BAB 33

Romance Series 17488

Memandangkan hari ini hari Ahad, ramai pelanggan yang keluar masuk bertali arus membeli belah di pasaraya tu. Tak kurang juga dengan department Liya. Sungguhpun bukan dalam tempoh jualan murah namun ada sahaja pelanggan yang keluar masuk.

Ketika sedang Liya layan pelanggan, Liya ternampak Sham melintas sambil memandang ke arahnya. Liya melambai supaya datang singgah sekejap.
Dengan muka berkerut, Sham masuk menemui Liya.
"Ada apa? Nak mintak kena gigit ke?" Sham mengusik Liya.
"Hishhh... merepek aja." pinggang Sham dicubit.
"Takkkk.. nak mintak mainkan lagu rancak sikit. Macam boring lah pulak. Dah lah buzy hari ni. Macam stress pulak. Tolong lah.. Please.." Liya merayu.
"Stress ke? meh abang massage bagi kurangkan stress. Nak??." Sham mengusik sambil berbisik kepada Liya.
Sekali lagi Liya mencubit Sham.
"Mengada-ngada ye.. Lain yang Liya suruh, lain yang abang nak buat kan. Haaa... ini ubatnya. Rasakan" sekali lagi liya mencubit Munir.
"Sakit lah.. Ok.. ok.. ok.. Abang bergurau aja lah. Ok kejap lagi abang on. Nak masuk pejabat kejap bos panggil. Lepas tu nanti abang on." selepas itu Sham masuk pejabat. Liya pula sambung layan pelanggan.

Seperti yang diminta oleh Liya, Sham mainkan lagu yang rancak sikit bagi membangkitkan semangat rakan setugas yang lain juga. Sedang Sham layan rentak lagu yang sedang rancak itu sambil menggerakkan kepala ikut rentak, tiba-tiba seisi keluarganya muncul di hadapannya.
"Eh!? Ibu ayah semua ada ni? Buat rombongan apa pulak ni?" Sham terkejut dengan kemunculan keluarganya itu.
"Angah diam-diam situ ye.. kami nak ronder-ronder kejap sambil merisik khabar." Inas berpesan.
"Ayah.. Ibu.. Apa ni.. Kan Angah dah bagitahu.. Jangan lah dulu.. Adooiiii... aku tak habis lagi cakap. Semua laju aja lesapnya. Alahhhh... Dah lah tak sempat lagi nak bagitahu Liya. Dia orang dah datang. Habis lah aku.... Mesti kena marah lah dengan Liya lepas ni sebab tak bagitahu awal. Matilah aku lepas ni..." Sham mula tak senang duduk di konti tu. Nak buat apa pon dah jadi serba tak kena.

Sementara di tingkat atas...

"Ibu.. Ayah.. Itu lah orangnya.." Inas menunjukkan di mana kedudukan Liya.
"Ibu tak jelas sangat lah kalau tengok dari jauh ni. Jom kita masuk situ. Kita buat lah pura-pura beli kasut. Tapi macamnya ibu nak beli sandal. Boleh lah sambil tu kita risik khabar. Apa pendapat kamu semua?" Hajah Zainon bertanya.
"Cantik ibu. Kami follow je. Janji kita dapat kenal dia dalam diam. Tapi ibu jangan lah nampakkan sangat yang kita ni tengah siasat. Marah Angah nanti." Icah berpesan
"Ye.. pandai-pandailah ibu nanti. Jom kita mulakan rancangan."
Mereka pun masuk ke department Liya.

"Selamat datang makcik, pakcik dan semua. Boleh saya bantu?" Liya bertanya sambil senyum.
"Nak cari sandal. Yang selesa di pakai orang tua macam makcik ni lah.." Hajah Zainon memulakan perbualan.
"Makcik nak yang kulit atau yang biasa? Sebab kami ada 2 jenis. Ikut keselesaan pengguna tu juga lah. Yang rak sini semua kulit. Yang sebelah sana biasa punya. Makcik boleh lah cuba dan pilih mana yang selesa. Makcik dah pilih, nanti saya carikan saiz yang sesuai utk makcik."
Sementara Hajah Zainon memilih kasut, Inas mula mainkan peranan.
"Sis dah lama ke kerja sini?" Inas mula menyiasat.
"Baru aja lagi kerja sini. Pertengahan Disember lepas. Habis STPM, tu yang cari kerja sini." Liya mula berbual.
"Asal sini juga ke?" Inas bertanya.
"Tak lah. Asal Pantai Timur. Datang sini menumpang rumah kakak. Nak cari pengalaman kerja sekejap sebelum sambung belajar lagi. Insyaallah.. Kalau ada rezeki sambung lah.Kalau takde rezeki, terus aja lah kerja sini." Liya menjawab sambil senyum.
"Oooh."
Liya menghampiri Hajah Zainon bila dilihat makcik tu seakan tak tahu nak buat pilihan.
"Makcik. Dah ada yang berkenan ke? Saya nampak macam tak pasti aja ni?" Liya bertanya sambil senyum.
"Tu lah. Semuanya cantik. Tak terpilih dengan makcik dan pakcik ni." kata Hajah Zainon.
Liya pun mula memperkenalkan ciri dan keistimewaan setiap jenis kasut yang dipamerkan di rak itu.
"Ke... nak saya pilihkan untuk makcik?" Liya bertanya.
Hajah Zainon memandang suami dan anak-anaknya. Inas dan Icah cepat aja mengangguk setuju. Macam tu juga dengan suaminya. Mengangguk setuju.
"Kalau macam tu, saya cadangkan yang ini. Boleh tahan lasak dan selesa sangat bila pakai. Tapak kaki dan tumit pun tak sakit bila pakai lama. Makcik setuju ke yang ini?" Liya memberi cadangan.
"Boleh lah. Makcik nak saiz 7."
"Eh!? Sama saiz dengan saya tu.. hahaha... Kejap ye. Saya ambilkan saiznya." selepas itu liya masuk stor untuk ambil saiz kasut hajah Zainon.
"Ibu.. cantiknya bila dia senyum.. Lepas tu peramah pulak tu. Langsung tak sombong. Memang sesuai lah untuk Angah. Angah memang pandai cari calon. Mak rasa macamana?"
Belum sempat Hajah Zainon menjawab, Liya keluar dari stor.
"Makcik.. Maaf lambat sikit. Ini kasut makcik. Boleh lah cuba dulu. Mana lah tahu tak selesa di kaki makcik." Liya menghulur kasut yang dipilih.
Hajah Zainon pun terus mencuba. Selepas mencuba dan memperagakan depan cermin kaki,
"Cantik makcik pakai. Nampak macam orang muda je." Liya memuji.
"Hishhh.. dah tua makcik ni. Dah nak dapat menantu pun tak lama lagi. Cantik kasut ni. Memang selesa sangat. Pandai Anak pilih. Apa nama anak? Mana lah tahu lain kali kita jumpa lagi. Boleh panggil nama aja. Eh lupa lah pulak!!! Makcik nak lah kasut ni."
"Panggil aja Liya. Kalau macam tu, boleh lah saya buat resit. Nanti bayar di kaunter ye." Liya ambil semula kasut yang dicuba oleh Hajah Zainon tadi dan dimasukkan semula dalam kotaknya. Selesai membuat resit, Liya bawa kasut itu ke kaunter bayaran.
"Terima kasih Liya. Sebenarnya makcik ada anak kerja di sini juga. tapi di tingkat bawah lah."
"Ye ke? Siapa ye?" belum sempat Liya mendapat jawapan..
"Liya.. Customer nak kasut sport." Mei Lin menjerit dari department sebelah yang seringnya bantu Liya bila Liya sibuk layan pelanggan lain.
"Maaf ye makcik. Saya nak sambung kerja. Saya mintak diri dulu." Liya terus berlari menuju ke arah department nya.
Selesai membayar, mereka semua turun ke tingkat bawah mendapatkan Sham.

"Ibu.. Ayah.. kenapa lama sangat dekat atas tu.. Buat apa? Heeiiiii.. Buat Azli tak senang duduk lah. Dah lah buat rancangan tak bincang dulu dengan Azli." Sham merungut.
"Ibu beli ni." Hajah Zainon menunjukkan kasut yang dibeli.
"Ibu.. ni mesti sambil menyelam minum air kan? Walhal bukan nak beli sangat kan? heeeiiiiii.. Ibu ni.. Tak senang duduk tau Azli dekat bawah ni ibu dan ayah buat. Adoooiiiii..." Sham melepaskan rasa resahnya
"Dia tak tahu lah tujuan kami. Kami buat macam pelanggan beli kasut lah. Sambil-sambil tu tanya lah apa yang patut. Tapi masa dekat kaunter bayaran tadi nyaris Ibu tak sebut nama Angah. Kalau tak tadi Ibu dah sebut. Tapi tak sempat ibu sebut sebab Liya ada customer nak kasut. Belari lah dia balik ke tempat dia." Icah bercerita.
"Dia ada sebut nama ke? Ke Inas tanya nama dia? Jadi dia tak tahu lah lagi ni?"
"Ibu yang tanya nama dia. Dia tak tahu lagi... Kan Inas dah cakap dengan Angah tadi. Angah jangan risau. So..Angah selamat kali ni." Inas berkata.
"Girlfriend Angah memang mantop. Icah suka. Memang friendly orangnya. Best borak dengan dia." Icah memuji.
"Mak dan ayah pun suka. Nanti lah kita bincang bila angah dah balik rumah nanti. Ibu nak pergi makan dulu depan tu. Dah lapar ni."
Sham terus duduk dan menarik nafas lega.
"Ibu dengan ayah ni buat Azli panik lah. Adoiiiii... Haa.. ye lah." Sham terus duduk sambil menghelakan nafas lega.

"Hadoiiiii... Dia orang ni buat aku pendek nafas kejap tau. Senak kejap perut aku ni."
sedang Sham duduk sambil tunduk, bahunya ditepuk.
"Heiii... Sham. Kau ni dah kenapa? Serabut semacam aja." Musli menegur.
"Mau aku tak serabut. Tiba-tiba satu family aku buat lawatan mengejut pegi jumpa Liya. Nak tengok bakal menantu katanya. Panik lah aku sebab tak sempat bagitahu Liya apa-apa pun lagi. Jumpa dia pun belum lagi ni. Tadi adalah sekejap dia mibtak main kan lagu rancak sikit sebab penay dan stress katanya." Sham bercerita.
"Family kau dah tahu ke pasal Liya."
"Dah. Semalam kantoi bila mak aku terjumpa gambar Liya tepi katil aku. Aku lupa simpan laci. Apa lagi.. kena soal siasat lah semalam. Hari ni dah buat lawatan mengejut. Gila aku tak panik. "
"Kau dah tanya Liya ke?" Musli bertanya.
"Belum. Ingat masa rehat nanti nak bagitahu. Tapi bos nak jumpa lah pulak. Tak dapat lah jumpa Liya."
"Bos nak jumpa,? Apa halnya?" Musli kehairanan.
"Entah.. Macam penting sangat aja." sambil itu tangannya ligat menyusun lagu yang bakal dikumandangkan dalam laptopnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience