BAB 39

Romance Series 17488

Sementara di Gombak...
"Sham.. Ipar dengan kakak Liya tu datang sini. Lain macam aja muka. Di nak shopping atau nak jumpa kau ni?" Said memberitahu sebaik nampak Izah dan Rusdee menghala ke konti.
"Dia orang nak jumpa aku lah tu. Takpe said. Aku boleh handle sendiri." kata Sham.
Sesampainya di hadapan Sham...
"Azli.. kita orang nak bincang serius dengan kau ni. Jom kita bincang belakang bangunan. Aku tak nak ada yang nampak dan sampaikan dekat adik aku nanti." Rusdee memberi arahan. Sham hanya menurut dari belakang.
Sesampainya di belakang bangunan, satu tumbukan buku lima yang kuat hinggap di perut Sham.
"Itu balasannya sebab tak dengar amaran aku haritu. Aku dah kata kan.. jangan kacau Atie.. jangan kacau Atie lagi.. Tapi kau degil.." Hinggap lagi satu tumbukan di perut Sham sampai buatkan Sham terduduk dan mulutnya berdarah.
"Salah ke aku nak bercinta dengan adik kau Izah.. Rusdee. Kami saling menyintai kan.." Sham cuba bertahan dan membela diri.
"Yang salah adalah keturunan kau. Asal usul kau. Keluarga kau. Aku benci dengan orang yang bergantung pendapatan pada hiburan. Langsung tak boleh nak jamin masa depan adik aku nanti bila dia kawin dengan kau.." Izah meluahkan rasa amarahnya.
"Kenapa pulak nak kaitkan keluarga aku dengan hubungan aku dan Liya?" dalam terbatuk-batuk Sham cuba bangun dan berbalas jawab lagi.
"Sebab mak kau dulu asalnya penari kaberet. Bapak kau pulak penyanyi di club malam. Aku tak suka Adik aku terpalit dengan hinaan dan cerca orang kampung sebab kawin dengan keluarga yang tak baik keturunannya macam keluarga kau!!!." Rusdee menjerit marah.
"Itu zaman silam dia orang. Kenapa perlu nak ungkit semua tu. Dia orang dah berubah kan.."Sham mempertahankan keluarganya dalam keadaan batuk-batuk dan tangannya menahan sakit diperutnya.
"Aku tak kira. Apa yang aku tahu kau putus dengan adik aku. Kau tinggalkan dia. Kalau tidak.. hukuman yang akan lebih berat lagi kau akan terima. Aku tak main-main tau. Kalau aku nampak kau masih lagi dengan adik aku tu. Padah berat kau akan dapat. Ingat!!!!" Hinggap lagi satu tumbukan di perut Sham yang kali ini betul-betul padu yang membuatkan banyak darah keluar dari mulut Sham.
Selepas itu Izah dan Rusdee pun berlalu pergi meninggalkan Sham yang terbaring kesakitan di atas jalan.
Said yang melihat Izah dan Rusdee sudah pergi meninggalkn bangunan, Dengan laju dia mengajak Musli ke belakang bangunan mendapatkan Sham bila ditunggu tak muncul-muncul.
"Kenapa ni Said. Kelam kabut aja ajak aku ke belakang?"
"Sham dekat belakang bangunan tadi jumpa dengan ipar dan kakak Liya. Hati aku tak sedap ni. Cepat lah Mus.." Said menggesa.
Mereka pun berlari sekuatnya menuju ke belakang bangunan.. Bila dilihat Sham terbaring dia atas tanah dan mulut berlumuran darah...
"Ya Allah... Sham.. Kenapa dia buat kau macam ni?" Said terus meriba kepala dan badan Sham dan keluarkan sapu tangan yang ada di dalam poketnya bagi mengelap darah yang keluar dari mulut Sham.
"Mus.. Said.. Tolong jangan bagitahu hal ni dekat Liya. Aku tak nak Liya bergaduh besar dengan kakak dia. Kakak dia itu aja waris yang Liya ada di sini." Sham berkata-kata dalam nada tersekat-sekat dan darah masih mengalir dari mulut Sham
"Ya Allah..Sham..Aku tak sanggup tengok kau macam ni..Mus..cepat pergi ambil morning towel Lepas tu punch card keluar aku punya dan Sham. Ambil kunci kereta aku ni bawa kereta ke belakang. Aku nak bawa Sham ke hospital. Jangan sampai ada yang tahu. Tolong rahsiakan hal ni dari semua orang. Termasuk management. Dah cepat!!!" Said memberi arahan dalam nada separuh menjerit bergetar kepada Musli.
Yang macam Said arahkan, Musli terlebih dahulu punch kad keluar Said dan Sham punya. Selepas itu dicapainya morning towel di rak jualan, dan turun ke konti untuk ambil bag Sham. Dengan tak berlengah lagi di pandunya kereta said dan menghala ke belakang bangunan.
Diangkatnya Sham bergandingan dengan Said masuk ke dalam kereta.
"Ingat Mus!!! Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut. Tolong rahsiakan dari sesiapa.Terutamanya Liya. Esok Liya balik. Lusa dia dah masuk kerja. Jangan sampai Liya tahu pasal ni." Said memberi amaran.
Melihatkan Sham diam tanpa sebarang respon.
"Sham.. Sham... jangan tidur Sham.. Tolong jangan tidur Sham... Kau kena teman aku drive sham.. Bangun Sham.."' Pipi sham dipukul berkali-kali dan badan Sham digoyang berkali-kali.
"Said. aku ikut sekali. Aku dah punch siap yang aku punya."
"Kalau macam tu.. Jom!! Kita gerak sekarang kau tolong bangunkan Sham. Jangan bagi dia tidur. Bahaya.."
Setelah berjaya sedarkan Sham..
"Sham.. kenapa kau ambil risiko ni nak teruskan juga hubungan kau dengan Liya?" Musli dalam nada bergetar campur sedih bertanya pada Sham.
"Korang tahu kan macamana aku cintakan sangat dekat Liya? Aku sanggup buat dan hadap apa pun cabaran demi nak pertahankan cinta kami. Asalkan tidak mendatangkan bahaya dekat Liya." Sham bersuara dalam suara tersekat-sekat menahan sakit.
Sesampainya di hospital bahagian kecemasan. Sham ditolak menggunakan troli katil ke dalam kecemasan.
"Kes apa ye ni encik?"
"Pukul." Said dan Musli berkata serentak
"Bukan..batuk dan muntah darah tadi." Sham pulak cuba berdalih.
"Takpe. Nanti kami akan bawa x-ray dan nanti boleh tahu puncanya apa. Encik tak boleh tipu kami tau.."Sambil menolak troli katil jururawat itu memberi teguran.
"Encik berdua tunggu dekat tempat menunggu. Apa-apa berita atau tindakan yang perlu dibuat, kami akan maklumkan nanti. Mintak ic pesakiti." Musli terus selongkar bag Sham dan menyerahkan Ic Sham kepada jururawat.
"Said. sebenarnya apa yang berlaku ni. cuba cerita dekat aku betul-betul. Cinta Liya dan Sham ni dapat tentangan hebat dari keluarga Liya ke?" Musli cuba buat andaian.
"Kakak denga Ipar dia aja. Family lain tak tahu lagi rasanya."
"Ya Allah.. beratnya dugaan Sham. Dah lah masa nak dapatkan Liya pun susah. Dah dapat Liya, macam ni pulak jadinya..Kalau lah macam ni beratnya dugaan yang Sham kena pikul, ada baiknya dulu kita tak payah beria satukan dia orang berdua. Biarkan aja Liya cari pasangan dia sendiri." Musli meluah rasa bersalahnya.
"Apa yang pasti.. Kita pun tak tahu kan yang hal macam ni nak jadi? Tak dijangka pun. Kalau aku pun.. tahu awal-awal yang Ipar Liya tu kaki gangster, memang awal-awal lah aku tak akan bagi Sham kawan dengan Liya. Masalahnya kita pun tahu dah lambat. Dia orang berdua tengah hangat bercinta kan masa ni. Kesian Liya. Kerana sikap kakak dan iparnya, Liya jadi mangsa. Aku risau sangat kalau kalau kali ni Liya terluka lagi. Aku tak dapat bayangkan situasi Liya nak hadap semua tu. Masa Liya putus dengan polis tu pun Liya dah terganggu sangat emosi dia. Ini lagi kalau Sham terpaksa ambil tindakan drastik tinggalkan Liya dengan cara menyakitkan
" Said juga meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Waris kepada Azlisham.."
"Warisnya tak de. Kami ni kawan baik dia. Ada apa ye doktor?"
"Saya nak encik buat report polis sebab kes yang berlaku ni adalah kes pukul. Ususnya cedera akibat dari pukulan padu yang dipukul berkali-kali." Doktor jelaskan.
"Masalahnya kawan saya tak nak buat report sebab ini cuma masalah keluarga. Kawan saya tak nak besar-besarkan perkara." Said buat perakuan.
"Jawapan sama yang saya dapat dari Azlisham. Takpe.. Saya faham. Berkorban demi cinta kan?"
"Haa?? Doktor??" Said dan Musli tercengang. Doktor lelaki itu hanya tersenyum dan masuk semula ke dalam ruang kecemasan.
"Oh.. Ya.. Lupa saya nak bagitahu." Doktor itu patah balik semula ke pada Said dan Musli.
"Azlisham kami tahan dulu di wad untuk 2 ke 3 hari untuk pemantauan luka dalam ususnya tu. Bila dah ok dan takde lagi pendarahan, dia dah boleh discas."
"Terima kasih doktor."
"Encik berdua dah boleh jumpa sahabat encik di dalam. Sekejap lagi kami nak tolak masuk wad. Encik berdua boleh lah ikut sekali."
Said dan Musli pun terus pergi mendapatkan Sham.
"Kau ok Bro?" Musli bertanya sambil senyum.
"Dah lembik macam ni, ok apanya.. hahaha" Selepas itu Sham terbatuk-batuk dan mengerang memegang perut..
"Dah. jangan banyak cakap. Rehat. Kau nak aku bagitahu family kau tak ni?" Musli bertanya.
"Tak payah. Nanti semua jadi kecoh. Said.. keluarkan handset aku dalam bag tu." Sham memberi arahan.
Setelah handset dah ada ditangan, Sham mendail no seseorang. Ketika itu Katil Sham mula ditolak untuk menuju ke wad. Said dan Musli ikut dari belakang.
"Assalamu'alaikum.. Isma. Aku nak kau datang hospital Selayang. wad.. kejap.."
"5D katil 15" jururawat yang sedang menolak katil Sham ketika itu memberitahu.
"Haa.. Wad 5D katil 15 sekarang kalau kau tak sibuk lah.."
"Kenapa pulak aku nak kena pegi sana? Suara kau lain sangat ni macam tahan sakit. Kau ke yang masuk hospital.?" Isma seakan terkejut dengan permintaan Sham dan dengar suara Sham.
"Kau datang aja lah.. Sebelum tu, kau pegi rumah family aku, kau ambik kain baju aku untuk 2.3 hari masuk dalam bag termasuk seluar kecik aku. Jangan Lupa gambar Liya yang dalam laci tepi katil jangan lupa ambik. Lepas tu bagitahu dekat ibu yang aku ada khursus mengejut. Pandai kau lah belitkan. Janji jangan bgtahu yang aku ada di hospital."
"Aku dah Agak dah. Aku kebetulan ada dekat selayang ni. Kejap lagi aku datang. Pasal barangan kau tu. Nanti aku ambik kemudian. Aku tak sabar nak tahu apa punca kau masuk hospital ni. Kau betul-betul buat hati aku ni tak tenteram tau tak. Ok. lagi 20 minit aku sampai." terus Isma matikan talian
Jururawat yang mendengar perbualan Sham hanya menggeleng sambil senyum.
"Apa jugak lah kau ni Sham. Apa salahnya family tahu. Senang nak jaga kau nanti." Said bersuara.
"Ibu dengan ayah ada sakit jantung. Aku risau nnt bila dapat tahu, kena serangan pulak." dalam nada perlahan Sham menjawab.
"Betul juga tu. Bahaya untuk mereka."Jururawat mencelah.
"Ok.. Ini katil En Azlisham buat masa ni. Jangan banyak bergerak buat masa ni. Nanti lagi bayak pendarahan dalam tu. Kalau ada nak apa-apa panggil nurse.."
"Daripada Nurse, baik aku suruh Liya yang jaga." Sham berseloroh dalam nada tersekat-sekat menahan sakit.
"Sempat gak lagi fikir pasal Liya."
"Aku rindu sangat lah dekat Liya. Macamana nak ubat rindu aku ni?"
"Kau juga yang tak nak Liya tahu. Lepas tu tanya pulak macamana nak ubat rindu. Memang aku tak Izin lah Liya datang sini. Nanti lagi teruk kau kena." Musli meluah tidak setujunya.
"Said. Kau temankan Sham kejap. aku nak beli air mineral dengan keperluan lain untuk Sham. Nanti aku naik balik." Musli memberi arahan. Selepas itu Musli berlalu pergi.
"Said. Nanti kau ganti baju tu sebelum masuk kerja semula. Nanti ada yang tanya macam-macam pulak." Sham memberi nasihat dalam tersekat-sekat.
"Ye.. aku tahu nak buat apa. Kau tu.. rehat. Jangan banyak cakap. Nanti bagi tekanan lagi dekat usus tu." Said menegur dan membetulkan selimut dan bantal Sham.
Selepas 10 minit Said biarkan Sham berdiam, tak lama lepas tu Sham tidur.
"Kenapa kau nak juga hadap cabaran ni Sham.. Aku tak sanggup lah tengok kau dibuat macam ni. Ini baru kali pertama. Kalau kau kena serang lagi sebab kedegilan kau, Aku tak dapat nak bayangkan keadaan kau lepas ni. Wannauzubillahi minzalik..." Tanpa disedari air mata jantan Said gugur ke pipinya. Dengan cepat tangannya menyeka dari jatuh lebih banyak. Ditariknya nafas sedalamnya dan bangun berdiri menghadap luar cermin tingkap. Hatinya benar-benar sebak.
"Said.. dah lama Sham tido?" Musli cuit bahu Said dan berbisik.
"Ada lah dalam 20 minit. baru lagi lenanya tu." Said berbisik.
"Ini kawan Sham. Isma. Isma.. Ini Said. kami terserempak dekat bawah tadi masa nak naik tadi." Musli memperkenalkan Isma.
"Ternampak Musli pakai tag kerja sama dengan Sham, tu yang tegur." Musli juga berbisik.
"Jom kita bincang dekat bilik ruang menunggu depan sana. Dekat sini nanti Sham dengar pulak." Said mengajak. Mereka pun bergerak menuju ke ruang menunggu.
"Said.. Mus.. darah dekat baju korang ni darah Sham ke?" Isma terkejut bila baju kerja Said dan Mus dipenuhi darah.
Dalam hela nafas berat, mereka berdua mengangguk serentak.
"Ya Allah.. apa dah jadi sebenarnya? Cuba korang cerita betul-betul dekat aku apa jadi dekat Sham. Jangan takutkan aku." Isma mendesak.
"Sham kena pukul tengahari tadi lepas rehat." Said memulakan cerita.
"Sebab apa??"
"Liya."
"Haaa??? Sebab Liya?? Aku tak faham?"
"kakak dengan Ipar Liya tak suka Sham dengan Liya. Dia orang halang habis-habisan. Sebab apa menghalang, aku tak tahu." Said melanjutkan ceritanya
"Jadinya yang memukul Sham ni Si Rusdee lah?"
Isma membuat telahan dalam rona mukanya dah mula kemerahan menahan amarah..
"Kau kenal Ipar Liya?" Musli terkejut. Begitu juga dengan Said.
"Lebih dari kenal. Dia memang jenis kaki gaduh dari dia belum kawin lagi. Masa nak dapatkan kakak Liya tu dulu pun dia gaduh dengan bekas boyfriend Izah sampai Izah putus dengan boyfriend dia. Sampai sekarang Izah kakak Liya tu tak tahu yang laki dia tu guna cara kotor nak dapatkan dia. Kali ni dia buat lagi?? Apa pulak motif dia kali ni? Eeee... sakitnya hati aku. Kalau ikutkan geram ni, nak aja aku belasah dia ni. Ingat aku ni tak reti nak pukul orang ke? Cuma belum ada yang cabar aja." buku limanya digenggam kuat menahan amarah yang mula memuncak.
"Sabar Isma.. Sabar.." Said cuba tenangkan Isma.
"Kalau kau dah tahu lebih awal yang Ipar Liya tu macam tu, kenapa kau tak bagi amaran dekat Sham?"
"Aku dapat tahu pun dah lambat. Sham dengan Liya dah mula bercinta masa tu. Itu pun kebetulan aku ternampak masa Liya balik, Rusdee yang ambik. Aku cuma bagi warning aja lah dekat Sham."
"Sham cakap apa?"
"Dia nak teruskan juga walau dia terkorban sekali pun janji tak bahayakan Liya. Sebenarnya Sham kenal sangat ipar Liya tu. Kami sekampung sebenarnya. Apa kegiatan Ipar Liya tu selama ni dari sebelum dia kawin lagi kami tahu."
"Sham dah tahu??? Tapi kenapa Sham teruskan juga nak bersama Liya."
"Sham ni memang susah nak jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta, dia tak akan berundur walau selangkah pun walaupun dia tahu dia akan berjalan atas duri tajam."
"Ya Allah... Sham... Kenapa???" Said terus terduduk dan mukanya ditutup menahan sebak.
"Walaupun korang tak perkenalkan Liya dekat Sham, pastinya Sham akan jatuh hati dekat Liya juga sebab mereka ini bekerja dalam satu bumbung. Elak cara macamana pun lah.mesti akan terjumpa juga."
"Betul juga kata kau tu Isma. Ok lah Isma. Kami dah nak kena balik ni. Nanti management mencari kami pulak hilang lama sangat. Nanti kirim salam dekat Sham. Assalamu'alaikum.."
"Waalaikumussalam.. insyaallah.. nanti aku sampaikan. Eh.. lupa. Ini no telefon aku. Kalau apa-apa jadi dekat Sham lagi, terus call aku." Mereka pun saling bertukar-tukar no telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience