"Mana juga lah abang Sham ni.. Lambatnya.. Hari tu kata suruh tunggu sini nanti dia ambil." Liya merungut sendiri bila Sham lambat sampai seperti yang dijanjikan.
Sedang Liya berungut, tiba-tiba berhenti sebuah kereta crv royal blue berhenti di sebelah Liya.
"Siapa juga lah owner kereta ni. Suka hati je berhenti depan aku ni."
Tak lama lepas tu cermin kereta diturunkan.
"Sayang.. Jom.. Sory lambat.." Sham memohon maaf.
"Ingatkan orang nak culik Liya lah tadi. Abang rupanya. Kenapa lambat? Bangun lambat lah tu? Tu lah tidur lewat lagi. Dah tahu kita ada janji kan.." Liya separuh marah sambil membuka pintu kereta dan masuk.
"Sory.. Ambik kereta ni dulu tadi. Jangan lah marah abang.. Sorry lah.." Sambikbiti Sh memulakan pemanduan.
"Abang pinjam kereta siapa ni?" Liya bertanya bila mana Liya tak pernah langsung nampak kereta itu dibawa oleh Sham.
"Kereta kawan abang. Dia yang offer suruh pakai. Apa lagi.. Boleh lah jauh sikit langkah kita hari ni." Sham berkata.
"Abang nak bawak liya mana dulu hari ni?"
"Emmm.. Apa kata kita sarapan dulu. Abang saja tak nak sarapan dekat rumah sebab nak sarapan dengan sayang."
"Nasib baik Liya tak makan dulu tadi."
"Ok.. Jom.. Kita sarapan jauh sikit dari kawasan kita ni."
"Ok..Jom"
"Sayang.. Mintak?" Sham menghulur tapak tangannya kepada Liya meminta sesuatu dari Liya..
"Aaaiiii.. Selalu tu tak mintak pun.. Main ambik aja" Liya menjeling ke arah Sham Sambil tu meletakkan jemarinya di celahan jari Sham dan terus digenggam erat oleh Sham. Dan kemudian Sham letak di atas pehanya.
"Sayang perli abang ye? Nakal ye.."
Liya hanya tersenyum sambil memandang Sham.
"Abang nampak hansem sangat lah hari ni.. Berdebar pulak Liya tengok abang." Liya memandang Sham sambil memusingkan badannya ke arah Sham.
"Jangan lah tenung abang macam tu. Nanti tak jadi abang nak memandu ni nanti... Nak jumpa sayang, kenalah hansem. Bila lagi nak tunjuk hansem abang ni bila luar konti. Masa ni lah bila jumpa buah hati. Sayang pun apa kurangnya. Anggun, mempesona, cantik dan.. eemmmm.. Ok.. abang tak nak cakap lagi lebih-lebih. Nanti abang yang tak tahan nanti.."
"Eeeeiiii.. gatalnya.." sambil tu Liya mencubit lengan Sham.
"Sayang.. abang tengah drive ni. Jangan buat macam-macam. Nanti tak pasal-pasal kita tersadai tepi jalan." Sham menegur.
"Sory.. Abang tu lah. Miangnya makin menjadi. Seram Liya."
"Abang miang dengan sayang aja. Dengan orang lain abang tak berani."
"Ye lah tu.."
"Sayang..." Sham memanggil dalam nada lembut.
Liya memandang Sham. Perlahan-lahan Sham bawa belakang jari Liya dan diciumnya. Melihatkan gelagat Sham, Liya hanya tersenyum bahagia.
"Sayang tak marah dah? Abang cuba nasib aja tadi. Takut-takut juga abang jadi macam hari tu." Sham meluah rasa curiganya.
"Buat apa liya nak marah.. Hati Liya dah milik Abang. Tapi setakat tangan ni aja lah yang Liya izinkan."
"Thanks sayang.. Sekarang abang nak sayang rasa dada abang ni.." Sham letakkan tapak tangan Liya di dadanya." setelah beberapa ketika Liya merasa..
"Abang.. lajunya.. Kenapa tu?"
"Denyut jantung cinta abang, denyut jantung bahagia abang. Itu lah buktinya.Lagi satu abang tengah gemuruh dengan bau tangan sayang. Wangi betul. Tersemacam lah pulak feel abang ni."
"Eeeeiiii.. Dah mula lah tu. Tak sanggup betul lah Liya duduk sebelah abang ni. Nanti Liya pulak rasa semacam dengan perangai gatal abang ni."
Sham hanya ketawa.
"Sampai hati abang gelakkan Liya ye.."
Sham memandu masuk ke dalam sebuah pasaraya besar yang di dalamnya terdapat panggung wayang dan shopping mall yang ada pelbagai jenis galeri dan kedai.
Selesai bersarapan, mereka menghala ke pusat panggung wayang.
Selesai membeli tiket wayang, Liya dan Sham bersembang di luar pintu panggung.
Sedang mereka rancak berbual, dilihat Sham leka melihat gelagat couple yang ada disekelilingnya.
"Apa yang abang leka sangat tengok gelagat couple tu semua? Teringin juga ke nak buat macam tu?"Liya menduga Sham sambil tersenyum nakal.
Sham memandang Liya sambil tersenyum.
"Dah mula lah tu.. Ok.. Kali ni nak mintak apa pulak? Liya tengah mood baik ni."
"Betul ni? Jangan nak marah abang pulak ye?"
"Ye.. Abang nak apa?" Liya memberi kebenaran.
"Mari sini berdiri rapat dengan abang." Sham meminta.
Liya menurut.
'Lagi sini.. rapat lagi." Sham menarik tangan Liya sehingga badan mereka hampir bersentuh.
"Ok..Sayang pusing membelakangkan Abang."
"Membelakangkan abang? Macamana nak bersemba... " belum sempat Liya menghabiskan ayat, pinggang Liya dirangkul erat oleh Sham dari belakang sehinggakan Liya bersandar sepenuhnya di badan Sham. Dalam pada itu Liya dapat rasakan bunyi denyut jantung Sham yang mula laju..
"Abang... Longgar kan sikit boleh tak? Liya sesak nafas. Ketat sangat abang buat." Liya bersuara dalam nada suara yang Agak tersekat-sekat.
"Oppssss... Sory.. geram sangat. Lepas geram sebabnya." Sham melonggarkan sedikit rangkulannya. Setelah itu barulah Liya boleh bernafas seperti biasa.
"Macam tu lah.. Baru lah Liya selesa nak bernafas. Ketat sangat sebabnya. Kalau ye pun geram, agak-agaklah. Abang ni pun.." Liya menegur.
"Sory...Terkuat. Jangan lah marah.. " Sham memujuk.
"Tak marah. Ingatkan aja.."
"Ok."
Setelah berdiam seketika melayan perasaan masing-masing...
"Abang.. Abang pakai perfume perempuan ye? Macam bau Liya punya jenis aja ni? Mana abang tahu Liya pakai jenis ni?" Liya bertanya.
"Wahhhh..Hebat lah sayang.. Sayang boleh cam ye? Haah.. Abang pakai yang Liya pakai. Pandai-pandailah abang cari. Hari-hari Liya pakai jenis yang sama,mestilah abang boleh cam dan cari. Hari ni aja abang pakai sebab nak keluar dengan Liya. Hari biasa abang pakai yang abang punya." Sham bercerita.
"Kenapa tak pakai yang abang punya je? Kalau tak Liya boleh lah juga tahu jenis jenama apa yang abang pakai. Kenapa pakai yang Liya punya?"
"Sebab bau Liya sedap.. Dapat pulak sekarang ni bau wangi tu yang dah mesra dengan bau badan Sayang buat abang rasa melayang dan.. emmmm..best sangat baunya.. Tapi sayang sekarang ni....Aduhhhh.. sayang.... abang tak boleh nak tahan sayang... Abang tak boleh nak kontrol.. Tolong abang sayang..huhuhu.." Sham mengemaskan pelukannya dan mencium leher Liya di sebalik tudung Liya.
"Abang... apa tu.. Jangan lah.." Liya terkejut bila apa yang dirasai di belakangnya.
"Sayang.. cover lah abang dulu sampai reda. Malulah kalau orang nampak."
"Abang.. jangan lah buat macam tu dekat Liya.. Liya pulak yang rasa semacam ni. Liya rasa macam nak lari aja ni. Please..." Liya merayu dalam nada hampir menangis.
"Sorry.. Tak sengaja.. Tapi tolong lah cover abang dulu." Sham merayu.
"Ok.. sekarang angkat muka tu dulu dari leher Liya. Liya pulak yang mula dah rasa semacam ni. Kembang semacam pulak dah satu badan ni. Abang jadi macam ni sebab abang hidu Bau Badan Liya. Now stop buat tu." Liya memberi arahan.
"Ok.. abang dah tak buat."
"Tipu.. Liya boleh dengar lagi nafas abang dekat tengkuk Liya. Jangan lah abang.. Liya merayu ni.. Please...".
"Ok.. sekarang ni abang nak kena buat apa? Takkan kita nak macam ni aja. Tolong abang sayang.." Sham dah mengalihkan mukanya dari tengkuk Liya masa tu sebab dah kedengaran suara Sham di atas kepala Liya.
"Abang ni kan. macam lah Liya ni tahu caranya. Patutnya abang lah yang nak kena tahu sendiri macamana nak ok kan semula. Cepat lah abang. Cari idea." Liya merayu lagi.
"Mana abang tahu nak buat macamana. Ini first time tai abang terkena macam ni."
"Padan muka abang. Nakal sangat kan. Yang kena tanggung sekarang kita berdua. Tak pasal-pasal Liya terjebak sama." Liya merungut.
"Sory lah.. Macamana ni.. Tak kurang pun lagi."
"Cuba abang kawal minda tu jangan fikirkan yang bukan-bukan pasal Liya. Selagi abang bayangkan yang bukan-bukan, selagi tu tak akan reda. Sekarang ni.. Abang tarik nafas dalam-dalam.. lepas tu hembus slow-slow. Ulang banyak kali. Tapi abang jangan pulak hembus dekat telinga Liya. Abang buat macam tu, Liya lari tinggalkan abang seorang sini baru tahu."
"Ok.. abang try"
Sham buat yang macam Liya ajar. Pada hembusan terakhir Sham hembuskan di telinga Liya.
"Abang.... Liya dah pesan tadi kan.." Liya cubit tangan Sham.
"Dah lah.. Jom kita masuk. Abang dah ok ni.. Nanti kat dalam kita sambung balik ye.."
"Jangan nak mengada.. Liya tinggalkan abang lepas tu Liya tak nak jumpa abang lagi nanti sebab abang menakutkan Liya."
"Mengada lah sayang ni. Abang main-main aja lah. Abang tak buat lagi."
"Janji."
"Ye.. Dah Jom. Nanti makin ramai yang dah masuk makin susah kita nak cari tempat kita." Sham terus menarik tangan Liya dan dibawa masuk ke pawagam.
Bila wayang dah bermula..
"Kenapa abang ambik Filem macam ni. Dah lah Liya ni penakut. Abang saja kan nak kenakan Liya.. Jahat lah abang ni.." bahu Sham dipukul.
Sham tak menjawab Dia hanya tersenyum nakal.
Sepanjang tayangan filem, lengan Sham menjadi mangsa Liya untuk berlindung bila tiba babak seram. Ada ketikanya ditarik bahu Sham digunakan untuk menyorok. Sham hanya ketawa kecil melihat gelagat Liya...
Share this novel