Setelah Sham kembali bertugas seperti biasa, Setiap hari Sham akan bertemu Liya. Said atau Musli akan tukar rehat Dengan Sham untuk pastikan Sham ada masa untuk bersama Liya. Mereka tak keluar rehat makan di warung tapi makan berdua di tepi bangunan dengan bekalan yang Liya bawa dari rumah. Liya masak sendiri untuk pastikan Sham tidak makan yang sebarangan. Ketika itu lah Sham sehabis manja dengan Liya. Liya juga semakin berasa sangat bahagia.
"Sayang.. kalau sesuatu berlaku dekat hubungan kita ni, Liya sanggup hadapi kelukaan lagi?" tiba-tiba Sham bertukar topik perbualan.
"Apa abang ni? Jangan lah fikirkan tu semua. Liya baru nak rasa nikmat bahagia bersama abang. Jangan lah fikir yang bukan².. Liya tak sanggup lah nak lalui sekali lagi. Luka lama ni pun belum baik sepenuhnya, takkan nak ditambah lagi. Mau hancur berkecai terus hati ni dan Liya akan bawak diri sejauhnya untuk tak akan ada di sini lagi." jawab Liya sambil kepalanya dilentokkan ke bahu Sham manakala Sham merangkul pinggang Liya.
Abang kata "kalau" kan. Tak mungkin rasanya perkara ni berlaku."
"Tak nak.. Liya tak nak perkara tu belaku. Liya nak dengan abang sepanjang hayat Liya dan jadi suri hati abang sampai hujung nyawa Liya. Ni Liya tengah persiapkan diri nak jadi milik abang tau. cuma belum 100%. Baru 45%." Liya meluah perasaan.
"Betul ke ni? Abang tak salah dengar kan? Kalau betul..." Sham terus cium dahi Liya.
"Terima kasih sayang.. Sanggup buat demi kemahuan abang dan cinta kita."
"Eeee... malulah orang nampak " Liya merungut sambil memukul peha Sham.
"Sayang..... kenapa pukul situ... kan dia dah bangun.." Sham memberi amaran.
"Liya salah pukul ke? Sory.. tak sengaja." Liya rasa bersalah.
"Dah lah sayang manja sangat dengan abang hari ni. Abang tahan aja dari tadi tau supaya dia tak bangun. Kena aja tangan sayang.. adoiiii.. jenuh abang nak tido kan balik ni. Tangan sayang ni power sangat lah." Sham mengadu.
"Mana Liya tahu nak tolong macamana. Bukan ke ketuk kepala lutut ke bagi dia rest?"
"Mana Sayang tahu?." Sham bertanya.
"Baca buku lah. Abang tu kan nakal sangat. Tu yang kutip ilmu juga."
Sambil itu Sham. mengetuk kepala lututnya.
"'Abang dah tahu lama sebenarnya. Saja je nak uji sayang mampu tak jaga abang. Kalau Liya ni halal Abang dah culik sayang bawak hotel lepas geram tau. Hahaha.." Sham mengusik Liya.
"Eeeeeiiii... Liya geli lah. Tak lalu nak bayangkan. Seram." sambil meletik-meletik Liya kegelian.
"Sayang...Nak rasa tak macamana feel bila tangan abang ni berjalan raba semua sudut badan sayang? Kata nak belajar ilmu rumahtangga. Ni abang nak ajar." sambil tangan kanannya mula berjalan di bahagian belakang Liya.
"Abang.. jangan lah.. Liya geli lah.." Liya merengek sambil badannya menggeliat menahan geli.
"Ni bukan geli. Sayang... Nikmat namanya" tangan Sham dah mula beralih ke dalam baju yg terkeluar bahagian belakang Liya. Tangannya menjalar lembut di setiap belakang Liya.
"Abang... pleaseee... Jangan lah" Nafas Liya mula tidak teratur .Liya makin menggeliat sambil merengek. Peha Sham makin digenggam kuat menahan gelora rasa yang semakin menyerang setiap sudut tubuhnya.
"Dari sayang pegang peha abang, baik sayang pegang dia tu." Sham cuba memancing Liya.
"Tak nak.. bahaya.." Liya menolak.
Selepas tu Liya merasakan Sham seolah sedang cuba membuka cangkuk baju kecilnya yang terletak di belakang.
"Haaaa.... yang Itu tak boleh." Liya terus bangun dalam keadaan baki nafas yang masih tak teratur dan berdiri depan Sham.
"Ok.. ok.. Abang tak akan buat lebih-lebih lagi. Sayang diam aja macam enjoy, tu yang abang jalan aja.." Sham menarik tangan Liya hingga Liya kembali duduk semula di sebelah kiri Sham
"Saja kan abang ajar Liya buat benda nakal macam tu. Saja nak test Liya lah tu? Nakal tau abang ni." Kepala lutut Sham ditumbuk.
"Itu baru belakang, Liya dah bergelora macam tu. Belum lagi kalau abang merayap semua dari atas sampai bawah. Bila dah halal, abang akan buat di setiap inci badan sayang. Abang akan teroka semuanya takde tinggal satu pun. Abang akan buat sayang sampai tak nak lepaskan abang dan sayang layu terkulai dalam pelukkan abang. Sampai kita sama-sama puas." Sham memancing.
"Eeeeeiii.. jangan lah fikirkan tu semua sekarang, Liya seram lah. Jangan lah buat yang bukan-bukan lagi dekat Liya ni. Nanti Liya sendiri yang tak boleh nak kawal diri. Lagi bahaya." Liya merangkul lengan kanan Sham dan dipeluk sambil melentok ke bahu Saham. Jari tangan Sham yang dipeluk Liya pula berada di peha Liya. Dikesempatan itu Sham menggosok-gosok peha Liya dan mula bergerak menjalar.
"Haippp!!! Nakal ye tangan tu. tak mahu macam tu." Tangan Sham di tangkap dan digenggam.
'Sayang.. Sayang saja nak bagi abang rasa ke?"
Liya terkejut dan berkerut muka memandang Sham.
"Liya buat apa? Bagi abang rasa apa?" Liya tidak faham maksud Sham.
""Yang melekat dekat lengan abang sekarang ni apa? Lembut pejal aja rasanya ni" Sham menunjuk kepada Liya. Liya memandang ke arah Sham tunjukkan. Menyedari 2 harta rahsianya mengurung lengan Sham, dengan pantas Liya melepaskan tangan Sham.
"Mana Liya perasan. Tak terfikir pun nak bagi abang saja rasa. Niat nak peluk tangan abang aja. Eeeee... dah lah.. jangan nak merapu sangat. Masa rehat pun dah nak habis ni. Jom masuk kerja balik." tangan Sham ditarik mintak Sham bangun.
'Nantilah. Abang tak boleh nak bangun terus lah. perut abang ni sakit lagi." Sham memberi pesanan.
'Sory.. Sory.. Liya terlupa." Liya kembali di sebelah Sham dan ambil tangan kiri Sham di letak di bahunya. Manakala Liya rangkul pinggang Sham untuk bantu Sham bangun tanpa memberi tekanan kepada perut Sham. Liya terus pimpin Sham sampai ke tingkat atas.
"Terima kasih sayang.." satu ciuman hangat hinggap di dahi Liya.
"Malu lah kalau orang nampak." Liya mengadu
"Sebab takde tu lah abang buat."
"Suka hati je kan. Ok dah sampai sini je tau Liya tolong. Turun tangga tu hati-hati Jangan laju sgt turun."
"Ye sayang... Sayang masuk dulu.. abang kejap lagi. Nak ambik nafas kejap. mengah."
Sampai aja di muka tangga untuk turun ke konti..
"Sham.. kejap aku tolong. Jangan turun dulu." Said memanggil dari belakang dan segera dapatkan Sham. Pinggang Sham Said rangkul manakala Sham pegang bahu Said..
"Bila kau nak buat rancangan tu?" said bertanya.
"Selagi takde serangan, selagi tu aku buat macam biasa. Aku akan pastikan Liya rasa makin bahagia." jawab Sham
"Sakit teruk dia nanti Sham kalau kau terpaksa tinggalkan dia." kata said.
"Kalau dah terpaksa. Aku kena buat juga. Sementara ni aku layan Liya macam biasa."
"Balik selalunya siapa ambik kau? Jangan pulak kau balik sendiri dalam tempoh kau nak baik ni." Said berpesan.
"Isma ambik aku tiap hari sementara ni. Aku dah betul-betul elok, baru dia lepas aku balik sendiri. Tapi akan ada yang follow belakang."
"Jaga diri kau tu elok-elok sham. Nasib waktu balik kau tak sama dengan Liya. Kalau tak mesti terserempak dengan Rusdee."
"Tu lah... Kalau tak mesti dia warning aku lagi." jawab Sham.
Selama sebulan Sham dan Liya bersama tanpa ada gangguan terhadap Sham. Hubungan Sham Dan Liya juga berjalan lancar, semakin akrab dan hubungan cinta mereka semakin intim.
"Isma.. aku dah makin ok ni. Kalau kau lepaskan aku balik sendiri ,ok ke?" Sham bertanya satu hari ketika dalam perjalanan balik.
"Aku macam tak yakin lah nak lepaskan kau balik sendiri. Aku risau. Rusdee tunggu masa aja tu nak serang hendap kau. Dia dah berangin sangat tu macamnya." kata Isma.
"Kau kata akan ada orang follow aku nanti bila aku balik sendiri. Kau dah ada orang ke nak buat kerja tu.?" Sham bertanya.
"Dah ada.. dia orang stanby aja.." Jawab Isma.
"Minggu depan aku dah mula balik sendiri tau. Nanti jangan lupa. Kalau tak nanti jumpa mayat aku je kat tepi jalan."
"Hishhhh.. kau ni Syam. Boleh tak jangan nak mengarut? Kami semua akan pastikan kau tak akan diapa-apakan" Isma bertegas.
Share this novel