BAB 34

Romance Series 17488

2 minggu terus berlalu. Liya dan Sham langsung tak dapat bersama dan bertemu macam biasa ketika rehat dalam tempoh masa itu. Jadual kerja Sham dan Iya telah di ubah. Kalau sebelum ini jadual mereka sama dan memudahkan untuk mereka keluar rehat bersama, kini tidak lagi. Bila jadual Sham masuk shif pagi, Liya akan beralih ke shif petang. Bila Liya fullday, Sham akan dicutikan. Begitu juga dengan Liya. Sham akan fullday bila Liya cuti. Pendek kata peluang untuk bertemu berdua langsung tiada.

"Said.. Kenapa jadual tugas aku dengan liya diubah? Sebelum ni elok aja sama? Susah lah aku nak jumpa Liya sekarang. Aku rindu giler dekat dia ni tau tak Said." Sham mengadu dengan Said.
"Kalau rindu, pergilah jumpa dia dekat atas." Said dengan bersahaja memberi cadangan.
"Mana boleh kacau dia. Takkan aku nak dating dengan dia masa tengah kerja. Dibuatnya bos nampak, habis aku dengan Liya." kata Sham.
"Pasal jadual tu aku tak tahu. Pihak pengurusan yang uruskan. Suzie pun sekarang ni rehat dah tak sama denga Liya. Kesian Liya nak kena melintas jalanraya sendiri. Risau aku." Said meluahkan kebimbangannya.
"Gila aku tak risau. Aku pun risau juga. Aku yang pandang dia dari jauh pun seriau. Nasib baik lah dia dah mula nampak berani. Kalau tak mahunya dia tak keluar rehat makan. Kesian Liya."
"Tulah.. Aku perasan juga. Jadual semua dah dirombak. Aku punya pun dah berubah. Macam tak Best pulak bila berubah jadual ni. Pelik juga aku. Dah lama tau pengurusan tak ubah jadual. Sabar lah Sham. Pandai-pandai kau lah cari cara mana nak jumpa Liya. Aku tengok Liya tu pun macam moody aja kebelakangan ni. Risau juga aku. Dia pun tengah rindu dekat kau kot Sham?Macam kau juga... Nanti lah aku cuba tanya dia kenapa."
"Ye ke Sham? Dah berapa lama dia moody? Lama betul aku tak tengok dia. Asyik nampak dia dari jauh macam tu aja sejak tukar jadual ni." Sham mengeluh.
"Tiga empat hari juga lah aku nampak moody dia. Nak tegur dia, aku sendiri pun tengah sibuk jugak kebelakangan ni. Ni kejap lagi aku singgah lah sekejap. Apa-apa nanti aku bagitahu kau Sham."
"Thanks Said."
"No hal lah." Said terus naik ke tingkat atas. Langkahnya menghala ke department Liya. Ketika itu Liya sedang termenung di meja.
"hai.. abang Said. Ada hal penting ke singgah jumpa Liya ni?" Liya bertanya.
"Saja nak jengok Liya. Lama betul abang tak singgah." sambil itu said Duduk di bangku yang tak jauh dari Liya.
"Liya ada aja dekat sini. Abang Said tu yang buzy sangat sekarang ni nampaknya. Mana lah sempat nak bersembang dengan Liya." Liya merungut.
"Tu lah. Buzy lah pulak kebelakangan ni. Abang perasan yang Liya moody aja kebelakangan ni, kenapa? Asyik termenung aja. Rindu dekat Sham ke?" Said mengusik sambil senyum.
Liya hanya tersenyum malu.
"Kenapa pengurusan tiba-tiba rombak jadual tugasan, Abang Said? Sham dengan kak Suzie pun dah tak sama dengan Liya. Liya dah takde kawan nak rehat. Nak melintas jalan pun Liya teragak-agak. Takut tau. Tapi Liya beranikan juga. Kalau tak nanti Liya lapar." Liya bercerita.
"Boleh tak buat?"
"Nak tak nak Liya kena beranikan juga. Tapi lambat lah nak buat keputusan nak melintas tu." Liya bercerita sambil ketawa
"Sham fullday hari ni, Liya boleh lah jumpa dia petang nanti masa rehat." Said memberitahu.
"Sham Fullday? Bukan ke dia shif pagi? Kenapa pulak hari ni fullday?" Liya kehairanan.
"Entah.. Bos suruh. Tak tahu lah bos tu.. Suka hati dia aja nak tukar jadual Sham. Abang pun pelik."
"Tengok lah nanti. Liya pun tak pasti rehat pukul berapa. Tengok pada giliran jaga department. Sebab sekarang ni sejak tukar jadual giliran rehat dah lintang pukang."
"Ok.. Nanti abang bgtahu sham."

Di konti.
"Liya.. kenapa abang susah sangat nak jumpa Liya ni.. Abang rindu sangat-sangat ni dengan Liya tau. 2 Minggu tak jumpa Liya, tersiksanya lah abang rasa. Bila abang dapat jumpa Liya ni.." Sham berkata sendiri sambil berpeluk tubuh memandang ke tingkat atas.
Sedang dia berkira-kira meluahkan perasaannya sendirian, tiba-tiba Sham ternampak Liya menuruni tangga dan menghala ke tandas.
"Nak jumpa Liya lah sekejap dekat tepi tandas. Rindu sangat dah ni rasanya ni. Paling tidak boleh lepaskan rindu." Sham terus menurut Liya secara diam-diam di belakang Liya dan menunggu Liya di tepi tandas.
Hati Sham berdebar-debar menanti kemunculan Liya.
Disaat menunggu Liya, mindanya bermain-main dengan pelbagai perancangan nakal untuk membuat kejutan kepada Liya. Namun hatinya berbolak balik menimbangkan sama ada nak dilakukan atau tidak. Sedang Sham berkira-kira, Liya keluar dari tandas sambil membetulkan baju dan kainnya. Liya tak nampak akan kewujudan Sham di situ.
Sedang dia betulkan baju dan kain sambil berjalan, tiba-tiba tangannya dipegang seseorang. Liya terkejut sangat dan terus menoleh ke arah orang yang memegang tangannya.
"Abang... terkejut Liya. Ingat siapa lah tadi. Abang buat apa dekat sini?" Liya kehairanan dengan kemunculan Sham secara tiba-tiba di tepi tandas itu.
"Tunggu Liya lah. Abang rindu sangat dengan Liya. 2 minggu tau abang tak dapat jumpa Liya. Sengsara rasanya." Sham mengadu.
"Liya pun rindu juga dengan abang. Tapi nak buat macamana. Kita tak boleh nak rehat sama sebab jadual kita dah berubah."
Sham menarik kedua tangan Liya melangkah merapatkan dirinya kepada Liya.
"Abang.. jangan lah macam ni. Nanti ada orang nampak. Malu lah. Dah lah lampu sini main-main mata aja ni sekejap menyala sekejap mati. Ok.. Liya rehat hari ni pukul 5.Kalau abang nak rehat sama dengan Liya, boleh lah sebab abang Said kata Abang Fullday hari ni kan?."
"Haah. Bos suruh. Ada hal nak jumpa abang katanya malam ni pukul 8 dekat office."
"Ok.. Liya tak boleh nak Lama ni. Department takde orang handle. Rehat nanti kita jumpa tau. Sebelum tu... boleh tak lepaskan tangan Liya. Liya nak naik sambung kerja ni. Pleasee.. abang.. Nanti minum petang kita jumpa ye... Bye."
"Hati-hati naik tangga." Sham mengingatkan. Sham hanya melepaskan tangan Liya sebelah sahaja, sementara sebelah lagi masih dipegang. Liya melangkah pergi dalam situasi tangannya masih dipegang oleh Sham.
Baru sahaja 3 ke 4 langkah Liya berjalan, Sham rentap tangan Liya ke belakang dan membuatkan Liya terundur langkah ke belakang secara mendadak dan berhenti betul-betul di hadapan Sham. Anggota badan Liya di bahagian hadapan benar-benar melekat berada di dada Sham hinggakan Liya dapat rasakan denyut jantung Sham dan wajah Liya benar-benar berada di hadapan wajah Sham hinggakan Liya dapat rasakan hembusan nafas Sham yang mula tidak teratur.
Liya seakan mahu berkata sesuatu, namun jari telunjuk Sham dah menutup bibir Liya terlebih dahulu. Sedang Liya mendongak cuba hendak juga bersuara, Sham secara tiba-tiba mengucup dahi, kening dan kedua pipi Liya. Selepas itu dengan segera Sham meninggalkan Liya yang sedang terpinga-pinga itu dengan masuk ke dalam tandas.
Liya seakan terpana dengan apa yang berlaku. Dia sangat terkejut dengan tindakan berani Sham secara tiba-tiba itu. Dirasakan seolah-olah dia bukan berada di alam nyata. Sepertinya apa yang berlaku tadi sedang berlaku dalam mimpi dan berada di awang-awangan. Bagi memastikan yang dia sedang tidak bermimpi, Liya cuba cubit dan pukul pipinya. Namun dia pasti yang dia tidak bermimpi. Apa yang berlaku adalah benar-benar berlaku. Badannya mula menggigil tangannya dirasakan sangat sejuk. Kejadian itu adalah kali pertama buat dirinya dan membuatkan dia benar-benar terkejut.
Dalam keadaan langkah yang seperti berada di awang-awangan, perlahan-lahan Liya melangkah mendaki mata tangga menuju je department nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience