BAB 5
Perlahan-lahan Liya mengatur langkah sebaik langkahnya semakin menghampiri tempat yang dituju.. Semakin hampir ke tempatnya, semakin laju degup jantungnya.
"Ya Allah.. apasal berdebar semacam ni ye? Tahu lah aku akan wajib lalu depan dia ni nanti. Kenapa lah gemuruhnya lain macam pulak kali ni? Haisshhhh... ada nak jadi apa-apa ke ni nanti? Wanauzubillah.... harap-harap jangan lah ada hal yang pelik-pelik ni nanti..." Liya mengurut-urut dadanya cuba menenangkan diri.
Sayup-sayup dari kejauhan dah kedengaran alunan muzik dari arah pasaraya tu. Liya masih lagi tenang melangkah. Namun sebaik sahaja suara DJ berkumandang, langkah Liya terhenti secara tiba-tiba. Debarannya semakin kuat.
"Allahuakhbar.. sabar Liya... sabar.. Paling tidak pun korang berdua berbalas senyum aja. Bukannya nak buat apa kan... Dia kan boyfrend orang. Yang pasti jangan kacau hak orang.. Ok?" Liya bergumam sendirian.. Ditarik nafasnya sedalam-dalamnya dan perlahan-lahan dihembus. Diulangnya berkali-kali sehingga dirasakan semakin tenang.
Sebenarnya hari ini Liya tidak bertugas. Ia adalah hari cutinya. Memandangkan dia berasa bosan sendirian di rumah, maka itu dia bercadang untuk lepak sebentar bersama rakan setugas yang lain. Kedudukan rumah dan tempat kerjanya tak jauh, maka itu Liya hanya berjalan kaki ke tempat kerja.
Liya melanjutkan langkahnya menghampiri pasaraya itu. Semakin hampir langkahnya menghampiri pasaraya, semakin jelas dia dapat melihat DJ yang sedang bertugas. Pada awalnya DJ itu langsung tidak menyedari kehadiran Liya. Sebaik aja diangkat wajahnya ke hadapan, tiba-tiba sahaja celotehnya terhenti. Pandangan mata mereka serentak bertaut buat seketika. Selepas itu perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman kepada Liya.
"Ya Allah... dia senyum lah pulak... alah.. alah... tiba-tiba lah pulak lutut ni menggigil... dah kenapa lah pulak dengan kau ni Liya... Takkan tergoda kot dengan senyum dia tu? Tapi memang dah tergoda pun ni... aduhaiiii.. hansemnya... patut juga lah ramai peminat... Haipppp.. Liya.. Liya... behave.. behave.. Boyfrend orang tu.. Jangan cari pasal!!" menyedari dirinya sedang mengelamun, ditepuk pipi sebelahnya cuba kembalikan dirinya kepada situasi yang nyata. Sambil itu Liya turut membalas senyuman DJ yang sedari tadi menyambut kehadirannya juga sambil tersenyum.
____________________________
"Eh?! Dia datang lah... Alamak!! Nak buat apa ni?" sebaik didongakkan muka ke hadapan, Sham tiba-tiba jadi panik dan jantungnya berdegup laju bila ternampak Liya berjalan menghampiri pasaraya. Celotehnya terhenti secara tiba-tiba dan ideanya langsung mati bila ternampak kehadiran Liya.
"Dia cuti kan hari ni? Apahal dia datang ye?" Sham kehairanan dengan kemunculan Liya secara tiba-tiba itu. Wajahnya berkerut cuba mencari jawapan..
"Hish..Aku ni pun.. suka hati dia lah nak datang bila. Yang aku nak sibuk ni dah kenapa? Eeehhhhh... Sham... Please.. jangan panik macam haritu lagi ye.. Buat malu aja kalau Liya nampak.. Ok.. Keep cool... Keep cool... Ok.. Lets give her the best smile. Harap sangat lah tak menampakkan sangat yang aku tgh gugup ni.." pelahan-lahan Sham mengukirkan senyuman kepada Liya. Bila senyuman Sham dibalas Liya...
"Wow.. wow.. dia punya senyuman.. adoooiiii... Ini yang aku paling tak tahan ni... Terus menikam ke jantung dah ni... Alahaiiii... macam nak tumbang dah rasanya ni.. macam dah tak stabil aja aku berdiri ni. Kau jangan buat malu kaum Sham.. Dia senyum aja kot. Bukannya nak makan kau. Sham.... Sham.. keep strong ok depan Liya.. Keep strong.. Cuba gak berlagak macho sikit macam selalu kau buat time tackle awek lain tu.." Sham bergumam sendirian cuba membetulkan berdirinya sambil memegang kaunter bagi menghilangkan gemuruh yang kian memuncak bila Liya semakin menghampiri dia.
"Nur Atiliya Humairah.. kau jampi apa dekat aku ni Liya sampaikan aku boleh gugup macam ni... Kau buatkan aku dah makin gila dengan kau ni Liya. Please... lah Liya. Lepas ni tolong lah jangan tolak aku. Kalau kau tolak aku, alamat boleh gile aku macam ni." Hatinya terus berkata-kata. Mengharap demi mengharap.
Liya makin menghampiri dan masuk melintas di tepi kaunter Sham. Sambil senyum Liya menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat dan salam mengharapkan izin untuk. masuk. Sham juga sambil senyum menundukkan kepalanya tanda membalas izin kepada Liya. Selepas itu Liya terus naik tangga meninggalkan Sham yang masih ralit memandang Liya tanpa beralih ke arah lain.
Sedang asyik dia memandang pemandangan yang sangat indah itu, Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang.
"Hoiii!! Liya dah takde lah kat situ.. Dia dah naik." Said menegurnya dari arah hadapannya.
"Kau ni kan Said. Potong mood aku lah.. Aku baru nak berangan.." menyedari khayalannya termati, terus aja dihempaskan punggungnya di atas kerusi sambil mengeluh panjang.
"Takdelah.. kalau customer nampak kau tengah melongok macam tu, nanti dia orang kata kau gile. Sampai pulak ke telinga bos, habis periuk nasi kau kat sini nanti." Said mengusik.
"Kau ni ye pun... Jangan lah cakap kat aku macam tu. Habis lah peluang aku nak tackle Liya nanti kalau aku dah takde kat sini. Habis lah dia dikebas orang nanti..."
"Tau takut.. hahaha.." Said melepaskan ketawa besarnya apabila usikannya berjaya menyedarkan Sham.
"Dia dah ada ni. Kau dah ready ke nak berdepan dengan dia secara 4 mata? Alang-alang bos atas tgh takde hari ni. Azie pun tengah cuti juga hari ni. Ini lah masa yang paling sesuai. Kalau tak bila lagi?" Said mengingatkan cadangannya suatu ketika dahulu yang pernah diluahkan kepada Sham.
"Nak buat hari ni ke? Takpe ke? Tak kena tangkap ke nanti?" Sham seakan was-was dengan cadangan Said itu.
"Habis tu kau nak buat bila lagi Sham? Nanti kalau kau tak buat, kau juga yang gigit jari nanti." Said cuba memberi amaran kepada Sham.
Sham termenung buat seketika cuba menimbang cadangan yang diberi oleh Said suatu masa dulu.
"Berani ke aku ni nak buat tu semua? Nampak dia dari jauh aja pun aku dah gugup. Ini lagi nak berdepan secara dekat. Risau aku terjelepok aja nanti bila sampai betul-betul depan dia. Malu gila aku nanti Said. "
"Hishhh... kau ni Sham... Cuba lah jangan fikirkan yang bukan². Istighfar banyak-banyak, selawat banyak-banyak bila datang rasa gemuruh tu. Kalau niat hati kau tu tak songsang, insyaallah.. semunya akan dipermudahkan." sambil menepuk-nepuk bahu Sham, said memberi nasihat.
_____________________________
Sebaik aja sampai di atas, Liya terus mencari Suzie. Sebaik aja kelibat yang dicari dah jumpa..
"Assalamualaikum.. Kak Suzie. Akak tengah buzy tak ni kalau Liya datang nak kacau?" sambil itu Liya menarik kerusi yang tak jauh dari Suzie dan duduk menghadap Suzie.
"Waalaikummussalam... Takde sibuk mana pun. Saja susun semula stok ni bagi kemas sikit. Sambil-sambil tu kira stok. Alang-alang tengah takde customer ni." sambil tu tangan Suzie ligat melipat dan menyusun stok ke rak khas.
"Rajinnya akak. Untung tunang akak beristerikan akak nanti." Liya memuji. Suzie membalas sambil tersipu malu.
"Liya nak naik ni tadi, Sham ada tak dekat bawah?"
"Apa ni kak. Tiba-tiba tanya pasal DJ tu dekat Liya. Memang lah dia ada dekat situ. Dah situ tempat dia bertugas. Kenapa akak tanya?" sungguh ada degup laju jantungnya bila nama DJ tu disebut, Liya berasa pelik dengan pertanyaan yang diajukan oleh Suzie.
"Dia ada tegur Liya tak?"
"Mana ada. Senyum meleret pandang Liya tadi ada lah. Ni apa halnya kak sibuk tanya pasal DJ tu dekat Liya. Didengar dek Azie nanti, cemburu dia. Pakwe dia tu kan?"
"Takde maknanya Sham tu pakwe dia. Dia tu aja yang syok sendiri. Sham tak suka dia langsung lah. Sham suka dekat orang lain."
berkerut muka Liya kehairanan bila dengar nada suara yang agak keras dari sahabatnya itu apabila nama Azie dipetik.
"Lain macam aja nada akak ni. Marah betul bunyinya tu. Azie mana? Tak nampak kelibat pun?" sambil itu dipanjangkan lehernya dan cuba meninjau sekeliling cuba mencari kelibat Azie.
"Dia tak datang hari ni. Cuti kecemasan dengarnya dari Musli tadi. Aahhh... Lantak dia lah. Malas nak sebut pasal dia. Panas pulak hati akak ni."
Sekali lagi Liya berkerut muka kehairanan. Ayat Suzie semakin dirasakan pelik dan umpama ada cerita tak cantik disebalik kenyataan Suzie tadi. Banyak sebenarnya persoalan yang bermain diminda Liya bagi mengharapkan kepastian yang jelas berkait dengan Azie. Namun persoalan itu disimpan dahulu bila melihatkan reaksi sahabatnya itu yang agak kurang senang bila disebut hal berkait dengan Azie.
"Ohhh... ya. Hampir akak terlupa. Sepatutnya akak dah serahkan benda ni 3 hari sudah dekat Liya. Tapi asyik lupa aja. Marah orang tu dekat akak sebab tak bagi lagi" Suzie bangun dari tempat duduknya dan menuju ke tempat simpanan buku rekod jualan dan mencari sesuatu di sebalik buku dan fail. Setelah jumpa apa yang dicari, Liya ditarik ke tempat yang agak tersorok.
"Eh... eh.. eh... apa ni kak. Main tarik-tarik lepas tu menyorok pulak?"
Suzie menarik tangan kanan Liya dan menyerahkan sesuatu di telapak tangan Liya.
"Surat?? Dari siapa ni Kak?" sambil tu Liya membelek butiran di permukaan surat cuba mencari kalau ada nama pengirimnya. Namun secalit tulisan pun takde.
"Sham bagi. Liya jangan baca dekat sini tau. Dah sampai rumah nanti baru baca. Sham dengan Azie dah putus dua hari sudah. Dia orang tak couple pun sebenarnya. Azie tu aja yang syok sendiri. Sham pesan dekat akak, lepas akak dah serah surat ni, dia nak jumpa Liya kejap ada hal yang nak disembangkan. Tadi pun dia pesan dekat akak. Dia marah akak sebab tak bagi lagi surat ni dekat Liya. Akak ingat nak bagi Liya esok aja. Akak tak sangka lah pulak Liya nak datang hari ni. Dah alang-alang Liya dah ada ni, akak terus bagi je lah dekat Liya benda ni." Suzie memberi penjelasan dan pesanannya dengan laju tanpa henti sehinggakan tak mengizinkan Liya untuk mencelah walau sepatah pun bila dia melihat Liya cuba untuk mencelah.
"Akak ni kan... macam keretapi ekspres aja bunyinya. Tak bagi can langsung ye Liya nak mencelah. Kan dah tercungap tu." Liya ketawa kecil bila melihatkan Suzie seakan kepenatan sambil meneguk bekalan air yang dibawa.
"Oh! ya... Pasal surat ni. Siapa bagi?? Sham?? Kenapa pulak dia bagi Liya? Kenapa pulak dia putus dengan Azie tiba-tiba? Apa yang dah jadi sebenarnya ni Kak Suzie? Cuba jelaskan dekat Liya sehabis jelas bagi Liya faham."
"Macam ni..." Suzie menarik 2 kerusi yang ada dan memberikan kepada Liya untuk duduk dan juga untuknya sendiri supaya kedua-duanya dalam keadaan yang selesa untuk berbincang.
"Sebenarnya Sham dah lama sangat nak berkenalan dengan Liya. Dari dia mula masuk sini lagi. Cuma dia tak berani nak mulakan. Dia gugup nak berdepan dengan Liya katanyq. Pasal Azie tu... sebenarnya selama ni bukan Sham yang balas surat-surat kiriman Azie tu. Kawan Sham yang balas. Sham cuma jadi tukang pos aja. Yang menjadi kesilapan besarnya... Yang membalas surat tu guna nama Sham. Sedangkan Sham langsung tak tahu apa ayat yang kawan dia balas. Sham cuma baca surat balasan dari Azie aja. Itu pun tak semua surat Sham baca. Bila dia terbaca surat terakhir dari Azie, Sham terkejut sangat dengan bunyi ayat Azie. Ayat Azie dah jauh menyimpang. Seawalnya Azie kata nak berkenalan sahaja. Itu sebab dia setuju terima dan beri kawan dia tolong balaskan surat-surat dari Azie tu. Sham malas nak layan. Silap Sham juga sebab tak baca surat yang kawan dia tolong balaskan tu. Main serah aja dekat Azie. Semalam terus lah Sham jumpa Azie secara berdepan dan buat penjelasan. Berterus terang sehabisnya. Sebab tu hari ni Azie mc kot sbb patah hati." dengan panjang lebar Suzie memberi penjelasan.
"What??? Senangnya putuskan macam tu aja?? Kesian Azie dipermainkan perasaannya. Itu semua tindakan kejam tau tak? Yang akak ni.. Sejak bila pulak tahu serba serbi pasal Sham ni? Akak komplot dengan dia ye selama ni?" Nada suara Liya semakin keras. Hatinya mula panas dengan apa yang didengari.
"Dah lama kami tahu sebenarnya. Dari mula Sham masuk sini lagi. Cuma atas permintaan Sham selagi Sham tak berterus terang dengan Liya, selagi itu kami semua kena tutup mulut dan tak bagitahu Liya apa-apa. Sham mintak kami rahsiakan. Hari ni Sham dah bagi lampu hijau, maka tu kami bagitahu ni." Musli tiba-tiba muncul di belakang Liya dan membuat penjelasan panjang lebar.
"Abang Mus pun komplot sama juga ke? Maknanya Abang Said pun sama lah?" hati Liya semakin panas dan riak wajahnya semakin merah menahan amarah.
"Abang Said lah master mind nya.. Kami ni ikut aja." sekali lagi Mus memberi penjelasan.
"Habis tu selama ni Abang Mus tahu lah hal Sham dengan Azie ni?" Liya masih belum berpuas hati dengan jawapan Musli.
"Pasal Azie dengan Sham kami baru tahu 2 hari lepas. Itu pun Sham yang mengadu mintak tolong dengan kami. Pasal Sham dah makin tak senang duduk nak berkenalan sangat dengan Liya, memang dah lama kami tahu." dengan tiada langsung rasa bersalah, Mus menjawab lagi penjelasan.
"Mesti banyak lagi rahsia yang abang Mus dgn kak Suzie tengah simpan yang Liya tak tahu sekarang ni kan? Kecewa lah Liya dengan akak sebab komplot sama dengan dia orang. Abang Mus pun sama. Abang tipu Liya lah selama ni ye bila Liya tanya siapa orang misteri yang tengah perhatikan Liya dalam diam hari tu?" Liya berdiri dan mula hendak meninggalkan semua yang ada di situ.
"Abang mintak maaf sangat-sangat dekat Liya. Abang terpaksa tipu Liya sebab abang dah janji. Kalau tak macam tu, tak tragik lah kisah korang berdua ni." dalam pada cuba memujuk, Mus cuba pancing bergurau dengan Liya.
Melihatkan Liya seakan mahu bangun dan meninggalkan mereka, cepat-cepat Suzie menarik Liya melarang darinya pergi.
"Liya...Liya.. Jangan lah pergi dulu. Tunggu lah kejap. Sory lah Liya. Akak dan kami semua terikat dengan janji. Jangan lah marahkan kami. Liya marah lah dekat Sham sebab lambat sangat bagitahu Liya." Suzie masih cuba memujuk Liya lagi.
"Liya sedih lah bila semua orang yang Liya percaya selama ni permainkan Liya. Dah lah Liya tak ramai kawan dekat sini. Macam ni pulak semua orang buat dekat Liya." Nada suara Liya semakin bergetar. Hatinya makin sakit, sedih, kecewe, terkilan... Hatinya benar-benar terluka bila kepercayaannya di permainkan. Kelopak matanya mula berkaca dan kolam air matanya mula tumpah.
"Assalamualaikum... Nur Atiliya Humairah.." tiba-tiba suara misteri itu berkumandang di sebelah cuping telinga kanannya.. Cepat-cepat air matanya yang tertumpah tadi disekat dan disapu. Wajahnya di sapu rata bagi menghilangkan sisa airmatanya yang mengalir tadi.
Liya yang pada awalnya tadi dalam keadaan amarah, tiba-tiba berubah menjadi gugup bila suara itu bergema di pendengarannya. Liya tahu siapa di belakangnya namun takut untuk menoleh ke arahnya.. Jantungnya berdegup laju. Tiba-tiba hatinya jadi gemuruh. Amarahnya tadi tiba-tiba juga hilang umpama ditiup angin. Suara itu memang benar-benar membuatkan hati dan jiwanya terganggu seketika. Semuanya jadi bercelaru. Suara itu lah buatkan jiwanya kacau selama ini namun disimpan rapi semua yang dirasai selama ini supaya tidak ada yang terluka hatinya.
Andai tadi wajah dan matanya merah membara kerana amarah dan sedih, kali ini wajahnya berubah tiba-tiba kepada merah lembut. Pipinya terasa panas menahan malu menjadi pink. Matanya berubah menjadi bersinar indah.
Melihatkan kehadiran insan di belakang Liya... Suzie, Musli dan Said yang baru tiba memandang ke arah Liya sambil tersenyum.
"Hai Liya... tadi bukan main marah lagi.. Bila dengar orang bagi salam, terus dah tak jadi nak marah ke? Hilang terus ke merajuk tu?" Musli mengusik sambik ketawa.
"Jahat lah Abang Mus ni. Mana ada.. Marah lagi ni tau. Tak habis lagi perbincangan kita tadi ye. Akan bersambung esok. Siap lah semua." Liya memberi amaran sambil jari terlunjuknya digerak-gerakkan tanda amaran.
"Kalau ye pun nak lepas geram, jawab lah dulu salam saya tadi. Tak baik tau tak jawab." suara itu masih lagi beralun lembut menerjah ke pendangaran Liya. Terus Liya tertunduk malu sambil tersenyum malu dan perlahan-lahan berpusing ke arah insan yang ada di belakangnya. Namun wajahnya masih tertunduk menahan malu dan tidak mampu untuk diangkatnya memadang ke arah insan tersebut.
"Waalaikummussalam.... sory..."
"Kenapa pandang bawah tu. Saya ada dekat depan Liya ni kan.. bukan kat atas lantai tu. Tak sudi pandang saya ke?" Suara itu cuba mengusik Liya.
Perlahan-lahan Liya mengangkat mukanya dan sambil tersenyum membalas pandang ke arah orang ada di hadapannya.. Serentak itu pandangan mereka bersatu dan bertaut buat seketika. Renungan yang sukar untuk diterjemahkan oleh hati masing-masing.
"Ok guys... tugasan kita dah selesai.." Suara Said tiba-tiba mematikan perlakuan mereka berdua dan serentak itu mereka tertunduk malu.
"Sham.. Harap kau tunaikan ye apa yang sepatutnya kau buat dah lama dulu. Dah Penat juga tau kami nak tunggu moment ni.. akhirnya tercapai juga... Suzie, Mus.. Jom lah kita tinggalkan dia orang berdua. kita jangan kacau. Suzie.. kau tolong jaga kat department depan tu kejap sementara tunggu hal yg kat sini sattle. Mus.. jom kita turun tengok budak-budak stor. Stok baru sampai tu." Said memberi arahan. Sham membalas dengan simbul jari ok dan memahami apabyang dimaksudkan Said.
Sebaik aja Musli dan Suzie mendapat arahan, mereka semua bergerak ke tempat yang diarahkan..
"Kak Sue.. jangan lah tinggalkan Liya.. Akak nak pergi mana tu?" Liya seakan panik bila dilihat Suzie bukan berada di tempat yang diarahkan, tapi berpusing menuruni tangga.
"Akak nak ke tandas kejap. Sham.. kau sattle kan hari ni juga ye.. jangan nak tangguh-tangguh lagi tau" Suzie memberi amaran. Sham hanya membalas sambil menunjuk jari simbul ok.
Sebaik aja semua kelibat mereka hilang dari pandangan, Sham kembali memandang Liya sambil tersenyum.
"Cantik Liya hari ni. Simple but nice." Sham memulakan bicara.
"Awak pun sama hari ni. Segak. Selalu tu shirt dgn jeans. Tapi hari ni...hmmm.. nampak lain sangat. Atau awak dah tahu saya nak datang hari ni?" Liya cuba berbual sambil bergurau.
"Eh.. saya langsung tak tahu yang Liya nak datang hari ni. Memang saya tahu Liya cuti tapi tak sangka lah pulak yang hal ni akan berlaku hari ni. Pasal cara saya pakai hari ni, kebetulan aja. Tengok ada kemeja yang dah lama saya tak pakai, tu yang saya pakai hari ni. Kalau saya tahu Liya nak muncul hari ni, mestilah saya pakai lagi stylo lagi.." Sham dah mula mendapat keselesaan untuk berbual mesra dengan Liya dan mula berani mengusik dan bergurau dengan Liya.
"Ye lah tu. Oh! Ya. Kak Suzie kata awak ada nak jumpa saya dan nak bincang sesuatu dengan saya. Apa halnya tu?" memandangkan Liya dah mula hilang sedikit demi sedikit rasa gementaarnya, Liya mula mencari keselesaan untuk berbual.
Liya bergerak mencari tempat duduk yang selesa agar memudahkan lagi untuk mereka berbincang.
Liya mengambil tempat duduk di atas bangku, manakala Sham duduk bersila menghadap Liya fi lantsi.
"Suzie ada bagi Liya surat?" Sham memulakan perbualan semula.
"Ada ni." Sambil itu Liya menunjukkan surat yang diterima dari Suzie tadi kepada Sham.
"Sampai rumah nanti Liya baca tau. Lepas tu pertimbangkan lah ye apa yang saya tulis tu nanti. Suka hati Liya lah nak ambik masa lama mana pun untuk buat keputusan. Saya akan tetap tunggu jawapan Liya."
"Serius aja bunyinya tu? Insyaallah.. Liya akan cuba buat keputusan secepat mungkin. Itupun bergantung juga lah dengan apa yang awak mintak. Kalau jawapan saya TIDAK. Saya harap awak tak kecewa dan marah saya lah ye?" Liya bergurau mengusik Sham.
"Jangan lah TOLAK. Saya mengharap sangat ni dari Liya supaya jawapannya SETUJU TERIMA. Kalau tidak nanti saya tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah lah jadinya. Kesian saya." giliran Sham pulak merayu dalam bergurau. Disambut pulak dengan ketawa kecil dari Liya
"Cantik sangat awak Liya bila awak senyum dan ketawa macam ni. Ditambah pulak awak betul-betul ada depan mata saya sekarang ni. Sekarang ni pun hidup saya dah tak tentu arah sejak mula saya kenal awak. Saat ini juga saya masih belum kuat untuk berhadapan dengan awak. Saya kuatkan juga semangat saya ni nak berdepan dengan awak hari ni demi melunaskan impian dan hajat saya yang tertangguh." hatinya terus berbisik sambil matanya terus memandang Liya sambil tersenyum.
"Kenapa awak tenung saya macam tu? Saya tak selesa lah. Malu lah awak buat macam tu." menyedari dirinya direnung oleh Sham, diambilnya pek pempers baby yang ada disebelahnya dan disembunyikan wajahnya disebalik pampers menahan malu.
"Tak.. Liya cantik sangat hari ni dari biasa. Tu yang buat saya terpegun tengok. Selalu tu saya nampak Liya pakai uniform." Sham memuji.
"Habis tu masa saya pakai uniform tak cantik lah. macam tu?"
"Cantik juga. cuma bila pakai casual macam ni lain sikit cantiknya."
"Hishhh... awak ni. Sudah-sudah lah tu puji saya melangit. Takut pulak saya nanti kalau tiba-tiba apa yang awak pandang dekat saya sekarang hilang tiba-tiba."
"Ehhh... jangan lah Liya cakap macam tu.. Saya gurau aja lah. Jangan lah ambik hati"
"Takut juga awak ye?" kemudian Liya ketawa kecil.
Share this novel