"Sunyi aja rumah? Kereta pun takde ni... Along dah balik kampung mertua dia kot?" Liya cuba berteka teki...
"Aah...takpe lah. Lagipun aku malas nak ikut. Buat serabut kepala aja kalau ke sana. Malas nak melayan gelagat sepupu abang yang gatal miang belaka tu." Liya merungut..
Sebaik aja minum segelas air kosong, Liya terus masuk bilik dan baring di atas katil bujangnya.
Fikiran Liya melayang akan kejadian yang berlaku tadi. Liya masih rasa terkesan dengan apa yang terjadi. Fikirannya berkecamuk sebenarnya memikirkan apa yang berlaku.
"Aaahhh... Malas lah nak fikir semua tu. Ada baiknya baca surat Sham ni dulu. Nak lah juga tahu.. apa isi tulisan dia.."
Liya bangun dan menyelongkar dalam bag kerja hariannya untuk mencari surat yang Sham beri tadi. Dengan cermat Liya buka surat dan tarik isi dalamnya.. ada 2 keping.. Permulaan Liya baca yang ada helaian yang tebal sambil duduk menyandar di kepala katil.
"Assalamualaikum....
Hai.. Nur Atiliya Humairah... Cantik nama secantik orangnya.. Sebelum saya teruskan coretan ini, saya nak perkenalkan diri.. Nama saya Azlisham. Nama panggilan, terpulang pada Liya nak panggil saya nama apa. Rasanya lebih manis kalau panggil saya 'Abang'. Sebab perbezaan usia yang jauh antara kita.
Di sini saya nak berterus terang dengan Liya. Saya dah tak mampu lagi untuk berselindung dan sembunyikan isi hati dan perasaan saya ini terhadap Liya... Dah terlalu lama rasanya saya simpan dan pendamkan..
Sejujurnya..
Untuk pengetahuan Liya Saya dah jatuh hati pada Liya sejak pertama kali saya terpandang Liya. Sejak hari pertama saya menjejakkan kaki ke pasaraya ini. Sejak itu juga Liya menjadi igauan mimpi indah saya siang dan malam. Setiap hari setiap ketika. Dari mula perasaan ini hanya sekadar ingin berkawan dengan Liya, sedikit demi sedikit berubah menjadi semakin rindu dan semakin sayang. Bukan itu aja.. Rasa dan perasaan cinta saya pada Liya semakin lama semakin menggunung dalam diam. Bila sehari saya tak nampak Liya, umpama hidup saya tak lengkap sepanjang hari . Kemunculan Liya buatkan saya tertunggu-tunggu setiap hari. Saya betul-betul dah jatuh cinta dengan Liya. Sejujurnya saya tak mahu kehilangan Liya. Saya takut kehilangan Liya. Saya mengharap sangat agar Liya terima dan sambut cinta saya ini.
Namun..
Saya tahu isi surat saya ini agak terlalu jujur dan berterus terang. Mungkin juga akan menakutkan Liya. Namun...
Saya tak suka berbohong kerana dengan berbohong nanti saya akan kehilangan Liya.
Saya tak nak paksa Liya untuk terima terus cinta saya ini. Buat masa ini memadailah kalau di awal perkenalan kita ini Liya mulakan dengan berkawan biasa sahaja dahulu dengan saya. Saya tak kisah.. Kita belajar mengenali hati budi masing-masing dahulu. Bila dah ada keserasian terpulanglah kepada pertimbangan Liya. Saya tak kisah. Saya amat-amat mengalu-alukan untuk Liya terima salam perkenalan pertama kita ini asalkan Liya tak menolak saya. Perit rasanya andai Liya menolak. Saya tahu, Liya bukan lah insan sekejam itu untuk menolak. Please... Liya. Terimalah saya sebagai kawan dan sahabat dulu buat permulaan fasa ni. Saya mengharap sangat ni.
Saya akan tetap tunggu Liya menerima dan sambut cinta saya.
Cinta jangan dipaksa. Biarlah ia hadir dengan sendirinya..
Akan ku tunggu dan terus menunggu, asalkan kau ikhlas menerima diriku.
Biarlah masa yang menentukan di mana kisah hidup kita kelak.
Hadirnya cintamu akan ku tunggu, biar pun bertahun, akan tetap ku tunggu..
Izinkan aku dalam diam menyintaimu, sungguhpun ia belum disambut olehmu.
Aku tetap mencintaimu biarpun bertahun terpaksa menunggu,
Asalkan kau sudi bertakhta di hatiku..
Kini ku amat menyintaimu...
Nur Atiliya Humairah...
Yang Setia Menunggu..
"Azlisham"
Liya seakan tak percaya akan semua isi luahan hati kiriman Sham kali ini. Dia mula keliru dengan apa yang baru dibaca tadi. Liya bingung. Dia cuba mencari kepastian di sebalik isi surat Sham. Liya mengulang baca isi surat Sham berkali-kali. Setelah puas membaca, Liya merebahkan badannya semula di atas katil bujangnya.. Helaian surat Sham yang dibacanya tadi diletakkan di atas dadanya. Lengannya diletak di atas dahinya. Secara tiba-tiba kepalanya mula berdenyut.
"Ya Allah... kenapa macam ini jadinya Sham permulaan kita ni.. Awak dah bermula jauh rupanya sedangkan saya belum mulakan selangkah pun. Memang saya nak berkenalan dengan awak dan berkawan dengan awak macam orang lain. Tapi... Bila awak dah berterus terang macam ni, saya nak buat keputusan yang macamana?? Adooiiii...serabut lah otak saya ni..."
kepalanya diketuk berkali-kali dengam buku lima tangannya bagi cuba menghilangkan rasa denyut yang mula menyerang.. Dia sendiri tak pasti di tahap mana perasaannya terhadap Sham. Seringnya hatinya gemuruh setiap kali mendengar suaranya.. Kerapnya jiwanya bergetar saat mereka bertentangan mata. Namun Liya masih tak pasti apakah sebenarnya kedudukan hatinya terhadap Sham. Adakah itu namanya cinta?
"Ya Allah.... Sham.. Kau buatkan aku tak ketentuan lah dengan luahan awak ni.. Aku betul-betul buntu sekarang. Aku nak jawab apa ni?? Aaaahhhhh....." Liya menjerit di sebalik bantal yang ditekup di mukanya...
Kemudian Liya capai dan baca lipatan surat yang kedua..
"Liya...
Maaf gunakan helaian yang lain untuk pesanan ini..
Saya nak mintak Liya rahsiakan dari semua orang mengenai status hubungan kita ini. Termasuk lah dari Azie. Selagi Liya belum bersedia terima cinta saya, boleh tak selagi itu kita tak berjumpa? Boleh tak Kita berjanji macam tu? Kalau ada perkara yang nak diperkatakan, biarlah surat dan nota aja penghubung kita. Apa pendapat Liya? Kalau Liya setuju, harap bagi jawapan ye..
Memang kita akan tetap bersua di tempat kerja, namun sepanjang tempoh itu kita tak akan bersua berdua. Kalau jumpa beramai-ramai, takpe. Saya nak kita rahsiakan sampai lah Liya dah betul-betul bersedia terima cinta saya dan setuju terima saya sebagai sebagai cinta hati awak. Bila Liya dah setuju, barulah kita keluar berdua tanpa rahsia lagi..
Kalau Liya setuju, harap bagi jawapan ye?
#Saya mengharap orang yang akan jadikan saya sebagai mangsa cubit itu adalah Liya. Saya nak Liya yang cubit selalu sebagai tempat Liya lepaskan geram. Saya tak nak orang lain. Saya menunggu dan akan tetap menunggu...
"Azlisham"
"Pulak dah... macam-macam lah awak ni Sham. Apa jawapan yang saya nak bagi awak ni ye?"
Liya termenung.. Surat Sham dibaca berkali-kali. Liya cuba mencari jawapan disebalik pertanyaan Sham.
Tanpa berlengah, Liya mencapai pen, kertas dan sampul surat.
Liya mula mengarang....
Share this novel