BAB 52

Romance Series 17488

Subuh itu Liya dikejutkan oleh Jururawat untuk diambil suhu badan dan tekanan darah. Sepanjang Liya tidur malam tadinya juga 2 kali Liya dikejutkan oleh jururawat untuk di ambil tekanan darah. Selepas itu Liya memandang ke arah jam dinding wad.
"Dah nak masuk subuh tak lama lagi. Baik terus bangun mandi dan sedia untuk solat subuh."
Perlahan-lahan Liya turun katil dan duduk di kerusi bagi mengambil kelengkapan mandian nya. Sedang dia mencari keperluannya.
"Assalamu'alaikum... Selamat pagi sayang.."
Dalam kesamaran cahaya, Liya mengamati susuk tubuh insan yang memberi salam.
"Waalaikumussalam.... abang. Dah mula masuk kerja ke?"
"Dah lah ni. Tu abang intai sayang kejap kalau abang boleh tolong apa-apa ke."
"Please ambilkan Atie set baju. Atie terlupa nak ambil."
"Ok..kejap." Hakim terus berlari mendapatkan baju yg Liya minta.
"Sayang nak mandi ke? Boleh jalan tak ni? Dah tak pening ke?"
"Insyaallah... boleh. Takpe..Atie boleh buat sendiri. Lagipun abang dah mula masuk kerja kan.. pergi lah buat kerja. Nanti apa pulak kata rakan setugas abang."
"Betul ni? kalau pening panggil abang tau?"
"Ye.. Atie boleh buat sendiri. Percaya dekat Atie boleh tak?"
"Ok sayang... Hati-hati berjalan tu."
Sebaik Hakim menuju ke ruang bertugas, Liya berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air. Sesampainya Liya di hadapan pintu bilik Air, Liya rebah tak sedarkan diri.
"Hakim!!! Atiliya pengsan!!" Indra menjerit. Dengan laju Hakim berlari mendapatkan Liya.. Macam tu juga dengan doktor yang lain. Hakim terus mendukung Liya dan di bawa semula ke katil.
Suasana wad mula kecoh ketika itu. Segala peralatan di keluarkan bagi memberi bantuan kepada Liya.
"Report darah terkini pesakit ni dah ada ke? Tolong dapatkan segera.." Hakim memberi arahan. ketika itu segala alat bantuan bagi menyedarkan Liya digunakan. Suasana memang sangat panik ketika itu. Yang paling panik adalah Hakim. Tanpa Hakim sendiri sedari dalam pada berusaha menyelamatkan Liya, air.matanya gugur. 15 minit usaha dibuat bagi menyedarkan Liya. Akhirnya Liya berjaya disedarkan.
"Tolak pesakit ke bilik khas yang terasing dari yang lain." Indra memberi arahan.
Dengan pantas semua staf yang bertugas menyahut arahan. Katil Liya ditolak ke bilik lain. Sementara Hakim terduduk di kerusi sambil menangis.
"Kau kena kuat Hakim. Kau tak boleh lemah macam ni. Kau penguat semangat dia. Dia perlukan kau sangat masa ni. Jom kita pantau dia." Indra memujuk dan memberi kata semangat kepada Hakim. Hakim ditarik dan mereka berlari masuk ke dalam bilik Liya.
Setelah keadaan Liya mula stabil, semua yang bertungkus lumus menyelamatkan Liya tadi keluar untuk sambung bertugas. Tinggal lah Hakim dan Indra di dalam bilik itu.
"Ingat apa yang aku cakap tadi Hakim. Kau tak boleh nampak lemah depan dia macam ni. Kau kena kuat. Dia bergantung dengan semangat kau sekarang." Indra memberi kata nasihat dan semangat kepada Hakim

Sedang Hakim leka memandang Liya dan ditemani Indra...
"Doktor Hakim. Bos nak jumpa sekejap dekat bilik sister." Seorang jururawat masuk memaklumkan kepada Hakim.
Hakim dan Indra berpandangan sesama sendiri.
"Indra.. Tak pernah-pernah ni bos panggil aku. Aku ada buat salah ke?" Hakim berasa cuak.
"Aku tak pasti Hakim. Aku pun terkejut ni. Jom lah. Suspen juga aku ni. Atiliya dah stabil tu. Takpe kita tinggalkan sekejap. Nanti kita tengok balik." kata Indra.
Mereka pun melangkah keluar dari bilik Liya dan menuju ke ruang kerja. Manakala Hakim masuk bilik untuk berjumpa bos.
"Morning boss. Bos panggil saya?" Hakim bertanya sebaik masuk dalam bilik.
"Sila duduk doktor Hakim. Ada sesuai yang saya nak bincangkan dengan doktor."
"Apa yang bos nak bincangkan tu?" Hakim bertanya.
"Doktor Hakim.. Sepanjang doktor bertugas di sini, pernah tak doktor ambil cuti?" bosnya bertanya.
Hakim hanya menggeleng. Sememangnya sepanjang 2 tahun bertugas, Hakim memang tak pernah langsung mohon cuti kecuali cuti penggiliran.
"Saya tahu sekarang doktor sangat risau dan bimbangkan dia. Kisah doktor dan dia kami dah maklum. Sampai atas satu hospital tau kisah doktor ni. Maka itu saya nak arahkan doktor untuk cuti selama 2 minggu untuk jaga dan uruskan dia. Saya doakan semoga kamu ada jodoh dengan dia dan kekal hingga ke jannah. Aamiiiin."
"Lajunya berita pasal saya sampai. Belum pun 24 jam saya jumpa dia semula. Kisah saya dah tersebar? oh...ya.. Boss bagi saya cuti??" Hakim terkejut.
"Ye doktor Hakim. Lagipun doktor tak pernah langsung mohon cuti. Cuti doktor pun masih banyak lagi. Yang tahun lepas pun masih tak terusik. Lagipun dia sangat tak stabil sekarang. Dia sangat perlukan sokongan Doktor. Jadi saya beri peluang untuk doktor fokus jaga dia. Saya tahu emosi doktor juga tak stabil lepas kejadian tadi. Sangat tak sesuai kalau doktor jalankan tugas buat masa ni."
"Terima kasih tuan. Terima kasih juga memahami. Terima kasih sangat-sangat."
"So... Cuti doktor bermula hari ini. Jadi boleh lah doktor fokus jaga dia bermula hari ini."
Hakim terus bersalam dengan bos nya dan kemudian berlari mendapatkan Liya.

"Sayang... kenapa takutkan abang macam ni... Malam tadi macam ok aja abang tengok. Kenapa pagi ni sayang tiba-tiba takutkan abang ni sayang.." Jemari Liya digenggam dan diusap.
"Hakim... Kami nak bawa Atiliya untuk buat x-ray dan buat ct-scan. Keputusan darah Atiliya sangat tak cantik. Kau nak ikut sekali atau nak tunggu sini?" Indra bertanya minta kepastian.
"Aku nak ikut." Jawab Hakim
"Ok. dalam 15 minit lagi Atie akan dibawa ke sana." Indra memberi arahan.
Ketika keadaan Liya yang masih belum sedar, dengan bertemankan Hakim Liya dibawa x-ray dan ct-scan. Ketika Liya dah dibawa balik ke dalam wad, Hakim terus mendapatkan Indra untuk mendapatkan laporan penuh.
"Indra. What's the total result?" Hakim teruja untuk tahu.
"Ok.. bertenang Hakim. Aku akan bagitahu sekarang. Berdasarkan x-ray di bahagian otak, aku dapat kesan ada 1 ketulan darah beku di bahagian kiri otak dia. Ini tempatnya." Indra menunjukkan rajah x-ray kepada Hakim.
"Ada satu lagi berita buruk yang aku nak sampaikan pada kau mengenai keputusan ct-scan dan laporan darah Atie. Kau baca lah sendiri. Tak sampai hati aku nak cakap dengan kau." Indra berundur memberi ruang kepada Hakim untuk membaca report.
Hakim menghadap komputer dan meneliti setiap laporan yang tertera. Setelah selesai membaca, Hakim terus terduduk. Badannya terasa lemah.
"Allahuakbar.... Kenapa berat sangat dugaan yang dia kena lalui ni Indra.. Patut juga lah dia nampak lemah sangat masa dimasukkan ke sini." Hakim mengeluh.
"Sabar Hakim. Kau kena kuat. Kalau kau tak kuat, macamana Atie nak kuat?" Indra mengingatkan.
"Entah lah Indra. Serabut aku dibuatnya. Nasib baik bos bagi aku cuti lama. Kalau tak mesti aku tak boleh nak buat kerja."
Sambil mendengar luahan hati Hakim, Indra leka memerhati dan meneliti keputusan x-ray di komputer.
"Hakim. Kalau ikut pada x-ray ni ketulan darah beku ni memang dah lama sangat ada dalam otak Atie. Kalau tengok pada kesan kecederaan, langsung takde. Aku rasa Atie penghidap migrain lah. Cuma migrain dia tak kerap berlaku melainkan bila dia terpaksa banyak berfikir dan dalam keadaan sangat tertekan. Tekanan yang dia terima kebelakangan ni buatkan pergerakan darah beku tu aktif dan dah beri tekanan pada saluran darah otak Atie."
"Patut juga lah dia asyik pening dan sakit kepala dari semalam. Ini puncanya rupanya. Bahaya tak kedudukan darah beku tu sekarang?" Hakim mengharapkan kepastian.
"Kalau berterusan Atie dalam keadaan tertekan, memang bahaya untuk Atie. Atie akan kerap pening dan pingsan nanti. Kalau buat pembedahan buang darah beku pulak, aku tak pasti apa risikonya. Nanti aku cuba rujuk dengan pakar neurologi. Bab ni bukan kepakaran aku. Apa-apa berita aku bagitahu kemudian." kata Indra
"Thanks Indra. Aku nak tengok Atie. Kalau ada info terbaru, bagitahu aku." Hakim meminta beredar.
"Ok. Pegi lah jaga dia. Takut dia dah jaga, terkejut pulak dia nanti bila dah dipindahkan situ."
Hakim terus bergerak menuju ke bilik Liya. Sampai di bilik Liya...
"Hai... sayang.. Dah lama ke terjaga?"
Hakim terus mendapatkan Liya dan dibuka alat bantuan pernafasan bila dilihat Liya seakan tidak selesa.
"Kenapa Atie ada dalam bilik ni? Apa jadi dekat Atie tadi?" Liya kehairanan dengan keberadaaan dia di bilik terasing itu.
"Tadi Atie pengsan lagi. Sebelum ni sayang kerap sakit kepala ke?" Hakim minta kepastian.
"Tak selalu. Jarang sangat. Cuma kebelakangan ni macam kerap pulak."
"Ok.. tak pe. Abang nak Sayang rehat. Jangan fikir apa-apa. Abang akan jaga sayang. Abang dapat cuti tau untuk jaga sayang."
"Bukan ke abang bertugas hari ni? Macamana pulak tiba-tiba abang cuti?"
"Tak suka ke abang nak jaga sayang?"
"Takde lah... Cuma pelik aja bila tiba-tiba abang kata cuti hari ni."
"Sayang betul-betul takutkan abang tau pagi ni. Semalam masa abang tinggalkan sayang elok aja cuma mamai tu adalah sbb dah bawah pengaruh ubat kan. Lepas abang lepaskan sayang pegi bilik air sendiri tadi abang betul-betul terkejut bila sayang tiba-tiba pengsan depan bilik air."
"Atie pingsan ke? Betul...Atie takde rasa apa pun. sakit kepala pun tak.. pening pun tidak Atie rasa sihat aja. Tu yang Atie tak bagi abang temankan sebab Atie yakin boleh buat sendiri. entah macamana bila sampai depan bilik air pandangan Atie terus gelap. Bila Atie sedar ni tadi Atie dah ada dalam bilik ni dengan keadaan Atie yang penuh dengan wayar yang berselirat ni. Dengan mesin ni semua keliling Atie. Kenapa dengan Atie sebenarnya ni?"
"Tunggu kejap. Abang.nak panggil Indra mintak alihkan semua ni." Selepas itu Hakim menjenguk ke luar pintu untuk memanggil Indra.
"Indra.... sini sekejap." Hakim melaung ke arah Indra.
"Ada apa?" Indra bertanya kehairanan. Selepas Itu Hakim menunjuk pada Liya. Dengan laju Indra berjalan masuk ke ruang bilik Liya. Setelah masuk...
"Oooohhhh.... Dah bangun rupanya.... Haiiiii. ... Atie... Sekejap ye.... saya nak ambil Report bacaan sekejap. Lepas tu nanti saya alihkan semua ni Ye...." kata Indra.
"Haiiiii. .. Abang Indra..." Liya tiba-tiba mengubah panggilan gelaran untuk Indra.
Mendengarkan Liya mengelar Indra dengan panggilan abang, Hakim berkerut muka dan memandang ke arah Indra.
"Apa??? Abang??? Aaaaiiiii..... Lain macam bunyi panggilan ni. Apa yang korang berdua rahsiakan dari aku ni Haaa. ... baik beritahu aku." Hakim seakan terkejut dan agak marah dengan gelaran tiba-tiba itu.
"Nanti kejap lagi baju cerita. Bagi nakutkan siapkan kerja aku ni dulu." Kata Indra.
Dengan bantuan jururawat, wayar yang penuh berselirat yang dilekatkan di badan Liya dicabut. Setelah itu mesin yang di keliling Liya dialihkan ke tepi. ..
"Terima kasih Ida... Kalau kau nak tahu kan Hakim... Aku dengan Atie ni satu sekolah dulu. Kelas kami satu blok. Cuma kami tak pernah bertegur sapa aja lah. 2 tahun juga lah kami satu sekolah. Atie tak kenal aku. Tapi aku kenal dengan Atie sebab Atie top dekat blok kami masa tu. Semua angkara kawan kelas aku. Aku rasa kau kenal kawan aku yang namanya Jefri. Mesti kau ingat sebab Si jefri ni pun top kalangan budak nakal sekolah." cerita Indra.
"Jefri??? Oooohhhh... Jefri budak jawa tu ke? Kalau dia tu aku kenal... Dia buat apa dekat Atie? Dia kacau Atie ke kat sekolah masa tu?" Hakim terkejut.
"Eeeeeiii.... Kalau diingatkan balik kisah Atie dengan Si Abang Jefri tu kan... Eeeiiiii... sakit pulak hati Atie ni. Dia memang kacau Atie. Memalukan Atie pun Ye juga. Nantilah Atie cerita pasal Jefri ni dekat abang. Atie nak rehat kan otak buat masa ni. Asyik sakit kepala aja kebelakangan ni." Liya merungut.
Mendengarkan Liya merungut, Indra pandang ke arah Hakim.
"Aku pun baru tahu semalam Hakim. Aku tanya dekat Atie semalm nak mintak kepastian takut tersalah orang. Lepas sembang tanya apa yang patut, barulah aku tahu yang Atie ni rupanya awek yang top dekat blok kami satu masa dulu. Tapi hal tu sekejap aja sebab Jefri pindah sekolah. Lepas Jefri pindah, barulah Atie tak glamor dah. Kalau tidak... Tiap hari Si Jefri tu akan jerit nama Atie kuat dan cakap I love you dekat Atie. Tiap hari tau Hakim. Macamana lah semua orang tak kenal dengan Atie." cerita Indra lagi.
"Oooohhhh.... Baru abang ingat. Atie pernah cerita dekat abang pasal ni. cuma Atie tak sebut nama dia aja." kata Hakim sambil memandang Liya.
"Abang.... Atie lapar lah. Ada apa2 makan tak yang boleh Atie makan?"
"Haah lah Hakim... kita ni sibuk tengok keadaan Atie sampai terlupa nak makan sarapan. Kau pergi bancuhkan air untuk Atie. Aku tunggu Atie sekejap."
"Thanks Indra. Aku pergi sekejap. Jangan pulak kau tinggalkan Atie sorang."
"Ye..."
Sebaik Hakim berlalu pergi...
"Abang Indra. Cuba cakap betul-betul dengan Atie. Apa jadi dekat Atie tadi.."
"Atie pingsan masa nak masuk bilik Air. Tiba-tiba tekanan darah dan denyutan jantung Atie menurun mendadak. Atie koma dalam hampir 2 jam takde apa-apa respon walaupun dah buat macam-macam usaha. Bila Hakim ada cakap sesuatu dekat Atie baru Atie bagi respon positif dan Atie beransur stabil. Abang tak dengar apa yang Hakim bisikkan dekat telinga Atie. Banyak kali. Lepas tu baru Atie melepasi zon kritikal. Itu sebabnya Atie kami asingkan di sini." cerita Indra.
"Ya Allah.... Atie koma? Kenapa Atie boleh tak ingat apa-apa?" Liya terkejut.
"Dah.. Abang tak nak Atie fikir apa-apa. Nanti lagi akan memburukkan keadaan Atie. Kosongkan fikiran. Ingat yang happy aja. Jangan kusut kan fikiran tu." Indra memberi nasihat.
Tak lama lepas tu Hakim bawa 2 cawan air bersama sebungkus roti kacang.
"Thanks Indra. Doktor Shafik cari kau tadi. Pergi lah. Lagipun kau tengah kerja kan. Aku ni takpe. Tengah cuti." Hakim menyampaikan pesan.
"Haah...Lupa aku. Dia dari unit Pakar Neurologi. Nak bincang pasal tu. Apa-apa news nanti aku bagitahu kau." kata Indra.
"Ok." Hakim menjawab
Setelah Indra berlalu pergi...
"Sayang nak mandi dulu atau nak makan dulu."
"Nak mandi dulu lah. Dah rimas lah.." Jawab Liya.
"Nanti sekejap. Abang ambil baju salin Atie dan kelengkapan Atie yang lain."
Selepas semua keperluan mandi Liya diletakkan ke dalam bilik air. Hakim angkat Liya dan dukung bawa ke dalam bilik mandi.
"Atie boleh buat sendiri lah abang."
"Tak..sayang tak boleh buat sendiri buat masa ni. Abang tak nak apa yang jadi awal pagi tadi jadi balik. Abang tak nak kehilangan sayang lagi. Biar lah bersusah sekarang janji abang tak kehilangan sayang. Ok.. sekarang sayang mandi dulu. Dah siap nanti panggil abang. Pintu jangan kunci. Nanti takut apa-apa jadi.." Hakim berpesan.
"Baik lah abang..."Jawab Liya.
Selepas selesai mandi dan bersiap cantik, Liya memanggil Hakim. Hakim terus tolak pintu bilik air. Melihat Liya dah bersiap rapi, Hakim seakan terpegun.
"Sayang pakai makeup ke?" Hakim kehairanan.
"Mana ada? Atie tak pakai apa makeup pun lah. Lipstick pun takde. Kenapa abang tanya?"
Hakim menggeleng dan kemudian mendukung Liya dan angkat bawa ke katil.
"Abang..Ambilkan tudung lain dalam bag baju Atie dalam almari tu. Tudung ni dah bau tak sedap. Atie tak selesa nak pakai."
Hakim buka almari ambil bag itu dan keluarkan Tudung yang Liya maksudkan.
"Abang pusing belakang sekejap. Jangan pandang Atie." Hakim hanya menurut apa yang diminta oleh Liya.
"Ok..dah siap." Sebaik aja Hakim menoleh melihat Liya, Hakim terpegun.
"Betul ke ni sayang langsung tak makeup? Tapi abang pandang sayang sekarang ni macam sayang dah makeup. Nampak lagi berseri dan cantik."
"Dah lah abang ni... Jom lah sarapan. Atie dah lapar ni..." Liya mengajak.
"Ok..Ok..abang pun dah lapar juga ni. Kita alas perut dengan ini dulu buat sementara, nanti tengahari baru kita makan yang berat."
Sambil mereka berbual dan bergurau, Hakim dan Liya sekali skala saling suap menyuap. Selesai sarapan, Hakim ke sinki untuk mencuci cawan. Sedang dia mencuci, Liya mengerang kesakitan.
"Abang... sakitnya kepala Atie... Abang..." Selepas itu Liya rebah lagi.
"Indra!!!!! Tolong!!!! Atiliya pengsan lagi!!!" Hakim menjerit sekuat hatinya memanggil rakan sekerjanya itu. Panggilan Hakim membuatkan semua staf panik dan bertindak sepantas mungkin.
"Hakim. ..kali ni kau kena stay dekat luar. Izinkan kami buat kerja kami. Pleaseee...." Indra tolak Hakim keluar bilik dan bilik ditutup rapat. Tindakan Indra itu membuatkan Hakim terduduk di lantai luar bilik dan Hakim menangis. Kepalanya serabut memikirkan bagaimana cara untuk menyampaikan berita itu kepada waris Liya. Perkara itu perlu dimaklumkan kepada waris Liya.
"Hakim..telefon Atie berdering dari tadi. Tolong jawabkan. Aku rasa kawan dia yang bawa dia ke sini tu." Indra menyerahkan telefon Liya kepada Hakim.
Hakim menarik nafas panjang dan mula menjawab telefon.
"Hello... Assalamu'alaikum... Saya Doktor Hakim. Ini kawan pada Nuratiliya Humairah ke?"
"Ye saya doktor. Dia di mana Doktor dan kenapa dia tak jawab panggilan saya sejak pagi tadi?"
"Boleh tak saudara datang ke hospital sekarang dan juga maklumkan kepada keluarganya dan minta juga hadir ke hospital sekarang juga. Ada perkhabaran yang nak disampaikan berkenaan Nuratiliya Humairah."
"Kawan saya ada masalah berat ke doktor?"
"Saya tak dapat nak maklumkan di telefon. Saya harap saudara dan waris pesakit dapat hadir segera."
"Baik doktor. Kurang 1 jam lagi saya sampai" Selepas itu Hakim matikan talian dan tersandar semula ke dinding.
"Ya Allah.... kenapa kau pertemukan kami semula dalam keadaan kesayangan hamba mu ini menderita sebegini. Bantu lah hamba mu ini untuk diberi peluang membahagiakan dia Ya Allah. Aku sangat menyintai dia Ya Allah... Berikan lah aku peluang untuk menjaganya secara halal. Selamatkan lah nyawanya ya Allah..." Rayu Hakim dalam tangisan.
"Hakim... aku nak kau sabar dan bertenang dengan apa yang aku nak sampaikan ni. Keadaan Atie agak membimbangkan.. darah beku yang ada dalam otak Atie dah mula membahayakan keadaan Atie. walaupun Atie tak dalam keadaan tertekan, pada bila-bila masa sahaja Atie akan mudah pingsan. Sekarang aku nak kau dengar pulak dari Doktor Shafik berkenaan kemungkinan yang berlaku sama ada lakukan atau tak lakukan pembedahan." terang Indra.
"Hakim... kami bahagian pakar neurologi dah berbincang mengenai Atiliya. Sebaiknya Atiliya dibedah bagi membuang darah beku tu. Kalau tak dibuang, ia akan lebih membahayakan nyawa Atiliya dan silap pada cara akan membawa maut. Tapi jika di bedah juga ada risikonya. Kedudukan darah beku tu betul-betul di bahagian respon sistem badan Atiliya. Atie akan memungkinkan lumpuh satu badan selepas pembedahan. Namun jika Allah menyebelahi kejayaan kami menyelamatkan Atie, insyaallah Atie selamat dan boleh bergerak seperti orang normal."
"Doktor Syafik kata tadi berkemungkinan Atie akan lumpuh satu badan. Kesan pembedahan tu sementara atau selamanya?" Hakim bertanya untuk kepastian nya.
"Bergantung pada kekuatan semangat Atie. Kuat semangat dia, insyaallah Atie akan pulih normal seperti biasa. semuanya tertakluk pada kekuatan semangat dia." cerita doktor Syafik.
"Berkenaan jantung dia pulak doktor?" Hakim bertanya lagi.
"Buat masa ni kita tangguhkan dulu berkenaan jantung dia. Saya tahu..Jantung Atie juga bermasalah. Namun kita tak boleh nak laksanakan pembedahan serentak. Sangat membahayakan Atie."
Hakim terduduk dan buntu untuk berfikir.
"Doktor Hakim. Berbincang dulu dengan waris Atie. Dengar dulu apa keputusan mereka. Doktor Hakim bukan waris terdekat Atie. Kalau tandatangan dokumen kebenaran pun tak boleh guna pakai melainkan Doktor adalah suami dia."
Mendengarkan penjelasan Doktor Syafik membuatkan Hakim terfikir sesuatu.
"Aku dah boleh tengok Atie ke?"
"Masuk lah.. Atie masih belum sedar. denyutan jantung dia bermasalah." kata Indra.
"Doktor Syafik. Kalau kita selamatkan jantung dia dulu lepas tu baru otak. Apa pendapat doktor?"
Indra dan Syafik berpandangan sesama sendiri.
"Nanti kami bincang dulu. Dua-dua masalah Atie ni memang berisiko tinggi. Nanti kami cuba cari jalan yang terbaik." kata Doktor Syafik.
"Kau pergilah masuk tengok Atie dulu. Lepas kami berbincang, Kami jumpa kau semula."
"Indra... kalau kawan Atie atau waris Atie datang, kau ceritakan semuanya. Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Aku serahkan semuanya dekat kau Indra." Hakim berpesan.
"Ok Hakim. Aku faham."
Selepas itu Hakim melangkah lesu menuju ke katil Liya. Jemari Liya di genggam dan umbun-umbun Liya dicium.
"Sayang... Sayang adalah kekuatan abang. Sayang juga kena kuat semangat. Abang sangat perlukan sayang. Abang nak Sayang jadi pelengkap hidup abang. Abang nak Sayang jadi suri hidup abang sepanjang hayat abang. Abang nak jaga sayang. cepatlah sembuh sayang. Abang sangat rindukan sayang yang cergas dan ceria macam dulu."
_____________________________

Sebaik aja Munir dapat arahan dari Doktor Hakim, dengan pantas kunci kereta di capai dan mula memandu keluar dari perkarangan rumah Mak Odah. Sesampainya di warung Mak Odah..
"Mak Odah. Munir kena pergi hospital sekarang. Doktor sana telefon mintak Munir datang hospital cepat." Munir melaung dari dalam kereta.
"Haa... Ye lah. Kalau ada apa-apa berita, bagitahu mak Odah." Mak Odah berpesan.
"Baik Mak Odah." Selepas itu Munir terus memandu keluar untuk menuju ke hospital.
"Allahuakbar.... Terlupa pulak telefon Along." Selepas itu Munir terus mendail no telefon Along Dee.
"Assalamu'alaikum. .Along... Nak bagitahu ni pasal Atie."
"Waalaikumussalam. ..Munir. Kenapa dengan Atie? Bukan ke dia ada dekat rumah kawan dia ke di Janda Baik?"
"Semalam Atie pengsan kena demam panas, kawan dia bawa ke hospital. Baru ni tadi doktor telefon mintak waris Atie datang ke hospital segera sebab ada hal penting yang nak dibincangkan katanya pasal Atie." cerita Munir.
"Atie ada dekat hospital mana?" Rusdee terkejut
"Selayang. Along bawak Along Izah sekali. Kalau boleh sekarang ke hospital selayang. Munir dah dalam perjalanan ni nak ke hospital. " minta Munir.
Sesampainya Munir di dalam wad, Munir terus menuju ke ruang tugas pekerja hospital.
"Maaf. Boleh saya nak jumpa dengan Doktor Hakim. Tadi dia pesan dengan saya suruh datang segera ke sini." kata Munir.
"Doktor Hakim sedang cuti panjang. Encik ni siapa Ye?" Jururawat Aini bertanya.
"Saya kawan pada Nuratiliya Humairah." Jawab Munir.
"Oooh. Kes Atiliya saya yang urus. Waris Atiliya ada sama dengan encik ke?" Indra tiba-tiba mencelah muncul di sebelah jururawat Aini.
"Belum sampai lagi. Sekejap lagi kot." Jawab Munir.
"Tak pe lah... sementara tu mari saya bawakan en ke bilik Atiliya." pelawa Indra.
Sesampainya di hadapan bilik khas Liya, Munir terkejut dengan keberadaaan Doktor Hakim di dalam bilik Liya.
"Doktor Hakim ambil cuti panjang semata-mata untuk menjaga Atiliya. Atiliya merupakan teman wanita doktor Hakim yang dicari selama bertahun-tahun. Doktor Hakim Jaga Atiliya sejak awal subuh tadi sampai lah sekarang. Atiliya dalam keadaan bahaya sekarang. Sejak subuh tadi 2 kali Atiliya pengsan dan 2 kali juga dalam keadaan koma sementara. Kali ini Atiliya koma dalam tempoh yang agak lama dan masih belum sedarkan diri." cerita Indra.
Tidak lama lepas tu Along Izah Dan Along Rusdee sampai.
"Munir. Mana Atie?" Izah bertanya.
"Atie Dalam tu Along." Munir menunjukkan keadaan Liya kepada Along berdua.
Bila along melihat Liya dikelilingi alat bantuan pernafasan dan alat sokongan, Along Izah terus lemah dan disambut oleh Along Dee.
"Abang....Kenapa dengan adik Izah... Apa dah jadi dengan Atie abang.." Izah menangis dalam pelukan Rusdee.
"Puan Kakak pada Atiliya ke?" Indra bertanya.
"Ye saya. Ini suami saya." Jawab Izah.
"Mari kita ke ruang rehat sekejap saya nak bincangkan sesuatu dengan encik dan puan. Mari ikut saya." Indra mengajak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience