BAB 65

Romance Series 17488

Ammar bangun dan cuba melangkah pergi. Hakim sempat memegang bahu Ammar menahan supaya tidak pergi
"Ammar... saya mintak maaf.. saya tak tahu perihal Ammar dgn Atie sebab Atie langsung tak buka cerita berkenaan kamu berdua. Atie cuma bercerita berkenaan 2 lelaki tu aja.. Kedua² nya dah saya kenali dan dah pun saya berjumpa.. di sini juga."
"Haa???:Atie sebelum ni ada org lain? Maksudnya Atie bercinta 2 kali?" Ammar terkejut.
"Betul.. sepanjang Atie di Gombak, 2 kali Atie bercinta, tapi dikecewakan dgn teruk. Tapi sebenarnya ke-dua² lelaki ni langsung tak berniat nak berpisah dgn Atie, tapi keadaan yg memaksa." sambil itu Hakim memandang Along dan suaminya. Kedua-dua tertunduk
" Yang seorang lagi disebabkan mereka bercinta dalam diam tanpa pengetahuan keluarga tapi terputus di tengah jalan disebabkan si lelaki terperangkap dgn rancangan jahat dari seseorang yg berhajat UTK miliki lelaki ni. Atie terlampau marah dan terus tak nak lagi sambung perhubungan walaupun lelaki tu dah tiada hubungan dgn perempuan tu." Sekali lagi Hakim memandang ke arah kak Long. Kak long terkejut.
"Along kenal ke lelaki tu Hakim?" Kak Long bertanya.
Hakim hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Salah seorang ahli keluarga Abg Long juga." Hakim memandang Rusdee. Along Dee terkejut sambil berkerut berfikir.
"Munir??" Along Dee meneka.
Sekali lagi hakim mengangguk.
"Allahuakbar.... kenapa Along boleh tak perasan hal ni..." Along Dee terduduk lesu di tepi dinding.
"Yang sorang lagi tu... rasanya Saya tak perlu bgtahu siapa. Along berdua lebih tahu hal tu. Saya kecewa sgt sebenarnya apa yg dah jadi. Tapi.. ada juga hikmah kenapa semua ni jadi.
"Hakim tahu???" Along Dee terkejut dgn kenyataan Hakim.
"Semua saya tahu... Along. Cuma saya tak nak besar²kan sebab pihak sana pun tak nak buat apa² tindakan." Hakim menjawab sambil tersenyum sinis
"Allahuakbar.... apa aku dah buat ni..." Rusdee menekup muka dgn telapak tangannya sambil menangis.. Along Izah memeluk di sisinya juga sambil menangis.
makcik Salmah dan Ammar terpinga-pinga dengan keadaan tu.keduanya memandang Hakim serentak mintak kepastian apa yg berlaku.
Tiba-tiba pintu ruang rehat di buka oleh seseorang.
"Doktor Hakim, Atie dah sedar. Doktor Indra ada dgn Atie." kata jururawat yg bertugas
"Ok..tq kak. Nanti saya masuk sana." Hakim menjawab
"Hakim, makcik nak jumpa Atie dulu." makcik Salmah minta izin
"Boleh makcik. tapi jangan menangis tau depan Atie. Atie tak boleh susah hati. Bahayakan keadaan dia nanti." Hakim beri nasihat.
Makcik Salmah hanya mengangguk tanda faham. Selepas itu Along Dee dan Along Izah bawa makacik Salmah ke ruang wad Liya.
Sementara itu ..
"Saya tahu Ammar sangat cintakan Atie. Saya mintak maaf sebab saya tak tahu pun rupanya ada lagi seorang lelaki yang sayangkan Atie juga selama ni." Hakim menepuk bahu Ammar.
"Sebenarnya saya bertepuk sebelah tangan aja. Atie langsung tak menyambut cinta saya walaupun berkali-kali saya berterus terang dekat Atie. Atie tak mahu terima saya. Atas sebab apa saya tak pasti. Mungkin di hati dia sebelum tu dah ada seseorang yg bertahta di hati dia cuma dia tak pasti dengan perasaan dia sendiri mungkin." Ammar meneka..Sedang mereka berdua berbual...
"Assalamualaikum... Hakim. Bilik Atie ada tetamu ye?" tiba² Munir muncul di muka pintu memberi salam.
"Eh... Munir. Awal sampai. Haah.. ada tetamu. Mak Atie dari kampung baru sampai." mereka bersalaman berdua.
Saat bersalam dengan Ammar, " Ini ke Munir yg Doktor bgtahu tadi?" Ammar mintak kepastian dari Hakim. Hakim mengangguk mengiakan sambil tersenyum. Mendengarkan ayat Ammar, Munir terpinga-pinga.
"Nanti aku cerita." jawab Hakim sambil menepuk perlahan bahu Munir.
"Sementara bilik Atie ada tetamu, apa kata kita jengok Sham alang-alang aku dah sampai sini tak tahu nak ke mana dah." Munir memberi pendapat.
"Jom lah. Ammar.. Jom ikut kami. Saya nk perkenalkan pada seseorang." Hakim mempelawa.
Mereka pun bergerak menuju ke ruang wad Sham.
Sampai di katil Sham, Sham ditemani sahabat baiknya, Isma.
"Assalamualaikum.. Apa khabar Sham." Munir bersalaman dgn Sham dan Isma. Hakim dan Ammar pun ikut sama bersalaman.
"Waalaikumussalam... Alhamdulillah.. macam ni lah... masih tak dibenarkan balik lagi... aku dah bosan ni Hakim duk terperap kat wad aja ni..." Sham mengeluh sambil membetulkan kedudukan baringnya dibantu Isma.
"Sham. Kau perlu pemantau kami juga tau..macam Atie. Kau dgn Atie sama aja kesnya. Cuma kau lebih kuat semangatnya kalau nk bandingkan Atie." Hakim pegang tangan Sham sambil menepuk belakang tangan Sham tanda bagi semangat.
"Hakim. Sebelum majlis kamu berdua berlangsung, aku nak mintak izin tgok Atie dari jauh buat aku lepas rindu dekat dia buat yang kali terakhir. Mana tahu lps tu kami tak dapat berjumpa dah." Sham meminta izin sambil memegang cengkam menahan rasa sakit di dadanya.
"Boleh je Sham. bila² masa pun kau boleh tgok dia." sambil itu Hakim memegang bahu Sham sambil mengurut dada Sham yg semakin susut.
Melihatkan situasi itu, Ammar terpinga-pinga.
"Oh ye... lupa aku nak kenalkan..Sham, ini Ammar kawan baik Atie masa di kampung. Ammar, Ini Sham. bekas teman lelaki Atie. Munir bekas teman lelaki Atie yg pertama saat Atie berpindah ke daerah sini. Sham ni yang kedua. Tapi kisah mereka berdua ni lagi tragik dari kami ni yg buat Sham sampai berada dekat sini." bicara Hakim terhenti saat Sham memegang lengan Hakim meminta supaya tidak diteruskan bercerita.
"Ramainya teman lelaki Atie. Tak sangka pulak saya." Ammar tersenyum sinis.
"Jagan salah faham Ammar.. Atie bukan jenis yg mudah untuk bertukar pasangan. kami nak dapatkan hati Atie pun ambil masa yg lama. terpaksa berusaha macam² cara baru dapat. itu pun kami terpaksa lalui macam² dugaan berat sebelum hubungan kami berakhir. Sebenarnya kami lah punca kepada Atie sakit sampai ke sini." dalam kepayahan bercakap, Sham bercerita.
"Betul tu Ammar. Kami dah kecewakan dan musnahkan kepercayaan Atie Kami dah lukakan perasan Atie yang buat Atie merana teruk sampai lah Atie terpaksa dikejarkan ke sini. Bila sampai di sini, Atie bertemu semula insan yang pernah hilang dari penantian Atie selama 5 tahun. Hakim ni sebenarnya abang angkat Atie yg pernah Atie sayang sangat satu ketika dulu zaman sekolah menengah. Hakim juga yang merawat Atie selama Atie di sini. Doktor Indra pun abang angkat Atie. cuma bezanya Indra cuma peminat rahsia Atie dari jauh.." Munir bercerita
mendengarkan cerita Sham , Munir dan Hakim, Ammar tersandar di tepi tingkap sebelah katil Sham.
"Kenapa Sham boleh berada di sini?" Ammar kehairanan keberadaan Sham di wad yg sama dengan Atie.
"Kami berdua yg tempatkan Sham di sini sebab Sham adalah pesakit kami juga yang pernah kritikal. Kami letakkan Sham di sini disebabkan kami tak nak Sham terlepas berita tentang Atie." tiba-tiba Indra muncul di belakang Munir. Sambil itu mereka bersalaman.
"Ammar... kami semua sebenarnya masih sayang dan cintakan Atie. Cuma kami bukan lagi pilihan utama Atie. Atie dah pilih Hakim sebagai pasangan hidup dia dunia dan akhirat." Munir menyampuk sambil menepuk bahu Hakim.
"Ammar... kita ni antara org yang menyintai Atie. Tapi demi kesihatan dan kebahagiaan Atie, kita doakan segalanya dipermudahkan untuk Atie dan kita sama-sama letakkan harapan supaya Atie sihat kembali macam sebelum ni dan hidup bahagia dengan Hakim nanti" Sham bersuara
Ammar mengangguk tanda faham.
Selepas itu mereka mula berbual sambil bergurau.
Tak lama lepas tu Hakim minta izin untuk menjenguk buah hatinya. Semua mengangguk mengizinkan.

Sementara di ruang bilik wad Atie meriah dgn gurau senda anak-anak dan ibunya. Nampak Atie sangat gembira dengan kehadiran ibu tercintanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience