BAB 48

Romance Series 17488

Sementara itu Sham mengejar Ida dan mendapatkan Ida sehingga di hadapan konti Sham.
"Ida.. Awak buat apa tadi jumpa Liya?" Sham bertanya
"Habiskan tugasan Ida. Ida dah tak sanggup nak teruskan lebih lama tugasan ni." ketika itu pipi Ida dah mula basah dengan air mata.
"Ida.. Apa Liya cakap?" Sham mengharapkan kepastian
"Dia akan tinggalkan Sham dan tak akan ganggu Sham lagi." dalam teresak Ida menjawab.
"Allahuakhbar...." Sham terduduk si tepi konti dan hatinya terus sebak.
"Ida balik dulu. Tak sanggup Ida lama-lama dekat sini. Makin sayu Ida rasa tengok Sham dan Liya sengsara macam ni." Ida terus masuk kereta dan tinggalkan Sham sendirian.
"Ya Allah... Sakitnya hati ni bila dah tahu keputusan Liya.. Memang ini yang aku nak. Tapi kenapa sakit sangat macam ni?" sambil itu Sham memegang dadanya...
Setengah jam kemudian, Sham menerima sekeping nota yang diserahkan oleh Suzie.
"Liya bagi. Sampai hati Sham kan? Kenapa buat Liya macam tu? Sham kejam lah.." Suzie melepaskan geram amarahnya kepada Sham dan berlalu pergi.

Dengan perlahan dan penuh debaran, Sham membuka nota pemberian Liya.
"Assalamu'alaikum....
Khas buat tatapan insan yang pernah bertakhta di hati ini.. Azlisham...
Sakit sangat rasanya hati ini saat Liya coretkan tinta ini. Hati Liya sepenuhnya dah hancur berkecai saat ini. Kalau ikutkan Hati yang dah hancur ini, Liya nak aja tinggalkan bumi Gombak ini tanpa sesiapa pun yang tahu. Namun Liya tak sampai hati nak buat macam tu. Liya tak nak sesiapa tercari-cari Liya lagi selepas ini.
Abang Azlisham...
Rasanya setakat ini sahaja lah hubungan kita. Liya dah tak sanggup lagi untuk teruskan hubungan ini. Bahagia dan kasih sayang yang abang dah semai dan mula hidup subur dalam jiwa Liya namun racun juga yang abang tabur. Abang yang tanam, baja dan belai dengan penuh kasih sayang, akhirnya abang juga yang hancurkan segalanya. Kini tiada satu pun yang tinggal untuk Liya. Segalanya dah hancur. Abang betul-betul kejam pada Liya. Liya percayakan abang selama ini. Tapi abang dah musnahkan kepercayaan Liya.
Abang bahagiakan lah Si Dia tu. Dia lebih layak terima cinta abang dari Liya. Liya tak mahu lagi jadi penghalang antara abang dan Dia. Sayangi dan cintai lah dia seperti mana abang pernah lakukan pada Liya sebelum ini. Jangan abang bandingkan dia dgn Liya kerana setiap insan itu berbeza.
Abang Azlisham..
Lepaskan lah Liya dari hidup abang. Tolong jangan cari Liya lagi selepas Liya keluar dari sini.
Tamat lah sudah hubungan kita setakat ini sahaja. Semoga apa yang berlaku antara kita ini kan menjadi ikhtibar di masa akan datang.

Yang pernah menyintai mu dahulu,
Nuratiliya Humairah.

Selesai membaca, Sham berjalan menuju ke belakang bangunan pasaraya.. Hatinya berasa sakit sangat..
Sesampainya di belakang bangunan...
"Nuratiliya Humairah..... abang cintakan sayang.. tolong jangan tinggalkan abang!!! Tolong jangan tinggalkan abang!!! Abang Cintakan Liya. Abang sanggup mati untuk Liya.. Tolonglah.. jangan tinggalkan abang!!!" Dalam menangis Sham menjerit sekuat hatinya dan akhirnya Sham terduduk dia atas jalan. Berkali-kali Sham. menjerit bagi melepaskan sebaknya.

Said yang kebetulan terdengar jeritan Sham, segera mendapatkan Sham kerana dia bimbang andai Sham diganggu lagi.
"Sham.. kenapa ni? Selalu nya kau tak seteruk ini..." Said mendapatkan Sham dan membawanya duduk di tepi longkang bangunan. Setelah itu Sham serahkan nota pemberian Liya tadi kepada Said. Lalu said pun baca...

Selesai membaca...
"Patut lah tadi aku tengok Liya pun menangis sambil menulis. Rupanya dia tengah tulis Nota ni untuk engkau. Bukan ke ini yang kau nak selama Sham? Liya dah ikut apa yang kau dah rancang. Sepatutnya kau tak macam ni."
"Aku tak nak putus dengan Liya Said. Boleh gile aku macam ni. Aku dah serahkan semua jiwa hati dan perasaan aku ni dekat Liya sebab aku cintakan dia sepenuhnya. Aku tak nak Dia tinggalkan Aku Said.."
"Pagi ni tadi Liya dah hantar surat perletakkan jawatan dia dekat pejabat. Minggu depan hari Ahad dia terakhir di sini. Pandai-pandai kau lah nak jumpa dia macamana. " said memberitahu.
"Dia dah hantar surat berhenti kerja Said? Dia nekad betul ye nak tinggalkan aku?" Sham bertanya.
"Kau juga kan yang nak dia tinggalkan kau? Sekarang rancangan kau dah berjaya. Nak atau tidak, kau kena terima juga. Demi keselamatan Liya juga. Kau nak Liya Selamat atau nak Liya dalam bahaya?"
Mendengarkan peringatan yang dinyatakan oleh Said, Sham jadi terdiam.
___________________________________________

Dalam situasi hati yang amat terluka ,Liya mengambil keputusan menghantar notis berhenti seminggu kepada Syarikat department nya dan juga pasaraya. Liya dah langsung tidak memikirkan lagi apa akibat dari tindakannya itu. Apa yang dia tahu, dia harus keluar dari persekitaran yang menyakitkan itu. Liya dah tak sanggup lagi berada lebih lama di persekitaran pasaraya itu. Segala-galanya menyakitkan baginya.
Selepas Liya menghantar notis perletakkan jawatannya itu, Liya sehabis mungkin mengelak dari bertembung dengan Sham. Liya tahu tindak tanduknya diperhatikan oleh Sham dari kejauhan.
Di hari terakhir Liya bertugas, Sham datang menemui Liya di department.
"Liya dah nekad ke nak tinggalkan semua ni?" Sham bertanya.
"Nak buat apa lagi Liya ada di sini? Nanti akan menambahkan buruk lagi keadaan awak dan dia. Saya nak awak bahagia tanpa sebarang gangguan dari kewujudan saya dekat sini" Liya membalas.
"Liya.. Abang masih sayangkan Liya. Abang masih cintakan Liya. Tolong lah jangan tinggalkan abang macam ni. Tolong lah Liya . Jangan tinggalkan abang" Sham terus merayu.
"Dah lah abang. Semuanya dah berakhir sekarang ni. Berilah peluang untuk Liya cari ketenangan di tempat lain. Liya dah tak sanggup untuk berada lebih lama dekat sini. Lagi lama lagi bertambah sakit rasanya hati ni. Banyak sangat memori kita di sini. Atie nak lupakan segalanya. Semoga abang bahagia dengan dia. Assalamualaikum. .."
Sebelum Liya melangkah pergi untuk pulang shif pagi, rakan setugas yang lain semua dah menunggu Liya di hadapan department.
"Liya...Maafkan akak kalau akak ada buat salah dengan Liya. Jangan lupakan akak tau." Sambil menangis Suzie memeluk Liya. Selepas itu giliran Kak Mira. "Liya..akak pun nak mintak Maaf sebab banyak menyusahkan Liya. Banyak kali Liya kena cover shif akak bila akak tak sihat. Liya jaga diri tau. Jangan lupakan akak juga" Sambil menangis Mira juga memeluk Liya.
Bagi yang staf lelaki hanya bersalaman dengan Liya. Ada juga yang memberikan hadiah buat tanda ingatan. Hati Liya sayu sangat bila semua rakan setugas datang menemuinya sebelum Liya melangkah keluar dari pasaraya itu.
Sampai di luar pintu masuk pasaraya, ada juga yg berlari mendapatkan Liya. Yang perempuan bersalam dan berpelukan. Manakala yang lelaki ada yang sekadar memberi kata perangsang. Semuanya mengharapkan Liya tidak akan melupakan mereka dan bakal bertemu lagi di lain masa. Liya sangat sebak dengan sambutan rakan setugasnya semua itu. Namun langkah terakhirnya harus diteruskan. Dia tak sanggup lagi untuk berada lama di persekitaran pasaraya itu. Segalanya dirasakan sakit sangat.....

___________________________________

Selesai solat subuh, Liya menemui Along Izah yang sedang bersiap untuk pergi kerja.
"Along, Atie nak balik kampung nak tenangkan fikiran. Sebelum tu Atie nak singgah Janda baik dulu nak jumpa kawan dekat situ." Liya meminta izin dengan Along
"Haa.. yelah.Lagipun Atie dah Lama sangat tak balik kampung. Last balik pun masa ambil keputusan STPM haritu kan? Pegilah nanti kirim salam dengan kawan Atie tu dan mak ye.. Rehat lah lama sikit." Along memberi cadangan.
Setelah mendapat keizinan, Liya terus mengemas pakaian yang perlu dan bersiap sederhana.

Liya memilih taxi sewa untuk membantunya bawa ke destinasi pilihannya.
"Bawa saya ke Janda Baik. Tempat perkelahan Air terjun"
"Baik Cik."
Sepanjang perjalanannya, Liya banyak menangis dan termenung.
"Kenapa nasib aku selalunya malang. Kenapa aku susah sangat nak dapat cinta Yang sejati, cinta Yang jujur? Kenapa semua asyik mempermainakan hati aku.?" Liya merungut dan bergelut dengan perasaan sendiri.
"Cik.. Betul ye ini simpang masuk ke tempat yang cik maksudkan tu?" pemandu taxi itu minta kepastian kedudukan tempat yang Liya maksudkan.
Mendengarkan pertanyaan pemandu itu, Liya melihat pemandangan ke luar tingkap.
"Haah.. betul lah ni. Hati-hati ye.. lorong sini Agak sempit sikit. Rasanya waktu ni kurang sikit pengunjung yang datang. Jadi mudah lah Encik nak masuk." Liya memberi tahu.
Seperti yang Liya katakan, Perjalanan masuk ke tempat perkelahan itu dipermudahkan. Memang tak ramai pengunjung yang datang.
Sesampainya Liya tak jauh dari warung Mak Odah, Taksi berhenti. Selepas bag pakaian Liya dikeluarkan dan tambang teksi selesai dibayar, dengan langkah lemah, Liya datang menghampiri warung mak Odah.
Ketika Liya sampai, pasangan warga emas ini sedang sibuk buat persiapan untuk membuka warung.
"Assalamua'laikum..."
"Waalaikumussalam.. Maaf adik. Warung belum buka lagi." Pak din tanpa memandang, memberitahu.
"Mak Odah.. Pak Din.." dalam nada lemah Liya memanggil.
Mendengarkan nama mereka disebut, kedua-dua mereka menoleh ke arah Liya.
"Humairah!!!! Rindunya Mak Odah dengan Humairah.. Datang dengan siapa ke sini?" Mak Odah memeluk Liya seeratnya melepas rindu. Dalam pada sedang memeluk Liya, Mak Odah kedengaran suara Liya menangis..
"Heeiiiii... Kenapa ni?? Cuba cerita dengan mak Odah. Humairah kenapa??"Liya Masih dipeluk dan belakang Liya diurut-urut berkali-kali bagi meredakan perasaan insan yang sedang dipeluk itu. Mak Odah membiarkan Liya terus menangis dan memeluknya. Dia tahu, hanya cara itu sahaja yang dapat mengurangkan beban yang ditanggung gadis muda Yang sedang dalam pelukannya itu. Setelah tangisan Liya mula reda, Mak Odah mengajak Liya duduk.
"Humairah... Jom kita duduk dulu. Mak Odah siapkan air sekejap buat sejuk tekak."
Selesai membuat air, Mak Odah juga hidangkan kueh.
"Humairah... kenapa ni. Redup sangat Mak Odah tengok Humairah ni. Apa yang tengah memberatkan perasaan Humairah sekarang? Cuba cerita. Mana tahu mak Odah boleh bantu Humairah?" Mak Odah bertanya.
"2 kali Humairah dikecewakan Mak Odah.. 2 kali... Humairah ni memang tak layak mendapat cinta ke Mak Odah? Humairah ni tak layak untuk dihargai ke?" Sambil menangis Liya meluahkan perasaanya..
"Humairah.. semua orang akan dapat nikmat kebahagiaan tu. Cuma mungkin Humairah belum jumpa lagi insan yang selayaknya untuk menjaga Humairah hingga ke hujung nyawa. Bukan mudah Humairah untuk mendapatkan yang serasi dan sehati sejiwa. Kena lalui bermacam onak duri dulu barulah kebahagiaan hakiki itu akan muncul." Mak Odah memujuk.
"Mak Odah.. Humairah nak tumpang rumah mak Odah dalam sehari dua boleh? Humairah nak cari ketenangan dalam sehari dua di sini."
"Boleh aja Humairah.. Nanti Mak Odah suruh Atan siapkan bilik."
"Mak Odah.. Humairah nak ke sungai sekejap. Nak ambil angin." Lya minta izin
"Pergi lah. Jangan terjun sungai pulak ye?" Mak Odah berpesan.
Liya tidak menjawab. Hanya dibalas dengan senyum terpaksa.
Sebaik sahaja Liya menjauh dari warung, Mak Idah terus capai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.

"Assalamu'alaikum... Munir. Maaf Kalau Mak Odah kacau kamu sekejap."
"Waalaikumussalam... Munir tak sibuk mana pun. Baru lepas sarapan dekat pantry. Ada apa Mak Odah? Macam ada hal mustahak aja?" Munir bertanya.
"Memang mustahak sangat pun. Kamu ada bergaduh dengan Humairah ke?" Mak Odah bertanya.
"Haaa!!???" Munir terkejut besar.
"Bergaduh dengan Humairah?? Mana ada saya jumpa dia dah sejak pindah cawangan ni. Dah lama sangat rasanya tak jumpa dia. Kenapa Mak Odah tanya? Apa yang Humairah mengadu dengan Mak Odah?" Munir kehairanan bila tiba-tiba Mak Odah bertanyakan tentang Liya.
"Humairah ada di sini. Baru sampai tadi sambil menangis datang dekat Mak Odah." Mak Odah mengadu.
"Menangis?? Dia kalau takde hal yang memberat dalam kepala dia, tak mungkin dia menangis. Dia ni kuat semangat sangat orangnya Mak Odah." Munir bercerita berkenaan Liya.
"Itu yang Mak Odah tanya kamu. Ada bergaduh ke dengan dia."
"Mak Odah.. dah hampir 6 bulan saya putus dengan dia. Dalam tempoh tu saya tak pernah jumpa dia. Lepas putus, Saya bawak diri ke negeri lain."
"Habis tu dia tengah ada masalah dengan siapa pulak tu?" Giliran Mak Odah pulak terkejut
"Saya rasa dia ada masalah dengan orang baru ni." Munir cuba buat telahan.
" Orang baru?? Maksud kamu, lepas putus dengan kamu, dia dapat pengganti?" Mak Odah terkejut.
"Panjang ceritanya Mak Odah. Nantilah bila saya sampai sana, saya cerita semua dekat Mak Odah dengan Pak Din." Munir berkata.
"Mak Odah rasa kamu lebih kenal dia Munir. Kamu pujuk lah dia. Nasihatkan lah dia Risau mak Odah bila dia menung tepi air terjun tempat kamu berdua main air dulu. Di situ dia tengah termenung sekarang ni."
"Saya kerja hari ni Mak Odah. Esok baru saya cuti. Nantilah lepas balik kerja saya datang sana. Tapi lewat petang lah saya sampai.Himairah datang dengan siapa ke sana? "
"naik teksi sewa."
"Macam berat sangat aja masalah Humairah ni. Tak sedap hati pulak saya. Nanti saya cuba mintak cuti kecemasan lah. Kalau dapat cuti saya datang secepat mungkin."
"Haa.. ye lah. Hati-hati bawa kereta tu nanti. Jangan kelam kabut. Buat masa ni Mak Odah suruh Atan tengok-tengokkan Humairah dari jauh."
"terima kasih. Mak Odah."
Selepas Munir matikan talian, Mak Odah mendail no Atan.
"Atan.. kamu datang warung sekarang. Kak Humairah kamu datang ni tapi sorang aja. Mka risaukan dia. Kamu tolong tengok-tengokkan dari jauh aja."
"Kak Humairah datang sorang?? Tak datang dengan Abang Munir ke?"
"Tak.. Dia datang dengan teksi tadi lepas tu menangis jumpa mak."
"Haa.. ye lah. Kejap lagi Atan sampai sana."
Kerisauan mula menyelubungi keluarga Mak Odah dengan kemunculan Liya secara tiba-tiba. Sedang semua dalam kekalutan hendak membuka warung dan risaukan Liya tiba-tiba kedengaran suara perempuan menjerit sambil menangis.
"Abang... Humairah tu.. Jom tengok dia.. Risau saya." Mereka dengan pantas bergerak mendapatkan Liya.
Bila sampai dekat Liya, memang nyata Liya sedang menangis. Terus Mak Odah dapatkan Liya dan memeluk nya.
"Humairah... bawa istighfar sayang.. Jangan macam ni. Kita dekat kawasan hutan ni. Jangan macam ni. Kalau Humairah lemah macam ni macam-macam benda yang tak baik akan masuk badan. Ingat Allah sayang.. syyyyy... Istighfar.. bawa istighfar banyak-banyak. Jangan terlampau layan perasaan sakit tu..." Mak Odah memujuk Liya terus sambil memeluknya.
"Jom kita balik rumah Mak Odah. Humairah mandi, ambil wudhuk.. solat.. zikir.. bagi hati tu tenang.. Lepas tu rehat. Jangan fikir lagi hal yang dah lepas tu." Mak Odah menasihatkan Liya sambil itu memimpin Liya menuju ke rumahnya..

________________________________

Selepas Munir terima panggilan dari Mak Odah, hatinya jadi tidak tenteram. Apa juga yang nak dilakukan, jadi serba tak kena.
"Apa dah jadi dengan Humairah sebenarnya? Kenapa dia datang sana sendiri? Kenapa dia menangis? Macam ada yang tak nk kena aja dengan Humairah ni?" dalam pada sedang duduk menghadap rekod tugasan, fikirannya melayang akan berita yang baru diterima dari Mak Odah.
Sedang Munir berkira-kira tentang hal Humairah, telefon bimbitnya berbunyi lagi..
"Mak Odah lagi?? Ada apa lagi ni? Ya Allah.. hati aku makin tak sedap ni."
"Assalamu'alaikum.. Munir. Tolong datang cepat.. Humairah emosinya tak stabil ni.. tadi dia menjerit sambil menangis tadi dekat sungai. Mak Odah risaukan dia ni."
"Wa'alaikumussalam... Kenapa Humairah jadi macam tu? Macam serius aja masalah dia tu Mak Odah?"
"Mak Odah rasa hatinya terluka sangat tu. Mungkin ada sesuatu yang berlaku kot antara dia dan orang baru tu? Mak Odah tak nak tanya dia lebih-lebih sebab emosi dia sangat tak stabil sekarang ni. Sekarang ni Humairah ada di rumah Mak Odah. Ada tengah rehat dalam bilik tu. Macamnya bunyi tengah mengaji."
"Hati saya tak sedap lah pulak. Saya cuba datang secepat mungkin, Mak Odah."
"Cepat ye Munir. Mak Odah risau Jadi apa-apa dekat Humairah."
"Insyaallah.. saya cuba. Buat sementara ni Mak Odah jaga dia dulu ye."
"Baik lah."
Selepas Munir matikan talian, dia terus ke bahagian pengurusan dan isi borang cuti kecemasan.
"Kenapa kelam kabut ni Munir? Siap mohon cuti kecemasan bagai ni?" Chew bertanya.
"Buah hati aku sakit tiba-tiba. Aku nak tengok dia?"
"Aik?? Sejak bila pulak kau ada buah hati? Tak pernah pulak aku nampak kau kluar dating?" Chew kehairanan.
"Nanti lah aku cerita. Apa-apa jadi, tolong cover ye? aku mintak cuti 3 hari. Kalau semua ok cepat, aku masuk kerja cepat."
"Ye.. Kau nak drive ke mana ni?"
"Janda Baik."
"Laaaa... dekat aja. Hati-hati memandu. Jangan kelam kabut."

Munir balik ke rumah bagi mengambil barang apa yang perlu. Setelah berkemas, Munir terus memandu menuju ke Janda Baik.
"Humairah.. sayang kenapa? Apa dah jadi sebenarnya? Setahu Bie, sayang seorang yang kuat semangat. Tapi kenapa tiba-tiba jadi lemah macam ni? Sayang betul-betul risauka Bie lah.."
Padel minyak ditekan laju. Hatinya menjerit untuk sampai cepat ke destinasinya. Kerisauannya semakin memuncak bila perjalanannya semakin hampir tempat yang di tuju.
"Aduhhhhh... masa ni lah banyak kereta keluar masuk. Jalan dah lah sempit.. halahhhhh.." Munir mengeluh, merungut bila jalan masuk ke tempat perkelahan tu dah ramai pengunjung yang keluar masuk.
Sesampainya di rumah Mak Odah, sambil memberi salam Munir terus masuk berlari ke dalam rumah. Bila sampai di ruang tamu, dia terpandang Liya yang sedang lena tidur di atas sofa yang lengkap berbaju kurung dan bertudung sambil dipegangnya tasbih. Dalam perasaan lega, Munir duduk di sofa tepi Liya sambil. memandangnya.
"Dia tak nak makan sejak datang sini tadi. Mak paksa pun dia tak nak. Dia belum makan lagi ni." Atan datang bawa air panas dan sepinggan kueh sambil berbisik kepada Munir.
"Tak pe. Nanti abang pujuk. Dah lama ke dia tidur?"
"Satu jam ada lah.."
Munir hanya mengangguk tanda faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience