Ketika dalam perjalanan menghantar Liya balik ke bandar...
"Sayang.. kenapa tak nak terima hadiah Ammar ni. Senang Ammar nak call kalau rindu." Ammar memujuk.
"Ammar.. 4 bulan tak jumpa dan tak dengar suara Atie, boleh aja Ammar lalui harian Ammar. Kenapa pulak kali ni? Sama aja kan?" Liya persoalkan tujuan Ammar nak bagi hadiah tu.
"Tak.. Kali ni dah tak sama. Sebab sayang dah tahu isi hati sebenar Ammar. Lagi satu Ammar dah tahu yang Sayang pun sayang Ammar. Cuma sayang Atie tu aja yang lain. Tapi Ammar tak kira. Ammar nak juga Atie terima hadiah ni. Pleaseee..." Ammar terus merayu...
"Ammar.. kita cuma akan berjauhan dalam 2 bulan aja lagi kan?. lepas tu Atie balik juga kan untuk siap sambung belajar." Liya cuba memberi alasan.
"Eeee.. degil betul lah sayang ni. Susah betul nak dipujuk rayu." Ammar bengang.
"Tahu pun.. Ammar kenal Atie kan.. Atie jenis macamana.. Dah tahu yang paksa juga, kenapa?" sambil itu Liya tersenyum.
"Habis tu.. simkad ni habis lah.. burned macam tu je lah?" Ammar masih Cuba memancing Liya.
"Emmm.. apa kata simkad tu bagi Atie. Mana tahu Atie tergerak hati nak beli phone."
"tak.. Ammar nak Atie terima dua-dua sekali."
"Kalau macam tu, tak payah lah."
Ammar buat muka merajuk.
"Buruk lah buat muka macam tu.. Atie tak suka muka tu. Jom kita ambik gambar berdua nak? Dah lama kita tak bergambar berdua kan?" Liya memujuk.
"Amir.. kau tolong aku kejap. Ambikkan gambar kami berdua." Ammar melambai kawan dia yang sedang berniaga di gerai berhampiran.
"Baru sekarang ke nak bergambar berdua. Selama ni susah betul bila suruh gambar berdua.Ok..ready.." sambil tu Amir menggeleng kepala sambil senyum.
Liya membiarkan Ammar merangkul pinggang belakangnya. sekali sekala Liya beraksi manja sedikit dekat Ammar.
"Amboiiii.. Atie.. lentok habis ye?" Amir mengusik.
Liya hanya senyum
"Sayang.. pejam. mata. toleh pandang Ammar." Ammar berbisik.
"Ammar nak buat apa? Jangan nak macam-macam ye... Kita dekat publik ni..."
"Tak.. ikut aja apa yg Ammar cakap. Ammar tak buat apa-apa lah."
"ok. Buat pelik-pelik, siap." Liya memberi amaran.
Seperti yang diminta, Liya buat.
Tiba-tiba Liya rasa ada satu ciuman hangat di atas dahinya. Lepas itu Ammar melepaskan Liya dan melarikan diri.
"Ammar!!!!" Liya menjerit kuat dan kemudian lari mengejar Ammar.
"Amir!!! Dapat tak?" sambail belari mengelakkan Liya, sempat dia bertanyakan Amir.
"Dapat!!! Jelas dan cantik!!" Ammir juga menjerit.
"Ammar!!! Tak larat lah dah Atie nak kejar. Suka hati lah!!! Malas nak marah dah. Suka hati dia aja kan.. Suka hati lah.." Liya mula merajuk dalam kepenatan. Liya terus duduk kepenatan di kerusi menunggu sambil memegang bag.
"Ayoookkkkk.. Ammar. Atie dah merajuk habis kat kau tu. Marah betul dia kali ni sampai dah malas nak cakap tu. Nasib kau lah. Pandai-pandai lah nak pujuk. Kau pun tahu kan bila dia dah sampai tahap tu, memang dia susah nak dipujuk." Amir mengingatkan.
Selepas Itu Ammar mendapatkan Liya.
"Marah sangat lah ni?" hidung Liya diusik.
Liya tak menjawab. Tangan Ammir ditepis dan langsung tak nak memandang Ammar.
"Sayang.. jangan lah macam ni. Dah lah nak tinggalkan Ammar berbulan-bulan. Lepas tu tak boleh nak contact pulak tu. Buat pulak muka macam ni. Jangan lah macam ni.. Pasal tadi tu... Sory lah. Ammar gurau aja. Kata nak bergambar dengan Ammar. Jadi tu boleh lah juga buat Ammar ingat dekat sayang. Sayang!!! Ammar mintak maaf.." Ammar dengan rasa bersalah mintak maaf.
Liya masih tiada respon. Terus berdiam. Ketika itu juga bas Ekspres yang Liya bakal naik, sampai untuk mengambil penumpang.
Bas itu hanya berhenti dalam setengah jam. Selepas itu akan meneruskan perjalanan.
"Sayang.. Bas dah sampai tu. Jangan lah tinggalkan Ammar dalam perasaan bersalah macam ni. Berbulan-bulan pulak tu. Sayang.. Maafkan Ammar.."
"Lain kali buatlah selalu lagi apa yang Atie tak suka ye? Atie dah penat lah nak marah, tegur nak melarang Ammar. Bukannya Ammar nak dengar cakap Atie pun. Suka hati lah. Atie dah malas. Jangan nanti sebab penat Atie ni, Ammar tak akan jumpa Atie sampai bila-bila." Liya melepaskan rasa panas hatinya.
"Sayang.. Jangan lah macam ni.. Maafkan lah Ammar. Jiwa Ammar tak tenteramlah kalau Atie merajuk macam ni. Lepas tu tinggalkan Ammar macam ni aja ke tanpa maafkan Ammar."
"Ammar buat perangai pada salah waktu. Sekarang tanggung sendiri. Langsung tak pernah nak berubah kan? Ingatkan bila dah berjauhan tu akan jadi lebih matang. Rupanya.. huh!! 3 Hari tau Atie cuba bersabar dengan perangai dan kerenah Ammar. Hari ni sepatutnya Ammar tak akan buatkan Atie marah. Tapi.. buat juga. Sabar Atie ada hadnya tau." Liya bertegas.
Kedengaran panggilan untuk bas mula bergerak.
"Dah lah Ammar. Dah sampai masa untuk Atie pergi. Atie bukan lah kejam sangat. Atie Maafkan Ammar. Lain kali lepas ni bila Atie balik, Ammar dah tak nakal lagi Ok?. Kalau nak apa-apa belajar mintak izin dulu. Bye..Assalamualaikum.." sebelum berlalu menuju ke bas, Liya bangun dan sempat cubit hidung dan cuit pipi Ammar sambil lemparkan senyum. Kemudian terus naik bas meninggalkan Ammar yang seakan sedang terkejut.
"Ammar!! ammar!! Kau dah kenapa? Atie dah pergi kau tak perasan ke?" Amir menepuk bahu Ammar bila menyedari sahabatnya itu tak menyedari bas dah mula bergerak.
"Ha?? Ha?? Atie dan pergi?? Eh?? Bas dah gerak?? Adoiiiii... apasal aku boleh tak sedar. alaaaahaiiii.. Aku ni dah kenapa?" pipinya dilempang sendiri sebab rasa bersalah.
"Entah kau tu? Atie baru cubit hidung dengan pipi kau dah terkejut ke?"
"Tu lah.. Padan muka aku kan. Dah kena tinggal lagi kan?."
________________________________________________
"Said.. Ada management tanya pasal Sham lama sangat cuti?" Musli bertanya.
"Ada. Aku cakaplah Sham ada di hospital. Operate appendiks. Yang masa kita hilang mengejut tu sebab bawa Sham ke hospital lah."
"Management percaya?"
'Aku tunjuk surat Sham. masuk wad. Aku mintak dekat nurse masa kau turun aku jaga Sham tido masa tu."
"Ooohhhh... Patutlah management tak tanya aku. Kau dah tunjuk bukti rupanya. Ok."
""Hari ni Liya balik sini. Esok dia fullday. Mesti dia sibuk tanya kita Sham kat mana. Lagi-lagi bila dapat tahu dari Suzie.
"Suzie pun tak tahu Sham takde lama kenapa. Dia tak sempat lag8 nak bertanya tu sbb sibuk urus stok baru sampai."
"Eh!? Bukan ke esok juga stok kasut Liya sampai? Alahaiii.. Kesian Liya urus susun stok sorang. Apa kata esok kalau tak sibuk kita tolong sekejap?" Musli mempelawa. Said.
"Kalau tak sibuk, Insyaallah. Tapi rasanya Stok bawah ni pun sampai esok juga. Tengok lah." Kata Said.
"Kesian Liya.. disebabkan abang ipar dan kakaknya, Liya yang jadi mangsa. Aku tak dapat bayangkan kalau Sham terpaksa lukakan hati Liya .Macamana lah penerimaan Liya."
"Teruk Mus... Teruk sangat nanti. Silap gaya dengan kita semua ni dia tinggalkan macam tu aja sebab sakit hati."
_______________________________
"En. Azlisham. tengok pada pemeriksaan ni tadi, perut En Azli dah mula lembut 65% tapi tak 100% lagi. Pendarahan pun dah stop. So... esok tengahari dah boleh discaj. Lepas ni dah boleh lah buat rancangan untuk jumpa buah hati, kan?" Doktor Hakim beri berita gembira untuk Sham dan Isma.
"Alhamdulillah..." Sham dan Isma serentak.
"Tapi... diet makan masih kena jaga tau. Jangan makan yang keras. Masih kena makan yang lembut. Pedas pun jangan. Sebab usus masih lagi bengkak." Doktor Hakim berpesan.
"Alhamdulilah... terima kasih doktor. Insyaallah.. saya akan ingat pesanan doktor tu." kata Sham.
"Amboii.. Sham... Dengar dah boleh balik esok, berseri muka. Takde lain lah tu dekat mata tu terbayang Liya lah tu? Heeiiiii... Sham.. Sham.."
"Mesti lah. berapa hari tu aku tak jumpa dia? Gila dah rasa ni. Mau aja aku nak tangkap dia bila jumpa dia lepas tu gomol bagai tak mahu lepas rindu..aduuhhh...bestnya kalau dapat buat maca tu.."
"Woiiii!!! Anak dara orang tu.. Suka hati kau aja kan.." Isma pukul belakang Sham yg ketika itu Sham sedang duduk bersandar.
"Takde lah.. aku berangan aja. tak berani aku nak buat lagi lepas aku buat hal haritu dekat Liya. walaupun Liya tak tunjuk dia marah, tapi dia tak suka aku buat macam tu. Liya ni lain macam sikit. Diam membisu seribu bahasa, tanda marah yang amat. Kadang membisu dia pun susah nak jangka apa yang dia nak. Sebab dia tak akan cakap. Bila nak sesuatu sangat, baru dia bagi hint. Ada msa aku ni pun susah nak faham Atie. Ye lah. Aku dengan dia pun baru berapa bulan couple." Sham bercerita.
"Ingat Sham.. dalam seminggu ni kau kena buat apa dulu. Lepas tu bersedia untuk buat apa yang kita bincang kalau Rusdee datang lagi."
"Ye.. aku ingat.. Aku tak lupa. Aku dah ready nak buat semua tu."
Share this novel