"Humairah marahkan Munir ke?" Melihatkan situasi yang sepi dan Liya berterusan berdiam diri, Munir memulakan berbual.
"Entah lah. Saya tak tahu nak cakap apa. Kalau awak nak terus rahsiakan, itu hak awak. Saya takde hak nak tahu tu semua." Liya menjawab.
"Munir memang sengaja tak nak bagitahu hal yang sebenar sebab Munir tengok sekarang Humairah dah bahagia dengan teman baru. Munir tak nak rosakkan kebahagiaan Humairah sekarang." Munir buat penjelasan.
"Sampai bila awak nak mengelak dari saya. Lama-lama kita akan terjumpa juga kan. Macam hari ni. Kerana terdesak, kita terjumpa juga." Liya mengingatkan Munir.
Munir hanya diam membisu tanpa jawapan.
"Sekarang saya dah tahu yang awak dah solo semula. Saya nak tahu, kenapa boleh jadi macam tu? Bukan ke sepatutnya bahagia yang awak dapat?" Liya bertanya. Dia hairan kenapa Munir ambil keputusan yang sebegitu.
"Bahagia?? Hal yang lebih menyakitkan yang Munir dapat setiap hari. Kerana hati sakit sangat bila diperangkap, Munir tak sentuh dia langsung dari hari pertama Munir nikah dengan dia. Setiap kami bertengkar perihal apa yang terjadi antara kami. Masa dalam pertengkaran tu lah akhirnya perancangannya memerangkap Munir terbongkar. Dia mengaku yang kejadian tu adalah perangkap yang disengajakan. Dia sakit hati dengan hubungan kita. Dia nampak kita masa di Janda Baik. Yang paling Munir tak sangka, dia bukanlah gadis suci yang macam semua orang sangkakan. Dia perempuan liar. Munir susah nak kawal dan didik dia. Pergaulannya terlampau bebas, terlalu sosial. Sampailah satu hari, Munir sendiri tangkap dia dalam satu operasi pencegahan maksiat bersama lelaki lain di hotel bajet. Bersama lelaki tanpa seurat benang di atas katil. Humairah rasa bila nampak isteri dalam keadaan macam tu hati tak hancur? Itu jam juga bersaksikan orang pejabat agama, Munir lepaskan terus talak 3.Munir dah tak nak ada kaitan dengan dia lagi. lepas tu, Munir terus mohon pertukaran ke negeri lain jauh dari sini." Dengan panjang lebar Munir membuat penjelasan.
" Kenapa perlu bawa diri sejauh itu?" Liya kehairanan.
"Munir tak nak ganggu Humairah yang baru nak mula bahagia semula di samping orang baru. Munir tak nak Humaira ingat dengan Munir. Munir tak nak hubungan Humairah rosak kerana Munir masih di depan mata Humairah." Munir memberi penjelasan.
Penjelasan Munir buatkan Humairah terdiam.
"Awak ingat bila awak menghilang macam tu aja, hati saya tak sakit?? Awak larikan diri ke mana pun lah, hati saya tetap sakit sebab kepercayaan saya awak dah hancurkan. Awak tahu tak.. saya bersama orang lain hanya bertujuan untuk lupakan awak. Tapi malangnya saya tak mampu nak lupakan awak. Benci yang saya tanam dalam hati saya, rindu yang datang mencengkam. Lagi saya cuba benci awak, lagi kuat hati saya ni kata masih cintakan awak. Macamana saya nak lupakan awak?? Awak cinta pertama saya." Sambil menangis Liya meluahkan perasaannya.
Melihatkan Liya menangis, Munir berhenti di bahu jalan. Pemanduannya terganggu bila lihat Liya menangis.
"Sayang.. Bie cuba nak jelaskan pada sayang masa Bie datang rumah Along haritu. Tapi sayang masih marahkan Bie. Sayang tak nak dengar penjelasan Bie. Bie tak nak paksa sayang untuk percayakan Bie. Bie tahu Bie bersalah. Maafkan bie." Munir merayu.
"Dah takde gunanya sekarang. Saya nak awak lepaskan saya. Saya nak cari bahagia yang lain." Liya buat permintaan.
"Bie dah lepaskan sayang. Tu sebab bie jauhkan diri dari sayang. Sayang yang tak nak lepaskan Bie. Sayang masih ikat Bie dalam hati sayang. Tu sebab sayang tak boleh nak lupakan Bie. Bie dah redho sayang bukan jodoh Bie." Munir buat pengakuan.
"Tolonglah.. hantar saya balik. Saya dah tak sanggup nak hadap semua ni lama-lama. Makin sakit rasanya." sambil itu Liya membuang pandangannya ke luar tingkap.
Munir teruskan pemanduan bila dilihat jam di dashboard hampir 10.30 malam.
Sesampainya di rumah, Liya terus keluar kereta dan masuk rumah. Liya terus berkurung dalam bilik dan menangis.
"Kenapa kau muncul lagi? Kenapa?? Kau menambahkan lagi sakit di hati ni. Kenapa?"
_______________________________
"Assalamu'alaikum.. Mak Uda. Bagitahu mak, Munir tak balik hari ni. Munir nak tido rumah kawan dekat Gombak ni. Kalau nak balik pun dah lewat malam. Tolong ye mak Uda jaga kan mak sekejap. Lepas subuh nanti Munir balik sana."
" waalaikumsalam... Ye lah. Nanti Mak Uda bagitahu. Kamu dah hantar Atie?"
"Dah."
"ok lah. Jaga diri. Kalau ada apa-apa, bagitahu kami."
"Baik lah.. Assalamu'alaikum.."
Selepas meletakkan gagang telefon Munir memandu masuk rumah sahabat baiknya.
Sebaik keluar kereta...
"Kau jumpa Humairah lagi ke Munir?" Adi bertanya.
"Mak Aku nak jumpa dia sangat. Mak aku rindukan dia sangat sampai demam. Tu yang terpaksa juga aku cari dan bawak dia jumpa mak aku." Munir menjawab.
"Kau gaduh lagi?"
"Biasalah Adi... Bila jumpa mana pernah tak gaduh." sambil itu munir melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Korang berdua sebenarnya masih terikat hati dan perasaan antara satu sama lain. Tapi korang cuba nak nafikan."
"Aku tengah cuba Adi.. Tengah cuba. Cuba untuk nafikan yang dia bukan jodoh aku lagi. Tapi bila aku nafikan lagi sakit rasa hati ni. Nak kata aku marah dia, aku langsung tak marah. Aku cuba lepaskan dia, tapi menambahkan lagi rasa sakit ni. Aku dah tak tahu cara mana lagi aku nak lupakan dia. Sedangkan dulu pun aku nak kembali normal makan masa bertahun. Ini pulak nak lupakan dia selepas nikmat bahagia bersama dia aku dah dapat. Lagi merana aku Adi. Ada baiknya lepas ni aku dah tak perlu lagi bercinta. Biarkah aku hidup tanpa cinta. Biar cinta aku hanya pada Allah dan mak aku. Dah cukup rasanya lepas ni."
"Kau bukan jenis mudah lupakan sesuatu yang kau dah sayang. Aku kenal sangat kau. Tapi aku tahu kau kuat. Semangat kau akan kuat nak lawan ni semua. Pegilah naik buat sesuatu apa yang dalam bilik tu. kalau kau rasa nak lupakan dia, lupuskan semua kenangan dalam tu. Tapi kalau kau rasa sayang, simpan di tempat yang tersorok untuk sekali skala jadikan tanda ingatan. Lagi kau pandang barang-barang tu semua, menambahkan lagi rasa sakit tu. Kau nak dia juga bahagia kan? Belajar sikit-sikit untuk lepaskan. Aku yakin kau boleh. Pergilah naik. Buat apa yang patut."
"Thanks Bro. Sorry kacau kau lewat malam mcm ni."
"No hal Bro. Aku pun Baru balik dari operasi ni tadi."
Munir hanya tersenyum. Dalam langkah lemah Munir menaiki tangga menuju ke dalam bilik kesayangannya. Sebaik dibuka, hatinya terlalu sebak, hatinya pilu. Dibukanya almari pakaianya dan keluarkan hadiah yang Liya pulangkan. ditebarkan di atas katil. Munir baring di tengah-tengah barangan itu semua. Dicapainya tudung dan baju yang Liya pulangkan dan dipeluk seeratnya...
"Bie rindu sangat dengan sayang. Tapi sayang bukan milik Bie lagi. Mampu ke bie nak lepaskan sayang? Allahuakhbar.. dugaan Apakah lagi ini? Tak mampu rasanya untuk lalui ini semua."
Share this novel