BAB 64

Romance Series 17488

Sebaik aja daun pintu bilik wad Liya ditolak perlahan oleh puan Salmah, kehadirannya disambut oleh Ammar dan Hakim. Kedua-dua mereka serentak membuat isyarat jari telunjuk di bibir menandakan supaya tidak bersuara kuat sebab saat itu Liya sedang tidur.
Puan Salmah sempat memandang dan meneliti keadaan anak bongsunya itu... Hatinya benar-benar luluh saat itu bila mana terlibat tubuh puteri kesayangannya itu dipenuhi wire dan alat mesen yang tidak diketahui apa fungsinya. Laju airmatanya gugur di pipi tuanya. Along yang ada di sisi Puan Salmah juga turut sama menangis.
"Mak... Jom kita bersembang dekat ruang rehat di bilik lain. Ada perkara yang nak kita bincangkan. Lagipun Atie tak boleh tengok kalau kita sedih hadap dia. Nanti akan bahayakan keadaan Atie." Ammar memujuk Puan Salmah.
Perlahan-lahan semua meninggalkan ruang bilik wad Liya dan semua menuju ke ruang bilik rehat termasuklah Hakim. Yang tinggal di bilik menunggu Liya hanyalah jururawat yang memantau.
"Mak... ni Along perkenalkan bakal menantu mak tak lama lagi ni. Doktor Hakim yang merawat Atie sejak awal Atie dimasukkan hospital ni." Along Izah memperkenalkan Hakim kepada Puan Salmah
Hakim terus bersalaman dengan Puan Salmah. Dalam masa yg sama Puan Salmah memandang Ammar yang pada ketika itu dalam riak wajah yang sangat terkejut.
"Doktor Hakim bakal suami Atie? Kenapa Ammar tak tahu selama ni?" Ammar terkejut.
"Panjang ceritanya Ammar. Nanti saya akan bagitahu dan ceritakan pada Ammar." Hakim menepuk bahu Ammar mengharapkan supaya Ammar bertenang.
"Along dah bagi tahu makcik ke berkenaan hari Sabtu ni?" Hakim bertanya Izah.
"Dah. Along dah bagitahu makcik semalam. Cuma makcik tertanya-tanya. Kenapa perlu disegerakan. Kenapa tak tunggu lepas pembedahan aja?" Puan Salmah bertanya
"Makcik. Sebelum tu saya nak mintak maaf dengan makcik sebab buat perancangan ni terlalu laju sampaikan tak terjangkau dek akal kita semua. Untuk pengetahuan makcik, Atie dalam keadaan kritikal sebenarnya. Atie perlu buat 2 pembedahan yang berbeza waktu untuk selamatkan nyawa Atie. satu untuk buang ketulan darah beku di saluran darah di otak Atie dan satu lagi buat pembedahan jantung bagi membetulkan. saluran jantung yang sempit. Yang lebih membahayakan keadaan Atie waktu ini adalah keadaan jantung Atie yang sedang membengkak saat ni yang ada ketika buatkan Atie mudah penat.
Saya ni sebenarnya abang angkat Atie sejak Atie di tingkatan 1 sampai tingkatan 2. Lepas tu kami terputus hubungan disebabkan keluarga saya berpindah rumah sebaik saya habis tingkatan 5 yg mana Atie masa tu tingkatan 2. Kami berjumpa semula di hospital ini lah masa Atie dalam keadaan demam biasa aja asalnya. tak sangka lepas pada itu keadaan Atie semakin kritikal. Oleh sebab saya tak nak lagi kehilangan Atie buat kali ke 3, saya bertekad untuk menjaga Atie sepanjang hayat saya tanpa ada halangan mahram sebab selepas pembedahan Atie berkemungkinan akan lumpuh seluruh badan dalam jangka masa yang agak lama kesan dari 2 pembedahan tu nanti." Hakim bercerita.
Puan Salmah yang mendengar, tiba-tiba terus lemah dan terduduk lesu. Melihatkan Puan Salmah yang tiba-tiba nak rebah, terus hakim mendapatkan Puan Salmah dan memeriksa nadi Puan Salmah. Melihat pada keadaan Puan Salmah tidak dalam keadaan bahaya, Hakim merehatkan puan Salmah di kerusi yang lebih selesa.
"Bila doktor bercinta dengan Atie?" Ammar masih tidak berpuas hati.
"Kami tak bercinta pun masa di sekolah cuma saya aja yang bertepuk sebelah tangan masa tu. Sepanjang saya melanjutkan pelajaran, saya tak pernah lupakan Atie. Dalam diam saya akan merisik khabar tentang Atie. semakin lama perasaan saya pada Atie semakin lain. Saya makin tak boleh rasa kehilangan Atie... Saya makin sayang dan cintakan dia walaupun mampu dari jarak jauh. Atie langsung tak tahu kewujudan saya secara tersembunyi. Saya berpakat dengan sepupu saya sebagai guru penyelaras tingkatan 5 untuk aturkan pertemuan saya dengan Atie tanpa Atie sedar. Alhamdulillah. rancangan kami berjaya. Akhirnya saya berjaya jumpa Atie dgn 4 mata tapi Atie dah tak kenal saya masa tu dek kerana perubahan fizikal saya yg dahulunya kurus dan sekarang dah jadi macam ni. Lepas rindu saya pada Atie yg saya pendam selama 3 tahun. Itu lah pertemuan saya yg terakhir dengan Atie. Selepas itu saya dah mula sibuk dgn belajar saya sebagai bakal doktor. 2 tahun saya terlupa seketika tentang perasaan saya pada Atie. Kesibukan saya buatkan segalanya jadi terlupa yang saya sedang menanggung rasa cinta yg menggunung pada seseorang. Cinta yang hanya bertepuk di sebelah pihak saya sahaja. Sampailah pada satu hari beberapa bulan yang lalu saya terpandang satu potrait wajah seorang gadis seorang pesakit yang wajahnya memang saling tak tumpah macam Atie. Tapi hati Saya menjerit kata itu adalah Atie. Bila dirisik yang gadis itu adalah cinta hati pesakit yg sedang saya rawat dan berada kawasan sini, jadi terus saya nafikan. Sejak ternampak gambar tu, saya mula rindu semula pada Atie. Saya mula jadi org gila bayang. Mana aja saya bergerak saya akan ternampak iras muka Atie. Perasaan saya pada Atie membuak semula. Sampailah pada suatu hari kami dipertemukan semula di unit kecemasan. Bila saya terpandang kad pengenalan Atie di atas meja pendaftaran, saya terus aja dapatkan Atie dan sedaya upaya rawat keadaan Atie yg masa tu tgh demam panas tapi denyutan jantung sangat tidak stabil. Bermula detik itulah saya mula merawat Atie tak pernah culas. Detik itu juga saya berjaya korek rahsia kenapa Atie Dalam keadaan macam tu." Hakim bercerita
"Atie tahu lah siapa Dr Hakim." Ammar masih cuba untuk dapatkan kepastian.
"Seawalnya dia tak cam. Bila ada salah seorang staf panggil nama penuh saya, Atie baru perasan. Dari situ lah semua punca pada kesihatan dia saya dapat tahu. Atie sakit berpunca dari rasa kekecewaan yang ditanggung selepas putus cinta. Dua kali Atie dikecewakan dgn teruk. kesan dari tu.. ini lah situasi nya."
"Macamana Atie boleh setuju untuk berkahwin dgn Doktor? Doktor paksa dia ke?" Ammar masih tak puas hati
"Saya tak pernah paksa. Atie dengan relanya. Sepanjang Atie di sini.. saya dan sorang lagi kawan saya yg rawat Atie. Saya mohon pihak pentadbir untuk cuti tanpa gaji untuk fokus sepenuhnya jaga Atie siang dan malam. Kawan saya ni juga adalah abg angkat pada Atie. Nanti saya perkenalkan dia. Atie dah memang sayang saya sejak zaman kami sekolah lagi... cuma sayang Atie sekadar sayang adik kepada abgnya... bila sampai di sini... saya terus jujur berterus terang dgn Atie sbb saya dah tak bai kehilangan dia lagi... tidak untuk kali ini.. Atie happy dan setuju dgn lamaran saya. Terus saya mintak persetujuan Along untuk halalkan Atie.. Along takde masalah . tu sbb Along terus balik jumpa makcik berkenaan ni semua." Hakim bercerita lagi.
Ammar pandang Makcik Salmah dalam pandangan yang berkaca.vHati Ammar benar2 hancur saat itu.. Buah hati nya kini bakal menjadi milik org.
Makcik Salmah pulak hanya menyambut pandangan Ammar dgn linangan air mata. Impian makcik Salmah juga luluh disebabkan impian nya untuk bermenantukan Ammar tak tercapai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience