BAB 41

Romance Series 17488

Sementara Liya di kampung....

Selepas semua seisi kelas 6 Anggerik dah ambil slip keputusan, mereka berkumpul di satu tempat.
"Macamana result semua? ada peluang ke sambung belajar masing-masing?" Sandra bertanya.
"Aku insyaallah.. Ingat nak sambung ke UKM." Liya menjawab
"Ammar.. Kau?" Zarith tanya.
Ammar tak jawab. Dia hanya menayangkan slip keputusannya.
'Wahhhhhh... Tahniah Ammar. Tak sangka aku kau boleh cemerlang macam tu. walhal kau dulu punya lah teruk result nya."
"Aku letak Atie sebagai pembangkit semangat aku. Tiap kali sturdy aku cakap.. Nak dapatkan Atie kena belajar betul-betul supaya dapat belajar tempat yang sama dengan Atie. Tiap hari aku buat macam tu lah. Sambil tu Tiap hari juga aku selit dalam doa solat aku supaya hubungan aku dengan Atie dipermudahkan..." Sambil itu Ammar menjeling ke arah Liya.
"Wahhhh... untung lah ada yang jadi pembangkit semangat. Aku gak yang kesian. Tak dapat gak lagi calon yang sesuai." kata Azrai.
"Ammar.. Suka hati aja kan buat Atie ni jadi bahan untuk Ammar rajin belajar." pinggang Ammar dicubit.
"Tangan tu tak pernah lah nak diam kan. Asik nak menyepit aja kan. Nanti Ammar panggil Atie sa.. nak?" dalam nada berbisik Ammar mengugut.
"Ok.. ok.. jangan sebut. Atie Janji lepas ni tak akan cubit lagi." Liya mengangkat tangannya tanda janji sambil senyum.
"Tahu takut..mintak sini tangan tu Ammar nak pegang. Kalau tak nak bagi...sa..." Ammar mengusik sambil. mengugut.
"Tak nak... Malu lah. Tak payah lah. tempat awam ni kan.. bagi contoh tak elok lah dekat budak-budak sekolah ni." Liya mengingatkan.
"Haah lah.. ada budak sekolah rupanya. Sory.. Ammar lupa."
Liya hanya menggeleng sambil senyum.
Suasana agak riuh ketika itu dengan suara seda gurau dan usik mengusik antara satu dengan yang lain. Bila kehadiran guru dan pendidik yang pernah mengajar mereka ke kumpulan mereka, menambahkan lagi kemeriahannya.
"Ni sweet couple ni bila rancang nak naik pelamin? Teacher tengok bercintanya dari under six lagi.." Mr John menegur Liya dan Ammar.
"Mana ada kami bercinta lah Mr John.. kami ni bersahabat aja lah.. nak sambung belajar dulu lah lepas tu baru fikir yang lain." Liya menafikan.
"Boleh aja kalau kawin awal. Boleh sama-sama pergi belajar dekat tempat yang sama. Takdelah nanti sorang utara sorang selatan."
"Tu sebab saya kata sambung belajar dulu. Soal hati perasaan ni.. biar tolak tepi lah dulu." Liya menjawab lagi.
"Kesian pada yang menunggu.." bahu Ammar di tepuk-tepuk oleh Mr John sambil senyum memandang Liya. Ammar pulak hanya senyum sambil peluk tubuh juga memandang Liya.
"Adoiiii.. Mr John pun ingat kami tengah hangat bercinta ke? Tak lah... Adooiiiii... " Liya membela diri dalam nada suara hampir menangis.
"Ok.. ok.. I usik you sahaja. Gurau manja sahaja ma.. You marah I ke Atiliya? "
"Tak marah.. cuma tak suka cara orang anggap pada hubungan kami. Itu aja. Sorry mr John buat Sir terkejut dengan respon saya tadi." Liya meminta maaf.
"Takde hal ma... Janji you berdua happy always macam selalu yang I nampak dan semua orang nampak. Betul tak guys?
"Betul!!!! " Semua jawab dengan serentak.
"Aduuhhhh.. Malunya jadi tumpuan kali ni.." Liya ambil handbag dan menutup wajahnya yang dah berona merah menahan malu. Ammar pula tersenyum gembira.
Sebelum semuanya bersurai, pensyarah dan pendidik kelas 6 Anggerik memberikan ucapan ringkas dan kata semangat buat semua yang hadir. Setelah itu akhir sekali sesi bersalaman dengan semua pendidik. Masa ini lah pelbagai drama air mata yang jadi. Termasuk lah dengan Liya. Selepas itu semua bersurai menuju ke haluan masing-masing.
"weeiiii.. yang macam kita bincang 2 hari sudah, siapa yang free, jom gi Latar." Ammar mengajak.
"Ala.. aku terlupa nak bawak baju salin. Takpe.. korang gerak dulu, aku akan menyusul kemudian. Kalau ada yang nak join aku sekali nanti, rojer aku lepas tu tunggu tepi jalan besar tau. Nanti aku tak perasan pulak."Wldan buat pelawaan.

Dalam kereta..
Liya hanya diam membisu tanpa sebarang respon. Hatinya dirasakan sangat marah kepada Ammar kerana membuatkan semua orang menyangkakan mereka sedang hangat bercinta. Sedangkan mereka baru sahaja sehari bertemu semula.
"Atie sayang... kenapa dengan kesayangan Ammar ni masam mencuka aja sejak masuk kereta? Ha?" sambil itu hidung dan pipi Liya diusik manja.
"Orang tengah bengang ni tau tak.. bengang sangat-sangat dekat awak."
"Apa yang sayang bengang sangat ni? Pasal semua hal yang jadi dekat sekolah tadi ke?" Ammar bertanya dalam nada lembut.
"Habis tu? Ada hal lain lagi ke? Kita dah bincang hal ni banyak kali kan. Semalam pun kita bincangkan lagi."
"Sayang.. dengar sini Ammar nak cakap.. Sayang.. pandang Ammar sekarang..." Ammar hilang fokus untuk memandu bila Liya semakin beremosi dan membuatkan Ammar memberhentikan pemanduannya di bahu jalan
"Sayang.. Pusing sini pandang Ammar." ditariknya kedua bahu Liya dan muka Liya pusing ke menghadap dia.. Wajah Liya pula di dongakkan supaya Ammar boleh memandang mata Liya..
"Tadi Ammar cuma cakap kumpul duit nak masuk meminang sayang aja. Ammar tak bagitahu kan bila Ammar nak pinang sayang? Lepas tu yang pasal usikan semua kawan-kawan dan pensyarah semua, dia orang semua memang dah lama perhatikan kita lah. Ammar tak pernah pun cerita apa-apa dekat pensyarah tu semua. Selama kita kenal dari mula 6 bawah, memang Ammar declared yang sayang buah hati Ammar kalau ada yang tanya. Sayang pun tahu kan? Selama ni sayang tak naik angin pun bila Ammar cakap macam tu dekat sesiapa pun. Kenapa pulak kali ni sayang sakit hati pulak? Bukan ke sayang dah lali dengan usikan tu semua masa di sekolah dulu?. Kali ni kenapa sayang mudah terusik? Atau ada kisah yang buatkan sayang berubah?" Ammar bertanya.
Tangan Ammar ditepis dan Liya membuang penglihatan dan wajahnya di pusing ke arah luar Tingkap. Tak lama lepas tu Ammar terdengar esakan halus dari Liya.
"Sayang?? Sayang menangis ke?" dengan pantas Ammar buka pintu kereta dan keluar mendapatkan Liya dengan buka pintu di sebelah Liya.
"Heiiii... Heeeiiiii.. Kenapa ni? Ammar ada salah cakap ke? Kalau Ammar ada salah cakap, Ammar mintak maaf." Ammar mengeluarkan saputangan key nya dari dalam poket dan menyapu air mata yang dah mula membasahi keseluruhan pipi Liya. sambil mencangkung depan Liya.
"Sayang.. jangan lah terus membisu macam ni. Ammar tak boleh nak tolong kalau sayang terus membisu macam ni.."Ammar masih cuba memujuk dalam masa yang sama air mata Liya disekat lagi dengan sapu tangannya
"Sekarang Ammar nak sayang ceritakan dekat Ammar kenapa sayang sedih sangat macam ni? Apa yang sayang takutkan?"
"Perpisahan yang menyakitkan sangat-sangat."
"Maksud sayang? Ammar tak faham?"
"Atie pernah dikecewakan secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan tanpa tanda-tanda akan berlaku kehancuran dalam hubungan kami tu. Secara tiba-tiba aja dia dah di nikahkan dengan orang lain. Kalau Ammar jadi Atie, apa perasan Ammar kalau Atie tiba-tiba dikawinkan dengan orang lain sedang kan Atie dan Ammar sedang hangat bercinta dan tengah betul-betul rasa nikmat bahagia masa tu.
"Marah, sakit hati, kecewa. Pendek kata semua perasaan ada lah. Maknanya masa sayang ada di sama, sayang pernah bercinta dengan seseorang?" Ammar bertanya.
Liya hanya mengangguk lemah
"Sampai hati sayang berlaku curang dekat Ammar."
"Tak nak cerita lah macam ni." Liya mula merajuk.
"Ok.. Ok.. Ammar gurau aja lah. Tapi adalah juga sentap sikit."
"Sorry Ammar.. Lepas dapat berita tu, Atie mula down. Atie dah mula hilang fokus pada kerja. Rasa hati ni hancur sangat-sangat. Nasib baik ada sokongan dan bimbingan dari rakan sekerja, Alhamdulillah.. Atie dah Move on. Sebab itu bila Ammar timbulkan soal cinta, hati dan perasaan, Atie mudah sentap. Atie mudah angin. Sebab Atie dah tak nak lalui kekecewaan lagi. Atie tak nak lalui kesakitan tu lagi. Sakit sangat tau bila dikecewakan. Boleh buatkann hidup ni huru hara"
"Maksud sayang, sayang tak nak hal tu berlaku dekat kita kalau sayang dah declare couple dengan Ammar?"
Liya mengangguk perlahan.
"Atie nak lupakan pasal cinta dan perasan ni buat sementara. Tu sebab Atie kata Atie sedia terima Ammar sebagai sahabat. Sayang sebagai sahabat. Ada di sisi Ammar selalu sebagai sahabat. Atie sayang sangat dekat Ammar tau tak. Bukan tak sayang. cuma sayang sebagai sahabat. Tapi kalau Allah tu nak twist perasaan Atie dekat Ammar, wallahualam.. harap² jangan lah buat masa ni. Sebab perjalanan kita jauh sangat lagi."
"Oooh.. Baru Ammar faham. So.. Maknanya sayang faham sangat lah perasaan Ammar ni dekat sayang?"
"Faham sangat-sangat. Cuma saja buat bodoh tak nak faham supaya awak tu putus asa untuk dapatkan saya ni."
"Sampainya hati. Kejam betul sayang buat dekat Ammar ye? Takpe.. sampai Latar nanti tahu lah Ammar nak kena kan sayang."
"Ala.. Atie tak bawak persalinan. Kita singgah rumah mak dulu Ambik baju salin."
Ammar pun sambung kembali pemanduan dan hantar Liya balik sekejap.
"Eh?! Mak dah siap masak? Macam laparlah Pulak. Kejap Atie panggil Ammar."
Atie keluar mendapatkan Ammar.
"Ammar.. Mak dah siap. masak tu. Jom makan dulu. Nanti sampai sana lapar lah pulak kalau tak makan dulu. Dah lah sana susah nak dapat gerai makan."
Ammar pun matikan engin kereta dan keluar menuju ke pintu dapur.
"Assalamu'alaikum.. Mak.. wahhhh.. sedapnya bau lauk.."
"Waalaikumsalam.. Mak ingat kamu dah balik rumah lepas hantar Atie balik ni tadi."
"Kami satu kelas pakat nak piknik dekat Latar mak. kejap lagi. Ni singgah pun sebab Atie nak ambik. baju untuk salin."
"Haaa... ye lah. Kamu berdua makan lah dulu. Mak dah makan tadi tunggu kamu lambat sangat baliknya. Ini Mak nak bersiap pergi belajar agama lah pulak dekat Balai raya."
"Eh.. Nak Ammar hantarkan ke? Boleh skali jalan nanti."
"Tak payah lah. Mak pergi naik basikal aja."
Selepas itu kedua-dua mereka dengan berseleranya makan juadah yang mak masak.
"Ammar nak tahu.. ini lah lauk kegemaran Atie sejak kecik lagi."
"Ammar tahu.. Mak bila rindu dekat Atie, memang ini lah lauk yang mak masak. Satu lagi Lampam lemak cili api, kan?"
"Betul-betul.. memahami rupanya ye."
"Tengok orang lah.."
"Dah habis makan kan. Basuhkan pinggan. Atie nak kemas meja ni. Nanti mak tinggalkan kita berdua pulak dalam rumah ni. Bahaya.
"Ye.. Ammar tahu lah.." Selesai mengemas, Mereka pun menuju ke destinasi perkelahan mereka. Sampai di Latar..
"Ramai yang dah sampai rupanya. Kita aja lah ni yang paling lambat kot? Aduhaiiii..."
"Tu lah.. Yang sayang ajak makan dulu tu dah kenapa?"
"Mana boleh tahan tengok lauk yg mak dah siap masak tadi. Ammar pun tak tahan tengok dan bau kan?"
Mereka pun melajukan langkah dan menuju ke gerombolan rakan sekelas yang dah ada buat barbeku.
"Ooiittttt... merpati dua sejoli. Apasal lambat? Walhal korang dulu tadi gerak balik. Kenapa baru sekarang sampai? Mana singgah? Ambooooiiiiii..." Sambil mengipas bara api, Azrul menjerit marah.
"Sory lah. Ada drama sikit tadi. Ini dah ok dah."
"Apa ni cakap macam tu." Lengan Ammar dipukul.
"Banyak betul alasan korang ye. Dah lah.. Come join us."
"Kami nak join mandi dulu. Lepas mandi aku makan."
Sepanjang perkelahan mereka, skali skala mereka akan selitkan game. Selalunya Ammar dan Liya yang terkena dan mangsanya sampaikan ada ketikanya Liya tercungao bila disimbah air bertali arus. Penyelamat nya pulak adalah Ammar. Masa itulah berlaku usik mengusik.

Ketika dalam perjalanan balik menghantar Liya...
"Sayang.. kalau sayang tak keberatan lah.. boleh Ammar nak tahu macamana sayang kenal si dia tu?"
"Siapa? ex Atie tu ke? Boleh je Atie nak bgtahu. Dia ni sepupu pada abang ipar Atie. Dia inspektor polis bhgn JSJ. Berkenalan masa majlis kenduri adik pada abang ipar Atie. Asalnya Atie kawan biasa aja. Lama-lama rapat. Family dia Atie kenal rapat juga sebab memang dari Atie sekolah menengah lagi Along Atie selalu bawak ke sana tiap kali cuti sekolah. cuma Atie tak pernah langsung jumpa dia sebelum ini. Atie tak tahu apa niat family dia buatkan kami baju sedondon untuk kenduri tu. Cantik pulak tu macam baju nikah. Orang dah buat,pakailah. Siap ada yang make up kan Atie lagi. Bila majlis langsung,bukan pengantin yg jadi tumpuan, kami berdua pulak.Pengantin senyum aja. Sejak tu dia rajin jenguk dan jumpa Atie dekat tempat kerja sebab dia ditukarkan sementara di cawangan yg tak jauh dr tempat kerja Atie. Memang Atie happy sangat bila ada kat sisi dia. Masa tu tak tahu lagi perasaan sendiri. Yang tahu rasa bahagia sangat bila ada dengan dia. Sampailah satu hari tu kami holiday berdua aja sebab dah lama tak holiday. Kejadian tu jadi dekat taman ros. Masa tu tengah sesi ambik gambar lah. Tiba-tiba datang owner taman offer nak ambilkan gambar. Disangkakan kami berdua ni tengah honeymoon sebab nampak sweet couple sangat. Disuruhnya lah kami ni buat posing manja romantik maut semua.Yang kami ni dah rupa orang di pukau..ikut aja apa orang tu suruh. Bila sampai bab posing dia cium dahi dan tangan Atie,perasaan pelik mula muncul dalam hati ni. Hati ni mula menjerit kenapa hal tu Atie biarkan. Habis sesi fotografi tu,Owner taman tu offer nak printkan gambar kami dan nak jadikan gambar kami sebagai gambar ID Wall dia. Masa tunggu tu lah semuanya terbongkar. Atie pandang dia. Dia pandang Atie. Masa tu lah dia luahkan semua perasaan dia dekat Atie. Macam Ammar..jatuh cinta pandang pertama. Bila dah makin kenal menambahkan lagi perasaan tu cuma takut nak luah. Tapi Ammar pulak tak simpan. Terus luah.. kan? Masa tu juga macam ada getaran dalam hati ni. Macam-macam soalan yang dia tanya untuk pastikan yang Atie ni pun sebenarnya berperasaan sama dengan dia sebab dia tahu yang Atie belum pernah bercinta. Bila jawapan yg Atie bagi memang menjuruskan berperasaan sama dengan dia, sejak ni tu lah kami mula bercinta dalam rahsia .Kami rahsiakan dari family buat sementara. Baru 2 bulan bercinta, tiba-tiba dia diberitakan kena tangkap basah dan dipaksa nikah sebab dituduh noda mangsa. Itu jam juga lepas dapat berita tu Atie jauhkan diri dari dia. Sakitnya hati ni hanya Allah aja yang tahu. Samoaikan Atie demam-demam."
"Dia kan Polis. Macamana boleh terpalit dengan kes khalwat macam tu?"
"Diperangkap dengan perempuan tu dan air minuman dia dicampur dengan dadah yang buat dia tak sedar apa yang berlaku. Itu pun Atie tahu lepas dia dikatakan dah ceraikan perempuan tu."
"Emmmm....Dia ada cari sayang lagi?"
"Ada..tapi Atie tak nak jumpa dia. Hati ni masih sakit. Lepas tu dia terus menghilang.Dengar kata dia mintak tukar cawangan jauh sebab tak nak ganggu Atie lagi.".
"Emmmm....Sayang masih cintakan dia?" Ammar bertanya dalam nada perlahan.
"Atie dah tak nak ingat hal tu semua. Biarlah buat masa ni Atie nak tutup dulu hati ni untuk cinta. Kalau Ammar nak Atie selalu dengan Ammar, Atie nak Ammar simpan dulu elok-elok isi dalam kotak cantik perasaan cinta tu dan simpan tempat selamat. Kalau Atie dah declare untuk terima cinta Ammar, baru Ammar keluarkan. kotak cantik tu dan bagi Atie.. bole??"
"Pandai ye nak ayat Ammar. Dah lah tadi buat kita ni sentap sebab curang dengan kita. Dengan sayang ni Ammar tak boleh nak sentap lama-lama lah.. tak tahu kenapa."
"Sebab Atie ni cantik dan penyejuk hati... kan?"
"Pandai pun sayang Ammar ni.." hidung dan pipi Liya diusik manja.
"Eeeeiiiiii.. tangan tu kan.. tak tahu nak diam lah." tangan Ammar ditepis. Ammar hanya ketawa bila berjaya buat Liya bengang lagi.
"Sayang.. esok bas ekspres balik dari sini pukul berapa?"
"11 pagi. Ammar tolong hantarkan ke bas stand ye. Awal lah sikit. terlepas nanti rugi tiket nya Atie dah beli awal."
"Kalau Ammar nak hantar sampai gombak, Boleh?. Nak. lah lama sikit spent time dengan sayang Lama sikit."
"Ammar.. dah 2 hari kan kita spent time berdua. Cukup lah dulu buat sementara ni. Bila dah dapat panggilan belajar barulah Atie balik jumpa Ammar lagi.. ye Sayang.. intan.. payung.."
"Apa? Apa? Ulang balik ayat last tu? Macam Best pulak dengar tapi kurang jelas. Ulang balik?" Ammar pura-pura tak dengar dan merapatkan telinganya ke arah Liya.
"Sayang.. Intan.. Payung.." Liya mengulang dengan lembut sambil senyum
"Aduhhh.... nak pengsan kejap bila sayang panggil macam tu. Boleh tak panggil Ammar macam tu?"
"Tak nak. Kalau Atie dah declare baru boleh."
"Ala... lambat lah lagi.."
"Biar lambat, asalkan selamat."
"Kita dah sampai rumah ni. Ammar tak singgah tau. Letih lah badan ni terlebih main tadi. Nak balik rumah terus. Nanti kirim salam dekat mak."
"Atie pun ni.. Ok.. Drive carefully.. Esok jangan lupa Ambik Atie hantar bandar. Bye.. Assalamu'alaikum.."
"Bye.. waalaikummussalam.." Selepas itu Ammar buat flying kiss."
"Heiiii.. apa yang last tu? tak nak lah..." Kata Liya dengan muka masamnya sambil peluk tubuh. Ammar yang melihat gelagat Liya hanya ketawa dari dalam kereta....

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience