BAB 60

Romance Series 17488

Sham ditempatkan dalam wad yang sama dengan Liya. Cuma diletakkan berlainan bilik. Itu bagi memudahkan lagi Indra untuk memantau memandangkan Sham juga adalah pesakit Indra.
Hakim sangat menyesali akan perbuatannya cuba mempertemukan Liya dan Sham. Hakim membuat keputusan untuk menjadi peneman kepada Sham juga..
Memandangkan Liya sedang diberi ubat tido UTK 6 jam, Hakim membuat keputusan untuk ke bilik Sham untuk melihat perkembangan keadaan Sham. Rasa penyesalan yang tak tertanggung dihatinya disebabkan tindakannya, Sham berada di sini. Sepanjang menunggu, Hakim memegang tangan Sham tanda minta maaf.
Sedang Hakim hampir terlelap, Hakim terasa gerakan tangan Sham. Terus Hakim terjaga.
"Hakim..Kenapa dengan Liya??? Kenapa Liya dalam keadaan macam tu??" dalam nada lemah Sham bertanya kepada Hakim.
"Maafkan aku Sham. Niat aku lain.. Niat aku hanya nakkan kepastian sama ada Sham dan AtieLiya betul ke ada kaitan antara satu sama lain sebelum ni. Aku tak sangka akibat tindakan aku, kau jadi macam ni. Maafkan aku Sham...Maafkan aku Sham.." sambil menangis Hakim merayu meminta maaf.
"Hakim... cuba jelaskan dekat aku..apa dah jadi dengan Liya.. Kenapa sampai macam tu keadaan Liya??" Sham masih mahukan Hakim membuat penjelasan keadaan Liya.
Hakim menarik nafas panjang cuba mengumpul semangat untuk menunaikan permintaan dan rayuan Sham.
"Liya masa dibawa ke sini dia dalam keadaan tak sedar dan tak stabil.. demam panas.. denyutan jantung tak stabil.. Kami terpaksa tahan dia di wad buat sementara. dalam masa 24 jam Liya pengsan sebanyak 2 kali. Pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh terpaksa kami buat.. dalam keputusan x-ray, MRI, otak Liya ada terdapat darah beku. darah beku tu sebelum ni kurang aktif pengaliran nya. Tapi masa hari Liya sampai, saluran darah di otak Liya membengkak, darah beku kian aktif bergerak dan sangat membahayakan Liya. Satu lagi masalah jantung Liya juga dalam bahaya. jantung Liya juga membengkak dan ada saluran yang tersumbat. Sebab itu Liya dalam pemantauan rapi kami. Liya pernah koma selama 12 jam dan sangat menakutkan kami. Liya tak boleh pengsan sekali lagi. Kalau Liya pengsan sekali lagi, kita akan kehilangan dia selamanya.." Kata Hakim dalam nada sebak menjelaskan satu persatu.
"Allahuakbar.... Kenapa Liya tiba-tiba jadi macam tu. Aku tahu kau tahu puncanya Hakim. Aku nak tahu. Tolong ceritakan yang sebenarnya." Sham merayu Hakim melanjutkan ceritanya.
Sekali lagi Hakim menarik nafas panjang.
"Sebenarnya Liya menderita selepas Sham putuskan hubungan dengan Liya. Dia tak mampu menahan sakit terluka di hatinya bila Sham berbuat onar di hadapan dia. Dia rasakan jiwanya hilang.. Kecewanya tak mampu lagi dia bendung. Tu sebab dia berhenti kerja dan bawak diri ke Pahang mencari ketenangan. Liya tak balik kampung masa tu. Dia ke rumah keluarga angkat nya di Bentong untuk berehat jiwa dan minda dia. Di situlah bermula segalanya. Liya ditemui tak sedarkan diri dan dalam suhu badan yang sangat tinggi. Maka tu Liya di bawa ke sini." Hakim masih bercerita dalam nada sebak.
"Allahuakbar... sayang abang... maafkan abang.. Abang tak duga ini yang akan berlaku dekat sayang. Abang tak sangka ini akibatnya derita yang sayang terpaksa pikul sepanjang perancangan abang. Maafkan abg sayang." Sham dalam nada menangis. Hakim juga turut menangis waktu itu. Hakim memeluk Sham cuba tenangkan Sham.
"Maafkan aku Sham. Tak sepatutnya aku buat perancangan macam ni. Maafkan aku sekali lagi Sham." Hakim meminta maaf sekali lagi.
"Hakim. Aku sebenarnya dah tahu Hakim adalah lelaki yang selayaknya jaga Liya saat pertama kali Hakim pegang gambar Liya dan mengatakan yang Liya mirip sangat wajah insan yang Hakim pernah sayang dan cinta dalam diam satu masa dulu. Bila hakim sebut nama penuh Liya, memang hati aku tersinggung. Tapi disebabkan aku dah tahu satu hari nanti Liya pasti akan menjadi hak milik Hakim, maka tu aku nekad teruskan buat perancangan untuk lepaskan Liya walaupun terpaksa. Walaupun aku sendiri pun derita. Tapi aku tak sangka perancangan aku dah memburukkan lagi keadaan Liya sekarang.. Menambahkan lagi perit hati aku bila tengok Liya macam tu." Sham membuat perakuan dalam nada menahan sebak.
"Kenapa kau tak terus terang aja Sham yang gambar aku pegang tu adalah AtieLiya." Sham meminta penjelasan.
"Masa Hakim sebut nama penuh Liya.. Aku memang tersentap. Tak sangka Liya ramai yang sayang rupanya sebelum aku hadir. Bila dah tahu, aku mula buat perancangan untuk pastikan satu hari nnt dia akan tinggalkan aku. Aku mengharapkan Liya akan menjadi milik Hakim. Sebab itu lah aku tak nak Hakim tahu yang aku ni adalah org yang juga menyintai Liya.. Macamana Hakim boleh agak yang aku ni bekas teman lelaki Liya?"
"Dari cerita Liya. Dan juga cerita dari bekas teman lelaki Liya sebelum Sham."
"Haaa??? Polis tu pun tahu pasal Liya?"
"Dia lah yang bawa Liya ke sini. Mak angkat dia yang telefon keadaan Liya yang agak membimbangkan masa tu."
"Liya bercinta semula ke dengan dia?"
"Tak lah.. Mereka hanya berkawan sahaja..Liya tak mampu nak terima dia lagi..hati dia dah terluka. Mereka bertemu semula pun di sini juga. Aku bertemu Liya semula pun juga di sini.."
"Hakim..Tolong jagakan Liya. Aku tahu Hakim yang paling layak untuk jaga Liya. Hakim lebih lama kenal Liya..Tolong..Aku serahkan sepenuhnya Liya pada Hakim."
"Aku sebenarnya ada lagi berita nak disampaikan. Nanti aku datang balik. Nak jengok Liya sekejap. Rasanya polis tu dah sampai nak jengok Liya. Nanti aku kenalkan dia dekat Sham. Aku terpaksa tinggalkan kau ni."
"Takpe..pergilah tgok Liya.. kalau aku dah stabil nnt aku jengok Liya."
Hakim bersalaman dgn Sham dan berlalu ke ruang bilik Liya.
Sesampainya di ruang bilik Liya, Munir dah ada di tepi katil Liya..
"Assalamualaikum... Munir. Dah lama sampai?"
mereka bersalaman dan berbicara dalam nada perlahan memandangkan Liya masih tido.
"Waalaikumussalam... adalah 15 minit sampai Hakim pergi mana tinggalkan Atie sorang?"
"Jumpa bekas pesakit. Dia dimasukkan semula ke wad ni "
"Ohh.. lama dah ke Atie ditidurkan?"
"lama juga .dah 6 jam. Ini bila² masa aja Atie terjaga"
Sedang mereka berbual dalam nada perlahan, Liya kelihatan mula ada pergerakan menandakan sudah terjaga.
"Atie dah bangun tu." mereka berdua mula bergerak menghampiri katil Liya..
Melihat Liya dah mula buka mata.. keduanya memberi salam serentak. Liya menjawab dalam nada perlahan...Hakim dan Munir bergilir mencium umbun² Liya yang berlapikkan tudung..
"Lama dah abang Munir sampai" Liya bertanya dalam nada lemah...
"adalah 15 minit... Liya tido masa tu..abg tunggu tepi tu aja.lah..." Munir menjawab
Tak lama kemudian Indra masuk..
"haii princess abang.. Dah Ok tak ni..?" Indra mengusik...
"Princess abg Indra ni tgh lapar tau tak. Boleh tak bg Atie makan..." Atie merayu perlahan.
"Bolehhh... kejap lagi dia orang berdua ni akan layan Atie makan ye... Abang nak sambung kerja ni." Sambil membetulkan peralatan yang disambungkan para badan Liya.
"Abang Indra.. Kenapa alatan ni ada dekat Atie? Atie ada masalah ke tadi?" Liya kehairanan bila seluruh badannya dipenuhi wayer yang banyak seperti sebelum ni.
"Atie jangan risau ok. Abang dan semua yg ada sini akan jaga Atie. Paling penting abang nak Atie sembuh dan sihat macam sebelum kami semua kenal Atie tau." Indra memujuk..
Setelah itu Indra dan jururawat yang bertugas mula bergerak keluar dari wad Liya.
Dalam masa yang sama Munir menyiapkan juadah makan yang Liya suka. Manakala Hakim menaikkan bahagian kepala Liya dan duduk di sisi atas katil Liya.
"Hakim.. Kau Suap bagi Liya makan. Aku nak jumpa Indra kejap." Sambil itu Munir menepuk bahu Hakim. Hakim hanya mengangguk tanda faham.
Munir terus mencari Indra. Setelah jumpa kelibat Indra..
"Indra Kau sibuk tak sekarang?" Indra bertanya.
"Tak sibuk sgt lah buat masa ni sbb kejap Lagi aku nak habis shift. Ada apa kau nak jumpa aku?" Indra kehairanan.
"Aku nak tahu keadaan terkini Atie." Munir menjawab.
"Jom kita bincang kat ruang rehat depan tu. Selesa sikit." Indra mengajak.
"Indra. Jangan kau nak sampaikan dekat aku yang Atie semakin dalam keadaan bahaya." Sambil berjalan beriringan Munir meluahkan rasa bimbangnya. Indra hanya tersenyum.
senarainya di ruang rehat dan mendapatkan tempat yang selesa mereka mula berbual. Sambil senyum Indra menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus secara perlahan..
"Indra.. Cepatlah bgtahu keadaan Atie terkini. Aku nampak tadi Atie macam kena serangan lagi sebab wayer penuh semula." Munir jadi kurang sabar.
"Jantung Atie tiba² tadi alami denyutan yang sangat kurang stabil masa Hakim jumpa dengan seseorang tadi. Masa tu Atie tengah tido sebenarnya. Tu sebab kami cepat² bagi bantuan kecemasan. Atie kami bagi ubat tido untuk bg dia tenang. Alhamdulillah kami dapat kawal keadaan masa tu." Indra bercerita...
"Hakim jumpa siapa sampai tinggalkan Atie sendiri?" Munir seakan tidak puas hati dengan tindakan Hakim meninggalkan Liya sendirian saat Liya dalam keadaan bahaya.
"Hakim jumpa dengan bekas teman lelaki Atie. Lepas tu tiba-tiba bekas teman lelaki Atie rebah bila dapat tahu keadaan Atie sebenar. Dia dimasukkan dalam wad ni juga sebab dia juga adalah pesakit saya sebelum ni. Dia juga pernah kritikal sebelum ini di wad sini juga dulu." Indra bercerita.
"Haaa!!??? Bekas teman lelaki Atie yang selepas aku tu ke?" Munir terkejut.
Indra tersenyum sambil mengangguk..
"Dia kritikal dulu sebab apa?"
"Kes pukul angkara cintanya di halang keluarga Atie. Dua kali dia dimasukkan ke sini. Dua-dua kes pukul. Tapi dia tak nak buat report polis sbb terlampau sayangkan Atie dan tak nak jadi apa-apa yang bahaya dekat Atie. Kali kedua dia dimasukkan dia dalam keadaan yang teruk sangat. Bermujur nyawa dia masih panjang. Dia masih lagi bernyawa dan sempat melihat Atie"
" kenapa pulak dia rebah bila tengok Atie?"
"sebenarnya dia masih belum sembuh sepenuhnya. Masih perlukan rawatan susulan Setiap bulan. Dia pun sebenarnya macam Atie.Jiwanya Menderita juga. Dia juga tak boleh dalam keadaan terlampau sedih. Jantungnya akan jadi tak stabil dan akan mudah rebah. Tapi dia lebih kuat semangatnya dari Atie."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience