"Atie harap Ammar tak sedih tengok keadaan Atie macam ni. Atie happy sangat bila dapat jumpa Ammar hari ni." Liya meluah perasaan nya sambil tersenyum.
"Sayang.. Ammar rasa nak hilang nyawa tau bila dapat berita ni tadi dari Along. Ye lah... baru haritu Ammar tengok sayang sihat walafiat.. Ammar tak percaya lah yang sayang akan dalam keadaan macam ni." jemari Liya digenggam erat dan di cium.
"Kenapa ni... Atie ok je lah.. Ammar doakan lah Atie bakal sembuh lepas ni." pipi Ammar Liya belai lembut dan menyeka air mata Ammar yang mula hampir gugur
"Heiii... apa ni.. Jejaka kental boleh gugur berlian berharga ni?" pipi Ammar di lempang lembut sambil bergurau lembut.
"Sayang ni... Dalam keadaan macam ni pun sempat juga nak bergurau kan." jemari Liya yang satu lagi ditangkap dan keduanya berada dalam genggaman Ammar sambil satu lagi tangan Ammar mencubit lembut hidung Liya.
"Rosak lah hidung Atie. Nanti bengkak besar tak cantik dah tau." Liya bersuara seakan pura-pura merajuk.
Sedang Ammar dan Atie rancak bersembanag..
"Assalamualaikum.... adik abg..Nak sampaikan kiriman salam Dr Hakim. Ini minum petang dan makan malam Atie nanti. Abg Hakim ada hal kecemasan nk uruskan sampai esok. Jadi malam ni Abg Hakim tak dapat nak temankan Atie. Kalau tak keberatan, boleh tak saudara temankan Atie malam ni?" Indra sambil menyusun makanan kiriman Hakim di atas meja, Indra mempelawa Ammar.
"Haaa?? Boleh ke saya temankan Atie malam ni?" Ammar seakan tidak percaya akan kenyataan Indra.
"Dr Hakim dah izinkan. Lagipun kamu berdua dah lama tak jumpa kan.. Boleh lah sembang. Tapi jangan terlajak waktu tau. Atie kena banyak rehat tu." Indra berpesan.
Ammar memandang Liya dan Indra bersilih ganti sambil wajahnya berkerut kehairanan dan meminta seakan kepastian akan apa yang Indra sampaikan.
"Kejap abang buat call kalau tak percaya.." sambil itu Indra mencari telefon bimbit nya dan terus mendail nombor telefon Hakim.
"Hello.. Hakim.. Dia orang tak percaya ni yang kau suruh kawan Atie ni temankan Atie malam ni.. Kau bgtahu Atie. dia tgh dengar sama ni." panggilan itu Indra membuat loud speaker.
"Abang... abang ke mana. Tak bgtahu pun kan. Tiba-tiba aja hilang cam tu aja." Liya membuat suara merajuk...
"Sory lah.. Abang ada kecemasan ni tadi. Ada pihak atasan panggil abang. Malam ni abang tak dapat temankan tau sebab abang nak balik rumah mak ayah jap nak uruskan apa yang penting. 2 hari tau abang takde ni. Ammar boleh tak awak temankan Atie 2 malam ni?"
Ammar terkejut sekali lagi..
"Haaa??? boleh ke?" Ammar minta kepastian.
"Boleh" Indra dan Hakim serentak bersuara.
"Kebetulan 2 hari ni saya shif malam. Atie akan di bawah jagaan saya. Ammar panggil aja saya kalau sesuatu terjadi."
"Ok...pucuk di cita ulam mendatang. Saya setuju sangat. Saya akan jaga Atie terbaik yg termampu." Dengan suara gembira Ammar menyahut.
selepas itu panggilan itu tamat.
pada petang itu Liya berada dalam keadaan sangat gembira.. Dalam tempoh itu perkembangan kesihatan dia sangat memberangsangkan. Tapi masih dalam pemantauan Indra dan staf yang lain..Selepas selesai solat berjemaah bersama Ammar....
"Ammar, Atie nak tido. letih sangat hari ni. Ammar lah asyik buat lawak aja.. penat Atie asyik ketawa aja."
"Ammar nak sayang gembira bila dengan Ammar. Kenapa pulak Ammar nak buat sayang sedih. Tak sesuai tau." sambil itu Ammar mencubit lembut hidung Liya.
Tidak lama lepas itu Indra masuk bersama 2 orang jururawat wanita ke bilik.
"Ok adik abang... masa untuk tido dan rehat sekarang... Atie tahu kan apa yang patut Atie buat?" Indra memberi arahan kepada Liya sambil membetulkan kedudukan katil Liya dan bantal baring Liya.
"Ok abang... Memang Atie dah mengantuk pun ni." Sambil itu Liya mencapai tangan dan salam cium jari Indra. Manakala Indra mencium kepala Liya yang masih bertudung. tidak lama lepas tu Liya terlena..
Ammar kehairanan dan terkejut dengan situasi yang berlaku di hadapannya saat itu. Yang lebih menghairankan Ammar adalah apabila melihat Indra menyuntik ubat pada salah satu saluran air Liya dan jururawat pula mula menarik keluar semua wayar dari mesin di sisi Liya dan di tampal kan di keseluruhan badan Liya..
Ammar hanya mampu memerhatikan aja keadaan itu dalam situasi yang sangat menghairankan untuk nya.
Sebaik aja semua alat dah selesai di pasang semua badan Liya, Indra datang menghampiri Ammar.
"Ammar, jom kita semabang dekat ruang rehat sekejap." Indra mempelawa Ammar.
Pelawaan Indra membuatkan Ammar bertambah hairan. Sesampainya di ruang rehat...
"Ammar mesti pelik kan tgok Atie dalam keadaan macam tu walaupun sekadar untuk lena.."
Indra menarik kerusi dan mengambil tempat duduknya... macam tu juga dengan Ammar. Tapi riak wajahnya masih tetap kehairanan...
"Ammar... untuk pengetahuan Ammar, keadaan Atie sebenarnya dalam situasi bahaya. Atie memerlukan pengawasan rapi dari kami semua." Indra memulakan penjelasan.
"Apa sebenarnya yang berlaku dekat Atie ni doktor?" Ammar minta kepastian.
"Atie mengalami pembengkakan jantung, ada saluran jantung Atie yang mengecil pada masa yg sama juga. otak Atie juga ada terdapat ketulan darah beku yang mula kian ktif bergerak di saluran otak yang akan memungkinkan Atie untuk koma secara tiba-tiba atau..... Gabungan 2 penyakit ini jantung dan otak, amatlah membahayakan situasi Atie. Atie perlu dibedah dalam kadar segera dalam jangkamasa terdekat ni."
"Allahuakbar..." Ammar terkejut dan terus tersandar lesu. Indra terus mendapatkan Ammar dan menepuk perlahan bahu Ammar bg menenangkan kan keadaan Ammar.
"Atie bakal dibedah secara berperingkat bermula pada minggu hadapan." Indra menyambung..
"Tapi kenapa Atie dipenuhi alat mesin bantuan khas tu bila Atie tido?" Ammar meneruskan bertanya akan kemusykilan nya.
"Atie pernah tiba-tiba koma sebanyak 2 kali. Masa tu bacaan denyutan jantung dia sgt kritikal, pergerakan darah beku di otaknya juga dalam situasi kian bahaya. Keadaan itu boleh memungkinkan Atie pergi dalam tidur." Indra menyambung.
"Allahuakbar...." skali lagi Ammar lesu tersandar.. seluruh tubuh Ammar seakan tak mampu lagi untuk tegak berdiri.
"Atie pada saat ini tak boleh terima apa-apa tekanan langsung. Kita kena pastikan yang Atie sentiasa happy. Jangan buat dia susah hati atau pun menangis. Sebab kalau berlaku, Atie akan dalam keadaan bahaya. Sebarang kemungkinan boleh terjadi." Indra menyambung penjelasan.
"Boleh ke Atie untuk sembuh?" Ammar mintak kepastian.
"Wallahualam.. itu semua kuasa Allah.. Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin untuk dia kembali normal. Allah yg tentukan bagaimana pengakhiran kisah Atie selepas 2 pembedahan tu nanti." Indra menyambung.
Ammar terus terduduk lesu di kerusi. lidahnya terus menjadi kelu badannya menjadi longlai selepas mendengar penjelasan Indra.
***************************************
"Along. Bila adik kamu nak melangsungkan pernikahan dia.?" sambil mengemas pakaian yang nak dibawa, puan Salmah bertanya Along Izah.
"Tadi bakal menantu mak ada telefon Along. Insyaallah Sabtu ni. Tak boleh nak lambatkan lagi . nanti bahayakan lagi keadaan Atie." Along menyambung bicaranya.
"Serius ke keadaan Atie tu Along sampaikan nak disegerakan pernikahan nya?" puan Salmah kehairanan...
"Along tak nak jelaskan lebih-lebih dengan mak. Nanti sampai sana mak tgok lah sendiri keadaan adik tu. Along tak nak mak risau." Along
menyambung lagi. Izah cuba menahan sebak sedaya upaya supaya puan Salmah tak risau keadaan adiknya tu. Sementara Rusdee hanya mampu terdiam. Ada penyesalan yang teramat di hati mereka berdua akan tindakan melampaui batas mereka sebelum ini. mereka langsung tak menyangka akibat pada rancangan mereka itu adik kesayangan mereka itu dah membahayakan Atie sampai ke tahap paling serius macam tu..
Kedua-dua mereka diam membisu melayan perasaan masing-masing.
Rusdee termenung di muka pintu memandang jauh ke arah halaman yang gelap dan sepi itu. Sama sepinya hati dan fikirannya. Dirasainya seakan segalanya gelap. Mindanya serabut. Di andai kata tindakan kejamnya itu diketahui Atie... sudah tentunya dirinya dan Along akan dibenci satu²nya adik kesayangan mereka itu.
Selepas solat subuh dan siap bersarapan, 3 beranak itu mula bertolak balik menghala ke Gombak. Suasana dalam kereta ketika itu menjadi sunyi sepi. Tiada perbualan yang mampu di ungkap. Air mata Izah sekali skala mengalir bila mengenangkna keadaan adiknya itu. Penyesalan yang tak terungkap yang ada saat itu akibat pada tindakan bersetuju setiap cadangan Rusdee bagi menghalang hubungan Liya dan Sham.
sesampainya di perkarangan loby hospital "Mak..kita dah sampai perkarangan Wad. Jom kita turun tengok adik." Izah mengajak Puan Salmah.
Puan Salmah mencapai bag tangannya dan bergerak keluar dari kereta. Sementara Rusdee mencari parking kereta.
"Mak.. Along nak mak bertenang tau bila tgok adik nnt. Saya tau mak tak sihat.. Along harap mqk dapat kawal perasaan mak jangan sampai adik sedih sebab adik tak boleh dalam keadaan sedih atau tertekan Itu aja Along nak pesan."
puan Salmah hanya mengangguk kehairanan akan pesanan Along itu .
Share this novel