Sham tersedar dari lamunannya bila pintu biliknya diketuk dari luar.
"Azli.. Jangan terus baring ye. Mandi dulu lepas tu solat maghrib. Waktu maghrib dah hampir nak habis ni." Hajah Zainon memberi arahan dari luar bilik kepada anak bujangnya
"Ok Ibu.."
Sham terus bangun capai tuala dan masuk bilik mandi untuk bersihkan diri dan laksanakan yang wajib. Seusai selesai solat, Sham menyelitkan sebuah doa khas untuk Liya..
"Ya Allah... kau telah usik hati ku ini dengan kehadiran Nur Atiliya Humairah. Andai benar dia adalah jodohku, kau permudahkanlah perjalanan hidup kami. Kau permudahkanlah hubungan kami. Sesungguhnya kau lebih mengetahui siapakah sebenarnya jodoh kami. Aamiiiin... aamiiiin.. ya Robbal Alamiin..."
Selesai solat, dikemaskan sejadahnya dan dia kembali baring di katil empuknya. Kejadian senja tadi kembali bermain dalam ingatannya...
"Ya Allah... Manisnya senyuman dia.. Cantiknya dia bila tersenyum. Sangat berseri. Redup mata dia buatkan siapa juga yang memandangnya akan berasa tenang. Betul cakap Said. Apa yang terjadi antara kami hari ni memang akan menjadikan aku tak ketentuan."
Bila setiap kali nama Liya meniti di benak fikirannya, hatinya mesti terusik.
Jantungnya mesti berdegup laju.
"Ya Allah... adakah ini namanya cinta yang sebenarnya?" dadanya diurut berkali-kali cuba menghilangkan rasa gemuruh dan debaran itu. Berkali juga dibasahkan bibirnya dengan zikrullah dan istighfar bagi menghilangkan debarannya. Namun masih gagal reda. Selagi nama gadis ini meniti di setiap benak ingatannya dan raut wajah gadis ini sentiasa bermain di matanya, selagi itu juga lah debarannya gagal berkurangan..
"Nur Atiliya Humairah... Awak dah buat apa dekat saya sekarang ni? Kenapalah awak ganggu ketenangan saya? Kenapa Awak ganggu lena saya? Kenapalah awak buat saya sengsara macam ni? Awak dah memenuhi igauan mimpi saya setiap hari sekarang ni tahu tak? Ya Allah... Awak makin buat saya gilakan awak tau. Awak makin buat saya semakin rindukan awak.. Tolonglah bantu saya permudahkan lagi untuk saya hampiri dan dapatkan awak Atiliya. Tolong lah saya ni awak.. please..."
"Aaaahhhhhh.... stresss lah..." tanpa disedari Sham terjerit kuat. Tak lama lepas tu pintu biliknya diketuk..
"Angah... Angah... Ok tak dalam tu? Kenapa Angah menjerit tadi?"
"Alamak.. aku terjerit ke tadi? Awak punya pasal lah ni tau Liya sampai saya dah jadi luar kawalan. Aduuuhaaiiii... tonggang langgang awak buatkan saya ni tau" Sham bergumam sendirian.
"Angah... Angah... ok tak tu?" Sekali lagi pintu bilik Sham diketuk menunggukan kepastian darinya.
"Angah ok.. Angah ok.. takde apa² lah.. jangan risau. Cuma penat sikit je."
"Heeiiii... Angah ni buat kami risau aja." Kemudian suara adiknya hilang begitu sahaja.
Terus Sham ambil bantal dan menutup muka dan mulutnya. Kemudian dia melepaskan geramnya dengan menjerit sehabis kuat di sebalik bantal.
"Atiliya... Awak buat saya gila lah. Tengoklah.. silap gaya family saya ingat saya tak sihat. Semua disebabkan saya gilakan awak tau. Saya dah tak sabar nak jumpa awak esok. Kalau boleh saya nak terus terang sehabisnya dekat awak esok."
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk lagi...
"Angah.. Abang Isma datang. Dia nak jumpa Angah. Nak ajak lepak katanya. Cepatlah pergi depan tu. Dia tengah tunggu Angah."
Mendengar nama Isma, Dahinya berkerut memikirkan sebab Isma datang menemuinya.
"Isma?? Ooohhhhh aku terlupa yang aku ada janji dengan dia hari ni. Nyaris aku tak lupa."
"Kejap.. bagitahu Isma, Angah tengah bersiap. Bagi masa 5 minit."
Selepas itu kedengaran sayup² adiknya Udin menyampaikan pesanannya. Sebaik aja siap berdandan, Sham teringatkan sesuatu. Dirabanya isi dalam bag galas kerjanya dan keluarkan sepucuk surat yang diterimanya tengahari tadi dan dibawanya bersama keluar.
"Sory lah Isma. Aku hampir terlupa dengan janji kita. Nasib baik aku tak terlelap tadi." sambil menyarung kasut sportnya dia berleter.
"Aiiii... lain macam aja aku tengok kau hari ni. Berseri semacam aja? Ada yang aku terlepas berita ke?"
Sham tak menjawab. Dia sekadar mengukir senyum.
Pintu kereta Isma dibuka dan masing² masuk ke dalam perut kereta. Isma menghidupak engine kereta dan mula bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah Haji Azmi.
"Cara senyum pun dah lain aja ni. Dah lama betul aku tak nampak kau senyum macam ni. Are you in love Azlisham?"
Sambil tersenyum dan menggeleng Sham cuba menafikan, Sham menghelakan nafas seakan berat.
"I know that sound. I know that face. Dah 8 tahun aku tak nampak reaksi kau yang ini. Hari ni aku nampak lagi sekali. Let me know who was that special girl?"
Isma masih cuba mencungkil rahsia yang Sham cuba selindungkan. Namun Sham tetap tersenyum dan menafikannya.
"Azlisham Abdillah. Kau tak boleh nak tipu Nurismadi Alwi ni tau. Dari zaman sekolah lagi kita berkawan. Susah senang kita mesti bersama. Kalau hal yang berkait dengan cinta, kita tak pernah berahsia. Sampaikan aku nak cari bini pun aku tanya pendapat kau. Sampai lah aku dah kawin ni pun, kita tetap bersama dalam apa juga hal. Kita tak pernah berahsia. Kenapa kali ni kau nak sorok dari aku?"
Sham tertunduk mendengarkan luahan hati sahabatnya itu.
"Sory bro. Aku bukan tak nak kongsi cerita. Cuma aku belum pasti aku mampu atau tak dapatkan dia."
"Aku dah agak dah. You're in love with that girl but she doesn't know that you are almost falling in love first at her. Doesn't it?"
Sham ketawa kecil sambil tunduk dan mengangguk mengiakan apa yang sahabatnya itu maksudkan.
"Muka aku ni memang tak boleh nak tipu kau ye Isma. Kau memang pandai baca riak muka aku sejak dulu lagi."
"Well... thats me. Hahahaha..." Isma ketawa bangga. Sham juga turut sama ketawa.
"Amacam kerja tempat baru? Best tak?" Isma teruja nak mengetahui perihal terkini sahabatnya ini di tempat baru.
"Maunya tak best. Belum pun 2 jam aku on air aku dah dapat kiriman salam dari peminat misteri." Sham mula bercerita dengan riak gembira.
"Amboiiii.. hebat betul ye aura engkau. Kejap aja dah ada peminat." Isma tersenyum bangga dengan pencapaian sahabatnya itu.
"Kerana peminat misteri ni lah aku jadi tak tentu arah sekarang ni. Kerana aku nak tahu sangat siapa yang menjadi peminat pertama aku tu lah yang buat aku jadi gila bayang dekat dia sekarang ni." kemudian Sham mengeluh berat.
"Kau cari dia ke Sham?" dengan muka berkerut kehairanan Isma bertanya.
"Aku mintak member kerja tunjukkan aja siapa peminat misteri yang pertama aku tu. Aku takde lah niat apa pun asalnya. Sekadar nak tahu aja siapa orangnya. Bila aku terpandang dia buat kali pertamanya, Ya Allah... tiba² mata aku macam dah melekat dekat dia sedangkan dia tak pandang aku pun. Aku macam dipukau. Aku terpaku dan terpesona dengan keayuan orangnya. Memang cantik asli orangnya Isma. Putih.. seksi.. Bila senyum, dan gelak ketawa dengan kawan² sekerja menyerlahkan lagi keanggunan dia. Walaupun hanya makeup nipis, tapi tetap cantik dan mempesonakan dan menggoncang hati muda aku. Ditambah pulak member aku ni cerita dekat aku yang peribadi dia ni macamana. Lagi lah aku teruja nak kenal dengan dia ni dengan lebih dekat. Tapi satu kelemahan aku bila terpandang dia ni. Lidah aku jadi kelu nak bercakap. Aku jadi gemuruh gila bila aku cuba nak dekat dia. Tiba² aku jadi penakut tau tak? Aku dah tak jadi diri aku yang sebelum ni." dengan panjang lebar Sham bercerita.
Berkerut terus dahi Isma kehairanan dengan perubahan sikap sahabatnya itu secara tiba².
"Bukan ke kau pandai ayat perempuan Sham? Kau kan pandai cairkan hati perempuan. Apasal dengan dia ni kau berubah 360°?" Isma cuba meluahkan kemusykilannya.
"Tahu takpe. Aku pun pelik ni. Akibat dari tu lah aku jadi macam orang tak betul bila sehari tak nampak dia. Setiap hari bila ada masa terluang, Aku akan curi pandang dia dari jauh."
Muka isma berkerut seakan tak percaya akan tindakan sahabatnya tu.
"Dia sedar tak kau curi intai dia tu?"
"Dia langsung tak tahu. Dia juga tak kenal aku lagi masa tu. Dia cuma cam suara aku. Sebab aku tiap hari on air kan."
"Member kerja kau pun komplot dengan kau juga lah ni?"
"Haah.. aku yang suruh jangan bagitahu. Aku nak dia sendiri kenal aku dan nampak aku."
"Apasal kau tak luahkan aja dekat dia secara bertulis. Surat ke."
Mendengarkan cadangan Isma, Sham tunduk sambil senyum.
"Aku dah buat, cuma aku belum berani nak mulakan. Yang macam aku bagitahu tadi. Bila dah kenal dia ni aku jadi penakut lah pulak tiba². Hilang terus ego macho aku."
Isma ketawa kecil dengan jawapan Sham.
"Laa.. apasal jadi macam tu?" Isma bertanya dalam nada yang masih berbaki ketawanya
"Entah. Dengar nama dia aja aku jadi gemuruh. Nampak aja dia jantung aku berdegup laju. Kau rasa aku ni kenapa jadi macam tu?"
Isma ketawa besar.. "Kau nak tahu kenapa? Kau dah jatuh cinta tahap mega ni Sham.. Kalau tak jadi lah dengan dia ni, mau merana hidup kau."
"Isma... kau janganlah takutkan aku. Aku belum mulakan apa pun ni. Takkan belum apa² aku nak kena giveup.."
"Aku bukan suruh kau giveup.. aku nak kau mulai dari esok kau dah boleh mulakan langkah. Bukan tangguhkan lama macam ni.." Isma memberi cadangan dalam nada tegas.
"Adoiiiii... itulah kelemahan aku sekarang ni.. takut yang amat nak mulakan langkah. Macam hari ni. Member aku buat plan nak suprise kan dia ni. Bagi dia kenal aku buat pertama kalinya sebab sepanjang aku dari hari pertama mula bertugas dia langsung tak pernah nampak dan kenal siapa aku sebagai DJ dekat situ. Semua rakan setugas satu pasaraya tu dah kenal aku. Cuma dia aja yang belum kenal aku. Plan memang berjalan baik masa tu tapi yang buat spoil... aku lah. Masa dia nampak aku, dia lemparkan senyum dekat aku. Aduhhhh... Gila punya manis senyum dia. Makin terserlah keayuan dia. Kalau kau tengok pun mau cair hati kau tau tak. 2x dia senyum dekat aku. tapi tu lah.. Aku yang merosakkan suasana."
"Kau buat apa??"
"Aku nyaris pingsan tau tak bila dia pandang dan jeling aku sambil senyum. Aku nak sangat balas senyum dia tu. Kononnya nak bagi dia cair lah. Rupanya masa tu aku dah tak boleh nak senyum rupanya. Muka aku rasa kebas, sudahnya kawan aku kata aku melopong. Lutut aku tiba² rasa longgar tau tak. masa dia senyum buat kali kedua tu, aku rasa macam nak pitam dah. Bila dia dah jauh aku terus terduduk. Lepas tu apa lagi.. aku kena gelak lah..."
Isma yang sedari tadi menahan ketawa, akhirnya terlepas juga ketawa besarnya.
"Kau gelakkan aku bro? Sampainya hati kau ye.."
"Sory.. Sory.. Sory bro. Aku tak sengaja. Sebab aku dapat bayangkan situasi kau masa tu, tu yang aku tak boleh kawal diri. Sory.. Sory.." Isma menghulur tangan kepada Sham untuk bersalam tanda minta maaf.
"Menggigilnya aku masih terasa sampai sekarang. Adoiiii... haru betul hidup aku sekarang."
"Apa perancangan kau sekarang? "
"Entah.. Ini ada lagi satu masalah aku. Tengahari tadi aku dapat surat ni atas kaunter DJ aku. Mati² aku ingat Dia yang bagi surat ni. Cepat² lah aku buka. Sekali aku buka, terjatuhlah sekeping gambar. Bila aku tengok, trus aku simpan balik. Malas nak layan."
Setelah sampai ke destinasi yang dijanjikan, Isma membelok dan mematikan engine di hadapan restoran yabg dipilih..
Surat yang Sham tunjukkan tadi Isma ambil dan keluarkan baca isi kandungannya. Selesai baca Isma tersenyum sinis.
"Kau bagi surat ni dekat aku, pandai lah aku nak bland dia ni."
"Kau jangan bland lebih² Isma. Naya aku nanti."
Isma menunjukkan simbul jari ok dan memahami maksud sahabatnya itu.
"Jomlah.. dia orang dah lama tunggu tu."
Sham bergerak ke arah sekumpulan anak muda yang sedang rancak berbual dan bergurau senda. Kehadiran mereka berdua disambut gembira diselangi dengan usik mengusik.
"Wahhhh... Sham. Berseri-seri muka hari ni. Ada apa² news yang nak kongsi dengan kami ke?" Rudi mengusik.
"Mana ada.. memandai aja korang ni." Sham cuba mengelak.
"Orang tengah hangat dilamun cinta. Tu pasal nampak berseri." Isma cuba membuka cerita.
"Patut lah... Siapa lah gadis bertuah tu kan. Dah lama betul rasanya kita tak nampak muka Sham berseri macam ni betul tak geng?"
Semua mengiakan dan mula lah adegan usik mengusik Sham. Ketika itu muka Sham dah mula merah membahang cuba menahan malu. Tersipu-sipu dia dengan usikan nakal kawan-kawannya.
Share this novel