BAB 55

Romance Series 17488

Setiap keping gambar yang ditunjukkan diteliti oleh Liya.
"Cikgu Hilmi!!!! bila dia buat kerja ni??? Macamana Atie boleh tak perasan ye dia ambil gambar Atie. Ada nampak dia pegang kamera. Tegur juga dia. Buat apa ambil gambar Katanya nak masukkan dalam buku tahunan. Hmmm... Atie pun percaya lah bulat-bulat. Rupanya dia ambilkan gambar Atie untuk abang ke?" Liya bertanya minta kepastian.
Sambil ketawa Hakim mengangguk mengiakan.
"Gambar ni memang masa ni Atie tengah duduk sorang dekat pondok sebab masa ni tengah stress dapat results percubaan SPM teruk. Menung jauh sebelum kelas tambahan mula." Atie mengimbas kembali kenangan lamanya.
"Hilmi ada cerita dekat abang pasal sayang gagal percubaan. Abang mintak lah dia usahakan bagi sayang jangan struggel sangat dengan sturdy.. Abang belikan sayang buku rujukan dan nota ringkas sikit bagi sayang faham yg mana subjek yg sayang gagal. Sayang ada terima tak bungkusan kotak hadiah masa dekat sekolah?" Hakim bertanya
Liya terdiam seketika cuba mengingati semula peristiwa yang hakim maksudkan.
"Memang Atie ada terima bungkusan atas meja lepas habis rehat. Abang ke bagi semua buku dan nota tu?" Liya minta kepastian.
Hakim menganggukkan kepala mengiakan cerita Liya.
"Cikgu Hilmi lah punya kerja juga tu?" Liya bertanya lagi.
"Ye...abang yg suruh" Hakim menjawab sambil tersenyum.
"Hmmm... kerja abang semua rupanya ye.. Atie bertanya lah juga dekat kawan-kawan siapa yang bagi.. Semua tak tahu. Ada juga nota ditinggalkan tapi bercetak lah..tu yg tak boleh nak agak dari siapa. Alhamdulillah... terima kasih abang.. sedikit sebanyak nota abang tu membantu Atie juga. Alhamdulillah buktinya Atie dapat keputusan yang boleh lah untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya... Terima kasih abang.." sambil tu tangan Hakim diambil dan dicium. Hakim hanya tersenyum bahagia..
"Masa abang ambik cuti 3 hari tu. Lepas chek-in hotel, abang terus pergi sekolah sayang. Hilmi dah siap tunggu abang. Kebetulan masa tu waktu rehat. Sayang pulak jenis yang tak suka pergi kantin kan.. selalunya port sayang dekat pondok wakaf yang tak jauh dari kelas...betul tak?" Hakim minta kepastian dari Liya.
"Betul lah tu." Liya mengiakan
"Hilmi bawak abang tak jauh dari sayang lepak. Laju sangat jantung abang masa tu bila nampak sayang dengan jelas.. Masa tu sayang langsung tak perasan kedatangan abang. Bayangkan lah dekat 3 tahun abang tak pernah jumpa sayang. Bila dapat tgok sayang secara realiti. terpegun abang tau.." sambil bercerita, Hakim memandang tepat ke arah Liya sambil tersenyum.
"Kenapa pulak terpegun? Atie berubah sangat ke? Bila pulak abang datang? Kenapa Atie tak tahu?" Liya kehairanan.
"Memang sayang banyak berubah.. Semakin cantik.. semakin manis.. walaupun tanpa secalit makeup pun. Sayang tahu kan abang suka yang semulajadi.. Sayang perasan tak yang Hilmi ada bersembang dengan seseorang sepanjang 3 hari tu tak jauh dari sebelah wakaf sayang dan orang tu selalunya membelakangkan sayang bila sayang pandang." Hakim cuba mengimbas peristiwa tu kepada Liya.
"Haah.. ada nampak. Siap dapat kiriman salam lagi tu. Kawan Atie yang sampai kan.. Sepanjang 3 hari tu lah.." Liya mengimbas kembali kenangannya.
"Kawan sayang sampaikan macamana?" Hakim seakan teruja mendengar.
"katanya.."Atie. Ada doktor hansem kirim salam. Tu yang dengan Cikgu Hilmi" kawan Atie tunjuk lah ke arah Cikgu Hilmi lepak. Atie pandang lah. Tapi masa tu lelaki tu membelakangkan Atie. Tapi kawan-kawan yang lain kata mereka nampak jelas doktor tu. Siap dapat lambai lagi doktor tu. Semua puji kata doktor tu hansem.Abang ke tu.?" Liya minta kepastian.
"Abang lah tu... Hilmi takde bgtahu apa² ke dekat sayang?" Hilmi bertanya lagi.
"Ada... Cikgu Hilmi pun sama. Dia bagitahu yang sepupu nya sampaikan salam dekat Atie. Kata Cikgu Hilmi Sepupunya tu nak berkenalan dan jumpa Atie tapi dia malu. Itu aja lah yang dia sampaikan. Puas juga Atie cuba korek rahsia dengan Cikgu Hilmi siapa nama sepupu nya tu. Cikgu Hilmi cuma bgtahu nama gelaran Doktor Hansem... Geram juga dgn Cikgu Hilmi masa tu. Nak sorok sangat sepupu dia tu kan." Liya menjeling geram ke arah Hakim. Hakim membalas ambil ketawa kecil
"Sayang takde rasa apa-apa ke bila nampak abang waktu tu walaupun dari belakang?" Hakim minta kepastian dari Liya.
"Ada...gerak rasa tu macam kenal. Ada juga tergerak hati tu kuat kata yang lelaki tu abang. Tu yang Atie cuba juga korek rahsia dengan Cikgu Hilmi. Tapi sepupu abang tu memang bijak simpan rahsia... Asal tanya aja dibalas dengan senyum." Liya membuat muka tidak puas hati sambil memasamkan mukanya.
"Comel pulak sayang buat muka cam tu. Buat sekali lagi.. Tak puas abg tengok." Hakim mengusik pipi dan hidung Liya dengan jari telunjuknya.
"Eeeiiiii...apa abang ni.." jari hakim ditepis dan buat muka merajuknya lagi sambil memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.
Hakim ketawa sambil mencuit bibir Liya.
"Abang yang mintak Hilmi rahsiakan. Ada lagi satu... Sayang ingat lagi tak yang hari ketiga tu Hilmi bawa masuk doktor sepupu nya tu ke dalam kelas sayang untuk subjek biologi?" Hakim menyambung ceritanya.
berkerut Liya cuba igtkan peristiwa tu...
"Abang juga ke tu? Tapi kenapa Atie tak cam abang?" Liya menjawab.
"Sebab abang guna nama samaran aja. masa tu kan abang ada Kumis sikit. Sayang langsung tak cam abang ke?." Hakim sekali lagii tak kepastian.
"Abang memang nampak lain sangat. langsung tak sama dengan Abang Hakim yang Atie kenal. Ye lah.. dulu masa sekolah tinggi kurus orangnya. Yang ada depan Atie masa tu tinggi tegap, sado. Tapi dalam hati masih juga kuat yg kata itu abang. Tapi tetap tak percaya. tu bila abang tengah mengajar dekat Atie, tak berapa nak fokus sbb Kepala tu tengah berteka teki samada yg depan tu abang atau bukan. Lagi satu mata abang tu asyik curi pandang Atie aja. Macamana lah Atie nak fokus. Kalau tengok pada cara abang pandang Atie.. Masih gak kuat kata yang itu sebenarnya abang." Liya bercerita panjang lebar.
"Sayang tak cam suara abang ke masa tu?" Hakim bertanya.
"Cam.. tapi Atie cuba nafikan sebab muka dah tak sama kan..anggap pelanduk dua serupa aja lah." Liya menjawab.
"Lepas abang balik, ada tak Hilmi bagi sesuatu dekat sayang?"
"Ada... abang lah tu bagi... mengada kan abang tu.. Main sorok-sorok dgn Atie. Apa lah salahnya bgtahu hal yg sebenarnya yg itu abang." Liya meluahkan rasa terkilannya.
"ABang berpegang pada pendirian sayang tau.. Kan sayang kata selagi sayang masih belajar selagi tu sayang takkan terlibat dgn cinta dan perasaan. Jadi abang simpan lah perasaan abang tu sedalamnya sampailah masa yg sesuai nnt." hakim menjawab dalam nada kesal.
"Atie nak tahu...Balik aja lepas Hakim cari Atie. Perangai hakim berubah.. Senyum aja.." Indra menyampuk.
" Abang tanya lah.. Cuti pegi jumpa buah hati ke? Tetap juga Hakim tak nak cerita dgn abang. Masih lah juga berahsia dgn abang sampailah satu hari tu kami urus satu kes pukul yang buatkan pesakit kami tu cedera di bahagian usus akibat kena tumbuk di perut yang bertubi-tubi."Indra mencelah.
"Rupanya hari yang abang datang sekolah sayang tu adalah hari terakhir abang jumpa sayang. Lepas tu abang dah mula sibuk dengan tugasan. HP abang pulak hilang masa bertugas. Habis semua gambar sayang no telefon semua abang tak ingat... No Hilmi pun abang hilang tak ingat.. 2 tahun abang sibuk dengan tugasan sampaikan tak dapat cuti langsung.. ada balik cuti pun sekejap aja jumpa mak dan ayah."
"Jadinya abang jadi lupa langsung lah pasal Atie? Sampainya hati abang boleh lupakan Atie macam tu aja" Liya meluah dalam nada kecewa.
"Bukan macam tu lah sayang.. Lupa terus tu tidak lah..cuma...Haah terlupa sekejap disebabkan kesibukan dengqn tugas yang banyak... Masa tu kita sibuk buat apa ye Indra?" Hakim cuba mendapatkan kepastian dari Indra. Hakim seakan terlupa apa yang berlaku selepas kaki terakhir bertemu Liya.
"Kau sambung belajar lah..ambil master bahagian yang kau ambik sekarang lah. Sama dgn aku jugak. Masa urus kes pukul tu kita baru habis belajar dan diarah sambung bertugas." Indra buat penjelasan setelah teringatkan peristiwa itu.
"Haaa...Betul lah tu. Kami sambung belajar di sini juga. Praktikal pun di sini.." jawab Hakim.
Belum pun habis bersembang, Liya memegang dan memicit kepalanya...
Hakim yang ketika itu sedang memandang Liya mula panik.
"Kenapa sayang? Sakit kepala ke? Sory kalau buat kan sayang banyak pulak berfikir dalam pada bersembang ni tadi " Hakim bertanya dalam nada bersalah.
"Abang... Atie pening lah.. Bagi Atie tidur sekejap." Atie meminta izin.
Mendengarkan permintaan Liya,Hakim dan Indra berpandangan sesama sendiri...
"sebelum tu...Atie kena pasang ada alat khas ni tau sebelum tido..Senang abang dan jururawat nak pantau Atie. Kejap abang panggilkan jururawat untuk pasang alat tu." Indra menjawab. Selepas itu dia berlari keluar pintu dan memanggil jururawat yang bertugas.
Setelah alat dipasangkan...
"Ok sayang...Tidur lah.. ABang pun nak mandi ni sejak subuh tadi abang tak mandi lagi ni.Abang tunggu sayang tidur dulu.."
tak sampai 10 minit Liya dah terlena.
Mata Indra dan Hakim bertumpu pandang ke arah skrin komputer yang tertera di sisi kiri dan kanan Liya.
"Alhamdulillah.. nampak pada bacaan ni Atie stabil. Aku dah bagi dia ubat tido sebab aku tgok Atie macam penat sangat. Kau pergi lah balik asrama mandi rehat dulu. Nanti aku dgn yang lain akan pantau" Indra memberi arahan kepada Hakim.
"Aku nak jumpa Ustaz Syukur dulu nak mintak uruskan permohonan nikah aku cuba disegerakan." Sambil duduk bersandar menghela nafas berat, Hakim menjawab
"Oooh...ok. Igt Hakim.. lepas tu kau balik dulu mandi rehat. Kalau ada apa-apa aku akan bagi tahu.. Atie ni aku tidurkan dalam 6 jam. Insyaallah semuanya akan ok nnt." Indra membuat penjelasan.
" Aku nak tido sini.. jaga dia. Aku tak nak lagi terlepas dari jaga dia Indra. Cukuplah aku dah terlepas jaga dia selama 5 tahun ni." Hakim bangun menghampiri kepala Liya dan merapikan tudung Liya yang mula tak terurus. Selepas itu di kucup umbun-umbun Liya yang berlapikkan tudung itu ..
"Suka hati kau lah Hakim. Aku nak kau juga banyakkan berehat. Atie tengah amat perlukan semangat kau saat ni.. Kalau kau tak sihat juga nanti Atie dapat tahu, akan lagi nnt buatkan semua usaha kita akan gagal." Indah memberi nasihat.. Sambil itu Indra membetulkan selimut Atie dan menarik menutupi sepenuhnya badan Liya hingga ke bahu.
Entah kenapa hati Indra agak tersentuh saat melihat wajah Liya yang sedang lena itu.. Wajah yang kelihatan tenang namun penuh dengan bebanan masalah.. Gadis yang sangat cantik keperibadian dan luarannya namun tak sangka menanggung pelbagai siksan perasaan dan penderitaan..
"Indra. Atie macam dah lena tu. Ustaz syukur pun dah tunggu aku dekat kantin ni. Aku amanahkan Atie pada kau ye sementara aku di luar ni." Hakim memberi pesanan.
"Yee... aku tahu apa nak buat. Kau jangan risau. Apa² yang berlaku aku akan call kau. Aku janji." Indra memberikan keyakinan kepada Hakim.
Sebelum Hakim berlalu meninggalkan Liya, Sekali lagi umbun-umbun Liya di kucup.
"Abang tinggalkan sayang sekejap ye. Abang ada urusan nak buat. Jangan buat abang risau tau. Pastikan sayang tenang dan jangan banyak berfikir tau. Assalamualaikum... sayang." sekali lagi di kucup sebelum berlalu pergi.
Hakim dan Indra beriringan keluar dari bilik wad Liya dan menuju ke haluan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience