"Lamanya Mak tak jumpa Atie. Kenapa kamu tak bawa Atie datang sekali Izah? Rindunya lah Mak dengan Atie." Mak Uda meluah rasa.
"Entah lah mak. Banyak kali juga Izah ajak datang sini. tak nak katanya. Nak rehat dekat rumah aja bila cuti."
"Munir pun dah lama juga tak ke sini ni sejak dia bujang semula ni. Merajuk ke dia orang berdua ni?"
"Merajuk kenapa pulak mak?" Izah kehairanan dengan pertanyaan ibu mertuanya itu.
"Mana lah tahu.. Bukan ke dia orang berdua ni tengah berkawan sebelum Munir kena tangkap haritu?" Mak Ida buat serkap jarang.
"Kawan biasa aja mak. Tapi tak tahu lah kalau dalam diam-diam dia orang tu. Tak pasti lah pulak Izah. Selalu juga Munir mintak izin dgn Izah dengan Dee nak bawa Atie keluar makan. Kadang-kadang tu bila dua-dua cuti, mintak izin nak bawa keluar berjalan."
"Munir mintak izin? Lain macam aja tu bila kerap keluar."
"Dulu lah mak sebelum Munir kena tangkap. Bila dah lepas kena tangkap ni, dua-dua macam senyap aja. Berjumpa pun tak. Atie hormat Munir kot sebab dah jadi suami orang."
"Mungkin lah..Izah nanti bawaklah Atie datang sini. Mak rindu lah dengan dia."
"Insyaallah.. nanti Izah pujuk dia datang sini."
Sedang Mak Uda menikmati minum petang dengan Along Izah Dan Dee, telefon rumah berbunyi. Izah yang menjawab
"Munir.. Kami baru bersembang pasal kau tadi. Mana kau menghilang lama betul tak balik sini." Izah bertanya.
"Apa aja lah tu yang dibawangkan.. hahaha.. Saya kena transfer ke Ipoh, Along. Dah 2 Minggu dekat sini."
"Laaa... ye ke? Diam aja tak bagitahu family sini. Mak andak pun tertanya-tanya juga tu kenapa kau tak balik."
"Sibuk sikit sini Along. Ada kes yang nak kena tumpu perhatian."
"Ohh.. ye ke. Ni mak Uda nak cakap." gagang telefon bertukar tangan kepada Mak Uda.
"Assalamualaikum... Munir.. merajuk ke ni lama tak balik."
"Tak lah Mak Uda. Munir kena tukar bertugas dekat Ipoh. Dah 2 minggu dekat sini. Sibuk sangat lah urus kes besar sini. Hari ni baru saya lapang sikit. Tu yang telefon mak Uda. Tadi munir dah telefon mak."
"Ye ke... Ni satu lagi. Kamu dengan Atie bergaduh ke.. Izah kata dah lama kamu tak keluar dengan Atie?"
"Kenapa pulak Munir nak bergaduh dengan Atie? Takde lah. Atie yang tak nak keluar dengan saya dah sbb dia masih ingat yang saya ni suami orang. Dia tak nak ganggu saya. Tu aja. Mana ada gaduh.. siapa cakap dekat Mak Uda?" Munir cuba berdalih.
"Mak Uda lah main Agak aja. Sebab izah bgtahu tadi sebelum kes kamu kena tangkap tu, Kamu dengan Atie selalu juga keluar. Lepas kes tu, kamu berdua trus senyap. Tu yang Mak Uda nak tanya."
"Mak Uda.. pasal saya dah bercerai tu, jangan bagitahu Atie ye.. Biar nanti Munir bagitahu sendiri"
"Lain macam aja kamu dengan Atie ni Munir? Kamu berdua bercinta belakang kami ke sebelum ni?"
"Takde lah Mak Uda. Kami kawan biasa aja lah." Munir berdalih lagi.
"Bila kamu nak balik sini. Rindu mak Uda dengan kamu."
"Tengok lah macamana.. kalau dah tak sibuk sangat, nanti Munir balik. Sekarang ni banyak kes nak kena selesaikan dulu. Dah takde yang mendesak untuk bertugas, Munir balik jenguk mak dgn Mak Uda. Munir pun rindu juga ni dengan Mak Uda."
'Atie pun dah lama tak ke sini lepas kes kamu tu. Tu yg Mak Uda kata kamu berdua ni macam ada apa-apa. Sebab sama-sama menghilang."
"Atie saya tak tahu lah apa sebabnya. Dia langsung tak ke sana ke Mak Uda?"
"Takde.. dah macam orang merajuk. Along Izah ajak ke sini pun tak nak. Di ajak keluar bila dia cuti pun tak nak. Tu Yang Along Izah dengan Dee pelik. Bila ditanya, malas.. Nak rehat di rumah aja katanya."
Munir tak menjawab. Terus mambisu.
"Munir? Kenapa kamu diam?"
"Takde apa lah. Cuma tengah berfikir kenapa Atie macam tu. Nantilah kalau Munir ada masa lapang, Munir tanya dia. Munir cuba pujuk dia supaya jumpa mak Uda dengan Mak. Mak pun ada tanya tadi."
"Haaaa... ye lah. Kamu tu.. jaga diri bila dah makin jauh ni. Kalau ada apa-apa, bagitahu. Jangan diamkan aja tau."
"Baik Mak Uda. Munir tak boleh nak lama ni. Ada mesyuarat kejap lagi. Nanti sampaikan salam Munir dekat semua. Assalamu'alaikum..."
"Wa'alaikumussalam..." Mak Uda meletak gagang telefon.
"Apa yang Munir cakap mak?"
"Dia tak gaduh dengan Atie. Dia pun tak tahu kenapa Atie tak nak ke sini. Nanti dia cuba pujuk dan cakap supaya datang sini. Mak Andak Kamu pun ada bertanyakan pasal Atie juga dekat Munir tadi."
"Laaa... ye ke.."
Selepas itu Izah keluar mendapatkan Rusdi yang ada di luar rumah.
__________________________________
Selepas berbual dengan Mak Uda, Munir jadi mati akal untuk mencari jalan penyelesaian bagi memujuk Liya. Permintaan Mak dan Mak Uda kena dia tunaikan sebab kedua mereka sedang rindukan Atie.
Munir mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Nak call dia atau tak ni? Dia tengah cuti hari ni. Kalau dia mengamuk lagi nanti? Emmmm... aku try aja lah. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan apa yang Mak Uda dan mak pesan aku dah sampaikan."
No telefon rumah Along, Munir dail.
Jantung Munir berdegup laju saat ada bunyi deringan di hujung talian.
"Hello.. Assalamu'alaikum.. siapa di sana?"
Mendengarkan suara Liya, Munir seakan gugup untuk berkata-kata. Dia sememangnya amat rindukan suara itu.
"Wa'alaikumussalam... Please.. Jangan letak telefon. Bie takde urusan lain. Hanya nak sampaikan pesan mak dan Mak Uda." Munir merayu.
"Bila awak call dia orang?"
"Baru ni tadi. Mak Dan Mak Uda nak jumpa sayang. Dia orang rindukan sayang. Kalau ada masa lapang, pergilah jengok dia orang. Jangan sampai mereka kesan apa masalah kita." Munir berpesan.
"Dia orang dah tahu ke? " Liya bertanya.
"Belum. Tapi bunyi soalan dia orang macam dah dapat Agak. Tapi Bie nafikan. Bie cakap kita kawan biasa je."
"Nanti lah minggu depan ke. Kalau nak pergi hari ni, macam dah lewat. Pandai lah saya nak borak nanti kalau ditanya. Awak tak balik sana ke?"
"Saya kena tukar bertugas lagi ni. Jauh dari Selangor. Tu yang tak dapat balik selalu."
"Oooh.."
"Kenapa panjang betul rajuk Sayang ni.. Sampaikan dengan Mak Uda pun sayang tak nak jumpa?"
"Saya bukan tak nak jumpa Mak Uda. Saya cuma tak nak terserempak dengan awak. Saya tak nak dianggap pengacau rumahtangga awak. Lagi satu kat situ banyak sangat kenangan kita. Sakit rasa hati ni bila jejak kaki di situ." Liya meluahkan perasaannya.
"Sayang tak akan jumpa Bie lagi di situ lepas ni. Bie dah bawa diri jauh dari sayang. Sayang Jangan bimbang. Bie tak akan kacau sayang lagi. Sayang dah boleh bebas bergerak dan berkawan."
"Saya nak keluar ambik angin ni. Sory. Assalamu'alaikum.." Liya terus letak telefon tanpa mendengar Munir menjawab salam.
"Wa'alaikumussalam.. Kerasnya hati awak Nuratiliya Humairah"
Share this novel