"Isma.. hari ni Liya balik sini kan?" selesai sarapan pagi, Sham bertanya.
"Hari ni hari apa? Semalam result STPM keluar.. haah.. ye lah.. Memang hari ni lah Atie balik. Kenapa? Tak sabar nak balik sangat? Jangan nak mengada ye.. kau baru 2 hari dekat sini. Dah lah tak reti nak diam.. heeiiii.. macamana nak balik awal. mcam tu.. Doktor pun dah banyak kali tegur kau kan?" Isma melepas geram dekat Sham sambil menggeleng.
"Aku tak boleh lah duduk saja. Pedih bontot aku ni tau. Nak hilangkan bosan, tu yang berjalan berkenalan dengan jjran tetangga.. macam kau lah jugak." Jawab Sham dengan bersahaja.
"Aku ni sihat, takpe lah juga merayap.. ini kau tu.. dah lh tgh sakit suruh duduk diam, tapi degil. Makin lambat balik, padan muka kau. Nak jumpa Liya pun dah tak boleh nanti. Baru kau tahu.."Isma mengugut.
"Betul tu en Azlisham.. kalau degil, memang makin lambat lah baliknya. Kata nak jumpa buah hati kan? Kena lah dengar cakap kami ni.. yg penting jangan curi makan pedas dan pejal tau." Nasihat doktor Hakim. Sambil itu doktor Hakim mula membuat pemeriksaan ke atas anggota badan Sham
"Takde doktor.. makanan dia semua saya jaga."
Sedang doktor Hakim membuat pemerikaaan pada abdomen dan badan Sham, tiba-tiba pandangan mata doktor Hakim tertumpu kepada gambar Liya yang ada di tepi meja katil sham.
Sham menyedari tingkah laku doktor itu.
"Kenapa doktor pandang gambar tu? Doktor kenal dia ke?" Sham kehairanan dengan tingkah laku doktor itu.
"Macam kenal. Ada iras sangat. Tapi tak mungkin lah.." dengan wajah berkerut, doktor Hakim cuba mengingati.
"Si Dia tu asal dari mana?" Sham mula cuak.
"Kami berasal dari negeri dan daerah yang sama cuma berlainan kawasan. Saya pernah satu sekolah dengan dia tapi saya tua 3 tahun dari dia. Pernah lah secara tak sengaja saya terjatuh hati dalam diam dekat dia... emmmm... nanti lah saya cerita dekat en Azli. Saya nak kena round cek pesakit dulu. Kalau saya free nanti saya sambung semula. ok.. Bp ok.. perut dah soft sikit tapi still bengkak ni maknanya masih ada luka dan pendarahan tau. Ingat JANGAN BANYAK BERGERAK kalau nak balik cepat!!" doktor Hakim beri amaran.
Setelah doktor berlalu pergi ke ruang lain..
"Isma.. kalau betul lah yg doktor tu maksudkan Liya, aduhhhhh... takut betul aku nak dengar. Ramai peminat rupanya Liya ni dalam diam. Senang betul lelaki nak jatuh hati dekat dia kan? Sampaikan ada yang sanggup terus pendam. Dasyat juga ye penangan Liya ni." Sham mengeluh.
"Liya ni kan orangnya lembut aja. susah nak marah. Kalau dia marah pun bukannya yang jenis pung pang pung pang tu. Marah dia jenis diam. Lepas tu kalau bercakap, bergurau pulak, alaaaahaiii.. suara dia memang unik dan special. Dengan suara dia.. Boleh buat semua yang dengar cair. Kan?"
"Betul juga apa kau cakap tu Sham. Kalau betul lah org yg doktor tu kenal adalah Liya, aku rasa aku lebih rela lepas kan Liya dekat dia. Nasib Liya nanti akan lebih terjamin."
"Huishh.. kau ni Sham. Entah-entah doktor tu dah berpunya."
Sham terus terdiam.
Menjelang waktu tengahari, Isma tinggalkan Sham sendirian untuk makan di kantin.
Sedang Sham leka mendengar lagu menggunakan headphone, Doktor Hakim datang menghampiri Sham.
"Ha.. doktor.. Tadi doktor tak habis cerita lagi. Sambung lah." Sham seakan teruja bila Doktor Hakim datang. Sham terus matikan ipod dan tanggalkan headphone nya untuk tumpu pendengaran nya dekat cerita doktor Hakim yang tertangguh.
Doktor Hakim duduk dan kemudian capai Gambar Liya dipegang dan diamati beberapa ketika.
"Memang iras sangat. memang saling tak tumpah macam dia. Tapi saya percaya yang ini bukan dia. Tak mungkin dia ada di sini." kemudian doktor Hakim letak semula gambar tu. Selepas itu Doktor Hakim menarik nafas sedalamnya dan dihembuskan perlahan.
"Allah.. terkenang balik pulak semua kenangan dengan dia." doktor hakim menutup wajah nya dengan kedua tapak tangannya dan digosok mukanya berkali-kali.
"Doktor masih cintakan dia?" Sham bertanya soalan cepumas.
"Hahaha.. cinta yang terpendam dan tak terluah. Mestilah masih. Asalnya saya dah hampir lupakan dia. Tapi bila terpandang gambar girlfriend En Azli ni, macam datang balik lah pulak perasaan tu.. Alahaiiiii. Makin rindu lah pulak saya dekat dia. hahaha..." ketika ini muka Doktor Hakim yang putih cerah asalnya menjadi kemerahan menahan malu.
"Bila doktor last jumpa dia?"
"Masa dia ambil result spm lah last. 2 tahun lepas. Asalnya datang jumpa dia nak luah perasaan lah kononya.. Dah rancang nak buat macam-macam agenda lah kononnya. Sudahnya lidah saya macam kena kunci. Tak boleh nak terluah bila dia asyik cakap nak belajar dulu baru bercinta, Banyak kali dia tekankan macam tu. Jadinya saya ikutkan lah kemahuan dia. sampai lah sekarang."
"Kenapa Doktor tak contact dia lepas tu?"
"Dia takde phone. Kalau kita nak bagi pun, dia tak nak. Katanya nanti ganggu dia nak belajar. Masa tu saya dah buzy dengan study dan praktikal. Dia pulak buzy nak ambil STPM. So.. bila semua dah buzy.. lupa semuanya. Tu yang bila terpandang gambar ni tiba-tiba saya ingat dia semula. Semalam dia ambil result STPM. Apa lah agaknya result dia." Doktor Hakim berpeluk tubuh dan cuba memandang jauh..
"Haiiii.. Doktor pulak yang jadi angau ni. Hahaha.." Sham mengusik.
"Awak sendiri pun tahu kan macamana perasaan bila tengah cinta dan rindukan seseorang tu.. hahaha.." Hakim bertanya sambil ketawa kecil.
"Saya tahu.. saya dapat rasa apa yg doktor tengah rasa sekarang ni. Kalau tengah berjauhan macam ni, lagi lah tersiksa rasanya kan?" Sham bertanya.
"Tahu pun..." kata Doktor Hakim sambil senyum.
"Doktor tak jawab lagi soalan awal saya pagi tadi. Si dia tu asal mana. Doktor asal mana?"
"Saya dan dia asal dari Pahang dan daerah yang kaya dengan lombong emas dalam malaysia ni."
Mendengarkan jawapan Doktor Hakim, Sham tiba-tiba tersentak..
"Emmmm... Doktor. Kalau tak menjadi kesalahan lah.. boleh nak tahu nama penuh dia?"
"Nuratiliya Humairah binti Nordin." dengan wajah senyum dan mata yang bersinar, Doktor Hakim menyebut.
"Sedap nama dia.. Nasib baik tak sama nama.. hahaha.. kalau tak kita share perempuan.. hahaha"
"Hishhh.. Awak ni Azlisham. Dah saya kata tadi. Muka dan orangnya aja hampir seiras. Tapi bukan orang yang sama."
"Betul-betul" Sham menjawab sungguhpun ketika itu dirasakan hatinya seakan terguris kerana insan kesayangannya itu rupanya dah lama milik orang.
"Ni.. saya nak tanya. Kenapa awak tak nak buat report polis. Saya takut awak kena lagi lah.. Hati orang yang macam ni tak akan rasa puas selagi awak tak undur diri." Hakim memberi nasihat.
"Saya akan undur diri juga nanti, tapi sebelum tu saya nak lepaskan rindu saya dekat dia dulu sambil tu nak cuba cari kekuatan dan semangat untuk bersedia tinggalkan dia. Ada cara yang saya kena buat supaya Si dia ni benci terus dekat saya, tinggalkan saya dan tak nak ingtkan saya langsung. Saya akan buat dia benci sebencinya dekat saya walaupun saya tak sanggup nak buat tu semua. Walaupun yang hancur terlebih dahulu hati adalah saya.." Sham meluah sambil menunduk menahan sebak di hatinya.
"Maksud awak? Awak nak buat satu lakonan yang boleh buat dia bencikan awak sangat dan tinggalkan awak terus?" Doktor Hakim bertanya.
Sham hanya mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh doktor Hakim.
"Sanggupnya awak nak buat semua tu? Kalau saya tak sanggup. Sungguhpun hanya lakonan tapi yang hancur berkecai hati kita. Sakitnya lah tu..Ubatnya takde pulak tu.. Aduuuhhh... Saya pulak yang terasa sakitnya.. hahaha.. sory."
"Saya terpaksa juga buat macamtu sebab saya dah terima ugutan akan ada yang ganggu dia pulak kalau saya teruskan hubungan kami. Mereka akan lakukan beramai-ramai untuk rosakkan kehormatan nya. Saya tahu. Memang hati orang macam ni jenis takde hati perut. Apa yang dicakap dia akan kotakan. Sebelum terjadi apa-apa dekat dia, ada baiknya saya undur cara halus tapi kasar buat dia yang membolehkan dia benci saya dan lupakan terus saya." Sham meluah rasa.
"Whattt???? Sampai dah tahap ugut yang macam ni pun awak masih nak diamkan? Dia tahu tak apa yang jadi dekat awak ni? dia tahu tak kes ugut yang awak terima ni?" Doktor Hakim terkejut.
"Tak.. memang saya sengaja tak nak bagitahu dia. Saya tak nak dia bergaduh dengan kakak dia kerana perangai suami kakak dia. Dah lah waris yang ada di sini, kakak dia aja." Sham bercerita.
"Azli.. besarnya pengorbanan awak. Semoga awak sabar lalui dugaan ni, kuat semangat dan dipermudahkan dalam apa juga perancangan yang nak dibuat. Insyaallah.. aamiiiin.."
"Terima kasih doktor. Saya juga doakan semoga pertemuan semula Doktor dengan si dia dipermudahkan. Semoga ditakdirkan berjodoh juga dengan dia."
"Hishhh... Awak ni. merepek aja lah. Tak naknya dia dengan saya. Siapa lah saya."
"Apa pulak.. doktor hansem apa.. Dah ada kerjaya tetap ni. Dah tentu menjamin masa depan dia. Kalau nak support dia sambung belajar, pun doktor mampu aja kot." Sham mengusik.
"Hishhh.. dah lah Azli. Awak ni makin buatkan saya rindu dekat dia pulak. Jangan lah. Hilang pulak fokus saya dekat kerja nanti." Doktor Hakim terus bangun dan tinggalkan berlalu sambil senyum sendiri.
"Liya.. Abang tak sangka. Dalam diam ramai rupanya yang menyimpan hati dekat Liya. Jadi tak risaulah nanti kalau Abang tinggalkan Liya, Liya dah ada yang menunggu. Polis ada.. doktor pun ada. Itu belum lagi yang di tempat kelahiran Liya sana." Hati Sham mula sebak. dadanya dirasakan sesak. Ditariknya selimutnya dan ditutup wajahnya yang mula basah dengan air mata.
"woiiiii.. Sham. Kau ni apahal berselubung selimut tengahari beduk ni?" Isma tegur.
Sebelum Sham menurunkan selimutnya, wajahnya dilap dahulu dari air matanya. Setelah kering, baru di diturunkan selimutnya.
"Isma.. betul lah perempuan yang doktor tu maksudkan adalah Liya." Sham mula bercerita.
"Ha?? Ye ke? Mana kau tahu." Isma terkejut
"Tadi masa kau lunch kantin, Doktor Hakim datang sembang dengan aku tadi. Dia cerita lah pasal perempuan yang dia kenal tu. sambil tu saja aku tanya kisah dia dengan awek tu. Dia jawab dengan wajah cerianya. Nampak sangat memang dia cintakan perempuan tu. Aku tanya lah Si Dia tu asal mana, Bila dia bagitahu yang awek di tu asal dari tempat kelahiran Liya juga, aku pun tersentap. tapi aku tak tunjuk lah depan Doktor Hakim" Sham bercerita.
"Kau tanya nama awek dia tu ke?"
"Haah. Aku tanya.. Bila dia sebut nama penuh Liya, aku bertambah sentap dalam diam. Aku cakap lah. Nasib baik nama tak sama. kalau tak kita kongsi wanita yang sama. Gelak doktor tu. padahal hati aku yang rasa menangis ni Isma." Sham meluah perasaannya..
"Kau kena belajar sakit mulai sekarang Sham. Bila dah sampai masa nanti kau dah bersedia untuk buat rancangan kita tu. Takpe Sham..Ada masa lagi..Kau jumpa Liya dulu."
Share this novel