan Atiliya sepanjang di sini, Doktor Hakim yang akan uruskan."Doktor Indra menambah.
"Encik dan puan boleh masuk melihat Atiliya tapi tak boleh serentak. Kena secara bergilir. Puan dan suami dulu boleh masuk. Kalau ada pertanyaan boleh bertanya kepada doktor Hakim di dalam. Doktor Hakim yang bertanggungjawab menjaga Atiliya sekarang."
"Terima kasih doktor. Abang..jom tengok Atie." Izah terus bangun dan menarik Rusdee mengajak masuk ke bilik Liya.
Sebaiknya aja masuk ke ruang bilik Khas Liya...
"Assalamu'alaikum. Boleh kami masuk.." Rusdee memberi salam.
Hakim yang ketika itu sedang membisikkan sesuatu di telinga Liya, terkejut dengan kemunculan tetamu yang datang.
"Waalaikumussalam... kakak dan abang berdua ni waris Nuratiliya ke?" Hakim bertanya
"Ye.. Saya kakak Atie dan ini suami saya."
Hakim terus bersalam dengan Rusdee.
"Saya Doktor Hakim. Dalam masa yang sama juga saya adalah teman lelaki Atiliya sejak di bangku sekolah. Maafkan saya kakak dan abang. Saya nak mintak izin dengan kakak dan abang untuk menjaga Atie sepanjang Atie dirawat di sini."
"Sejak semalam ke doktor menjaga dia?"
"Ye sejak semalam. Tapi semalam dia tak membahayakan macam hari ni. Dia hanya demam panas dan tekanan darahnya tak stabil aja semalam hinggalah subuh tadi. Atie tiba-tiba rebah tak sedarkan diri masa nak pergi mandi untuk bersiap subuh. Dari situlah banyak hal yang terungkai. Bila Atie rebah Sakali lagi tadi masa selepas sarapan, Atie terus koma sampai lah sekarang."
"Doktor Hakim tak terasa terbeban ke ambil tanggungjawab untuk menjaga Atie sepanjang Atie di sini?"Izah bertanya.
"Langsung tidak kak. Malah saya nak jaga dia selama lamanya kalau akak dan abang izinkan."
Izah dan Rusdee berpandangan sesama sendiri.
"Kalau bab nak jaga Atie selama-lamanya tu... Doktor Hakim kena bawa keluarga dan jumpa mak kami di kampung." Izah jawab sambil tersenyum.
Mendengarkan jawapan Izah, Hakim tersenyum gembira.
"Sementara kakak dan abang di sini, saya nak keluar sekejap untuk makan. Sejak pagi saya belum makan. Nanti saya jumpa dengan kakak dan abang semula. Boleh kita bincang nanti berkenaan rawatan terbaik untuk Atie. Saya perlukan keputusan kakak dan abang untuk dapatkan rawatan yang terbaik untuk Atie." Hakim meminta izin
"Hakim pergilah makan dulu. Abang dan akak jaga Atie sementara tu." Jawab Rusdee
Sebaik sahaja Hakim keluar, Munir masuk melihat Liya.
"Munir. Kau mana tahu Atie ada di sini?"
"Munir lah yang bawa Atie ke sini. Mak angkat Munir yang telefon katanya Atie emosi tak stabil sangat. sampaikan menangis sambil menjerit dekat rumah mak angkat Munir tu."
"Macamana pulak Atie boleh ke sana?"
"Munir dulu pernah ada bawa Atie sekali ke tempat tu sebab dulu Atie pernah cakap nak pergi tempat air terjun. Jadi Munir bawa Atie ke situ. Berkenalan lah sekali dengan keluarga angkat Munir tu. Tak sangka lah pulak Atie ingat lagi nak ke situ. Atas sebab apa Atie ke situ pun Munir tak tahu. Mak Angkat Munir panik bila Atie menangis dan menjerit jerit di sana. Tu sebab mak angkat Munir telefon Munir untuk bantu redakan emosi Atie. Bila Munir sampai sana Atie tengah tidur. bila dia bangun nak masuk bilik, tiba-tiba Atie rebah. Tu yang Munir bawa ke sini sebab paling dekat dengan Janda Baik." Munir bercerita.
"Munir sempat tanya Atie tak kenapa dia terganggu emosi macam tu?"
"Tak sempat Along. Masa di sini doktor berpesan supaya jangan beri tekanan emosi dekat Atie. Jadi saya takde lah tanya apa-apa."
"Munir dah tahu ke apa hubungan doktor Hakim tu dengan Atie?"
"Dah. Doktor Indra dah bagitahu tadi. Doktor Indra tu pun kawan lama Atie dan pernah satu sekolah dengan Atie. Jadi mereka ni lebih kenal Atie dari Munir kenal Atie."
"Kamu tak kecewa ke Munir?"
"Along..Doktor Hakim lebih layak untuk Atie. Saya tak mahir nak jaga Atie bila Atie dalam keadaan macam ni. Lagipun Doktor Hakim lebih lama kenal Atie kalau nak banding Munir kenal Atie. Munir baru aja berapa bulan kenal Atie."
Izah kemudian meneliti adik kesayangannya itu. Wajah Liya dicium berkali-kali. Hatinya sangat meruntun saat merenung adik bongsunya itu.
"Abang...Lamanya Atie tidur. Kenapa adik Izah yang kena lalui semua ni? Izah betul tak sangka yang semua ni akan jadi macam ni."
"Abang pun terkejut. Lain yang abang rancang lain yang jadi. Sudahnya adik kita yang dapat musibahnya. Abang betul-betul menyesal Izah. Betul-betul menyesal."
"Akak.. Abang.. Kalau tak berlaku macam ni tak mungkin juga saya akan berjumpa semula dengan Atie. Semua ni Allah dah susun kenapa semua ni berlaku. Tentang Atie, kita sama-sama berdoa semoga urusan kesihatan Atie ni dipermudahkan. Insyaallah.." Tiba-tiba Hakim muncul di muka pintu.
"Hakim.. Dah makan ke?" Rusdee menegur Hakim.
"Saya takde selera nak makan. Hati saya tak tenang fikirkan pasal Atie." Hakim menjawab sambil rapat mendapatkan Liya dan memegang jemari Liya.
"Along dah fikir semasak nya tentang urusan pembedahan Atie. Along serah semua keputusan pada Hakim. Hakim lebih tahu apa yang terbaik untuk Atie. Along ikut aja." Izah memberi kata putus.
"Kalau macam tu sekejap lagi kita jumpa semula dengan doktor Indra dan Doktor Syafik untuk bincangkan apa yang akak dan abang perlu tahu." Hakim memberi pendapat.
Izah dan Rusdee mengangguk tanda setuju.
"Maaf... saya tak perasan saudara. Kalau tak silap saya saudara ni yang telefon Atiliya pagi tadi kan?"
"Ye..Saya. Panggil aja saya Munir."
"Boleh kita berbual sekejap di luar?"
"Boleh. Mari lah..."
Sebaik sampai di luar Hakim bersalam dengan Munir.
"Munir..Maafkan saya sebab tiba-tiba muncul di antara perhubungan Munir dan Atie."
"Saya tak faham. Apa maksud Hakim."
"Saya terdengar perbualan Munir dan Atie petang semalam. Kalau saya tak salah dengar Munir dan Atie pernah menyintai satu sama lain kan?"
Pertanyaan Hakim membuatkan Munir terdiam.
"Mari kita berbual di ruang rehat. Tak sesuai kita berbual tentang perkara ni di sini. Along tak tahu tentang kami sebelum ni." Munir mengajak Hakim.
Mereka pun bergerak menuju ke ruang rehat yang terletak di hadapan pintu masuk wad.
"Hakim...memang betul. Kami berdua dulu pernah saling menyintai. Tapi saya dah khianati cinta dia. Dia sangat kecewa dengan saya dan sampai sekarang dia masih belum mahu menerima saya lagi. Dia menolak saya. Dia hanya anggap saya sekadar kawan dan sahabat. Dia tak mahu menyambung kembali hubungan kami yang dahulu . Saya sahaja yang mengharapkan Atie untuk kembali sedangkan Atie langsung tidak mahu"
"Kenapa mengalah?"
"Saya tak mengalah. Saya sedang mencuba. Tapi Atie sebenarnya perpegang kepada prinsip hanya sekali dan tiada untuk peluang kedua kalau hatinya dah dilukai dengan teruk. Saya dah lukakan hati dia Hakim. Memang dia lalui situasi yang teruk selepas saya lukakan hati dia. Disebabkan itu lah dia tak mahu kembali kepada saya."
"Macamana dia boleh terlibat dengan cinta buat kali kedua?"
"Saya tak tahu Hakim. Mungkin ada yang mencuba nasib untuk menjadi penyelamat ketika Atie sedang kecewa. Mungkin.. Selepas Atie menolak saya dan tinggalkan saya, saya bawa diri merantau menjauhi dia untuk cuba lupakan dia. Tapi ternyata saya tak mampu nak lupakan dia."
"Munir tak marah ke saya masuk dalam celahan hubungan awak berdua?"
"Saya yang sebenar tak layak untuk Atie. Hakim lebih layak sebab Hakim lebih lama mengenali Atie berbanding saya. Saya hanya mengenali Atie dalam 2 bulan selepas itu kami putus. Saya langsung belum sempat untuk memahami siapa diri atie yang sebenarnya."
"Munir tak berkecil hati ke kalau saya ambil Atie sebagai suri hati saya?"
"Kenapa pulak saya nak kecil hati. Hakim lebih layak untuk menjaga dan mengurus Atie. Hakim lebih memahami Atie berbanding saya. Sungguhpun ada sikit rasa kecewa, tapi saya redha dengan ketentuan Allah."
"Hakim..rasa kecewa ni adalah adat perjuangan. Kalau takde rasa kecewa tak mungkin akan ada pengajaran. Jadi apa yang berlaku antara saya dan Atie ni saya anggap sebagai pengajaran supaya selepas ini kena lebih bijak dalam menjaga hubungan."
"Tersentuh hati saya bila Munir jujur dan ikhlas macam ni."
Sedang Munir dan Hakim rancak berbual, tiba-tiba Rusdee muncul di pintu masuk.
"Hakim..Munir.. Atie dah sedar."
"Abang dah panggil doktor Indra" Hakim bertanya.
"Belum. Ok abang panggil sekarang."
Dengan pantas Munir dan Hakim masuk ke bilik Liya. Hakim terus mendapatkan Liya.
"Haiiiii.... sayang.. Lamanya tidur. Semua tengah tunggu sayang bangun." Hakim berbisik.
"Abang...Atie nak buka benda ni. Atie tak selesa." Liya mengadu.
"Nanti sekejap. Tunggu Indra sampai. Abang tak boleh nak buat sebab abang tengah cuti. Salah kalau abang alihkan semua ni." Hakim memujuk.
Tak lama lepas tu Indra pun sampai.
"Haiiiii.... Atie... sekejap ye..abang tukar alat bantu pernafasan yang lebih senang nak guna. Abang tahu atie tak selesa. Sekejap ye..." Indra memujuk.
Indra dan jururawat bertindak pantas dalam mengurangkan wire yang berselirat di badan Liya dan menukar jenis saluran bantuan pernafasan mudah alih dan lebih kecil.
"Tapi yang mesin bantuan yg dekat tepi ni abang tak boleh alihkan tau sebab untuk memudahkan abang pantau atie dari depan sana. Ok... dah siap. Abang nak sambung kerja dekat depan. Atie sembang lah dengan keluarga ok. Bye.. jumpa lagi nanti. "
Liya hanya mengangguk sambil senyum lemah.
Izah merapatkan diri dengan Liya.
"Assalamua'laikum.... adik along. Atie ok ke? Terkejut Along bila Atie diberitahu ada di sini. Sekarang along nak Atie banyakkan berehat. Semua ada dekat sini... Along Dee, Munir dan Hakim. Insyaallah kami akan jaga Atie secara bergilir nanti." Izah bercerita.
"Along.. Abang Munir mana?" Liya bertanya.
"Ye... abang ada sini. Atie nak apa? Kalau pasal makanan yg mak Odah nak masakkan tu, Sory.... abang tak sempat nak bawak tadi sebab nak tengok Atie cepat." Kata Munir.
"Atie baru nak tanya. Kalau macam tu takpe lah.. Abang.. Nanti mintak Mak Odah buatkan sambal kering. Sedap tu makan dengan nasi panas."
"Ok. Nanti abang mintak mak Odah buatkan." Munir menjawab sambil tersenyum.
"Abang..." lengan baju Hakim ditarik.
"Ada apa sayang? nak abang belikan makanan ke?" Hakim bertanya dalam nada lembut.
"Belikan Atie bubur nasi. Perut Atie pedih lah tak makan sejak pagi." Liya mengadu.
"Tak pe Hakim. Biar abang dengan Along turun belikan. Hakim jaga Atie." Rusdee memberi arahan.
"Along..belikan yang sedap tau. Dapat yang macam along selalu buat tu ok lah." Liya berpesan
"Ok adik along sayang. Along turun pergi cari kejap Ye. Sembang lah dengan bodyguard dua orang ni." sebelum berlalu Izah mencium Liya terlebih dahulu.
"Jangan tidur tau. Nanti along carikan secepat mungkin." Izah berpesan. Liya hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Abang Munir dah lama sampai?" Liya bertanya sebaik dilihat Munir menghampirinya.
"Adalah dalam satu jam lebih juga." Jawab Munir.
"Abang berdua jangan bergaduh tau pasal Atie." Liya memberi amaran.
Hakim dan Munir berpandangan sesama sendiri dan kemudian mereka ketawa serentak.
"Buat apa kami nak bergaduh. Kami dah kawan lah. Apa lah Atie ni. Mudah sangat salah sangka tau." Hakim mengusik.
"Alhamdulillah..." Liya berasa lega.
Hakim dan Munir berpandangan sekali lagi sambil ketawa kecil.
"Abang... Atie nak duduk. Naikkan bhgn kepala Atie." Liya meminta dengan Hakim.
"Abang tak boleh nak tegakkan sayang sepenuhnya tau. Abang naikkan sikit aja tinggikan bahagian kepala. Nanti takut sayang pening dan sakit kepala lagi kalau ditegakkan." Hakim menjawab.
"Ala...Atie rimas lah baring aja."
"Sayang...jangan degil. Nanti sayang takutkan abang lagi. Dah 2 kali tau sayang takutkan abang. Kali ni sayang kena dengar cakap abang." Hakim bertegas.
Liya buat muka merajuk dan tak puas hati. Wajah Hakim tak mahu di pandang.
"Macam tu lah dia Hakim. Buat muka bila apa yang dia nak tak ditunaikan. Modal mintak di pujuk." Munir mengusik sambil ketawa.
"Sama aja Munir. Sejak zaman sekolah dulu pun macam tu lah dia. Tak pernah berubah rupanya..." Hakim juga mengusik sambil ketawa.
"Sampainya hati abang berdua ni mainkan Atie. Atie nak tido semula lah macam ni." Liya mengugut.
"Eh.. Eh... Eh... jangan nak mengada nak tidur semula. Dah lama tau kami tunggu sayang bangun dari tido. Nak tido balik pulak dia.. No... No... Tak boleh." Hakim bertegas dan memberi amaran.
"Tau takut..." Liya mengugut
"Eeeehhhh.... Dia ugut kita Munir."
Munir hanya ketawa melihat gelagat Hakim dan Liya.
"Hakim. Dah takde hal yang nak di bincangkan kan? Kalau takde, saya nak balik dulu nak mintak mak angkat saya buatkan permintaan tuan puteri ni tadi. Kalau ada hal yang mendesak, telefon saya. Ini kad saya." Hakim menghulur kad nama kepada Hakim.
"Laaa... Munir polis ke?" Hakim terkejut selepas membaca kad nama Munir.
"Haah. Sekarang ditugaskan dekat IPD Raub. Saya ni tak tetap Hakim. Selalu kena tukar. Maklumlah jaga bahagian Jenayah." kata Munir.
"Hebat kan orang yang ada keliling Atie. Semuanya bekerja hebat. Atie juga lah yang tak pasti lagi ke mana hala tuju Atie lepas ni." kata Liya
"Ok lah Hakim. Saya balik dulu." Mereka berdua pun bersalaman.
"Abang Munir... Dah lupa ke?" Liya mengingatkan.
Munir terkejut dengan teguran Liya dan memandang Hakim.
"Takpe. Boleh. Saya faham." Hakim mengangguk.
Munir patah balik belakang semula dan mendapatkan Liya. Liya salam Munir dan Munir mencium umbun-Umbun Liya.
Selepas itu Hakim mengiring Munir keluar pintu.
"Maafkan saya Hakim buat macam tu dekat Liya depan Hakim."
"Saya tak marah lah. Sikit pun tak. Atie memang manja sangat orangnya. Amalan itu juga saya guna sejak kami di bangku sekolah lagi. Dia akan rasa disayangi dan dilindungi bila kita buat macam tu dekat dia. Rasanya semua yang rapat dengan dia akan buat macam tu juga dekat dia. Dia takde adik beradik lelaki. Sebab itu dia mencari seseorang untuk jadikan sebagai perlindung dia yang mudah dianggap dan di sayang sebagai abang sendiri." Hakim memberi penjelasan.
"Patut lah dia tak pernah membantah bila kali pertama saya buat macam tu dekat dia dulu. Cuma dia akan bertanya maksud saya buat macam tu." Munir bercerita.
"Itu lah tabiat dia Munir. Kalau kita buat macam tu dekat dia, dia akan tanya atas alasan apa. Complicated sikit insan istimewa kita berdua ni." Sambil ketawa Hakim bercerita.
"Ok lah Hakim. Saya balik dulu. Nanti petang kot kalau saya sempat saya datang untuk bawakan makanan yang Atie mintak tadi."
"Ok Munir. Kita jumpa lagi nanti. Hati-hati memandu." Sekali lagi mereka bersalaman dan Munir pergi.
"Abang..." kedengaran Liya memanggil. Dengan cepat Hakim mendapatkan Liya.
"Ada apa sayang..."
"Atie nak pergi tandas."
"Kalau nak buang air kecil, sayang dah dipakaikan urin tiub dan urin bag. Sayang lepaskan aja. Nanti abang buangkan."
"Malu lah.."
"Buat apa nak malu. Abang tak nampak lah. Tilam tu tak akan basah lah.."
"Betul ni? Kalau basah, Abang kena bersihkan."
"Abang ok je. Dah biasa. Kerja abang ni kan memang kena hadapi macam kerenah pesakit."
"Atie tak selesa lah pakai tiub ni." Liya merungut.
"Tak boleh nak buat apa. Sebab Atie sekarang kerap pening, sakit kepala, lepas tu tiba-tiba pengsan bila Atie banyak bergerak. So kenalah Atie pakai tiub tu. Dilarang sama sekali untuk bergerak banyak." Tiba-tiba Indra masuk menyampuk.
"Ala....rimas lah Abang Indra..."
"Eeeehhhh.... banyak pulak dia punya ragam. Abang cucuk bagi tido lagi nanti nak?" Indra mengusik.
"Orang main-main aja lah. Suka dia aja kan nak ugut Atie. Apa punya doktor lah Abg Indra ni. Doktor kejam. Sama aja dengan abang tu." Liya merungut.
Selepas itu Indra dan Hakim ketawa serentak.
"Apa juga yang dikacau Atie tu..." Izah menegur.
"Takde apa lah Along. Saja mengusik Atie ni. Banyak pulak mintaknya hari ni. Tu yang saja usik dia."
"Along...ada tak? Lapar sangat dah ni." Liya teruja bila terdengar suara Izah.
"Ada ni. Sabar lah." Izah mula keluarkan bubur yang Liya mahukan dan diletakkan di atas meja.
"Puan...boleh saya jumpa puan sekejap." Indra meminta dengan Izah.
"Hakim..Tolong suapkan Atie. Along nak jumpa doktor Indra sekejap."
"Indra...Boleh tegakkan tak bhgn kepala ni?"
"Boleh..tapi jangan tegak sangat. separuh baring aja. Nanti bagi tekanan pulak pada yang tu."
"Ok...aku faham." Hakim menjawab.
Sementara Hakim memberi Liya makan, Izah dan Rusdee dipanggil untuk berbincang berkenaan keadaan Liya dan kesan-kesan sampingan selepas pembedahan.
"Saya dah berbincang dengan doktor Hakim tadi. Saya serahkan semua keputusan kepada dia sebab doktor Hakim lebih tahu berkenaan sakit Atie. Saya hanya akan setuju apa juga keputusan yang terbaik untuk memulihkan Atie."
"Tapi tandatangan Puan juga diperlukan sebab puan adalah waris terdekat Atiliya."
"Betul.. saya akan tandatangan apa juga dokumen yang diperlukan asalkan prosesnya untuk memulihkan adik kesayangan saya tu boleh kembali sihat seperti asal."
Sementara di dalam wad...
"Sayang...abang nak tanya ni. Itu pun kalau sayang tak menolak lah..."
"Abang nak apa ni...Dalam pada Atie tak sihat ni pun abang nak mintak macam-macam kan...Abang nak apa ni.." Liya menjawab lembut.
"Sayang...Kalau abang nak jaga sayang sepanjang hayat abang, boleh tak? Jadi pelengkap tulang rusuk abang yang hilang tu?" Hakim membuat permintaan.
Liya berkerut memikirkan permintaan Hakim. Selepas itu Liya tersenyum.
Melihatkan Liya tersenyum, Hakim mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Sayang...Sudi tak sayang jadi suri hati abang sepanjang hayat abang? Jadi isteri abang dan jadi ibu kepada anak-anak abang nanti?" Sambil itu Hakim menghulurkan sebentuk cincin kepada Liya. Mendengarkan Lamaran Hakim, Liya hanya tersenyum. kemudian mengangguk.
"Sayang setuju???" Hakim seakan tidak percaya dengan jawapan Liya.
Liya dalam keadaan masih tersenyum dan semakin melebar senyumnya mengangguk mengiakan.
"Alhamdulillah...." Terus Hakim buat sujud syukur dan kemudian menyarungkan cincin itu ke jari Liya.
Selepas itu kedengaran tepukan kuat dari muka pintu.
"Yeeeyyy.....Tak lama lagi Adik along jadi isteri orang. Alhamdulillah...."
Share this novel