"Assalamualaikum... Ustaz Yusri kawan lama.." sebaik aja dua sahabat ni bersua masing-masing bersalaman dan berpelukan.
"Lamanya kita tak jumpa ye Hakim. Dah setahun kot kita tak jumpa. Setakat jumpa sembang dekat telefon aja kita ni." Ustaz Yusri berkata sambil duduk memberikan kerusinya.
"Tulah..Salah aku juga..sibuk aja memanjang. Kau tahu aja lah tugas sebagai doktor ni..standby 24 jam. Lagi-lagi doktor bujang macam aku ni." Hakim mula bercerita.
"Ehhh.. Cerita pasal bujang ni, aku terkejut bila tiba-tiba kau suruh aku bawakkan dokumen mohon nikah. Siapa yang nak nikah ni?" Yusri minta kepastian.
"Aku yang nak nikah..Kalau boleh dengan kadar segera kau uruskan permohonan aku tu dalam seminggu ni. boleh tak" Hakim membuat penjelasan.
"Kau yang nak nikah??? Kenapa tiba-tiba ni Hakim?? Jangan kau nak bgtahu aku yang kau dah mengandung kan anak dara orang." Yusri seakan terkejut dengan permintaan Hakim.
"Hishhh... Mulut kau ni Cabul lah. Mana lah aku sempat nak bercinta dengan sesiapa. Dengan jururawat sini pun aku tak de selera lah. Kau ni pun.. Agak-agak lah nak serkap jarang dekat aku ni " Hakim seakan tertawa dengan tanggapan Yusri tu.
"Sory lah..aku cuma terkejut aja. Sebab mendadak aja permintaan kau ni. Lepas tu mintak disegerakan dalam seminggu.. Macamana lah aku tak fikir yang bukan-bukan. Sebab kebanyakkan kes yg nak mohon segera ni yang macam aku cakap tadi lah." Yusri membela diri.
"Aku dah jumpa balik buah hati aku yang aku dah tinggalkan dekat 5 tahun tu." Hakim mula bercerita
"Yang kau cerita kau dah memang cintakan dia sejak zaman sekolah tu ke? Budak yang sama sekolah dengan aku tu?" Yusri minta kepastian...
"Kau ingat lagi ke dengan budak tu?" Hakim bertanya.
"Mau nya aku tak ingat. Masih segar lagi dalam ingatan aku ni muka dia tau Hakim. Walaupun dia susah nak nampak senyum, tapi bila dia dah senyum, aduhaiii...nak.luruh jantung aku tau. Sory lah Hakim. Aku pun dulu dalam diam ada hati juga kat dia. Cuma aku takut nak dekat sebab aku dapat tahu ada budak kelas lain yang tengah gila angau dekat dia sampaikan satu sekolah tahu yang dia angau gila dekat dia ni. Habis satu sekolah dia sebar kata yang awek ni buah hati dia. Jadinya ramailah yang makan hati. Bukan aku sorang aja rupanya yang berkenan dekat budak perempuan ni. Tak sangka lah juga ramai yang memendam rasa. " Yusri bercerita panjang lebar
"Oiittt... apasal aku tak tahu? Kiranya kau ni dulu saingan aku lah juga ye.." Hakim membulatkan matanya terkejut.
"Alaaaa.. Hakim. itu kisah zaman sekolah dulu lah.. bila dah masuk universiti aku dah lupa langsung pasal budak tu. Ada masa aku teringat lah juga kat dia bila aku terpandang ada budak kolej aku yang mirip dia. Tapi sayang perwatakan dia aku kurang berkenan.. sosial sangat.. Langsung tak sama macam dia yang lembut. sopan dan pandai jaga diri. Tak pandai bergaul dengan lelaki." Yusri bercerita.
"Aku ringkaskan cerita lah ye. Aku jumpa dia semula dekat kecemasan semalam dan diletakkan dekat wad aku bertugas."
"So.. Apa kena mengena dengan borang permohonan nikah ni dengar dia?" Yusri seakan pelik
"Aku nak nikah dengan dia dalam kadar segera sebelum dia dibedah pada minggu depan. Aku nak jaga dia sepenuhnya secara sah bila dia dah selesai pembedahan nanti. Dah cukup lama aku tanggung perasan dan rindu aku dekat dia selama 5 tahun ni. Kali ni aku tak nak lepaskan dia lagi dah." Hakim membuat penjelasan.
"Haaa??? Dia sakit apa Hakim?? Kau biar betul?" Yusri sangat terkejut dengan penjelasan Hakim.
"Dia datang semalam dalam keadaan tak stabil. Subuh tadi dia 2 kali pengsan dan koma sekejap. Lepas kami buat pemeriksaan secara menyeluruh, kami dapat kesan yang otaknya ada darah beku. Jantungnya sedang bengkak dan ada saluran yang tersumbat. Dia juga sedang dalam gangguan emosi yang sangat tak stabil yg menyebabkan jantungnya bengkak dan darah beku yg ada dalam otaknya sekan laju bergerak dan merbahaya nyawa dia. Aku ambil cuti panjang nak jaga dia.Kes dia sekarang bawah jagaan Indra." Hakim bercerita..
"Allahuakbar... sebelum kau jumpa dia semula, dia tengah ada masalah berat ke Hakim sampai macam tu jadinya." Yusri cuba meneka.
"Haah.. dia tengah dalam tekanan melampau Yus masa dia sampai dekat kecemasan.. dengan demam panasnya." Sambil berbual mereka mengambil pinggan dan mengambil juadah makan yang mereka nak makan. Selesai membayar, mereka mengambil semula tempat mereka duduk seawal tiba tadi.
"Bila kau melamar dia?" Yusri bertanya.
"Sebelum aku call kau tadi." Hakim menjawab ringkas.
Yusri tersedak sebaik mendengar jawapan Hakim. Sambil ketawa hakim menepuk belakang Yusri melegakan perit tersedak Yusri.
"Gelojoh lah kau ni Hakim. Terkejut aku." Yusri meneguk air bagi menghilangkan rasa perit tekak akibat tersedak tadi.
"Bukan gelojoh. Aku tak nak aku terlepas peluang lagi. Sebab pembedahan kali ni sangat berisiko. Memungkinkan dia akan lumpuh sementara berdasarkan ketulan darah beku tu dalam saluran yang merisikokan dia.. Aku tak nak orang lain yang uruskan dia. aku nak aku sendiri yang jaga. Aku memang cinta mati dekat dia tau tak Yus. Kalau aku kehilangan dia kali ni, aku akan menyesal sepanjang hayat aku sebab tak jaga dia dengan baik sedangkan aku pakar dalam penyakit dia ni"
"Ku faham situasi kau sekarang ni. Aku ada bawak semua borang yang perlu diisi. Lagi satu Dia ada wali tak?" Yusri bertanya.
"Aduhhh.. itu aku tak tahu..kejap aku call kakak dia." terus aja Hakim mengambil telefon bimbit nya dan mencari nombor kak Long Izzah dan terus mendail.
"Assalamualaikum...kak Long. Hakim ni." Hakim memuliakan perbualan
"Waalaikumussalam..Ada apa Hakim? Atie ok ke?"
"Atie ok. Dia tengah ditidurkan. Bagi dia rehat. Saya dekat luar ni kak long."
"Ada apa Hakim telefon ni. Kak Long dengan Abg Long tengah dalam perjalanan balik kampung ni nak ambik mak."
"Oooh .ye ke. Hakim nak tahu Along ada wali tak yang akan nikahkan kami nanti?"
"Aduhhh..itu masalahnya..kami takde wali. Kami berwali hakim sebab arwah bapak takde waris lelaki yang membolehkan menjadi wali kami"
"Ooh..pakai wali hakim ke Kak Long?" sambil itu Hakim membuat isyarat mengatakan dekat Yusri tiada Wali. Yusri mengangguk tanda faham
"Haah Hakim. Camna ye."
"Tak pe kak long. Hakim ada kawan kat pejabat agama. Hakim ada dengan dia ni nak bincakkan pasal proses nikah Hakim dengan Atie nanti " Hakim bercerita.
"Haaa... Hakim bincanglah apa yang perlu. Sementara kak Long ada di kampung ni nnt Hakim bgtahu apa yang perlu kak long uruskan dari sini."
"Nanti saya call kak long semula kalau ada yang perlu. Assalamualaikum...kak long" Hakim menamatkan perbualannya.. Sementara kak Long juga menjawab salam dan menamatkan perbualan juga
"Ok..nanti aku uruskan bab wali hakim tu. OH Ye.. Kalau kau tak keberatan lah..Aku nak jenguk dia boleh? kena mintak izin kau dulu ni sebab dia dah bakal jadi hak milik kau tak lama lagi."
"Boleh je. Kau pun dah makan kan. Jom lah. Tapi dia tgh tidur. Indra baru bagi ubat tido sebab nampak dia penat sangat."
"Takpe..asalkan aku dapat tengok dia buat kali terakhir sebelum dia bergelar isteri pada kau." Yusri hanya tersenyum
Selepas itu mereka mula bergerak menuju ke wad Liya.
sesampai sahaja di dalam ruang bilik Liya, Indra sedang meneliti bacaan yang tertera di monitor kiri dan kanan Liya.
"Assalamualaikum...Indra."
"Eh . Hakim. Kau tak balik lagi?" Indah terkejut dengan kedatangan Hakim.
"Ni aku bawakkan kawan kita. katanya nak jumpa Atie. Dah lama katanya tak jumpa Atie. Peminat Atie dalam diam juga ni kau tau tak Indra masa zaman sekolah dulu."
Indra berkerut melihat Yusri cuba mengingatkan semula orang yang di hadapannya..
"Yusri Awaluddin ex student 5 Tasawuf. Kan"
"Mohd Indra Shah Putra. Ex student Sains Biologi. Wahhhhh..tak sangka kita jumpa balik ye lepas Lost contact habis SPM.kan." Indra dan Yusri berpelukan..
"Kau ni Hakim...aku igt ustaz Yusri mana lah kau nak jumpa tadi.. Yusri kawan lama aku ni ke... Ya Allah..Kerana Atie kita jumpa semula kan...tak sangka betul lah."
"Aku ke sini nak tengok Atie. Terkejut sangat aku bila hakim cerita pasal gadis pujaan aku ni satu masa dulu. Tu yang aku mintak izin dgn Hakim nak tengok Atie sebelum dia bergelar Isteri orang tak lama lagi ni."
"Kau tengoklah sendiri Yus keadaan Atie." sambil itu Indra membawa Yusri menghampiri Liya secara lebih dekat.
"Patut juga lah Hakim tak nak lepaskan dah Atie bila dah jumpa semula. Makin cantik rupanya walaupun wajahnya menyimpan pelbagai kesengsaraan jiwa." Yusri merenung ke wajah Liya yang berselirat dgn bermacam wayar di kepalanya.
Sementara Hakim menghampiri Liya dan seperti rutinnya. Umbun-umbun Liya yang berlapik tudung itu dicium sambil membacakan sesuatu'.
"Kau buat apa tu Hakim? Belum sah kan?" Yusri terkejut dgn tindakan Hakim secara tiba-tiba itu.
"Aku tahu lah berlapik kan. Kalau tak berlapik aku tak buat lah."
"Oooh..Atie pakai tudung ke tu aku tak perasan. igtkan rambut dia tadi?"
Indra dan Hakim mengangguk.
"Aku tak boleh nak lama ni. Aku ada janji dgn org lain ni. Pasal permohonan ni Hakim..aku akan cuba segerakan semampu boleh. Kau isi semua borang ni dah selesai isi, serah dekat aku."
Hakim mengangguk tanda faham dan menghantar Yusri sampai ke pintu keluar wad
"Sampaikan salam aku dekat Atie nanti Hakim. Katakan secret admire Atie zaman sekolah kirim salam."
"Insyaallah.. aku sampaikan nnt dekat Atie. Apa² berita pasal Atie nnt aku bgtahu kau. Kau pun berhak tahu pasal Atie sebab pernah kenal dengan Atie juga kan." Hakim bersikap jujur dan. terbuka.
Hakim tahu Liya sememangnya ada daya tarikannya tersendiri yang sukar diungkap oleh kata² setiap lelaki yang mengenalinya. Biarpun hanya memandang dari jauh tanpa menghampiri nya. Hakim langsung tak berkecil hati andai ada yang meluahkan sebelum ini ada menyimpan perasaan terhadap Liya dalam diam. Namun andai sudah ketentuan Illahi bahawa Liya adalah jodohnya, akan diterima dgn hati terbuka kerana cintanya terhadap Liya langsung tidak pernah pudar sungguhpun suatu ketika dia terlupa akan kewujudan Liya dalam hidupnya buat seketika. Kini cintanya semakin menggunung dan hanya menanti saat dan ketikanya sahaja untuk ditumpahkan isi gunungnya terhadap Liya.
Sementara peristiwa di kampung...
Ibu Liya agak terkejut dengan kepulangan Anak dan menantu sulong nya secara tiba-tiba di perkarangan rumahnya..
"Kenapa balik tak nak bagitau mak. Dapat lah juga mak sediakan makan malam. Dah lah lauk semua dah takde ni." Mak Yah menyambut salam dan peluk cium dari ank menantu nya di muka pintu.
"Kami balik ni pun mengejut aja mak.Tak rancang pun." Izzah memimpin Mak Yah duduk di kerusi rotan yang tersedia di ruang tamu.
"Ada apa sebenarnya ni Izzah.. Rusdee.. Ehh. cucu mak mana? kenapa tak bawak sekali?" Mak Yah mencari-cari kelibat cucu nya.
"Kami tak bawak sekali mak. Kami tinggalkan dekat rumah besan mak buat sementara ni. Kami ada urusan penting sebenarnya balik mengejut ni." Rusdee memandang Izzah bersilih ganti dengan Ibu mertuanya itu Mak Yah dalam nada yang agak serba salah untuk diluahkan beritanya.
"Lain macam aja bunyi ayat kamu ni Rusdee. Along??? ada apa sebenarnya ni? Adik sihat aja kan dekat sana? Adik tak apa-apa kan?" Naluri keibuannya mula berdetik seakan kurang enak saat Izzah dan Rusdee berpandangan sesama sendiri.
"Makkk... Along nak mak bertenang tau terima berita ni. Along pun baru dapat tahu berita ni dalam kul 10 pagi tadi sepupu Rusdee yang bagitahu." Izzah mengubah duduknya melutut di hadapan mak Yam sambil kedua jemari mak Yam digenggam erat dan dicium.
"Hati mak tak sedap ni.. Kenapa dengan Adik ?, Izzah??" suara Mak Yah muka bergetar.
Izzah mengeluarkan telefon bimbit nya dan menunjukkan gambar keadaan Liya kepada Mak Yam...
"Ya Allah... Allahuakbar.... kenapa dengan adik Izzah????" Mak Yah terus meraung menangis saat gambar tu dilihat dari telefon bimbit Izzah..
"Makk...katanya Adik pingsan tengahari semalam dekat rumah mak angkatnya di Janda Baik sebab kena demam panas. Tu yang dibawak ke hospital. Adik trus ditahan dekat wad disebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah tak stabil. Awal subuh tadi adik pingsan lagi masa nak siap solat subuh. Adik langsung takde tindak balas dan koma beberapa jam. Lepas tu Adik sedar semula. Masa tengah bersarapan, Adik pingsan lagi dan terus koma hingga ke petang.. dalam pukul 2 petang tadi adik sedar semula.. Alhamdulillah adik ok. Tapi adik akan ditahan lama lagi di hospital disebab ada masalah dengan jantung adik dan ada darah beku di otak adik. Tu yang buat adik kerap pingsan." Izzah bercerita...
"Allahuakbar.... Adikkk!!!" Mak Yah menangis lagi.. air matanya turun dengan lajunya hatinya sebak dan hancur saat terima berita Izzah berkenaan puteri bongsu nya itu.
'Makk... ada satu lagi berita yang Along nak sampaikan ni. Ada yang sudi nak jaga adik dah. Dia dah melamar Adik dan adik dah pun terima. bakal menantu mak seorang doktor pakar bedah. Asal orang daerah sini juga cuma dah berpindah beberapa tahun dulu." Izzah menyampaikan satu lagi berita..
"Adik dah ada teman lelaki? sejak bila? mak tak tahu pun??" Mak Yah terkejut
"Bercinta sejak sekolah rupanya mak. Terputus hubungan masa doktor ni sambung belajar dan pindah rumah. Masa adik masuk wad lah semalam mereka berjumpa semula.. terus aja doktor tu melamar adik. Adik pulak setuju.. Tu yang kami balik ni nak mintak restu mak nak segerakan pernikahan adik. Kalau boleh nak nikahkan adik sebelum pembedahan. Sebab adik akan dibedah pada minggu depan seboleh-bolehnya sebab kalau lambat bedah adik dalam bahaya.." Izah bercerita.
Mak Yah termenung seketika memikirkan apa keputusan yang nak dibuat.
"Mak ikut aja mana yang terbaik untuk adik janji adik selamat dan ada yang sudi menjaganya dengan baik. Soal nak cari wali, nanti mak bincang dengan yang pernah jadi saksi wali nikah kamu dulu. Nasib baik mereka masih ada. Esok kita pergi pejabat agama dan bincang perkara ni dekat pejabat agama nanti." Mak Yah memberi kata putus.
Selama 3 hari Izzah dan Mak Yah mengulang ke pejabat agama menguruskan soal wali hakim untuk Liya. Akhirnya nya selesai juga dengan bantuan kawan Izzah yang kebetulan bertugas di pejabat agama daerah kampung mereka.
Share this novel