BAB 29

Romance Series 17488

"Abang... boleh tak kita jalan-jalan ke pantai.. Lama Liya tak ke pantai." Ketika Liya dan Sham dah berada dalam kereta untuk keluar dari ruang pakir shopping mall, Liya meluah cadangan.
"Sayang nak pergi mana? Abang bawakkan. Tapi jangan lah jauh sangat. Nanti lewat pulak kita nak balik."
"Tak kisah. Asalkan dapat berjalan atas pantai Dan menikmati keindahan pantai."
"Emmm... Apa kata kita pergi Telok Batik?"
"Nak.. Jom lah.."
Sepanjang perjalanan ke Telok Batik, Liya dan Sham rancak berbual dan bergurau. Ada sahaja yang diusik oleh Sham yang ada kalanya Liya merajuk dan ada kalanya marah. Namun Sham bijak dalam memujuk. Seringnya Liya kalah dengan pujukan Sham.

Sesampainya di pantai, Liya dan Sham berjalan menyelusuri pantai sambil berpegangan tangan, bermain air, berbual dan bergurau senda. Setelah puas bersiar-siar..
"Abang.. Jom cari tempat berteduh bawah pokok. Panas lah. Kaki pun dah lenguh ni." Liya mengadu
"Nak abang dukung ke?" Sham buat tawaran sambil tersenyum nakal.
"Tak nak lah.. Sweet sangat nanti."
"Sweet lah Best." Munir tangkap kaki Liya dan Liya dalam dukungan Sham.
"Abang.. Liya berat lah.. Nanti abang yang sakit pinggang, tau lah..." sambil tu tangan Liya berpaut pada leher Sham.
"Liya tak berat mana lah. Kalau abang tak larat tadi, abang dah turunkan Liya tau. Ini abang boleh lagi bawa."
Melihatkan Sham begitu bersahaja mendukung, Liya berasa sangat kagum dengan Sham. Sambil itu Liya merenung Sham.
"Kenapa tenung abang macam tu?"
"Sweet sangat sampaikan Liya rasa macam kita tengah honeymoon pulak."
"Ni namanya Pra-Honeymoon." Sham berseloroh.
"Kita tengah honeymoon ke ni?" selepas itu Liya ketawa.
Sesampainya di kawasan yang sesuai, Sham dudukkan Liya di atas batu berhampiran pokok. Sham kemudian duduk di sebelah Liya.
"Abang.. Kalau lah hubungan kita ni dapat tentangan dari keluarga, abang nak teruskan juga ke hubungan kita ni?" tiba-tiba Liya bertanya.
Sham terus berkerut muka bila mendengarkan soalan Liya.
"Kenapa sayang tanya soalan macam tu?"
"Entah lah.. tergerak hati nak tanya." Liya menjawab. Sham kehairanan dengan soalan Liya.
"Dengan keluaraga abang, rasanya takde masalah. Abang takut tentangan ni datangnya dari keluarga sayang." Sham meluah rasa.
"Kenapa abang boleh cakap macam tu?" giliran Liya pula berasa pelik.
"Gerak hati abang, sayang. Sebelum sayang setuju terima abang haritu, abang tak tahu kenapa gerak hati abang kata yang hubungan kita ini akan dapat banyak halangan. Sedangkan abang nak dapatkan sayang pun halangannya macam-macam."
"Abang.. jangan lah fikirkan yang buruk tu dulu. macamnya abang tak yakin aja hubungan kita ni akan berpanjangan?" Liya memegang lengan Sham dan baring melentok ke bahu Sham.
"Sayang...Bukannya abang tak yakin, cuma dapat rasakan apa yang bakal kita lalui nanti akan banyak dugaan. Kuat dengan tak kuat aja lah kita tempuh nanti." Sham membetulkan duduknya supaya lebih selesa dengan lebih rapat dengan Liya hingga bahu dan kaki mereka bersandar antara satu sama lain. Tindakan Sham membuatkan Liya mengangkat kepalanya dari bahu Sham dan memandang Sham sambil meletakkan wajahnya di atas lututnya sendiri yang dinaikkan.
"Liya takut lah kalau halangan yang datang tu nanti akan hancurkan hati kita berdua. Sakit yang kita berdua terpaksa hadap demi kebaikan bersama. Tapi Liya dah tak sanggup lah nak lalui kesakitan tu lagi. Sakit yang lama tu baru aja nak baik ni. Harap sangat lepas ni biar bahagia yang datang.Jangan lah lagi luka yang menambahkan luka. Liya tak tahan lah.. Ye abang? Liya cintakan abang sangat tau.Kalau boleh..Cinta kita ni akan berkekalan hingga ke hujung nyawa kita bersama. Azlisham..I love you so much.." Liya meletakkan kepalanya semula di bahu Sham.
"Alamak..meremang kejap abang bila Liya lembut dan sweet sangat macam ni. Yang paling abang tak tahan ni.. Amboiiii.. manjanya dia.. Sooo.. Ini lah sebenarnya diri kesayangan abang ni ye? Manja rupanya. ye?."
"Siapa juga yang manjakan Liya? Abang kan? Bila lagi Liya nak tunjuk diri Liya sebenarnya. Kalau orang tu layan Liya baik,lagi Liya manja tau. Manja yang buat abang lagi cair"
"Abang suka sangat Liya yang manja ni sebab buat abang cair. Ini pun abang dah cair sangat. Tapi abang tergugat iman kalau Liya banyak sangat buat muka. Geram tercabar juga dibuatnya."
"Jahat lah abang ni.. Liya tak boleh tahan dengan miang abang tu. Melampau sebabnya. sweet selalu macam ni kan Best." jemari Sham Liya buat main dan diletakkan di pipinya.
"Sayang.. abang pun sama macam sayang juga. Makin lama abang makin cintakan sayang tau. Makin lama makin menggunung cinta abang pada sayang. Siapa kata abang tak takut dengan perpisahan. Itu lah yang abang tak suka tau. Yang paling penting kita berdua ni nak kena kuat harungi dugaan tu nanti. Insyaallah.. kalau Sayang kuat, abang juga akan lagi berlipat ganda tambah kekuatan. Nuratiliyah Humairah.. sayang adalah jantung hati abang dan kalau boleh abang nak sayang lah tulang rusuk kiri abang selamanya tu nanti. I love you too sayang." Sham menyandarkan kepalanya ke kepala Liya yang sedia dah terlentok di bahunya.
Tangan kiri Sham merangkul pinggang Liya dan tangan kanannya menggenggam jemari Liya. Manakala separuh dari belakang badan Liya bersandar pada badan Sham dan kepala Liya bersandar di leher kiri Sham.
Mereka berdua berkeadaan sedemikian dalam tempoh yang agak lama seakan sedang melayan perasaan masing-masing sambil menikmati pemandangan keindahan pantai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience