BAB 25

Romance Series 17488

Liya seakan dah terbiasa dengan celoteh Sham di corong speaker pasaraya tu. Liya betul-betul rasa gembira dan seronok bila mendengarnya. Ditambah lagi ada ketikanya Sham memainkan lagu-lagu kegemarannya. Liya memang enjoy. Bila sampai pada lagu yang agak sentimental, Liya seakan rasa pelik disebalik alunan lagu tu. Tapi liya tak pasti apa. Dah 2 minggu Liya mendengar lagu-lagu itu seringnya dialunkan oleh Sham. Liya cuba nak hayatinya, tapi gagal. Fikirannya selalunya serabut untuk fokus pada sesuatu.
Satu hari Liya seakan tergerak hati untuk menulis setiap lirik lagu yang Sham mainkan setiap hari lagu yang sama. Setelah diamati dan dihayati, Liya teringat akan teguran Said 2 minggu yang lepas. Baru aja Liya nak flash back memori, tiba-tiba...
"Liya tak dapat tangkap lagi ke apa maksud lagu yang Sham putarkan selama ni?" tiba-tiba Said datang menegur Liya yang sedang khusyuk merenung lirik lagu yang baru disalin tadi.
"Belum. Ni baru nak tahu. Abang Said bagi lah peluang Liya belajar setiap maksud lirik ni. Kalau Liya dah faham, nanti Abang Said dengar dan lihat aja apa yang jadi dekat Liya. Ok?"
"Cepat tau Liya. Abang dengan yang lain dah tak lalu nak dengar lagi dah ni.. Kalau lagi lama dengar, lagi cair kami ni agaknya."
"Ye.. Liya tengah nak layan lah ni. Cuma bagi Liya masa, ok? Dah lah Liya ni bukan jenis jiwa sastra.Kalau jenis macam tu,senang. Tak payah nak buat macam ni semua..hihihi"
"Suka hati lah Liya. Asalkan lepas ni Liya ada jawapan di sebalik lagu ni semua."
Selepas itu Said masuk pejabat.
Kedengaran Sham masih mainkan lagu yang agak sentimental. Liya salin lagi.
Selesai salin, Liya merenung setiap baris lirik yang ditulis.
Seminggu lamanya Liya cuba memahami maksud setiap lagu dan setiap lirik. Dalam masa seminggu itu juga lah hatinya berterusan berbolak-balik dan bersoal jawab sendiri berkenaan isi hatinya sekarang. Semakin Liya dengar setiap kali Sham mainkan, hatinya semakin bergetar dan berdebar. Liya cuba untuk bertanya diri sendiri adakah dia bersedia untuk terima kehadiran Sham dalam hatinya? Namun ianya masih belum ada jawapan.

Sedang Liya layan lagu yang dimainkan oleh Sham, Liya seakan tergerak hati untuk lakukan sesuatu. Memandangkan pelanggan agak kurang sangat masuk ke department, Liya capai kertas dan pen buat nota kecil untuk diberikan kepada Sham..

Assalamu'alaikum...
Abang...
Abang buat apa Ni? Patut jugalah Liya pelik kenapa Abang selalu mainkan lagu tu semua 3 minggu kebelakangan ni. Mana dapat Idea? Liya dah makin tak dapat nafikan yang lagu-lagu tu semua dah makin mengusik hati Liya. Liya semakin dapat rasakan apa yang abang rasakan. Cuma belum sepenuhnya. Maafkan Liya kerana lambat untuk memahami maksud abang.
Abang..
Abang masih mampu untuk menanti Liya? Abang masih setia tunggu Liya? Berusaha lah sedaya upaya abang. Liya juga akan cuba juga.
Abang..
Liya tak tahu kenapa sekarang ni tiba-tiba rasa rindu sangat dekat abang dan nak sangat jumpa abang. Tapi rasanya tak mungkin kot sebab kita masih terikat dengan janji kita yang mana kita tak boleh keluar berdua selagi Liya belum setuju terima cinta Abang sepenuhnya. Liya tak pasti Liya rindu abang atas tiket apa. Tapi rasanya Liya belum mampu sebab hati Liya belum sepenuhnya untuk abang kini.
Abang..
Abang tak rindu Liya ke? Abang tak nak jumpa Liya? Rasanya kita dah 3 minggu tak berjumpa kan? Buat sementara ni, boleh tak abang muncul depan Liya sekejap pun jadi lah. Abang duduk jauh pun takpe asalkan Atie nampak abang. Boleh? Sekadar nak ubat rindu Liya dekat abang.. itu pun kalau abang sudi.

Yang mengharap,
NURATILIYA HUMAIRAH.

Liya lipat nota itu, dan cuba mencari seseorang untuk sampaikan kepada Sham. Tiba-tiba Liya ternampak Said melintas.
"Abang Said.. Abang Said.. mIntak tolong bagi ni dekat Sham. Boleh? Penting." Liya serahkan kertas nota itu kepada Said.
"Nota jawapan ke?"
"Bukan lah.. Ada lah.. Rahsia."
Said hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.
Sebaik aja Said di konti Sham, Nota kiriman Liya terus diserahkan kepada Sham.
"Liya bagi. Penting katanya. Untung lah kau Sham.."
"Haa??? Liya bagi?? Tak pernah-pernah ni dia bagi nota masa kerja. Tak boleh jadi ni."
Sham teruja sangat dan terus buka nota tu baca.
Sehabis membaca, Sham seakan dirasakan badannya melayang..Nak aja dia melompat gembira.
"Gila nak tolak. Aku pun tengah rindu gile gak dengan dia ni. Respon macam ni pun aku dah happy sangat oooiiiii... Tunggu Liya..Abang datang. Kejap lagi abang sampai..."
Sebelum Sham tinggalkan konti, Sham siapkan kontinya dengan mainkan lagu yang sesuai.
Selepas itu Sham bawa kertas dan sebatang pen terus berlari naik ke tingkat atas. Sesampainya di tingkat atas, Langkahnya terhenti bila dilihat Liya dah sedia menanti di hadapan departmentnya sambil tersenyum menyambutnya.
"Liya.. kenapa senyum manis sangat macam tu.. Abang tak tahan dengan senyum Liya tu.. Senyum Liya tu dah lemahkan setiap sendi belulang abang ni tau.. Abang geram ni Liya.. Nak aja abang terkam Liya sekarang ni tau" Sham berkata sendiri dan membalas senyum sambil membuat isyarat yang dia akan berada di department suzie. Liya mengangguk tanda faham.
"Suzie.. aku nak pinjam tempat kejap. ada hal."
"Haa?? Ada apa Sham." Suzie kehairanan dengan permintaan Sham.
"Kau diam aja lah. Kau buat kerja kau. Aku buat hal aku. Jangan kacau aku, boleh?"
"Ye.. tau lah aku."
Sham berdiri berpeluk tubuh menyandar rak pakaian baby sambil tersenyum memandang Liya.. Manakala Liya juga bersandar di rak kasutnya memandang ke arah Sham sambil tersenyum manis.
"Liya.. Liya buat abang macam ni lagi buatkan abang makin gilakan Liya tau. Pleasee.. Liya... responlah secepat mungkin.. Abang dah tak sabar nak berada di sisi Liya ni." Sham berkata sendirian.

Sham seakan tidak puas berada terlalu jauh dengan Liya. Sham membuat isyarat untuk datang lebih hampir dengan Liya. Tapi dilarang oleh Liya. Liya menggeleng membuat isyarat jangan. Sham tak memperdulikan amaran Liya. Sham berjalan keluar dari department Suzie dan bergerak ke Denim department yang berkedudukan lebih hampir dengan Liya. Liya rasa agak kurang selesa bila Sham beralih semakin hampir dengannya. Ketika itu Liya bergerak mengundur sedikit dan ambil kedudukan duduk di meja tempat Liya selalu membuat report. Dari situ memang jelas dapat melihat Sham dan Sham nampak Liya.
Sham buat muka tidak puas hati kepada Liya kerana Liya bertindak menjauhinya. Sham membuat isyarat untuk semakin menghampiri Liya. Sekali lagi Liya melarang. Liya menggeleng dan menunjukkan jari menandakan "Jangan".
Sham seakan tidak mempedulikan amaran Liya. Sham terus berjalan masuk ke dalam department Liya dan duduk di bangku yang berhampiran dengan Liya.

"Abang... Apa abang buat ni... Nanti semua orang nampak lah.. Kata tak nak Jumpa Liya dulu sebelum Liya bagi jawapan." Liya merungut dalam nada suara perlahan.
"Abang tak tahan.. Abang nak Liya ada depan abang juga. Abang pun rindu dengan Liya tau tak.." Sham juga meluajkan dalam nada suara perlahan.
"Masalah nya Kita belum confirm lagi kan... Kita dah janji kan.. sekarang ni abang yang langgar janji."
"Liya yang goda abang kenapa? Mintak abang datang muncul depan Liya. Sekarang Abang dah ada depan Liya. Puas hati tak?"
Liya tak menjawab. Hanya sekadar tersenyum malu.
"Abang Ingat tadi nak balas nota Liya. Tapi abang tak boleh nak tulis bila tengok Liya senyum lentok manja macam ni. Nak gugur rasa jantung abang ni tau tak. Nak pegang pen kertas pun lemah jadinya. Liya lah yang nakal.."
"Liya nakal? Abang tu yang tak sabar."
"Nak rehat kejap lagi kan. Kita keluar rehat sama nak?"
"Tak nak.. Dah janji kan.. Abang ni lupa lah tu. Liya pegang janji tau."
"Liya keluar rehat dengan Suzie, abang dengan Said lah.. berempat.."
"Ok.. Tapi abang jangan nak macam-macam ye nanti. Mata tu jaga. Jangan nampakkan sangat."
"Tak nak. Abang nak pandang juga Liya. Biar Liya cepat cair dekat abang."
"Abang ni gelojoh lah.."
"Asalkan abang dapat Liya cepat. Dah lama sangat ni abang tunggu ni."
Liya menggeleng sambil menjeling senyum kepada Sham.
"Tengok lah tu. Buat macam tu dekat abang. Nanti abang terkam tau lah. Abang pun tengah rindu sangat dengan Liya ni tau tak."
"Heiii.. jaga lah adab tu sikit. Nanti apa org keliling cakap."
"Abang tak boleh lah ada lama-lama dengan Liya ni. Lain macam abang rasa. Baik abang turun ke konti. Bye.. kita jumpa rehat nanti." Sham bangun dan berlari anak keluar dari department Liya dan turun ke kontinya."
Liya hanya menggeleng sambil tersenyum melihatkan gelagat Sham.

Sampai masa rehat, Suzie memanggil Liya.
'Liya adik akak sayang.. Jom kita rehat. Perut akak dah berdangdut ni mintak diisi."
"Ok kak.. Jom."
Sampai di warung, Liya dan Suzie mencari tempat untuk duduk.
"Liya.. Abang Join sekali boleh?" Said bertanya.
"Boleh aja. Tempat public kan.. Duduk lah." dalam pada itu mata Liya memandang Sham yang ambil tempat duduk betul-betul di hadapan Liya.
"Sham.. kau buat apa jumpa Liya tadi? Korang dah confirm couple ke?"
Sham terkejut.
"Mana kau nampak?"
"Sebab aku nampak lah, tu yang aku tanya.."
Sham pandang Liya. Liya hanya tersenyum sambil menaikkan bahu tanda tak tahu.
"kan Liya bagi nota tadi. Tu yang aku datang jumpa Liya. Kata penting. Tu yang terus jumpa Liya terus"
"Oooh.. Tak nak share ke apa yang penting sangat tu Liya?"
"Eeehhh.. mana boleh. Nama pun rahsia. Mana boleh tahu." Liya menjawab.
"Ye lah.."
"Merajuk lah pulak.. Buruk lah muka kau tu Said bila buat muka macam tu.." Sham mengusik.
Semua pakat ketawa.
Ketika semua menikmati makan minum petang, Sham asyik merenung ke arah Liya. Liya yang menyedari tindakan Sham, mengerutkan muka tanda tak setuju dengan apa yang Sham buat. Sham tak mempedulikan apa yang Liya maksudkan,.Sham tetap juga merenung Liya. Dek kerana tidak selesa dengan apa yang Sham buat, Liya duduk mengereng pusing ke arah Suzie. Sambil itu sebelah tangannya menutup sebahagian wajahnya di sebelah kanan.
Melihatkan Liya seakan rasa kurang selesa Suzie memandang Liya.
"Liya kenapa ni? Gelisah macam rupa kucing nak beranak aja ni?"
"Kak Sue.. Jom balik. Sakit perut lah.. Liya nak..."
"Laaa.. ye ke.. Nasib baik akak dah habis makan. Jom lah. Nah duit makanan kami. Tolong bayarkan ye.."
Suzie terus tarik tangan Liya dan bergerak keluar dari warung. Sebelum tu Liya sempat jeling dekat Sham sambil buat muka mengejek. Sham hanya tersenyum.
Sampai di bangunan pasaraya Liya terus cari tandas untuk buat pura-pura sakit perut. Selesai sepatutnya Liya keluar bangunan semula disebabkan waktu rehat mereka masih ada 20 minit.
Sedang Liya rancak berbual dengan Suzie, Sham datang menghampiri mereka.
"Liya.. akak masuk dalam kejap. Nak pergi tandas lah pulak. Kalau akak lambat, Liya naik dulu lah ye.. Sham.. kau tu jangan nak lebih-lebih dengan adik aku tu ye.. Balik ke atas nnt kalau dia mengadu, siap kau." Suzie memberi amaran kepada Sham.
"Ye. aku tak buat apa-apa lah.. nak borak aja pun.." Sham menjawab.
Sebaik aja Suzie masuk bangunan..
"Pandai ye nak mengelak dari abang.. Dah pandai nakal sekarang ye.. Lepas tu buat muka dekat abang. Ni yang abang geram sangat dekat Liya tau tak. Abang tangkap Liya nanti tau lah." Sham memulakan perbualan.
"Tangkap lah kalau berani? Kalau tak nanti kena ketuk dengan orang-orang sini, tau lah." Liya mengugut sambil buat muka mengejek.
"Tengok tu.. dia buat muka lagi. Abang.." belum sempat Sham habiskan ayat, bahunya ditepuk seseorang.
'Kau buat apa dengan Liya ni Sham. Kau kacau Liya ye.." Musli menegur.
"Saja borak kosong dengan Liya ni. Ada lagi masa rehat ni, tu yang saja kacau dia."
"Liya.. Sham ada buat apa-apa tak?" Musli bertanya.
"Takde lah. Gurau-gurau biasa aja. Bukan selalu pun dapat borak dengan DJ hot kat sini ni."
Liya memandang Sham dan Sham balas dengan senyum sambil dikenyitkan sebelah matanya kepada Liya.
Liya tersenyum malu sambil tertunduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience