BAB 57

Romance Series 17488

Selesai mandi dan solat, Hakim membawa sedikit pakaian persalinan untuk di pakai sepanjang menjaga Liya nanti. Sebelum naik masuk wad, Hakim singgah mini market membeli sedikit makanan seperti air mineral, roti dan biskut untuk kudapan nya ketika menjaga Liya nanti. Selesai membeli, Hakim melajukan langkah naik lif dan menuju ke wad Liya... Hatinya tidak sabar untuk bersua insan tercintanya. Rindunya sentiasa menggunung biarpun terpisah hanya seketika...

Sesampai nya di ruang bilik Liya..
"Eh..Indra.. Kau tunggu Atie ke?" Hakim terkejut bila dilihat Indra duduk sambil membaca majalah di kerusi menunggu di sebelah katil Liya.
"Haah..aku tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang. dah lah bilik ni private. Risau aku kalau apa² jadi dekat Atie bila kau takde. Dah alang-alang kau dah sampai ni, aku nak balik lah..shif aku dah habis pun tadi." Indra menutup buku majalahnya dan menghampiri Liya dan membetulkan selimut Liya.
"Thanks Indra. Sayang juga kau dengan. Atie ye.." Hakim mengusik sambil menyimpan bag pakaiannya dan juadahnya di atas almari dan meja tepi.
"Atie dah macam adik aku aja Hakim. Dulu masa zaman sekolah ye.. aku pun macam Yusri juga. curi pandang dari jauh aja sbb kawan satu kelas aku yg angau Gile dekat Atie masa tu kan. Sejak Atie masuk sini dah macam jadi tanggungjawab aku juga nak pastikan yang Atie dalam keadaan selamat. Sayang aku dekat Atie hanya setakat abang kepada adik aja. Tak lebih dari pun." Sambil tu Indra membetulkan selimut di sebelah kaki Liya yang agak tidak terurus.
"Untung jadi insan yang nama Nuratieliya Humairah ni kan.. Ramai yang sayang." Hakim menghampiri kepala Liya dan mencium umbun-umbun Liya.
"Hakim.Aku balik dulu. Esok aku shif petang. Nanti pagi aku bawakkan kau sarapan. Nak pesan apa² tak?" Sebelum berlalu, Indra sempat bertanya pada Hakim.
"Tak kisah lah apa pun. Asalkan perut aku diisi. OH ya.. belikan Atie Lontong. Atie suka makan lontong." Indra berpesan.
"Ok..esok aku carikan. Kau tu mlm ni jangan tak tido pulak. rehat. " Indra mengingatkan Hakim.
Hakim hanya membalas dgn jari tanda "ok".

Setelah Indra berlalu pergi, Jemari Liya dicari sebalik selimut dan di genggamannya.
"Maafkan abang sayang..lambat sampai. Abang ada urusan tadi. lepas tu balik bersihkan diri. Nasib baik Indra yang jagakan sayang sementara abang takde tadi " sambil jemari Liya digenggam, wajah Liya terus direnung...
"Sayang... abang betul-betul tak sangka yang kita akan dipertemukan semula dengan cara ini.. Sakit rasa hati ni bila abang tengok sayang macam ni.. Kenapa lah abang tak temui sayang lebih awal dari semua ni berlaku.." hati Hakim semakin sayu bila melihatkan keadaan Liya.. kelopak matanya mula bergenang..
Sedang Hakim merenung Liya, Hakim teringatkan kisah pesakit nya beberapa bulan yang lalu yang memegang sekeping gambar yang seakan mirip Liya...
"Betul ke itu gambar Atie? Memang mirip sangat. Dia ke yang buat Atie macam ni?" kejadian tu bermain dalam mindanya...
"Aku rasa lelaki ni ada kaitan dengan Atie.. Ada perlu ke aku maklumkan pada dia dan suruh datang sini lihat keadaan Atie?."
Hakim terus keluar dari bilik wad Liya dan menuju ke ruang rehat. Kocek seluar nya diseluk dan dikeluarkan Telefon bimbit nya. Nombor seseorang dicari dan di dail sambil tu jam di tangannya di lihat.
"Harap belum tido lagi lah..." hatinya bergetus.
Setelah panggilan nya di angkat..
"Assalamualaikum... doktor...ada apa waktu ni cari saya?" yang menjawab panggilan bertanya kehairanan..
"Waalaikumussalam....Adam, esok awak bertugas ke dekat bahagian rekod pesakit?" Hakim bertanya.
"Haah..biasalah doktor. Saya kan bekerja waktu pejabat. Ada apa-apa maklumat pesakit yang Doktor nak saya dapatkan?" Adam bertanya.
"Boleh tak Adam dapatkan maklumat peribadi tentang pesakit nama Azlisham yang dirawat atas sebab kes pukul dan alami kecederaan teruk di bahagian perut kalau tak silap saya sebulan yang lepas yang ditempatkan wad 7c. Saya nak maklumat peribadi aja bukan rekod perubatan dia." Hakim meminta.
"Baik doktor. Saya cuba cari esok. bila dah dapat saya akan e-mail dekat doktor."
"Terima kasih Adam"
"Takde hal lah. Kenapa doktor? Mesti penting sangat ni. Kalau tidak doktor tak mintak maklumat tu."
"Saya nakkan kepastian dari maklumat pesakit tu. Ada sesuatu yang saya nak tahu dari pesakit tu."
"Ok doktor. esok saya akan dapatkan. Paling lewat pun tengahari."
"terima kasih Adam. Assalamualaikum.." Hakim menamatkan taliannya..
Setelah itu Hakim kembali masuk ke ruang wad Liya.
"Sayang...abang rasa pesakit abang yang nama Azlisham ni ada kaitan dengan sayang lah.. Maaf kalau abang secara diam siasat tentang hubungan sayang dengan semua yang ada kaitan dgn sayang sebelum ni." selepas itu umbun-umbun Liya di kucup.
Hakim merasakan badannya terlalu letih. Hakim terus melabuhkan badannya di kerusi malas yang disediakan oleh pihak ruang wad.
Dalam pada sedang dalam lena, dirasakan seakan namanya dipanggil oleh seseorang.
"Doktor Hakim... Doktor Hakim.. bangun dah masuk subuh ni..."
perlahan-lahan Hakim membuka mata dan melihat jam ditangannya.. ni
"Ya Allah..boleh pulak saya tak sedar langsung? Pesakit ni ada terjaga tak sepanjang malam ni?" sambil duduk menggeliat membetulkan badannya yang masih ada sisa mengantuk nya, perihal Liya ditanyakan kepada jururawat."
"Setakat ni Tunang doktor masih belum terjaga..keadaan dia sepanjang malam tadi sampai sekarang, stabil. Alhamdulillah.." jururawat bertugas memberi laporan.
"Doktor siapa bertugas pagi ni?" Hakim bertanya.
"Pagi ni doktor Murni dengan doktor Alen. petang nanti baru kawan baik doktor bertugas. Dia akan standby 24 jam mula petang ni." jawab jururawat..
"Alamakkkk... Murni?? Aduhhh." Hakim seakan terkejut bila mendengar nama Doktor Murni sambil menepuk dahi.
"Hahaha... Pandai-pandai lah nanti doktor nak menjawab dengan dia ye." jururawat itu ketawa.
"Sampai hati awak kan ketawakan saya. Matilah saya macam ni. Memang perang juga saya dengan dia ni nanti. Dah lah dia tu angau gila dekat saya.." rambut yang sedang tak terurus tu di garu oleh hakim biarpun tidak gatal
"Doktor terus terang aja lah..habis cerita. Dah memang doktor memang nak kawin dah kan tak lama lagi...benda elok kan doktor..buat apa nak rahsiakan."
"Amboiiiii...cepat nya berita tersebar."
"Biasalah ..doktor kan glamor kat sini
"Kamu semua lah yang buat saya glamor. Walhal saya tak buat apa pun.." sambil membetulkan rambutnya Hakim menjawab dalam nada sedikit tak puas hati..
"Doktor hansem macam doktor Hakim ni, memang lah cepat glamor nya . Ramai yang berminat dengan doktor kan.. lagipun senyum doktor tu .mahal sangat..tapi skali senyum.. buat semua hati terpukau tau. Nasib baik saya dah kawin. Kalau tak saya ni pun nak pikat doktor tau." Jururawat tu mengusik Hakim.
"Hishhh... awak ni..macam tu pulak. Dah lah.. saya nak mandi nak solat." sambil tu tangan Hakim ligat mencapai pakaian dan peralatan mandinya... dan berjalan menuju ke bilik air..
Belum sempat Hakim masuk bilik air, terdengar suara Liya memanggil. Cepat-ceoat hakim berpatah balik menjenguk Liya..
"Assalamualaikum...sayang.. Awal Sayang dah bangun.." penutup mulut bantuan pernafasan Liya dibuka oleh Hakim.
"Abang..Atie nak solat subuh jemaah dgn abg." dalam nada lemah Liya meminta.
"Boleh ke ni?" Hakim minta kepastian.
Liya mengangguk.
"Atie nak bersihkan badan dulu. Tapi macamana nak mandi kalau Atie tak diizinkan bergerak langsung."
"Nanti abang panggil kan jururawat UTK bantu sayang.Tapi sayang tak boleh lah nak rasa malu. sebab sayang tak boleh langsung duduk tegak tau." Hakim membuat penjelasan..
"Alaaa... Atie malu lah..." Liya merungut.
"kalau macam tu tak payah mandi lah. boleh macam tu?" Hakim mengusik.
"Eeeiiii..abang ni kan.. ye lah .ye lah... Atie ikut cakap abang..Tapi abg jangan tgok tau." sambil muka merajuk Atie memberi amaran.
"Abang pun nak mandi ni..Lepas tu kita solat sama ye.." sambil tu Hakim mencium umbun-umbun Liya.
Sejurus lepas tu Hakim memanggil seorang jururawat di minta masuk ke ruang wad Liya.
"Kak.. Atiliya ni nak mandi. Boleh tak akak bantu dia?" Hakim meminta.
"Boleh je doktor. Dah tugas akak juga kan.. saya nak ambik air sekejap. lepas tu baru doktor masuk. Doktor nak mandi juga kan?"
"Haah... si intan payung saya ni nak berjemaah katanya dgn saya. Akak ambilkan wudhuk dia sekali ye." Hakim meminta lagi
"baik doktor."
selepas itu jururawat tu pun memulakan tugas dia bantu Liya bersihkan badan.
Sebaik melangkah keluar dari bilik mandi..
"Woww.. wangi semerbak bilik ni.. ni mandi minyak wangi atau minyak wangi tumpah ni." Hakim mengusik.
"Atie bersih kan badan betul lah.. mestilah wangi sebab semua dah ganti."
melihatkan Liya dah siap bertelekung...
"Cantiknya bakal isteri abang ni bila berwudhuk macam ni.. Adoiiii..tak sabar nak panggil tok kadi." sambil membentang sejadah, Hakim sempat mengusik Liya.
"Abang niii...dah lah..jom solat. nanti terlewat pulak."
"Ok sayang.. jom kita solat.."
Buat pertama kalinya Liya solat berimamkan Hakim. Jantungnya berdetak laju saat mendengarkan suara bakal imamnya itu membacakan ayat suci didalam solat...
selesai memberi salam dan doa, Liya merenung ke arah Hakim.
Menyedari dirinya sedang direnung, Hakim membalas pandang.
"Kenapa sayang pandang abang macam tu. Sambil senyum pulak tu..Sayang nak apa ni. Cakap lah." Sambil melipat dan menyimpan sejadah, hakim bertanya.
"Saja.. Nak lepaskan rindu. Lama sangat Atie tak tengok muka abang dalam wudhuk macam ni. Dulu masa sekolah ada sekali aja Atie nampak. masa tu kita kebetulan baru lepas solat di masjid dan kita keluar dari masjid serentak. Atie terpandang abang..abang pun terpandang Atie. Lepas tu kita serentak sama-sama tersenyum." Liya mengimbas kembali peristiwa silamnya.
"Oooh..masa tu. Sayang ingat lagi kejadian tu.?"
"Entah.. tiba-tiba peristiwa tu muncul bila tengok abang macam ni." Liya bercerita.
"Kalau sayang nak tahu..abang memang dah ada hati diam-diam dekat sayang masa tu. Cuma belum berani nak mula.. Masa sayang senyum tu..aduhaiii..nak gugur jantung abang tau tak sebab gadis pujaan abang senyum dekat abang buat pertama kalinya. Longgar lutut abang tau masa tu.." sambil tu Hakim menarik kerusi dan menghampiri Liya.
"abang..ambilkan tudung warna merah jambu dalam bag baju Atie tu." Liya meminta.
"Sayang nak tukar tudung ke?" Hakim minta kepastian.
Liya mengangguk. lalu Hakim terus mencapai bag pakaian Liya dan mencari tudung yang dimaksudkan. Sedang Hakim mencari, matanya terhenti pada sehelai selendang yang sangat dia kenali sebelum ni. Tudung yang diminta oleh Liya di ambil dan selendang yang dilihatnya tadi pun di tarik keluar...
"Sayang simpan lagi selendang ni?" Hakim menunjukkan selendang yang dimaksudkan kepada Liya.
Liya tersenyum sambil mengangguk..
"Atie tak tahu siapa pengirimnya. Atie akan bawak selendang tu ke mana aja Atie pergi dari mula Atie dapat sampai lah sekarang. Atie tak tahu kenapa Atie sayang sangat selendang tu sedangkan Atie tak tahu siapa pengirimnya.. Atie dapat rasakan yang pengirim misteri ni sangat istimewa. Atie rasa macam rasa tenang aja bila selendang tu sentiasa dengan Atie. Sampai lah Atie jumpa abang semula di sini."
"Sayang tak pernah pakai langsung ke selendang ni? Sebab bau selendang ni masih sama aja macam...." Hakim tidak meneruskan ayat bila tiba-tiba pintu bilik wad Liya dimasuki seseorang..
"Maaf doktor Hakim. Doktor Murni nak jumpa." Jururawat bertugas menyampaikan pesanan.
"Kirim salam aja dekat dia. Bagitahu dekat dia saya tengah sibuk jaga tunang saya. Cakap aja macam tu." Hakim bertegas.
"Tapi doktor..."
"Awak faham kan apa maksud saya. Awak pun tahu kan saya dengan dia macamana.."
"Baik lah doktor. Maaf kalau saya mengganggu."
sebaik sahaja pintu ditutup semula..
"Kenapa abang tak nak jumpa dia. pergi aja lah.. Atie ok lah"
"Abang tak nak jumpa. Abang tahu kenapa dia nak jumpa abang. Mesti dia nak tahu pasal sayang. Lepas tu nak tahu apa kaitan abang dengan sayang."
"Takpe... abang pergi aja. Atie tak kisah. Atie tahu dalam hati abang ada siapa. Atie percaya dengan abang. Abang pergi aja jumpa dia dan jelaskan apa yang perlu."
Hakim memandang wajah Liya dengan penuh pengertian mengharapkan kepastian.."Ye abang..sayang izinkan. Abang pergi lah. Sayang ok je."
"Aduhaiii...sayang. Ni yang buat abang tak nak keluar bilik ni bila sayang jawab macam tu. longlai terus dengar ayat tu. Sekali lagi abang nak dengar boleh tak? Pleaseeeee.." Hakim merayu..
"Ye... abang... sayang izinkan abang pergi lah jumpa dia.. sayang tak apa²" Liya mengulang kembali ayatnya tadi tapi kali ini dalam nada lebih lembut dan manja.
"Aduh..aduh..bergelora terus jiwa abang dengar suara manja sayang macam tu... aduh. aduh.. rasa macam nak terkam aja sayang tau buat abang nakkk... hmmmm.... geram tau tak .geram... eeeiiiii..." sambil tu Hakim mencubit manja hidung Liya melepaskan geram.
"Apa abang ni... sakit lah. Tak sayang ke hidung ni kalau tercabut." Liya merajuk manja.
"Eeeiiiii..sayang..jangan lah buat suara manja macam tu.. Takut iman abang goyang aja nnt.. Ini pun abang menahan diri aja tau. Tolong lah sayang jangan buat lagi macam tu. Nanti silap cara belum sempat nikah abang dah terkam sayang... jangan cabar abang sayang.." Hakim mengusik Liya
"Apa abang ni.. Abang pergilah jumpa dia . Sayang ok je ni "
Lama Hakim merenung Liya meminta kepastian.. Liya sambut dengan senyuman.. Selepas itu Hakim mencium umbun-umbun Liya dan berlalu keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience