BAB 17

Romance Series 17488

"Munir.. Ini restoren mewah.. macam tak layak aja Humairah masuk sini?" Liya mengalah.
"Munir yang belanja kan.. jangan nak banyak alasan. Munir dah booking ni tau. Jom masuk."
Munir terus tarik tangan Liya dan menuju ke meja penyambut tetamu untuk dapatkan meja yang dah ditempah. Setelah ditunjukkan, Munir terus tarik kerusi dan mempersilakan Liya duduk. Liya pun hanya menurut. Munir pula duduk berhadapan dengan Liya.
"Oder tuan?" pelayan bertanya.
"Ikut oder yang saya dah tempah." Munir memberi arahan.
"Baik tuan. Terima kasih." pelayan tu pun berlalu pergi.
"Munir oder makan apa? Jangan yang pelik-pelik sudah lah ye.. Humairah tak pandai nak makan."
"Humairah tunggu aja lah nanti apa yang akan sampai nanti. Mesti Humairah akan suka."
15 minit kemudian, hidangan pun sampai.
"Eh!? Nampak macam restoran mewah. Tapi tak sangka lah pulak ada menu kampung macam ni. Ini semua makanan kegemaran Humairah. Mana Munir tahu ni?"
"Ada lah.. rahsia. Jom kita makan. Munir pun dah lapar ni." Munir terus sendukkan nasi dan
dalam pinggan Liya. Selepas itu baru disendukkan nasi ke pinggangnya sendiri.

Sambil makan, Liya dan Munir rancak berbual. Ada sahaja topik yang dibualkan. termasuklah ada kalanya Munir berkongsi cerita tentang dia kendalikan kes yang melucukan. Sampaikan Liya senyum dan ketawa tanpa henti.
"Dah lah Munir. Tak larat dah Humairah nak ketawa. Sakit dah pipi Humairah ni.."
"Tak habis lagi tu. Esok kita sambung lagi ye. Hari dah makin lewat ni. Jom kita balik."
Kemudian Liya melihat jam.
"Betul lah.. dah 11 lebih. Jom lah kita balik. Tak elok balik lewat malam. Nanti jadi bahan umpat orang."
Selepas bayar bil, Liya dan Munir pun keluar dari restoran dan mengarah ke parking kereta.

"Munir. Esok kita nak jumpa pukul berapa? Dah lah Humairah ni tinggal sorang-sorang dekat rumah. Takut Humairah terlajak tidur aja sebab takde yang nak kejutkan Humairah. Selalu tu Along yang kejutkan."
"Munir hampir lupa lah pasal rancangan kita esok. Emmm.. apa kata Munir datang ambik Humairah pukul 7 pagi. Bawa extra baju sepasang dua. Yang kasual aja. Jangan seksi sudah. Munir tak suka. Munir ingat nak ajak Humairah pergi jalan-jalan dekat pantai. Tapi tak rancang lagi pantai mana. Emm.. lepas tu.. entah lah.. tak buat perancangan lagi."
"Ok.. Kalau Munir terjaga nak solat subuh esok, kejutkan Humairah. Takut terlajak. Boleh? Tapi kalau Munir pun tak terjaga? Alamat kita berdua ni terlajak subuh lah kan?"
"Tak lah. Munir memang selalu terjaga ubtuk subuh sebab selalu kunci jam. Insyaallah.. Munir kejutkan.."
"Dah lah.. Jom balik. Lagi kita sembang ni nanti lagi lambat sampai rumah. Jom lah.." Liya merayu sebab malam semakin lewat.
Munir pun mula start kereta dan bergerak keluar meninggalkan restoran.
Sampai di depan rumah Along..
"Munirah masuk dulu. Ingat.. esok tolong kejutkan Humairah."
"Ye.. Munir ingat. Dah.. pegi masuk rumah. Lepasti kunci pagar dan pintu, Humairah terus masuk bilik tidur tau. jangan buat perkara lain. Nanti takut terlewat bangun esok."
"Ye Tuan Munir. Menurut perintah." Liya buat tabik hormat dan lari masuk rumah.
Munir ketawa melihat gelagat Liya. Selepas dipastikan Liya dah selamat berada di dalam rumah, Munir memandu bergerak menjauhi perkarangan rumah Along.
"Kenapa rasa hati tak sedap ni ye? Ke aku tengah risaukan Humairah tinggal seorang diri di rumah tu? Aku nak buat apa ni ye?"
Munir memberhentikan pemanduannya di tepi jalan dan berfikir sejenak.
Akhirnya Munir patah balik semula ke rumah Along dan mengawasi rumah Along hanya dari dalam kereta. Akhirnya Munir tertidur di dalam kereta.
Dalam pada dia lena diulit mimpi, Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk seseorang.. Terkulat-kulat Munir celik mata dan memandang ke arah tingkap yang diketuk. Melihatkan yang mengetuk cermin tingkap keretanya adalah seorang anggota polis, Munir menurunkan cermin tingkap.
"Maaf saya bertanya. Encik buat apa ye berada di hadapan rumah orang ni?"
Dalam situasi yang masih mamai, Munir kemudian menunjukkan kad kuasanya kepada Anggota berkenaan.Setelah di teliti.
"Maafkan saya tuan. Saya hanya menjalankan tugas meronda di kawasan ini." sambil itu 2 anggota itu mambuat tabik hormat.
"Saya jagakan rumah kawan perempuan saya yang tinggal sendiri di rumah ni. Hati saya tak sedap tinggalkan dia sendiri. tu yang saya tunggu sebab smua keluarga dia takde dirumah. Kamu berdua teruskan lah bertugas. masuk waktu subuh nanti baru saya balik.."
"Baik tuan. Kami sambung bertugas." selepas 2 anggota itu sambung meronda. Selepas buat tabik hormat, kwdua anggota itu pun berlalu pergi meyambung rondaan.
Dalam mamai itu Munir melirik ke arah jam keretanya. 4.30 pagi. selepas itu matanya beralih memandang ke arah rumah Along. Kelihatan samar-samar cahaya dari arah daput melalui tingkap ruang tamu.
Selepas itu Munir menyambung semula lenanya..

Tidak lama selepas itu sayup-sayup Munir terdengar suara mengaji di masjid berhampiran dan sekali lagi Munir melihat jam. 5.40 pagi.
"Ni kalau aku sambung tido balik, mau terlajak tido ni. Ada baiknya aku terus jaga. Kejap lagi azan Subuh. Nak kejutkan Humairah sekarang atau masuk waktu nanti ye? emmmmn.. sekarang aja lah.. Sambil tu nak juga dengar suara seksi dia baru bangun tido."

Munir capai telefon bimbit nya dan mendail no rumah Along. Agak lama juga untuk menunggu Liya mengangkat telefon. 2 kali Munir mendail. kali kedua barulah Liya angkat.
""Hello.. Assalamu'alaikum.."
"Waalaikummusalam... Salam subuh princess.. Amboiiii.. seksinya suara.. Dah.. terus bangun, mandi dan bersiap untuk subuh. Jangan sambung tido tau?"
"Baik Tuan Munir. Menurut perintah." Liya menjawab dalam nada yang masih dalam keadaan mamai.
"Humairah sayang... Munir tahu mata Humairah tu masih terpejam. Buka mata tu... celikkan besar. Nanti terlajak waktu.." Munir sekakinlagi memberi arahan. kali ini agak keras sikit nadanya."
"Munir ni.. jangan lah garang sangat. Ye.. Humairah bangun lah ni.." selepas itu kedengaran Liya batuk-batuk di hujung talian.
"Humairah.. tak sihat ke? bunyi batuk tu?"
"Tekak gatal perit sikit . Hidung ni pun sama. Humairah dah biasa macam ni bila subuh. Sebab ada resdung."
"Oooh.. ingatkan Humairah tak sihat. Risau juga Munir."
"Tak lah. Ok lah. Humairah nak siap untuk subuh ni. Munir dah siap ke?"
"Belum juga ni. Tu yang naknkejutkan Humairah dulu baru bersiap. Ok lah.. kita jumpa nanti dalam pukul 7. Jangan lupa bawa set baju lebih."
"Ok.. Assalamulaikum.." Liya terus matikan talian.
Sekali lagi Munir memandang ke arah dalam rumah Along. Dilihat Liya sudah membuka semua lampu di setiap ruang dalam rumah itu. Ia menandakan yang Liya sudah bangun. Setelah itu Munir memulakan pemanduan dan meninggalkan halaman rumah Along dan memandu pulang.
Sesampainya di rumah, lampu ruang tamu rumahnya sudah terang benderang. Itu menandakan ada sahabatnya yang sudah bangun fan bersedia untuk solat berjemaah di surau.
"Kau tido mana Munir baru sekarang balik? Ada operasi mengejut ke malam tadi?" Adi menegur sebaik Munir masuk rumah dan menutup pintu.
"Hati aku tak sedap nak biarkan awek aku tu sorang dekat rumah. Tu yang aku tunggu dwoan rumah dia. Langsung lah aku tetido dalam kereta. Kawasan situ kan black area."
"Oooh.. Aku nak pergi surau dah ni. Nanti aku tak sempat pulak nak jemaah kat surau."
"Aku tak sempat nak ke surau. Buat kat rumah aja aku. Kau pergi lah."
Adi terus capai kunci motor dan keluar menghala ke surau.
Munir pulak bersiap untuk subuh.
_____________________________________

Selesai solat subuh Liya membuka almari pakaiannya dan memilih pakaian yang sesuai untuk di bawa.
"Munir kata pakaian kasual. Nasib baik lah aku ni jenis suka yang kasual. Baju yang ada pun bayak yang kasual. So takdelah nak pening pilih."
sedang berkira-kira nak memilih baju, tiba-tiba telwfon berbunyi.
"Along lah tu. Nak kejutkan aku." terus Liya angkat.
"Hello.. Assalamulaikum.."
"Waalaikummusalam.. Munirah.. bawa sweater sekali ye. Kita nak naik Cameron highlands Pagi ni. Lama betul Munir tak naik sana."
"Ok.. Nasib baik bagitahu. kalau tak nanti Humairah kesejukan, nak selimutkan dengan apa lah Humairah ni nanti."
"Kalau terlupa bawak oun takpe. Nanti kalau Humairah sejuk, Munir yang akan tolong panaskan nanti." Munir mengusik.
"Eeeeiiiii... Gatal lah Munir ni. Ye... Humairah bawa nanti."
"Ok.. Tu aja Munir nak pesan. Ok. Bye.. Dalam satu jam lagi Munir sampai."
selepas itu talian putus.
Liya kembali ke arah almari pakaiannya.
Sweater terus di capai bersama selendang tebal. dan dicapai lagi 2 pasang pakaian untuk persediaan jika perlu ganti pakaian yang macam Munir minta. Selesai menyimpan semua yang nak dibawa ke dalam bag, Liya terus bersiap dan berias ringkas. Sambil menunggu Munir, Liya sempat berkemas di ruang tamu dan dapur. Selepas itu Liya bawa kelengkapan Yang nak dibawa ke luar rumah Dan kunci siap pintu rumah. Sambil menunggu Munir datang, Liya menyiram pokok bunga Kak Longnya.
Tak lama lepas tu Munir pun sampai. Liya terus matikan paip dan capai bag yang perlu di bawa berjalan ke arah kereta Munir.
"Selamat pagi Humairah.. Assalamua'laikum.."
"Wa'alaikumussalam.. Morning Munir. Wahhh.. Nampak hansem hari ni.. Eh!? macamana boleh tersama warna baju ni? Tapi kita tak janji kan?"
Munir kemudiannya memandang baju Liya dan baju yang dipakainya.
"Haah lah.. memang sama jenis, warna n corak. Bila Humairah beli?"
"Humairah tak beli. Mak Uda yang bagi."
"Eh!? Munir pun. Mak Uda yang bagi. Dua minggu lepas."
"Ye lah tu.. Sama lah juga. Eeeiiiii... Mak Uda ni.. Saja lah tu. Nak suruh kita ni sedondon memanjang ye.. Aduhaiii.. macam-macam lah mak Uda ni."
"Pasal bagi tu takde hal sangat lah. Ini kita tergerak nak pakai waktu yang sama ni. Itu yang Munir pelik ni. Can sehati sejiwa pulak kita ni kan?"
"Mengarut lah Munir ni. Jom lah kita bergerak. Nanti jalan naik cameron tu jem pulak."
"Tak jem lah.. Hari ni kan masih hari bekerja. Mana ada orang keluar holiday hari bekerja."
"ye tak ye juga.. ehhh.. dah lah. Jom kita pergi. Sebelum tu, kita singgah beli kueh ke untuk buat alas perut."
"Munir dah beli siap ni ha.." sambil tu, munir menunjukkan plastik bungkusan kueh yang dibeli. termasuklah air mineral.
"Pandai Munir buat perancangan ye.."
"Tengok orang lah. Inspektor Munir. Bijak dalam mengatur strategi."
"Ye lah tu.." sambil iti Liya menarik tali pinggang keledar dan perkemaskan duduknya."
Munir pun memulakan pemanduan..

"Humaira hari ni macam nampak extra cantik pulak hari ni. Simple, tapi nampak.. emmmm... Aduhaiii.. sejuk je mata Munir pandang hari ni."
"Ringkas macam ni pun Munir kata cantik ke? Ke sebab kita kebetulan sedondon ni?"
"Itu salah satu nya lah juga. Entah lah.. Mata Munir aja kot yang nampak macam tu? Sebab... " Munir tak meneruskan ayatnya. Lidahnya seakan kelu untuk teruskan.
"Sebab apa?? " Liya kehairanan kerana Munir tak melanjutkan ayatnya.
"Nanti lah bila ada waktu yang sesuai Munir bagitahu. Hari ni Munir nak kita enjoy holiday singkat kita ni."
Liya terdiam dengan kata-kata Munir. Dia dapat rasakan yang Munir ada sembunyikan sesuatu.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua tak pernah sunyi dari gelak tawa dan gurau senda. Ada saja yang dibualkan hinggakan langsung mereka tak sedar yang perjalanan mereka sudah hampir ke puncak pusat peranginan itu.
" Kita dah sampai ke ni Munir? Rancak kita berborak sampai tak sedar kan kita dah sampai."
Liya mula rasa kedinginan udara puncak peranginan tu. Di selongkarnya dalam bag pakaiannya tadi dan dikeluarkan stokin dan selendang.
"Humairah tak bawa sweater ke?" Munir kehairanan bila Liya hanya mengeluarkan swlwndang dan stokin.
"Ada.. kalau tak tahan sangat sejuk, baru pakai nanti. Ini masih boleh tahan lagi sebab baju ni pun tebal. Humairah pakai double ni ada blouse dalam ni."
"Patut lah.. Apa kata kita cari tempat untuk sarapan dulu. Makan kueh aja tadi tak kenyang. Nanti kita banyak tempat nak ronder ni. Kena isi tenaga dulu." Munir memberi cadangan.
"Ok juga tu. Jom lah."
Munir memandu ke sebuah rest house dan berhenti di ruang pakir.
"Jom kita sarapan sini. Ada set bufet sini. So boleh lah kita pilih sendiri nak sarapan apa."
Liya dan Munir berjalan beriringan masuk ke dalam rest house itu.

Selesai bersarapan, Munir memandu ke ladang strawberi. Liya sangat teruja bila masuk ke ladang tu bila melihat strawberry yang sihat subur. Munir pulak teruja ambil gambar Liya yang sedang teruja dengan buah strawberry tu. Setelah memetik, timbang dan bayar. Munir memandu ke ladang bunga ros. Melebar senyum Liya bila Munir membelok ke deretan ladang bunga.
"Jom kita masuk sini. Mesti Humairah suka kan?"
Munir bertanya.
"Gila lah kalau tak suka. Humairah memang penggemar ros dan mawar tau. Rasa tenang aja kalau bau haruman dia. Thanks Munir bawakkan Humairah ke sini. Memang dah lama sangat nak jalan ke sini cuma tak berpeluang aja."
"Jom kita masuk. Munir pun suka juga dengan bunga ros n mawar ni. Jomlah.."
Setelah daftar masuk, Liya bergerak dahulu ke hadapan meninjau kawasan. Munir yang memegang kamera ketika itu merakam setiap riak wajah Liya yang teruja memegang dan menghidu haruman bunga-bungaan di ladang itu.
"Abang pun pergi lah ambil gambar sama dengan isteri abang. takkan lah abang asyik ambil gambar dia aja." tiba-tiba Munir ditegur oleh seorang pemuda dari belakang nya.
"Terima kasih." Munir serah kameranya kepada pemuda itu dan berjalan ke arah Liya.
"Humairah.. kita bergambar sama jom."
"Boleh je."
Mereka pun mula beraksi. Macam-macam gaya mereka beraksi.
"Abang.. jom saya bawa akak n abang berdua dekat satu taman ni. memang cantik kalau ambik gambar. Jom Ikut saya."
Liya memandang Munir. Munir tak menjawab dan hanya angkat bahu menandakan tak pasti. Langkah mereka hanya menurut dari belakang budak muda tu.
Sesampainya di ruang taman tu, Liya dan Munir seakan teruja dengan keindahan landskap nya. Memang cantik sangat.
"Ok.. sekarang akak dan abang stay dekat gerbang tu. kejap saya nak ambik sesuatu untuk abang pegang." tak lama lepas tu pemuda tu bawa sejambak bunga ros merah dan serahkan kepada Munir.
"Abang pegang bunga ni. Abang melutut depan akak buat macam tengah merayu. Akak pandang abang."
Liya dan Munir seakan dipukau dan hanya menurut apa yang di arah oleh pemuda itu. Bermacam-macam aksi yang pemuda tu minta buat, Liya dan munir hanya menurut.
"Ok.. last. abang dan akak berpandangan satu sama lain. Bunga ni letak tengah-tengah antara akak dan abang macam ni. ok.. pandai pun akak dan abang. Sekarang.. dua-dua senyum.. ok.. cantik.. Pandai akak dan abang Posing. Saya nak letak gambar akak dan abang dalam gambar wall taman saya ni boleh tak? Sweet couple sangat akak berdua ni. Terinspirasi pulak saya. Boleh akak abang?"
Liya dan Munir terpinga-pinga tak tahu nak jawab apa berpandangan sesama sendiri dan hanya mengangguk setuju tanpa fikir panjang.
"Saya nak pinjam kamera abang ni sekejap nak copy gambar. Akak dan abang pusing-pusing lah dulu dalam taman ni. Saya nak pinjam kejap kamera abang ni. Dah siap nanti saya pulangkan." Munir tak bersuara dan hanya mengangguk.. Selepas itu pemuda itu terus hilang di sebalik bangunan kedai.

Liya dan Munir berpandangan sesama sendiri.
"Kita buat apa tadi tu Munir? Kenapa kita ikut aja apa yang budak tu suruh?" Liya bertanya.
"Mana Munir tahu.. Liya pun kenapa tak menolak. Ikutkan aja juga." Munir menjawab.
"Entah.. macam kena pukau pulak. Tapi rasanya budak tu tak pukau kita. Dia cuma bagi cadangan. Kita ni aja lah yang ikut aja."
Sambil itu mereka beriringan berjalan ke sebuah wakaf.
Masuk di situ, mereka berdua terdiam membisu tak pasti apa yang nak dibualkan.

"Humairah.. Apa perasaan Humairah bila bersama dengan Munir?"
"Maksud Munir?"
"Ye lah.. Bila tiap kali Humairah ada dekat sisi Munir, apa yang Humairah rasa dalam diri tu. Perasaan Humairah tu macamana?" sekali lagi Munir bertanya mohon kepastian..
"Humairah tak pasti. Apa yang Humairah rasa, Humairah rasa selesa, happy, selamat dan rasa dihargai. Ada lagi rasa Yang Humairah tak tahu apa. Rasa pelik aja bila Munir ada di sisi Humairah."
"Masa Munir pegang tangan dan cium tangan Humairah tadi, apa yang Humairah rasa?"
"Itu lah.. rasa itulah yang Humairah tak tahu nak jelaskan macamana. Humairah rasa bahagia. gembira, tenang, berdebar entah lah.. Humairah tak tahu..
"Humairah nak tahu apa perasaan Munir bila Humairah tak menolak bila budak tu mintak buat aksi manja tu semua?"
Liya mengangguk..
"Munir dapat rasakan yang Humairah dah mula ada perasaan sama apa yang Munir rasa. Cuma Humairah tak menyedari yang perasaan tu mula ada dalam diri Humairah. Tu sebab Humairah tak menolak bila Munir pegang tangan dan cium tangan Humairah. Munir daoat getar rasa Humairah tu."
"Maksud Munir? Cuba Munir jelaskan dekat Humairah. Humairah memang tuli hal yang berkait dengan perasaan ni. Betul.. Humairah tak pandai. Apa yang Humairah rasa... selamat dan gembira, bahagia sangat bila ada dekat samping Munir. Bila tiap kali Munir pegang tangan Humairah, Humairah rasa selamat.
"Humairah nak tahu apa yang berlaku dekat Humairah sekarang?"
Liya tak menjawab dan hanya mengangguk.
Munir capai kedua tangan Liya dan di genggamnya..
"Humairah.. Hati Humairah dan perasaan Humairah sekarang adalah sama dengan perasaan yang ada dalam diri Munir sekarang ni. Kita dah mula saling menyintai satu sama lain. Cuma Munir dah terlebih dahulu ada perasaan ini masa selepas kita jumpa di rumah Mak Uda dulu."
"Tak mungkin lah." Liya menarik kedua tangannya dari genggaman Munir."
"Munir cuma meneka. Jawapannya ada dalam diri Humairah sendiri. Munir tak nak paksa Humairah untuk membalas perasaan Munir. Munir nak Humairah ikhlas dalam soal hati dan perasaan ni."
Liya bangun dan berdiri mengarah ke halaman yang penuh dengan bunga-bungaan cantik itu. Liya berjalan sambil memegang dan menghidu haruman bungaan yang ada di situ.
"Humairah marah Munir ke?"
"Tak.. Humairah tak marah sikit pun.. Humairah tengah cuba cari jawapan pada apa yang Munir cakap tadi."
"Humairah tak menolak Munir kan?"
"Tak.. Boleh tak Munir bagi Humairah ruang untuk berfikir.'
"Baik lah.. Ambil lah masa selama mana pun. Munir akan tunggu."

"Kat sini rupanya akak dan abang. Puas saya cari." Budak muda tu datang dari belakang Liya dan Munir.
"Ini kamera abang. Maaf lambat pulangkan. Ini semua gambar akak dan abang sepanjang di taman saya ni yang saya dah printkan sebagai hadiah dari saya. Saya dah letak dalam album ni. Sebab gambar akak dan abang cantik sangat. Saya suka. Jambangan Ini pun saya hadiahkan untuk akak. Ini pulak produk keluaran kedai saya. juga hadiah dari saya."
"Ya Allah.. banyaknya yang adik hadiahkan ni. Macam tak berbaloi pulak."
"Takpe.. kehadiran akak dan abang berdua macam bawa aura cantik dekat taman ni. Sebelum ni taman saya ni kurang dapat tempahan bunga. Masa saya tengah pilih gambar abang dan kakak untuk dibuat wall dekat taman saya ni tiba-tiba saya dapat call ada yang nak jadi pembeli tetap bunga-bungaan saya ni. bukan seorang tau kak abang. 3 pelanggan dah mula nak jadi pelanggan tetap lantik saya sebagai pembekal tetap. Jadi.. Sebagai tanda penghargaan kepada akak dan abang, ini lah hadiah yang tak seberapa nya ni yang mampu saya bagi kepada akak dan abang.." Pemuda itu menjelaskan panjang lebar.
"Alhamdulillah... tahniah. Terima kasih sekali lagi atas semua hadiah ni."
"Kalau akak nak staynlagi dekat taman ni, silakan lah.."
"Takpe lah. Kami nak ke ladang teh pulak lepas ni." Munir memberitahu..
"Oh. ye ke.. terima kasih juga sebab sudi singgah taman saya. Kalau datang sini lagi, jangan lupa datang singgah sini lagi ye.. Mana tahu boleh buat potret baru lagi.." pemuda tu mengusik.
"Insyaallah..." sambil tu Munir memandang Liya. Liya hanya membalas sambil senyum.
Liya dan Munir pun bergerak keluar dari taman itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience