BAB 13

Romance Series 17488

"Uda... Uda yakin ke kali ni rancangan kita nak satukan Atie dengan Munir ni menjadi? Munir tu aku tak risaukan sangat. Atie tu.. Mahu ke dia dengan Munir?" sambil tangan Mak Andak mengopek bawang, Mak andak meluah rasa bila dirasakan kelilingnya tiada yang mendengar perbualannya...
"Aku pun risau juga ni Andak. Tengok pada cara Munir pandang Atie macamnya Munir dah berkenan. Atie ajalah yang tinggal. Biarkan aja lah dulu dia orang tu Andak.. Lagipun dia orang baru nak berkawan. Bagi lah ruang dekat dia orang tu dulu nak berkenalan satu sama lain." Mak uda menjawab.
"Andak harap sangat kalau boleh Atie ni jadi menantu Andak. Budaknya baik. Hormat orang tua. Rajin pulak tu. Senang kata pekej lah." Mak Andak memuji.
"Kan Andak? Kalau Uda ni ada anak lelaki lagi, mau lah juga Uda buat menantu. Tapi dah habis semua. Nak buat macamana kan." Mak Uda mengeluh.
"Haiii.. Uda? Ada niat nak menantukan Atie juga ke? Kesian anak Andak tu nanti.." Mak Andak mengusik.
"Siapa cepat dia dapat lah.. Hishhh... Andak ni.. Uda gurau aja lah.. Uda nak jodohkan dengan siapa? Anak lelaki Uda kan cuma 2 orang aja. Along dengan Angah. Dua-dua pun dah kawin kan.. Takkan lah nak disuruh pasang 2. Mengarut lah..." Mak uda menjawab sambil ketawa..
Mak Andak pun turut sama ketawa..
"Apa yang rancak sangat sembang berdua beradik ni Mak dengan Mak uda ni.. Ni takde lain.. Mesti mengumpat pasal Munir kan?" Tiba-tiba Munir muncul di belakang Mak Andak.
"Haah.. mengumpat pasal kamulah ni. Mak risaukan kamu tu. Bila lah kamu nak beristeri. dah 3 tahun kamu putus tunang, Takkan lah kamu nak tutup terus pintu hati kamu tu." Mak Andak memancing.
"Nanti-nanti aja lah mak.. Munir belum bersedia lah lagi. Dah ada calon nanti, Munir bagitahu." Munir menjelaskan sambil duduk di sebelah Mak Andak.
"Mak tengok kamu macam dah mula mesra dengan Atie tu. Mak berkenan sangat dengan dia. Apa kata kamu jadikan dia calon kamu?" Mak Andam berseloroh.
"Hishh... mak ni.. Munir baru aja kenal dia. Bagi lah Munir kenal dia dulu. Dibuatnya jadi macam dulu juga, sudahnya Munir tak payah kawin lah macam tu. Sebab asyik tak menjadi aja."
"Mak cadangkan aja. Kamu yang nak kawin. Kamu juga yang menghadapnya nanti. Mak tak paksa. Mak tengok budaknya pun baik sangat. Memang mak berkenan sangat. Itu pun kalau dianya pun nak lah dengan kamu."
"Bagi peluang kami kenal hati budi masing-masing dulu mak. Kalau kami serasi, nanti Munir bagitahu mak. Tapi mak kena sabar lah tunggu."
"Maknanya kamu pun suka juga lah ye dengan budak Atie ni?"
Munir tak menjawab. Dia hanya tunduk senyum.
"Dia tak menjawab tu Andak. Maknanya ye lah tu.. Alhamdulillah.. Pandai-pandailah kamu nak pikat Si Atie tu ye Munir. Harap-haraplah menjadi betul kali ni." Mak Uda meluahkan rasa mengharapnya.
"Hishhh.. mak uda ni.. Jangan tinggi menggunung sangat mengharap tu. Nanti tak jadi lagi. Yang merana nanti saya. Kesian saya.."
"Tak mengharap. cuma kalau boleh lah.. Kalau dah tak boleh nak buat macamana.. Bukan jodoh kamu lah tu kiranya.." Mak Uda memberitahu.
"Apa yang rancak sangat diborakkan ni.. sampai tersedak-sedak Atie kat dalam tadi. Ni mesti ada yang tengah membawangkan pasal Atie kan?" tiba-tiba Liya muncul dari belakang Mak uda.
Mak uda dan Mak Andak terkejut dan perpandangan sesama sendiri dengan kemunculan Atie secara tiba-tiba itu dan kemudian memandang Munir.
"Borakkan pasal Munir ni ha lah Atie. Mintak dia carikan calon isteri cepat. Hampir semua sepupunya dah nak kawin. Dia ni masih gak tak jumpa calon. Tu yang suruh cari cepat."
"Oooh.. Bincang pasal Abang Munir ke.. Ingatkan pasal Atie."
Semua tak menjawab dan hanya tersenyum sambil memandang Munir.
"Abang Munir. Sibuk ke tak ni? Atie nak mintak tolong ni.."
Mendengarkan permintaan Liya, cepat aja Munjr bangun dan bersedia menurut apa yang Liya minta.
"Belum lagi sibuk. Nak saya tolong apa?"
"Pasangkan alas meja makan bawah khemah sana. Malam ni kan Angah nak nikah. Nanti tak sempat pulak nak siapkan urusan bawah khemah sana."
"Ye tak ye juga.. Mak Uda lupa lah pulak pasal khemah sana. Nasib baik Atie ingatkan. Haah.. Munir. Pegilah siapkan dengan Atie. Nanti Mak uda datang." Mak Uda memberi arahan.
"Jom.. Sementara saya tak sibuk ni."
Mereka berdua pun berjalan beriringan menghala ke khemah.
Melihatkan kemesraan Liya dan Munir, Mak andak dan mak Uda hanya tersenyum mengiring memandang mereka berlalu pergi.

"Betul juga apa yang Mak uda cakap tu Abang Munir. Sampai bila abang Munir nak tutup pintu hati tu. Dah 3 tahun kan peristiwa tu berlalu. Takkan lah nak tutup terus."
"Dulu saya tutup. Kira malas dah nak fikir. Tapi lepas saya kenal denga seorang awek ni, cam dah terbuka pulak balik nak terima seseorang dalam hati ni semula." sambil mereka berdua ligat berganding pasang alas meja, mereka berbual.
"Wahhh.. Alhamdulillah.. kalau dah ada calon. Atie tumpang gembira lah juga."
"Saya baru aja kenal. Tengah baru nak kenal hati budi dia je dulu. Kalau sesuai. insyaallah.. Atie doakan saya ye menjadi dengan dia ni."
"Insyaallah.. Atie akan doakan semoga perhubungan Abang Munjr denga dia dipermudahkan."
Munir tak menjawab dan hanya membalas dengan senyum.
"Awak lah gadis tu Atie. Saya nak kenal dengan awak. Kerana kemunculan awak lah buatkan hati saya ni terbuka semula untuk bercinta lagi. Saya nak jadikan awak calon isteri saya. Itu pun kalau Allah tu izinkan untuk awak jadi calon rusuk kiri saya yang hilang tu."
"Apa yang Abang munir mengelamun tu.. sambil senyum-senyum pulak tu. Teringat dekat awek tu lah ye.. Untung awek tu ada yang ingat dekat dia."
"Ehhh.. Atie tu pun untung juga apa.. Orang cantik macam Atie ni mesti ada ramai peminat dalam diam."
"Hishh.. Abang Munir ni. Malas Atie nak fikir tu semua. Atie nak sambung belajar dulu Kalau ada rezeki. Dah habis belajar, barulah fikir hal yang lain."
"Laa... kesian pada yang berhajat. Lama juga tu nak tunggu Atie habis belajar."
"Itu pun kalau Atie dapat tawaran sambung belajar lah.. kalau tak dapat, Atie trus aja lah kerja.."
Munir tak menjawab. Dia hanya mengangguk tanda faham.
Mendengarkan penjelasan Liya, Munir seakan rasa hampa dengan apa yang Liya ucapkan tadi.
"Lamanya lah saya nak tunggu awak Atie. Boleh ke saya nak tunggu awak? Kalau boleh saya nak cepat aja bersatu dengan awak. Tapi bila awak dah cakap macam ni, hmmm.. kenalah saya sabar menanti." Munir bergumam sendirian dalam hati.
"Abang Munir ikut tak hantar Angah nikah malam ni?" pertanyaan Liya memecah lamunan Munir.
"Haah.. Ikut. Atie ikut juga tak?"
Kena ikut lah juga sebab Along n Mak Uda ajak. Kalau ikutkan Atie malas nak pergi."
"Jom lah skali Atie. Jadi couple saya nak?"
"Hishh.. Abang Munir ni.. mengarut lah.. ada pulak macam tu. Nak couple bagai."
"Maksud saya bukan couple bercinta tu lah.. kita pakai sedondon warna baju. Jangan lah fikir lain. Apa lah Atie ni. Ke situ pulak. Tapi... kalau nak couple betul-betul pun apa salahnya.. saya ok je."
"Hishhh.. Abang Munir ni kan.. buat suspen Atie aja lah... Tak nak lah couple dengan Abang Munir. Nanti memanjang risaukan Abang munir sebab Abang Munir kan kerja sentiasa hadap bahaya. Tak tenang hati nanti.."
"Eehhhh... ke situ pulak dia fikir. Dah itu memang kerja saya. Kalau orang tu sudi terima saya dia pun nak kena lah juga terima kerja saya. betul tak?"
"Betul lah tu.. Apa yang pasti orang tu bukan Atie ye.. Atie tak bersedia lagi nak ada hubungan istimewa buat masa ni."
Munir tak membalas jawab. Dia hanya tersenyum kelat bila mendengarkan penjelasan Liya.
"oh ya... pasal baju tadi tu.. bukan ke memang semua pakai baju sedondon ke malam ni? Mak Uda ada tempahkan baju untul Atie. Bajubtunlah nanti Atie pakai. Lagipun Atie tak bawa baju kurung ke sini. ye lah.. ingatkan malas nak ikut. Tahu-tahu aja Mak Uda kata ada baju dah siap tempah untuk Atie pakai malam ni. itu pun baru ni tadi Mak Uda bagitahu."
"Ohhh... ye.. Haah.. baru saya ingat. Baju yang ditempah tu ye. Ok. Nanti saya pakai baju tu juga."

Menjelang malam.
Yang macam permintaan Mak Uda, Liya pakai baju yang Mak Uda dah tempahkan. Kebaya moden berwarna peach bersulam cantik di kaki baju.
"Wow.. cantiknya baju mak Uda tempahkan ni.. Kalah pengantin macam ni." Liya bercakap sendiri di hadapan cermin sambil berpusing dan berposing depan cermin.
"Wahhh. Cantiknya bila Atie dah pakai. nasib baik muat. Mak Uda mintak Along carikan baju Atie nak buat contoh baju nak ditempah. Nasib baik lah ok. Muat-muat pulak tu."
"Terima kasih Mak Uda. Tu lah.. Cantik sangat lah Mak uda. Kalah pengantin ni nanti. Tapi kenapa Mak Uda tak pakai sama warna dengan Atie? Kenapa Mak uda Lain?"
"Yang warna Atie pakai ni Mak uda pakai masa hari sanding Angah nanti. Disebabkan Atie tak dapat datang masa hari sanding Angah nanti, tu yang mak uda nak Atie pakai hari ni."
"Habis tu Abang Munir pun sama lah ni ye dengan Atie?" Liya minta kepastian.
"Haah.. kan korang berdua kerja hari besar tu nanti. Tu yang Mak uda bagitahu Munir suruh pakai baju yang sama denga Atie juga."
"Alaa... ni kira Atie denga Abang Munir sedondon lah ye?"
"Haah..."
Selesai berhias diri dan pakai tudung, Liya berjalan keluar mengarah ke khemah makan tempat semua berkumpul sebelum bertolak hantar pengantin. Sesampaianya Liya di khemah, semua mata tertumpu pada Liya.
"Kenapa semua pandang aku? Ada yang tak kena ke dengan cara aku pakai ni?" Liya kehairanan bila mata semua tertumpu kearahnya.

"Ini siapa yang nak jadi pengantin ni? Angah ke.. atau Munir dengan Atie ni? Kalah Angah macam ni.." Tiba-tiba Angah yang dah siap berbaju Melayu putih dan bersamping bersuara dari belakang.
"Kenapa pulak Angah cakap macam tu?" Skali lagi Liya pelik.
"Cuba Atie tengok Munir sana."
Atie memandang ke arah Yang Angah maksudkan. Kebetulan juga Munir sedang berjalan ke arah Liya.
"Macamana boleh kami aja yang pakai baju ni? Apasal semua tak sama dengan kami?" Munir bertanya.
"Korang berdua kan tak ada masa hari kenduri aku tu nanti. Tu yang mak aku suruh korang pakai baju ni hari ni." Angah beri penjelasan.
"Masalahnya kami berdua aja ni. Semacam lah pulak aku rasa. Macam aku denga Atie pulak yang macamnya nak bersanding naik pelamin malam ni?" Munir bergurau.
"Ok lah tu.. bila lagi nak merasa kan aura tu. Dulu tak jadi. So malam ni kasi jadi lah dengan Atie."
"Apa abang Ngah Ni.. Atie tak nak lah.. Ini dah kira kes naya kami ni." Liya mengelak.
"Eeeh.. dah lah.. Jom kita bergambar sebelum kita bertolak. Nak hilangkan kejap rasa gemuruh aku ni" Angah mengajak.
Sesi bergambar pun bermula. Liya dan Munir dijadikan mangsa duduk berdua di atas pelamin sementara yang lain apit di tepi. Sedara mara yang lain pun macam tu. Diminta Munir dan lIya berpasangan di atas pelamin, sementara yang lain apit di kiri kanan dan keliling.
"Abang Munir. Ni siapa yang jadi pengantin? Kita ke atau Angah? Kita pulak yang beria disuruh bergambar sama ni dah kenapa?" Liya meluahkan rasa tak puas hati nya.
"Mana saya tahu? Semua mintak kita bergambar sama. Saya pun pelik juga ni. Ke sebab kita berdua aja yang baju sedondon yang lain tidak?" Munir membuat andaian.
"ye lah kot. Aduhai.. Atie malu lah.. Nanti mesti dia orang fikir yang tidak-tidak padal kita."
"Aaahhh... lantaklah apa orang nak fikir. Janji kita tak macam yang diaorang fikir. Betul tak?"
"Betul juga tu. Layan kan aja lah apa yang dia orang nak Abang Munir." Liya mengalah.
"Atie.. nanti Atie tumpang Munir ye. Kereta Along dah penuh. Mak Uda, Mak Andak dengan Ijah naik kereta Along." Along Dee memberi pesan.
Liya yang kebetulan sedang berbual dengan Munir, memandang Munir minta kepastian."
"Laa... ingatkan Mak nak naik skali dengan aku. Dah kenapa pulak dia nak naik dengan kau Long?" Munir minta kepastian.
"Mana aku tahu. Dah itu yang mak kau nak. AKu ikutkan aja." Along Dee menjawab.
"Dah alang-alang kereta saya kosong, Atie dengan saya aja lah."
"Ok. Atie tak kisah. Asalkan sampai ke rumah pengantin."
Sebaik aja semua dah masuk kereta, Liya mula bergerak beriringan dengan Munir menghala ke arah kereta.
"Liya cantik sangat lah hari ni. Tu yang jadi tumpuan kot hari ni."
"Abang Munir pun segak juga apa malam ni. dah macam pengantin lah pulak. Silap gaya ni nanti tok kadi salah orang yang nak dinikahkan."
"Hishhh.. Atie ni. Jangan lah.. Kesian Angah. Malam special dia kan hari ni. Kalau macam tu.. Biar saya tukar baju lah Jangan bagi menyerlah sangat."
"Tak sempat lah nak salin. Dah lambat ni.. Semua dah bergerak tu. Jomlah kita pun gerak juga. Nanti tak jumpa lah pulak rumah pengantin."

Selesai majlis akad nikah Angah, Skali lagi Liya dan Munir jadi tumpuan. Mereka berdua diminta untuk betgambar sama. kali ni di pelamin sebelah perempuan pulak.
"Abang munir.. Kenapa kita yang jadi tumpuan ni? kenapa bukan pengantin?" Liya bertanya.
"Mana saya tahu. Dia orang salah sangka kot. Bukannya kita tak cakap dengan dia orang kan yang kita ni bukan couple. Cuma kebetulan aja yang kita ni sedondon." Munir cuba mengagak akan jawapan pada pertanyaan Liya.

"Korang nak tahu ke kenapa korang jadi tumpuan malam ni?" tiba-tiba Piki muncul di antara ramai-ramai Dan duduk di hadapan Munir.
"Tu yang aku nak tahu sangat. Kenapa??" Munir minta penjelasan.
"Korang berdua nampak secocok dan sepadan sangat malam ni. Macam sweet couple macam tu. Cam ada aura perfect couple aja cam tu." Piki cuba membayangkan.
"Hishhh.. kau ni Piki. Agak-agak lah... Aku dengan Atie ni baru aja kenal. Takkan lah sampai semua orang boleh fikir macam tu?" Munir cuba bertegas.
"Tak salah pun.. Kau orang berdua sama-sama single kan. Sesuai sangat apa." Piki menjawab.
"Kau jangan cakap macam ni depan Atie tau Piki. Nanti apa pulak dia fikir. Atie ni lain macam sikit orangnya. Silap cakap, langsung dia dah tak nak layan aku lagi nanti."
"AKu cakap dekat kau aja ni. Aku tahu kau suka dekat Atie tu. Cara kau pandang dia pun dah aku dah boleh Agak." Piki cuba membuat andaian.
"Aku aja yang bertepuk sebelah tangan pun tak guna Piki. Macamnya Atie ni belum bersedia lagi nak berteman. Sebab aku dah pernah tanya. So aku tak nak mengharapkan sangatlah." Munir cuba menyedapkan hatinya.
"Takpe.. kau mula slow dulu. Ikut aja rentak dia. Mana tahu suatu hari nanti dia terbuka hati." Pki cuba memberi keyakinan kepada Munir.
Melihatkan Liya berjalan ke arah mereka, Piki dan Munir tukar topik perbualan.
"Adoiiii.. penatnya lah.. Kalah pengantin macam ni. Rupanya ramai yang kenal Atie dekat sini. Semua kata pernah nampak Atie kerja dekat pasaraya kat Gombak sana. Disebabkan Atie nampak lain sangat bila tak pakai uniform, tu yang semua nak bergambar sama. Aaahhhh.. tak larat dah rasanya."
Liya melabuhkan duduk di sebelah Munir.
"Memang betul lah dia orang tu cakap Atie. Memang Atie nampak lain sangat malam ni. Aura cantiknya tu yang terserlah sangat. Sampaikan ada orang tu tak berkelip mata pandang Atie dari mula dia nampak Atie kat rumah tadi." Piki memuji.
"Siapa? Abang Munir ni ke? Ye lah tu.. Mata dia yang salah tu." Liya menjeling ke arah Munir yang sedang memandangnya.
"Munir.. Nanti boleh tak tolong hantarkan Atie balik Gombak. Along tak sempat lah nak hantar Atie. Along nak beli barang dekat pasar borong lah.." Tiba-tiba Along Dee muncul di belakang Piki.
"Hadoiiii.. Along ni.. Ada-ada aja alasan lah.. Ok lah.. Itu pun kalau orang tu sudi lah hantar kan atie." sambil itu Liya menjeling memandang ke arah Munir.
"Boleh aja Long. Aku pun memang nak kena balik malam ni juga sebab aku kena transfer sekejap ke gombak untuk urusan kerja sana dalam 3 bulan.
"Oooh.. ye ke? Elok sangat lah tu. Nanti hantar Atie terus balik rumah tau jangan menyimpang. Atie tu kerja pagi esok. Nanti tak terbangun pulak dia kalau lambat tido. Dah lah takde yang kejutkan dia esok.." Rusdi memberi arahan.
"Ok long.." Munir menyahut.
"Bila pulak kau dapat arahan transfer Munir?" Piki bertanya.
"Petang tadi. Nasib baik semua barang kerja aku ada dalam kereta. kalau tak, jenuh aku nak balik ambik barang."
"Atie dah makan ke? Kalau dah makan, boleh lah kita gerak balik ambik barang Atie dekat rumah Mak Uda lepas tu kita gerak balik Gombak." Munjr memberi arahan.
"Malas lah Atie nak makan. Lewat petang tadi Atie dah makan. Macam kenyang lagi lah pulak. Jom lah kita gerak balik."
"Jom kita jumpa Mak uda n mak saya kejap. Nanti dia orang mencari kita pulak kalau tiba-tiba kita hilang."
"Jom lah" Liya mengajak.
Terus aja Liya dan Munir dapatkan mak uda dan Mak Andak.
"Mak.. Munir nak balik dah ni. Esok Munir kena lapor diri dekat gombak. Baru dapat arahan petang tadi."
"Laa.. ye ke. Haa.. ye lah.. Elok-elok bawak anak dara orang ni. Hantar balik terus tau. Jangan menyimpang pulak ke lain." Mak Andak memberi nasihat.
"Ye...Munir tahu lah.. Mak ni pun.." mereka pun bersalaman dan mula bergerak keluar dari rumah pengantin perempuan.

Sesampainya mereka di rumah Mak Uda, Liya terus berkemas apa yang perlu. Sementara menunggu Munir berkemas barang yang dia nak bawa, Liya makan dulu.
Liya memang saja tak nak makan di rumah pengantin perempuan tadi disebabkan dia nak makan di rumah mak uda. Ada lauk kegemarannya yang disediakan oleh keluarga mak uda sebabnya iaitu patin tempoyak.
"Pandai ye alasan tak nak makan dekat rumah pengantin tadi. Rupanya dia nak makan lauk dirumah sini ye. ." Munir menegur dari belakang Liya.
"Memang lah.. Makanan kegemaran Atie ni tau. Petang tadi Atie ada dengar Ucu nak masak lauk ni. Tu yang tahan perut tak nak makan dekat sana." sambil menyuap Liya bercerita.
"Patut lah... Macam sedap aja Atie makan, Nak join makan juga lah." melihatkan Liya berselera makan, Munjr juga seakan terliur.
"Jom lah.. Nanti kita boleh terus balik. Tak payah singgah mana-mana."
"Kan.."
Mereka pun makan bersama sambil berbual.

Sebelum bertolak balik, Liya dan Munjr bersalaman dahulu dengan saudara mara yang datang rewang malam itu.
"Kamu berdua ni memang pakat sama ke.. Cuti sama, Pakai baju pun sama. Nak balik pun sama ni?" Ucu mengusik.
"Tak berjanji pun.. kebetulan aja. Yang pasal baju ni, Mak Uda punya idea lah yang beria suruh kami pakai. Ingatkan semua pakai baju sama malam ni. Tau-tau aja kami berdua aja yang pakai."
"Haah.. pasal baju yg kamu berdua ni pakai, memang kami nak pakai masa hari langsung nanti. mungkin disebabkan korang berdua takde masa hari langsung, tu yang Mak Uda suruh kamu berdua pakai malam ni agaknya.." Ucu membuat penjelasan.
"Takpe lah ucu. Kami nak gerak balik dah ni. Nanti lewat malam pulak sampai rumah."
"Ye lah.. Hati-hati memandu tu Munir. Kau tu bawa anak dara orang jauh. Balik terus hantar rumah. Jangan nak menyimpang ke tempat lain pulak."
"Ye Ucu.. Munir tahu lah.. Apa makna Munir jadi polis kalau tak jaga keselamatan orang terdekat. Ucu ni pun.. Agak-agaklah.." Munir bertegas.
"Ucu gurau aja lah.. tu pun nak sentap.."
"Tak sentap, Terasa sikit.. hihihi.."
Selesai bersalaman, Liya dan Munir bergerak keluar dari rumah Mak Uda.

Dalam perjalanan...
"Kalau saya ada masa lapang, boleh lah saya datang jumpa Atie dekat tempat kerja Atie." Munir meminta izin.
"Boleh aja.. datang lah. Kalau kebetulan saya sibuk masa tu, mintak maaf lah ye sebab tak dapat nak layan borak." Liya memberi tahu.
"Saya kalau nak datang jumpa Atie, saya akan tengok dulu dari jauh. Kalau Atie tak sibuk saya datanglah tunjuk muka Kalau Atie tgh sibuk, saya tak kacau lah."
"Ok. Dah sampai rumah ni..Terima kasih ye Abang Munir tolong hantarkan Atie balik. Hati-hati ye memandu balik. Ada masa nanti kita jumpa lagi. bye.. Assalammualaikum..."
"Wa'alaikumussalam.. Bye.. Bila-bila ada masa lapang saya datang jengok Atie dekat tempat kerja. Atie pergi masuk rumah dulu. Kunci pagar dan pintu tu dulu. Atie dah selamat masuk dalam rumah, baru saya pergi."
"Ok."
Liya pun ikut apa yang diarahkan oleh Munir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience