BAB 20

Romance Series 17488

Sampai di RnR Munir dan Liya pergi ke tandas. Selepas itu Munir keluarkan Album gambar yang diletakkan dalam bonet kereta dan diserahkan kepada Liya. Liya terus membuka nya.
"Satu album ni semua gambar kita ke sayang yang dekat taman tu?" Munir bertanya bila dilihat satu album tu penuh dengan gambar.
"Haah.. macamnya ye.. Munir tu.. Sini lah rapat sikit kita tengok sama-sama." Liya mengajak.
Munir merapatkan badannya dengan Liya. Manakala liya membelakangkan Munir supaya Mudah untuk Munir melihat gambar yang Liya tengok. Munir pun datang menghampiri Liya sehingga separuh badan Liya menyandar badan Munir.
"Cantiknya semua gambar kita ni sayang.. Patut juga lah owner taman tu berminat dengan gambar kita. Banyak betul dia snap gambar kita. Gambar candid pun banyak ni. Pro juga rupanya Owner ni ambik gambar dan guna kamera Munir tu.." Munir memuji.
"Kan..."
Sedang Liya membelek gambar, Tiba-tiba terdengar suara berdengkur di sebelah bahu Liya. Terus Liya mengintai muka Munir yang dah terlentok lena di bahunya.
"Laaa.. tertidur ke.. Kesiannya.. Takpelah. Bagi dia tidur dulu. Dah puas tido nanti baru sambung perjalanan.."
Liya turunkan sedikit tingkap di sebelah liya dan tingkap belakang bagi memudahkan pengudaraan.
Sambil menanti Munir terjaga, Liya layan lagu yang berkumandang di radio dan berdendang perlahan. Dalam pada sedang dia berdendang mengikut lirik dan melodi yang berkumandang, Tiba-tiba dirasakan pinggang nya dirangkul kemas.
"Eh!? Dia ni? Tengah Mimpi ke atau saja buat? Alamak.. Lain macam pulak bila dia buat macam ni.. heeiiii.. tak boleh jadi ni. Nak feeling lagu pun tak boleh ni. Macamana ni? Nak kejutkan atau biarkan ye? Aduhaiiii."
Sedang Liya tengah berkira-kira nak buat keputusan, tiba-tiba Munir terjaga. Bila dia menyedari yang dia sedang merangkul pinggang Liya dan kepalanya sedang menumpang di bahu Liya, dengan pantas Munir lepaskan Liya.
"Sory sayang.. Munir tak sedar apa yang Munir buat tadi. Munir ingat bantal peluk sebab kalau tidur memang Munir suka peluk bantal."
"tak pe.. Lagipun Munir peluk tak lama pun. Sekejap aja lepas tu Munir terjaga."
"Ye ke?? Munir terlelap tadi sebab terbau badan sayang tadi macam Best aja masa tumpang letak kepala dekat bahu sayang tadi. Munir rasa tenang aja bila bernafas. Sedar tak sedar masa tengah feeling layan bau badan sayang, Munir terlelap rupanya. Lepas tu dalam samar-samar terdengar orang tu menyanyi macam mendodoi aja alunannya. Langsung lah Munir lena terus tak sedar diri. Yang buat Munir terjaga tu tadi sebab tiba-tiba dah tak dengar suara orang menyanyi."
"Ye lah.. Macamana nak sambung menyanyi kalau orang tu tengah peluk kita. Terbantut terus lah. Nak kejutkan, macam tak sampai hati sebab tengah lena betul. Tengah berkira-kira macam tu lah tadi nak atau tidak kejutkan sebab dah rasa semacam bila Munir makin kemas peluk Sayang." Liya bercerita.
"Sory.. Munir tak sengaja.." Munir meluahkan rasa bersalah nya.
"Dah lah. Pergi cuci muka. Lepas tu kita sambung perjalanan." Liya memberi cadangan.
Munir pun keluar kereta dan terus ke tandas untuk mencuci muka. Bila Munir masuk dalam kereta semula...
"Sayang.. Nyaris Munir tak terlupa. Boleh tak sayang keluarkan bag kertas yang ada bawah seat sayang. Sepatutnya Munir bagi bag kertas tu malam semalam, tapi Munir terlupa."
Liya terus meraba bawah seatnya dan mencari bungkusan yang Munir maksudkan. Setelah ditemui Liya terus tarik keluar dan mengintai isi dalam bag kertas berkenaan.
"Apa ni Munir?"
"Buka lah.." Munir menyuruh.
Liya keluarkan isi kotak berkenaan. Bila dah dikeluarkan..
"Ayang... kenapa bagi sayang telefon??"
"Sekali lagi? Panggil Munir apa tadi? Macam Best pulak panggilan tu. Sekali lagi panggil?" Munir meminta.
"Ayang Bie... kenapa Ayang Bie bagi sayang telefon ni? Untuk apa bagi?" Liya mengulang ayatnya tadi dalam nada manja.
"Aduh.. aduh.. aduh. lemah terus segala sendi Munir. Menusuk qalbu terus bila sayang panggil
tu. Tapi panggil nama tu kalau kita berdua saja tau. Jangan dekat public."
"Ye.. sayang tahu lah.."
"Bie bagi sebab senang nak berbual sebelum masuk tidur dan Bie nak dengar suara seksi sayang tiap hari bila sayang baru bangun tido. Bie suka sangat suara tu."
"Bie ni macam-macam lah.. Ok.. Sayang terima."
"Jom lah kita sambung perjalanan. Nanti lambat pulak sampai rumah." Munir mengajak.
Masing-masing perkemaskan tali pinggang keledar dan Munir sambung pemanduannya.

Seperti sudah menjadi tabiat Munir, tangan Liya mesti akan dipegangnya dan diletakkannya di atas pehanya. Sepanjang perjalanan sambil berbual, skali skala jemari liya akan diciumnya.
Melihatkan kelakuan Munir, Liya hanya memandang sambil tersenyum dan dibalas dengan Munir juga.
"Bie.. boleh tak lepaskan tangan sayang. Kita dah sampai kat perumahan Along. Nanti ada yang nampak, kantoi kita." Liya memperingatkan Munir.
"Ala.. Bie tak nak lepaskan. Nanti Bie tak boleh tidur malam."
"Bie.. jangan nak macam-macam ye.. Kita dah sampai depan rumah ni.."
"Ala.. takde orang nampak pun.. Cermin kereta ni gelap lah.. Luar tak nampak dalam ni."
"Ayang Bie... Please... dah nak maghrib ni.. Cuba lah behave sikit.Macam budak-budak lah Bie ni."
"Ok... Ok.. Next time kita jumpa lagi tau.Malam ni Bie telefon sayang tau."
"Ok.. sekarang kita keluarkan barang Sayang. Lepas ni keluar aja dari pintu kereta ni, jangan panggil sayang tau. Tukar pada nama asal. Atie. Bie pulak sayang panggil Abang Munir semula. Ok? "
"Jom Kita kemas Yang patut. Kejap lagi mesti Along sampai sebab sekarang ni waktu rehat dia kan." Munir mengingatkan Liya
Cepat-cepat mereka berdua keluar kereta dan keluarkan semua barang Milik Liya.
"Atie.. Album gambar ni siapa nak simpankan?"
"Abang Munir lah tolong simpankan. Kalau tak pun biar dalam bonet ni aja. Bila sampai masa yang sesuai baru kita keluarkan." ,
Selepas keluarkan semua ole-ole yang di beli, Munir terus menutup bonet kereta.
"Korang baru sampai ke?"
"Allahuakhbar.. Along.. terkejut Atie. Haah.. baru sampai. Kalau ikutkan dah lama sampai. Abang munir ni tadi mengantuk sangat, Atie suruh dia tido dulu dekat RnR."
"Takpe lah.. Asalkan korang balik. Banyak juga ole-ole yang korang bawa balik ni. Ke mana aja korang berjalan ni. Macam jauh aja."
"Along tengok lah barang-barang tu semua. Nanti Along tahu lah mana kami dapat semua tu. Munir nak balik dah ni. Nak masuk maghrib ni."
"Haa.. ye lah. Elok-elok memandu" Along memberi pesan.
Setelah Munir memandu pergi, Liya dan Along masuk ke dalam rumah sambil membawa masuk semua barang yang dibeli oleh Liya dan Munir.

Sebaik aja barang-barang diletakkan atas meja makan, Along Izah membelek semua barang yang liya beli.
"Atie dengan Munir pergi Cameron highland ke?" Izah bertanya.
"Haah.. Atie yang ajak sebab memang dah lama hajat nak pergi situ. Abang Munir pun ok je. Tu yang sampai situ."
"Pukul berapa kamu berdua keluar dari sini?"
"Dalam pukul 7 macamtu lebih kurang."
"Ooooh.. Ini pulak? Eehhh?! Ini makanan orang pahang. Ni pergi mana pulak?"
"Yang tu? Abang Munir bawak Atie berjalan ke rumah Mak angkat dia dekat Janda Baik sana. Sampai sana kami pergi mandi air terjun dengan family angkat dia. Itu family angkat dia bekalkan."
"Sedap ni Atie.. lapar pulak perut Along bila tengok makanan ni."
"Along makan lah.. sedap. Rasanya saling tak tumpah macam mak masak. Atie dah rasa dekat sana."
Izah terus cuci tangan dan ambil pinggan untuk makan. Sambil itu Liya menyusun semua barang-barang yang di bawa balik tadi ke dalam peti sejuk. Manakala yang kering ke dalam tupperware.
"Atie.. memang sedap lah.. Sama macam mak masak. Ya Allah.. rindu lah pulak dengan mak di kampung. Bila kita nak balik jenguk mak ni Atie."
"Atie ikut Along aja. Kalau Along nak balik, bagitahu Atie. Nanti Atie boleh mohon cuti awal."
"Nantilah Along fikirkan." Izah terus menyambung makannya.
Selesai mengemas, Liya terus masuk bilik dan bersiap untuk solat maghrib.

____________________________________________

Seusai masuk rumah, Munir meletakkan semua barang yang dibeli bersama Liya tadi di atas meja dapur dan yang kering di atas meja ruang tamu. Melihatkan rakan serumahnya masih belum pulang dari surau, dia naik ke bilik untuk membersihkan diri. Selesai mandi dan bersiap ringkas, Munir baring di atas katil.
Fikirannya melayang ke semua kejadian yang berlaku antaranya dan Liya.
"Bie betul-betul tak sangka yang sayang akan beri jawapan secepat ini. Bie ingat lambat lagi sayang akan beri jawapan. Walau apa pun Bie bahagia sangat dengan apa yang berlaku hari ni. Makin tak sabar rasanya Bie nak dapatkan sayang."
Sedang Munir mengelamun, tiba-tiba dia teringatkan album gambar yang dikeluarkan dari bonet tadi.
"Eh?! Album gambar tadi tertinggal dekat bawah. Aduhaiiii.. kalau lah dia orang balik nampak album tu, habis lah aku.."
Dengan cepat munir bingkas bangun dan berlari turun ke ruang tamu. Tapi malangnya Munir terlambat. 3 sahabatnya dah berkumpul meneliti setiap helai album gambar itu.
"Dah lama ke kau balik Munir?"Adi bertanya sebaik melihat Munir laju menuruni tangga.
"Ada lah satu jam. Korang dah lama ke balik?"
"Adalah dalam 15 minit." sambil tu mata masing-ma-sing masih khusyuk melihat setiap gambar yang tertera dalam album tu."
"Munir.. Kau dah couple ke dengan dia ni? sweet semacam aja korang posing ni?"
Munir tak menjawab. Hanya tersenyum.
"Cantik gambar korang berdua. Sweet sangat macam tengah hangat bercinta."
"Baru nak jadi. Pasti tu tak tahu lagi.."
"Lain macam bunyi ayat? Maksud kau?"
"Baru mula semalam.. lepas ni tak tahu lah macamana." Munir menjawab.
"Maknanya gambar ni semua jawapan dia lah ye? Sebab dari gambar ni, dia macam ada feel bila bergambar. Yang kau pulak layan lentok betul ni?"
"Masa ambik gambar ni, aku tak tahu lagi perasaan dia dekat aku. Apa yang fotografer tu minta kami pose, kami ikut aja lah. Macam kena pukau kau tau tak. Langsung kami tak bantah. Tu yang pelik. Dia pun tak menolak. Itu lagi buat aku pelik. Lepas habis sesi bergambar, baru aku tanya. Lama juga dia nak bagi jawapan."
"Ni kiranya dia bagi jawapan masa korang kat sana lah?"
"Haah.. kat sana. Itu pun lepas aku bagi soalan cepumas yg menjadi kunci dia sebenarnya dalam sedar tak sedar ada juga perasaan dekat aku."
"Apa soalan kau tu? Nak juga aku tahu.."
"Eeehhh.. mana boleh tahu. Aku ngan dia aja tahu soalan tu. Orang lain tak boleh tahu... hahaha.."
"Sooo.... dah rasmi couple lah ni?"
Munir tak jawab. Hanya tersenyum.
"Dah senyum lain macam ni... ye lah tu. Melepas aku. Baru nak try esok.. aduhhhh...." Adi mengusik.
"Kau jangan Adi. Penumbuk sulong hinggap kat muka kau ni nanti. Dah lah aku susah nak dapat dia tu tau tak.."
"Aku melawak aja lah.. tu pun nak sentap."
"Memang sentap lah. Awek aku tu.."
Semua pakat ketawa...
Selepas itu Adi selongkar barang yang ada di dapur.
"Munir.. kau pegi janda baik ke? Jauh kau berjalan ni?"
"Dia ajak bawa pegi air terjun. Nak mandi air bukit katanya. Tu yang aku bawa ke sana. Sambil tu jumpa Mak Odah dengan Pak Din. Oh ya.. mereka kirim salam semua."
"Waalaikummussalam... Tak terkejut ke orang tua berdua tu bila kau bawak dia ni?"
"Hahaha.. terkejut juga. Tapi dia orang suka."
"Maunya tidak. Selalu tu datang dengan kami ni.. alih-alih bawa org lain. Perempuan pulak tu. Walhal sebelum ni punya lah anti perempuan."
"Eh. aku nak naik bilik. ada hal sikit. Korang tolong kemaskan ye.. Oppssss.. Album ni aku nak bawak bilik. Sory.." Munir capai album dan terus naik ke bilik.
"Asalkan kau bahagia lah Munir. Aku sokong aja apa yang elok."
"Tapi kan adi.. Awek dia cun giler lah.. Jantung aku pun laju bila tengok gambar dia tadi."
"Kan.. Untung Munir. Sama cantik sama padan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience