Ketika Sham keluar bersama Liya, Hajah Zainon tergerak hati untuk melihat bilik anak bujang sulongnya. Dah lama sangat sebenarnya Hajah Zainon tak masuk ke bilik bujang itu ini kerana Sham seorang yang pandai mengemas bilik. Biliknya sentiasa kemas Maka itu Sham tak akan menyusahkan sesiapa untuk mengemas biliknya itu. Barangan dalam biliknya sentiasa tersusun rapi. Pendek kata Sham adalah antara anaknya yang paling senang di atur. Sejak sekolah menengah lagi Sham pandai mengatur diri dan memegang amanah keluarga. Antara yang sangat disayangi juga oleh seisi keluarga.
"Assalamualaikum... Azli.. ibu nak jenguk sekejap ye bilik Azli. Dah lama betul Ibu tak masuk. Harap Azli jangan marah ibu tau." Hajah Zainon berbicara sendiri sebaik masuk ke dalam bilik Sham yang tidak berkunci itu.
Sedang Hajah meninjau sekitar bilik itu, Hajah terpandang akan frame gambar kecil yang diletakkan di meja kecil sebelah katil Sham. Dicapainya gambar itu dan di teliti nya.
"Azli dah ada buah hati ke ni? Kalau betul lah ini orangnya, Cantiknya lah orangnya. Nampak sejuk aja hati bila pandang." Hajah bergumam sendiri.
Hajah Zainon membawa gambar itu keluar dan dibawanya ke ruang tamu tempat semua sedang berkumpul sambil menonton televisyen.
"Ibu.. ibu pegi mana? Tiba-tiba aja hilang." Inas bertanya.
"Ibu saja lah masuk bilik Angah kamu sebab lama sangat Ibu tak intai bilik dia. Tengah Ibu tengok-tengok keadaan dalam bilik tu, Ibu ternampak ini sebelah katil Angah." sambil itu Hajah menunjukkan gambar yang ditemuinya tadi yang ada di ruang tamu tu.
"Gambar siapa tu Ibu?" Inas terus capai frame gambar yang ada di tangan Hajah Zainon.
"Manalah ibu tahu gambar siapa.Gambar buah hati Angah kot? Kalau tidak kenapa dia letak gambar ni sebelah katil dia. Ibu tak pernah nampak selama ni angah kamu letak gambar perempuan dalam bilik dia. Pernah lah sekali dulu. Itu pun 3 tahun lepas. Lepas tu mana ada dah dia letak apa-apa gambar dalam bilik tu. Ini lah baru ada. Bulan lepas ibu masuk takde lagi. Ibu rasa baru lagi ni dia letak dalam bulan ni." Hajah Zainon bercerita.
"Ibu.. Inas macam pernah nampak lah perempuan dalam gambar ni, cuma tak pasti dekat mana. Tapi dia memang cantik lah, ibu" Inas memuji
"Haah..Kan Inas? Macam biasa nampak. Tapi tak ingat dekat mana. Tapi kan, kalau betul lah ini buah hati Angah, Icah sokong aja. Siapa tak nak bakal kak ipar yang cantik macam ni kan. Sejuk pulak tu orangnya."
Gambar itu mula lepas dari tangan ke tangan yang ada di ruang tamu itu.
"Nampak macam muda sangat aja orangnya ni Zainon? Jangan budak sekolah sudah lah. Itu aja yang saya harap." giliran ayah pula yang buat telahan.
"Tak kisah lah ayah.. asalkan angah tu dah ada calon. Angah tu sepatutnya dah kawin sebab dah 31. Kawan dia yang lain semua dah beranak pinak. Angah aja yang masih membujang lagi." Inas beri pendapat.
"Betul lah tu. Ayah pun harap sangat Angah tu kawin cepat. Cuma yang ayah harap jangan lah dengan budak yang masih sekolah. Muda sangat pulaknya." ayah menjawab.
"Icah rasa.. Perempuan ni jenis fotoginik rasanya. Cantik dan comel aja bila dalam gambar."
Sedang semua rancak berbual, kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman rumah.
"Tu angah dah balik. Nanti tanya lah dia sendiri siapa gadis dalam gambar ni." Hajah Zainon memberi cadangan.
"Assalamu'alaikum.. " Sham memberi salam
"Waalaikummussalam... Angah.. sini kejap. Kami nak tanya sesuatu." Inas datang mendapatkan Sham dan menariknya ke kerusi yang sedia dikosongkan oleh Inas.
"Ada apa ni? Macam ada menyuarat tergempar aja." sambil itu Sham membetulkan rambutnya yang kusut tak terurus itu dengan jarinya. Sedang dia membetulkan rambut, dia terpandang frame gambar Liya di atas meja di hadapannya.
"Allah... siapa juga lah yang dah jumpa gambar ni. Adooooiiiiii... apa aku nak jawab ni. Dia orang ni mesti nak tanya pasal orang dalam gambar tu" Sham bergumam dalam hati. Hatinya mula risau akan soalan-soalan yang bakal keluar dari mulut semua isi rumah yang sedang menghadapnya kini.
"Angah... Icah dengan Inas macam pernah nampak orang dalam ni cuma tak ingat dekat mana. Angah boleh bagitahu kami semua tak siapakah gadis menawan yang ada dalam gambar ni? Baik Angah cakap." Icah meminta kepastian.
"Siapa yang jumpa gambar ni?" Sham bertanya dalam situasi wajahnya kini dah mula rasa bahang malu dan serba salah.
"Ibu yang jumpa. Tu yang ibu bawak ke depan ni. Sekarang ni kami semua ni nak tahu. Siapakah gerangan gadis misteri ni yang ada dalam bilik angah tu?" Hajah Zainon minta penjelasan.
Sham tak menjawab dan hanya tersenyum malu. Belakang tengkuknya yang tak gatal itu di garu dan muka nya di gosok berkali-kali.
"Macamana ye Angah nak cerita.. emmmm..." Sham mula rasa serba salah. Serba tak kena.
"Cepat lah Angah. Lambat betul lah angah ni nak cerita. Kami dah tak sabar nak tahu ni. Cepat lah. hiiiii... Angah ni." Icah mendesak
"Sabar lah.. Bagi angah ambik mood kejap. Ok lah.. Angah bagitahu siapa dia. Dia ni kawan satu tempat kerja dengan angah. Angah kenal dia sejak angah mula masuk kerja sana."
"Oooohhh.. Patut lah Inas macam pernah nampak. Satu tempat kerja dengan Angah rupanya."
"Ye.. cuma dia dekat tingkat atas, Angah biasalah kat konti bawah."
"Macamana pulak gambar dia ada dekat angah? Kalau tak special, tak mungkin angah letak gambar dia dalam bilik. Kan?" giliran Hajah Zainon bertanya.
"Eemmm... Sebenarnya.... Angah baru 3 minggu couple dengan dia. Ni angah baru balik keluar dengan dia lah ni sebab cuti sama." sambil senyum Sham bercerita.
"Confirm lah ni dia ni bakal kak ipar kami merangkap bakal menantu ibu dan ayah?" Icah bertanya.
"Nanti lah dulu. Angah pun baru aja nak kenal hati budi dia. Bagi lah Angah masa. Bila dah sampai masanya nanti, Angah bagitahu semua. Angah tak akan sorok apa-apa lah kalau semua ni jadi." Sham bertegas.
"Asal dia dari mana Angah? umur berapa? Ayah tengok macam muda sangat lagi orangnya. Kamu jangan pulak bercinta dengan budak sekolah Angah. Ayah tak suka..." giliran ayah pulak bertanya.
"Orang pantai timur ayah.. Pahang. Dia baru habis STPM. Tengah tunggu keputusan."
"Muda juga tu orangnya Angah. Habis tu kalau dia sambung belajar, kamu pulak macamana?" ayah bertanya lagi.
"Entah lah ayah. Nanti lah Angah bincang dengan dia."
"Angah.. nama dia apa?" Icah teruja nak tahu.
"Nuratiliya Humairah "
"Sedap nama dia. Secantik orangnya." Ibu memuji sambil memegang gambar Liya dan menelitinya lagi.
"Ibu.. Ayah.. nanti bila-bila kita pegi intai diam-diam nak? Nak juga tengok dari dekat. Selalu tu Inas dengan Icah lalu macam tu aja." Inas bercerita.
"Jangan lah dulu Inas. Nanti terkejut pulak dia." Sham. melarang tindakan yang bakal dibuat oleh adik nya itu.
"Angah diam-diam aja dekat konti tu nanti. Pandai lah kami nak usha nanti. Angah jangan risau." Icah cuba meyakinkan Sham.
"Jangan lah dulu buat masa ni. Dibuatnya Angah tiba-tiba tak jadi dengan dia, nanti semua hampa."
"Kami nak tengok aja dulu lah.. Nak siasat. Tak kacau dia pun. Pandai lah kami nak buat macamana nanti. Angah tak payah risau lah.. Diam-diam aja dekat konti tu buat kerja."
"Dah lah.. Angah nak masuk mandi dulu. Asar pun belum ni. Ayah.. Ibu.. Angah masuk dulu ye.." Sham meminta izin sambil itu gambar yang sedang dipegang Inas, dirampas.
"Angah.. Orang nak tengok lagi lah... Eeee.. Kedekut betul lah angah ni." Inas merungut.
Dalam bilik..
"Aduhaiiiii.. sayang... Mati abang macam ni. Rahsia dah bocor. Abang terlupa simpan semula gambar sayang malam tadi dalam laci. Harap dia orang takdelah kacau sayang. Adoiiii.. huru hara sudahnya sekarang ni." kepala nya yang tak gatal itu digaru hingga rambutnya kusut semula. Dicapainya tuala dan terus pergi mandi.
__________________________________
Ketika Liya masuk rumah, dilihat langsung takde sesiapa di rumah. Liya terus mandi dan solat asar. Seusai solat, kedengaran Along memberi salam buka pintu dan masuk rumah. Liya yang sedang melipat telekung dan sejadah menjawab salam along.
"Atie dah lama ke balik?" Sambil meletakkan bag kerja, along bertanya.
"Ada lah satu jam lebih kurang. Lauk semua Atie dah panaskan tu."
"Along nak solat dulu. Atie pergi mana seharian ni takde di rumah?" Along bertanya.
"Bosan dekat rumah ni Along. Atie pakat dengan member kerja yang cuti hari ni pergi tengok wayang. Lepas tu pegi teluk batik."
"Tak cakap dengan Along pun nak keluar. Selalu tu bagitahu."
"Rancangan lasti minit, along. Atie terlupa nak bagitahu. Sorry.."
"Lain kali nak keluar tu bagitahu. Takdelah Along risau."
"Ok along.. Sory.."
"Atie dah makan ke belum?"
"Belum. Ingat lepas solat ni nak makan. Takpe lah.. Atie tunggu along. Kita makan sama."
Sementara menunggu Along solat, Liya keluarkan semua lauk yang dah dipanaskan tadi dan hidang.
Sedang Liya menunggu Along, tiba-tiba telefon berdering. Liya angkat.
"Hello..Assalamu'alaikum.. nak cakap dengan siapa?""
"Waalaikummussalam... Humairah.. jangan letak dulu.. Ada hal mustahak Munir nak bagitahu ni. Tolong dengar dulu." kedengaran suara Munir di talian.
Mendengarkan suara Munir, hati Liya tiba-tiba rasa panas.
"Awak nak apa?"
"Humairah.. Mak Munir nak sangat jumpa Humairah. Dia tak sihat. Katanya dia rindu sangat dengan Humairah. Munir merayu dengan Humairah. Jumpa lah mak Munir walaupun sekejap." Munir merayu.
"Saya nak pergi sana naik apa? Along Dee kerja, belum balik lagi." Liya menjawab
"Munir ada tak jauh dari perumahan Along ni. Munir ambik Humairah?" Munir meminta kebenaran.
"Awak cakap sendiri dengan Along. Tanya along dulu. Kejap."
"Along!!! Along!!! Munir call nak cakap dengan Along sekejap."
"Munir?? Dah lama betul dia tak telefon sini. Ada apa halnya tu?" Along mencuci tangannya dan menjawab telefon.
"Along tanya lah dia sendiri." Liya melepaskan gagang telefon kepada Along Izah.
Selepas Along bercakap seketika dengan Munir, Along letak telefon.
"Dah lama sebenarnya Along nak bagitahu Atie yang mak Uda dengan Mak Munir rindu nak jumpa Atie. Habis tu Atie asyik sibuk ada aktiviti sendiri aja, tu yang tak tercakap dekat Atie." Along bercerita.
"Munir cakap apa dengan Along tadi?"
"Dia akan jemput Atie sekejap lagi nak dibawa jumpa Mak Munir. Dah berhari juga demamnya tu tak baik-baik. Mana tahu lepas jumpa Atie, maknya sihat."
Liya terdiam. Tak tahu jawapan apa yang dia perlu bagi dekat Along.
Liya terus bersiap dengan berbaju kurung dan bertudung ringkas.
Share this novel