BAB 35

Romance Series 17488

Liya memegang pipi dan dahinya yang masih lagi dirasai kehangatan bibir Sham menyentuhnya tadi. Liya masih dalam situasi terkejut. Seluruh badannya terasa menggigil.
"Dia kenapa hari ni? Kenapa di tiba-tiba buat macam tu? Apa maksud dia? Ya Allah.. apa dah jadi sebenarnya ni?" Liya merungut sendiri.

Menjelang waktu rehat yang macam dijanjikan oleh Liya, Sham dapat keluar rehat bersama Liya. Namun sikapnya amat berlainan kali ini. Sham tidak mahu memandang Liya seperti biasa.Dia hanya tunduk ke bawah.
"abang.... Abang buat apa tadi?" Liya bertanya..
"Sorry... Sorry.. Sorry.. Abang luar kawalan masa tu. Sorry sangat-sangat.. Ampunkan abang Liya. Abang janji lepas ni abang tak akan buat lagi macam tu." Sham berterusan merayu dan minta maaf.
"Liya terkejut sangat tadi tau. Nasib baik takde yang nampak. Kalau ada yang nampak? Mana Liya nak letak muka ni? Malu tau tak?" Liya dalam nada separuh marah.
"Ye.. abang tahu. Abang salah.. Sorry." Sham merayu lagi.
"Abang tengok tangan Liya ni. Masih lagi menggigil tau tak? Masih lagi dalam situasi terkejut lagi ni tau. Liya tak sangka yang abang akan buat macam tu. Apa yang abang fikirkan sebenarnya tadi?" Liya minta kepastian..
"Abang tak tahu. Itu tindakan spontan abang. Sorry..Maafkan abang Liya.." Sekali lagi sham merayu.
Sham tak mampu untuk memandang Liya kerana rasa bersalah nya. Di hanya menundukkan kepalanya dan tidak mampu bertentang mata dengan Liya seperti kebiasaannya.
Ketika rehat minum petang, Liya dan Sham Agak kurang selera untuk makan. Masing-masing bermain dengan perasaan sendiri. Kedua-duanya terus membisu sehinggalah tamat waktu rehat.
Sesampainya Liya di tempat bertugas, Sham pula ke kontinya. Dalam beberapa ketika, Sham naik semula ke tingkat atas dengan membawa kertas dan pen menuju ke sudut tersembunyi di department alat tulis dan duduk di lantai menghadap Liya.
"Kenapa dengan abang hari ni? Kenapa perangai dia pelik sangat? Apa juga lah dibuatnya tu menyorok dekat situ?" Liya bergumam sendiri sambil melihat gelagat Sham dari kejauhan.
Sedang Liya leka memerhatikan gelagat Sham, Suzie datang mendapatkan Liya.
"Liya.. Kenapa dengan Sham tu hari ni? Serius sangat tengok muka dia? Takut akak nak tegur. Lepas tu dia buat apa pulak menyorok dekat sudut tu?" Suzie bertanya kehairanan
"Entahlah kak.. Dia betul-betul buang tabiat hari ni. Masa makan tadi diam aja. Pandang Liya pun tak. Tunduk aja. Macam orang bersalah."
"Liya gaduh ke dengan Sham?"
"Gaduh tu tak lah.. Cuma buat perangai pelik sangat hari ni. Liya tegur lah. Lepas tanya, kenapa buat perangai macam tu? Tu yang dia terdiam tu."
"Dia buat perangai pelik ke dekat Liya?"
"Haah.. Liya terkejut lah. Tu masa rehat tadi tanya. Terus tunduk membisu seribu bahasa."
"Rasa bersalah sangat lah tu."
"Entahlah.. Ye lah kot."
Selepas itu Suzie balik semula ke tempat bertugasnya manakala Liya terus memerhatikan gelagat Sham.

Setengah jam Sham mengasingkan diri bersendirian, Sham datang menghampiri Liya dan menghulurkan sekeping kertas yang sudah dilipat kemas.
"Sayang.. abang sekali lagi mintak maaf sangat-sangat." selepas itu Sham terus berlalu pergi menuju ke konti.
"Apa juga lah dengan abang ni? Kalau ye pun rindu, kenapa lah sanggup buat macam tu? Ingat aku ni murahan sangat ke?" seakan ada geram di hujung perasaannya.
Memandangkan Liya Agak sibuk ketika itu, Liya simpan surat pemberian Sham ke dalam poket untuk dibaca di rumah.

__________________________________________

Selepas Sham bertemu bos, dia kembali ke konti dan sambung tugasannya. Melihatkan Sham kurang bercakap dan asyik termenung, Said menegur.
"Kau dah kenapa hari ni Sham? Tadi aku tengok Liya moody. Ni kau pun moody. Korang gaduh ke?"
"Kami tak bergaduh. Cuma aku aja yang ada buat salah besar dekat dia. Aku buat tindakan tak sepatutnya dekat dia." Sham bercerita.
"Kau buat apa Sham? Benda tak senonoh ke kau buat dekat Liya?" Said terkejut dan terus bertanya.
"Aku gagal kawal diri. Aku rindu gile dekat dia Said. Maunya setan tak hasut aku."
"Kau tahu kan.. Liya tu kan jenis jaga adab jaga tertib. Yang kau buat perangai tu dah kenapa.. Liya tengah marah kau lah ni??"
"Entah.. Tapi nampak dia terkejut sangat. Sampai menggigil dia."
"Sham.. Sham.. Kau ni bahaya lah.. Risau aku." bahu Sham ditepuk.
"Kalau Liya marah mintak putus, macamana Said? Adooiiiiii... menyesal tak sudah rasanya sekarang ni." kepalanya yang tidak gatal itu digaru hingga rambutnya kusut masai
"Yang aku kenal Liya ni, dia tak akan marah suka hati melainkan sesuatu perkara yang betul-betul sakitkan hati dia. Marah dia pulak bukan jenis nak tengking marah depan-depan tau. Marah dia jenis diam seribu bahasa. Pendam sendiri. Dia tak pernah luahkan bila dia marah. Itu Liya yang aku kenal." Said bercerita perihal Liya.
"Tadi dia taknak cakap dengan aku. Kira dia marahlah tu?" Sham minta kepastian.
"Dia bercakap kan dengan kau? Dia pandang kau kan? Tu maknanya dia tak marah. Kalau dia marah, muka orang tu pun dia tak nak pandang, cakap sepatah pun tidak. Ditanya pun akan diam seribu bahasa. Muka tu langsung takde senyum. Masam aja." Saif menjawab.
"Adooiiiii... macamana aku nak pujuk dia ni. Risau gak aku kalau dia merajuk."
"Liya kalau merajuk tak lama lah. Kejap aja. Jenis hati lembut dia tu." Said memujuk bagi meredakan kegundahan hati Sham.
"Said.. Kau betul-betul kenal Liya ye? Macamana kau boleh tahu Liya macamana?" Sham kehairanan dengan keperihatinan Saif berkenaan Liya.
"Aku ni dah pernah kawin Sham. Banyak kali juga kenal dengan macam-macam jenis perempuan. Tapi perempuan macam Liya ni susah nak dapat. Tapi sekali dia terluka, dia akan ingat sampai bila-bila. Dia pernah terluka sekali dulu kan? Kali ni kalau dia terluka lagi, hati dia akan terus hancur dan tak akan ada di sisi kita lagi. Dia tak akan memunculkan diri lagi depan kita yang buat salah dekat dia." Said bercerita.
"Betul ke Liya macam tu?" Sham terkejut dengan cerita Said.
"Aku tahu pasal Liya ni pun masa sembang-sembang dengan dia lepas dia putus dengan polis tu. Dari situ lah aku cuba kenal hati budi Liya ni. Aku anggap dia macam adik je Sham. Tak berani aku nak anggap lebih. Aku ni kan duda anak satu. Siapa lah yang nak. Nampak tua lah pulak." Said merendah diri.
"Kau perli aku ni Said. Aku dengan kau umur lebih kurang aja. Aaaahhhh.. kau ni.." satu penumbuk ringan dituju ke perut said.
"Esok kau try lah risik dekat dia. Oh... Ya.. Hari Selasa sampai Khamis ni Liya takde sini tau. Dia balik kampung ambik result STPM. Dia dah hantar borang mohon cuti."
"Ala.. tak jumpa lagi.. Boleh gile aku macam ni Said."
"Nasib kau lah Sham..." sambil ketawa Said menepuk-nepuk bahu sham.

Keesokan harinya ketika waktu rehat petang, Liya kurang berselera untuk ke warung. Dia hanya membeli sekotak air laici dan sebungkis roti kelapa. Memandangkan mindanya Agak serabut ketika itu, Liya duduk bersendirian di lorong belakang pasaraya berkenaan.
Sedang Liya leka melayan perasaan sambil minum air kotak...
"Assalamu'alaikum... boleh abang duduk sebelah?" tiba-tiba Sham menyapa.
""Waalaikumussalam... Eh!? Abang rehat sama Liya? Bukan ke sepatutnya abang rehat dulu ke tadi?" Liya kehairanan dengan kemunculan Sham secara tiba-tiba itu.
"Abang tukar dengan Said."
"Oooh..."
"Dah baca surat abang semalam?" sambil itu Sham membetulkan duduknya.
"Tak.. Liya tak baca pun. Ada dalam bag lagi tu Liya tak keluarkan. Liya nak dengar dari mulut abang sendiri bagitahu kenapa abang buat macam tu. Tak tidur malam tau Liya fikirkan pasal hal semalam tu. Tak habis fikir lagi. Sampaikan terasa lagi sampai sekarang apa yang abang buat semalam tu tau. Macam baru tadi abang buat. Abang ada sebelah ni lagi lah." Liya meluahkan ketidakpuasan hatinya.
"'Sayang marah abang ke?" Sham bertanya
"Tak marah.. geram.. tau tak geram. Sekarang ni baik abang cerita. apa yang jadi sebenarnya. Kenapa abang buat macam tu." Liya mendesak
Sham menarik nafas sedalamnya cuba mengumpul semangat.
"Kita kan dah lama sangat tak jumpa, tak bersembang, mata bertentangan mata, pegang tangan sayang.. Jadi abang rindu sangat-sangat dengan sayang. Ditambah pulak kita dah tukar jadual kerja tugasan. Waktu sayang pulak dah tak sama dengan abang. Macamana abang tak sasau dibuatnya. Abang dapat tengok sayang dari jauh aja. Rugi pulak rasanya. Semalam tu rindu dah tak tertanggung lah tu makanya abang ikut sayang pegi tandas diam-diam. Ingat nak lepaskan rindu nak peluk sayang macam dekat luar panggung tu. Bila sayang dah keluar tandas, abang batalkan niat nak peluk tu cuma nak pegang tangan sayang aja. Entah kenapa bila sayang dah nak pergi, abang macam ada feeling lain macam. Dalam abang tak sedar abang rentap tangan sayang. Tu yang buatkan sayang terundur ke belakang. Abang ingatkan sayang akan terundur membelakangkan abang. Rupa-rupanya sayang melekat badan depan sayang dekat dada abang. Abang panik rasa dah lain macam masa tu. Bila Liya mendongak, lagilah abang rasa lain. jiwa abang bergelora fikiran nakal abang dah mula bercampur-campur. Itu sebab abang letak jari telunjuk dekat bibir Liya supaya abang tak paut bibir Liya yang mengancam jiwa abang tu. Tu yang abang cuma cium kening dahi dan pipi aja. Abang betul-betul luar kawalan masa tu. angkara terlalu rindukan Liya, abang terlupa semua benda yang tak sepatutnya tu. Sorry sangat²." Sham bercerita sambil merayu.
"Suka lah tu kan dapat rasa depan Liya? Nakal abang ni makin menjadi lah.. Apa juga lah nak Liya bagi ubat supaya nakal tu tak menjadi-jadi"
"Yang bab dada melekat tu, hehehe.. no komen. Itu rezeki terpijak." sambil tersengih sham menjawab.
"Eeee... Gatal betul lah." Liya mencubit pinggang Sham..
"Aduhh.. Aduhh.. sakit lah.." terus dipegang tangan Liya dan digenggam erat.
"Yang bab ubat utk buang nakal abang ni senang aja.. Jom kita kawin. Halalkan hubungan kita ni." Sham membuat kejutan.
"Apa abang kata?? Kawin?? Liya tak Salah dengar kan?" Liya terkejut dalam suara separuh menjerit.
"Ye.. Jomlah kita Kawin sayang, Kita halalkan hubungan kita ni. Abang dah tak tahan lah berjauhan dengan sayang lama-lama macam ni. Sedangkan sayang ada dekat aja. Sebab dekat tu lah yang abang takut abang bertindak luar kawalan lagi. Jadi bila dah halal, semua masalah tu tak akan timbul lagi."
"Macam-macam alasan lah abang ni. Kita kan baru aja nak dekat 2 bulan couple. Awal lagi lah nak mengarah ke situ. Lagipun Liya nak sambung belajar dulu. Result STPM pun baru nak ambik minggu depan ni. Untung nasib Liya pun tak pasti lagi." Liya meluah rasa.
"Tengok tu.. Nak tinggalkan abang lagi. Lama pulak tu.. Abang nak ikut skali boleh?" Sham seakan tidak puas hati dan merayu untuknikut bersama.
"Abang jangan nak mengada-ngada. Nanti dekat sana abang nak tido mana? Rumah mak dekat kampung tu mak dengan Liya aja tau. Mana ada orang lelaki Nanti kena umpat caci org kampung pulak."
"Ala..." Sham buat muka merajuk.
"Eeehhhh.. gedik lah pulak. Buruk lah buat muka macam tu. Kalau Liya yang buat, takpe lah juga. Nampak comel..hahaha.." Liya mengusik Sham sambil ketawa.
"Ejek abang ye.. sampai hati. Gigit nanti hidung tu tahu lah.. Ingat!!! Pegi sana jangan nak contact balik dengan kawan lelaki yg dekat sana tau. Abang jales sebab sayang makin cantik sekarang. Nanti ada yang tergoda. " .memberi amaran.
"Apa juga lah abang ni. Liya takde kawan lelaki lah sana. Kalau ada pun dah ex... hehehe.." Liya mengusik lagi.
"Haaa.. ada lah juga tu walaupun dah ex. Mesti dia tergoda balik dekat sayang. Heeeiiiiii.. ni yang buat abang tidur tak lena ni sepanjang sayang dekat sana."
"Merepek lah abang ni. Takde maknanya." Liya memukul Sham sambil ketawa geli hati dengan gelagat bengang Sham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience