BAB 49

Romance Series 17488

Melihatkan Liya masih lena tidur, Sham kembali ke keretanya untuk mengambil keperluannya dan simpan di dalam bilik yg biasa digunakan sebelum ini. Selepas itu Munir duduk semula di sofa sambil membaca surat khabar yang dah dibeli awal sebelum masuk kerja pagi tadi.
Sedang Munir leka membaca, tiba-tiba Liya mula menggeliat dan bersedia untuk bangun. Munir melipat semula suratkhabar nya dan memandang Liya.
Sebaik sahaja Liya mencelikkan matanya, dalam pandangan samar-samar Liya terpandang susuk tubuh seseorang sedang duduk di hadapannya. Semakin jelas penglihatannya semakin dia hairan dengan keberadaaan lelaki itu di hadapannya.
"Abang Munir?? Macamana boleh ada dekat sini?" Liya bertanya dalam keadaan terkejut.
"Sepatutnya abang yang tanya Humairah. Buat apa datang sini sorang-sorang?" Munir membalas.
"Sekarang dah pukul berapa? Saya belum Zohor lah." Liya terus bangun dan mula berjalan. Sedang Liya memulakan beberapa langkah, Tiba-tiba Liya rebah dan pengsan.
"Ya Allah...Humairah.." Munir terus berlari dan mendapatkan Liya. Sedang Munir cuba meriba Liya....
"Panasnya badan Humairah. Dia tengah demam rupanya dari tadi. Patut juga tidur lama."
Terus Munir jerit panggil Atan bagi membantunya mengangkat Liya untuk dibawa masuk ke dalam kereta.
"Eh?! Kak Humairah demam panas ke? Patut juga lah tak nak makan semua. Mak hantar tadi dia belum demam lagi sebab mak tak cakap apa-apa." cerita Atan.
"Atan tolong abang angkat Humairah masuk dalam kereta abang. Abang nak bawak diabke hospital. Jom." Munir memberi arahan kepada Atan.
"Kejap abang. Atan pegi ambil handbag kak Humairah dulu. Nanti masa pendaftaran kecemasan mesti nak ic." Atan terus masuk bilik Humairah dan capai bag tangan Liya. Selepas itu mereka mula bergerak mengangkat Liya masuk dalam kereta.
"Atan ikut abang. Buat temankan abang"
"Ok.Kejap Atan salin baju.Takkan nak pegi pakai macam ni." Atan terus masuk ke biliknya dan salin pakaian. Selepas itu Munir terus bergerak keluar dari halaman rumah Mak Odah. Sampai di warung.
"Mak..Kami nak ke hospital.Kak Humairah pengsan. Dia kena demam panas."
"Haa?? Demam?? Tadi elok aja. Ha... Ye lah . Hati-hati memandu tu Munir. Bawa ke selayang sebab cepat sikit kalau nak di banding ke Bentong" Mak Odah memberi nasihat.
"Baik Mak Odah." Munir menjawab dan kemudian terus memandu ke Selayang.
Sampai di kecemasan, Liya diletakkan ke atas katil kecemasan oleh anggota kecemasan yang bertugas. Atan pula buat pendaftaran.

Pada petang itu Doktor Hakim bertugas di bahagian kecemasan. Sebaik sahaja dia mendapat laporan pendaftaran masuk pesakit baru, Tiba-tiba dia terpandang rekod pendaftaran Liya bersama Ic.
"Nuratiliya Humairah?? Atiliya??" Hakim terkejut. Terus aja Hakim bertanya kepada pembantu perubatan yg bertugas.
"Mana pesakit ni?"
"Tu ada no katil Doktor Hakim. Aiiii... takkan dah lupa kot? Apasal ni panik.lain macam aja doktor?" Salah seorang staf mengusik.
"Dia kawan lama saya masa sekolah dulu. Ok takpe. Saya pegi dapatkan dia." Hakim terus mencari no katil Liya. Setelah jumpa, Hakim terus pegang dahi Liya.
"Nita... dah ambil suhu badan dan cek tekanan dia?" Hakim bertanya salah seorang Staf.
"Belum doktor."
"Buat sekarang. Saya nak tengok result nya. Lepas tu masukkan drib bersedia untuk masukkan air satu bag dulu ." Hakim memberi arahan dalam situasinya yang agak sedikit panik.
"Encik ke Bawa pesakit ni ke sini? Boleh saya tahu encik ni siapa kepada pesakit?" Hakim bertanya kepada Munir.
"Saya kawan lama dia. Ye saya yang bawa."
"Apa yang berlaku sebenarnya? Dah berapa hari dia demam?" Hakim bertanya
"Kami semua satu rumah tak tahu pun dia demam sebab tido lama sangat hari ni. Bila dia terjaga dan mula berjalan beberapa langkah, Tiba-tiba dia pengsan. Bila saya dapatkan dia, tu yang tahu dia demam panas." Munir bercerita.
"Apa yang saya tahu dia ni memang susah nak demam melainkan kalau dia ada masalah berat ." Hakim kehairanan.
"Doktor kenal dia ni ke?" Munir terkejut dengan kenyataan Hakim
"Saya kawan lama dia sejak zaman sekolah." Hakim memberitahu.
"Oh... ye ke. Memang hari ni dia emosinya sangat tidak stabil. Rasanya dia tengah ada masalah besar yang dia simpan. Tadi dia menjeritl dan menangis di rumah."
"Oooh.. Macam tu. Takpe lah. Buat masa ni tinggalkan dia dekat sini. Encik tunggu di ruang menunggu. Kalau ada apa-apa, saya akan panggil encik." Haikal memberi arahan.
"Baik lah doktor. Saya tunggu di bahagian menunggu" Munir membalas.
Dalam perjalanan Munir menghala ke ruang menunggu...
"Panik semacam aja doktor tu? Kawan lama? Tapi Humairah baru habis STPM, Dia dah jadi doktor? Atau doktor ni berpangkat senior pada Humairah? Ke scandle Humairah masa sekolah?" Munir berteka teki.
"Abang dah kenapa muka berkerut macam tu lepas tu bercakap sendiri.Kak Humairah ok tak?" Atan bertanya sebaik nampak Munir menghampirinya.
"Dia belum sedar lagi. Tengah dirawat kat dalam." Munir menjawab.

Sementara di ruang bilik kecemasan....
"Atiliya.... Apa yang berlaku ni? Tinggi suhu dan bacaan tekanan ni.. Kenapa abang jumpa Atie dalam keadaan macam ni. Ya Allah.." Sambil memandang Liya, Hakim bergumam sendirian.
"Doktor Hakim. Kenapa tenung pesakit tu macam tu? Kenal ke?" Tiba-tiba Hakim di sapa oleh Sister Awin.
"Kenal sangat kak. Junior saya masa sekolah menengah dulu. Dah 5 tahun saya tak jumpa dia. Terkejut saya bila nampak ic dia masa daftar masuk tadi." Hakim bercerita.
"Bekas makwe doktor ke?" Sister Awin mengusik.
"Belum sempat nak luah perasan dekat dia pun kak, awal-awal dah kena tolak. Dia ni dulu budak pandai dan jenis ulat buku. Dia tak suka bercinta masa belajar. Tu yang pendam sendiri sampai sekarang. Saya berkenalan dengan dia dulu pun sbb sama-sama hobi jenis ulat buku lah."
"Oooh... Ni kira doktor cintakan dia dalam diam lah ni?"
Hakim tak menjawab. Hanya sekadar senyum.
"Doktor. Ada patient baru." Jururawat Intan memanggil Hakim.
"Dia tak dalam bahaya pun doktor. Takpe. Dia ok sini. Kalau dia dah terjaga nanti akan ada yang bgtahu doktor nanti." Sister Awin berpesan.
"Terima kasih kak." Hakim membalas dan bergerak ke bahagian kecemasan lain.

Setengah jam kemudian...
"Doktor Hakim. Dia dah nak terjaga tu." Jururawat Intan memanggil.
Mendengarkan panggilan Intan, Hakim terus mendapatkan Liya.
Ketika sampai di katil Liya, Liya sedang memicit kepalanya yang sedang sakit.
"Saya ada dekat mana ni? Aduhhhh. .. sakitnya kepala.."
"Awak ada di hospital sekarang Atiliya. Awak demam panas." Kata Hakim.
"Hospital?" Liya terkejut. Selepas itu dia teringatkan sesuatu dari cara doktor itu memanggil namanya dan juga suara doktor tersebut .
"Doktor sebut nama saya siapa tadi? Setahu saya hanya seorang sahaja yang akan panggil saya nama tu."
"Ye.. betul. Saya panggil Awak nama Atiliya." Hakim menjawab sambil senyum.
Dalam pandangan matanya yang masih samar-samar, Liya cuba membetulkan penglihatannya. Digosokkan matanya menggunakan tangan yang tidak bercucuk drib. Setelah penglihatannya mula jelas.
"Abang Hakim ke ni?" Liya dalam nada terkejut.
"Yes. Abang lah ni. Kenapa. Terkejut ke bila nampak abang macam ni?" sambil senyum Hakim bertanya.
"Aduhhhhh... saya tak boleh nak fikir skrg ni. Kepala saya sakit sangat ni." Liya memicit kepalanya yang mula berdenyut setiap kali cuba berfikir.
"Atie tak makan Ye seharian? Lepas tu stress sangat kan? Apa yang berlaku sebenarnya ni? Setahu abang Atie jarang sakit. Bila abang jumpa Atie macam ni, Abang terkejut tau." Hakim bersuara.
"Atie takde selera nak makan dah dekat seminggu. Makan tu makan lah juga cuma tak menentu. Tadi pagi Atie tak sedap badan langsung hilang selera makan. Tertidur atas sofa. Bila bangun nak solat, kepala terus pening langsung tak sedar. Tahu-tahu dah sampai sini." Liya bercerita.
"Atie ada masalah ke?" Hakim bertanya.
"Abang jangan tanya apa-apa. Nanti tambah sakit kepala Atie. Oh ye.. Lagi satu. Tolong bagi tahu pada yang hantar Atie ke sini tadi, mintak dia jangan bagi tahu keluarga Atie yang Atie ada di sini. Mintak dia rahsiakan dulu. Atie nak bersendirian buat masa ni." Liya berpesan
"Ok. Atie rest. Kejap lagi Atie akan ditolak ke dalam wad sebab bacaan tekanan darah Atie sangat tak stabil dan bacaan dalam darah pun tak cantik. So Atie kena tahan wad dalam 2 ke 3 hari untuk pemantauan. Nanti lepas abang habis kerja abang jumpa Atie dekat wad. Dah. Jangan banyak fikir. Rest. Abang nak sambung kerja."
Liya hanya mengangguk sambil memicit kepalanya yang mula berdenyut.
Manakala Hakim menuju ke ruang menunggu untuk jumpa Munir.
"Siapa waris Nuratiliya Humairah?" Hakim memanggil
Mendengarkan nama Liya disebut, Munir dan Atan bergerak laju menuju ke doktor Hakim.
"Kami doktor. Macamana dengan kawan saya tu?" Munir bertanya.
"Dia kami terpaksa tahan dalam 2 ke 3 hari untuk pemantauan sebab tekanan darah tak stabil dan bacaan dalam darah tak cantik. So dia mintak sampaikan pesanan supaya tidak memberi tahu keluarga dia yang dia di sini. Dia mintak rahsiakan. Dia dah sedar. Encik berdua boleh lah jumpa dia sebelum ditolak ke dalam wad. Ini nama wad dan no katil dia nanti." Hakim menyerahkan nota kecil kepada Munir yang tertulis nama wad dan nombor katil
"Terima kasih doktor." Selepas itu Munir dan Atan terus masuk ke wad kecemasan untuk menemui Liya.
Sesampainya dekat Liya...
"Humairah ok tak ni?" Munir bertanya.
"Tengah sakit kepala sangat ni. Badan pun macam tak larat sangat-sangat ni. Abang ke hantar Humairah sini?" Liya bertanya.
"Haah. Abang dengan Atan yang hantar Humairah ke sini. Humairah kenapa sebenarnya ni? Terkejut abang bila Mak Odah telefon kata Humairah datang tempat Mak Odah sendiri dalam keadaan yang emosi tak stabil sangat. Mak Odah mintak abang datang cepat sebab dia orang semua tak tahu nak tolong Humairah macamana. Tu yang abang datang." Munir bercerita
Liya terdiam. Tak lama lepas tu air mata mula gugur ke pipi Liya.
"Abang Munir. Atan tunggu luar. Abang pujuk lah akak." Atan bersuara.
Munir hanya mengangguk dan memandang Atan berlalu. Selepas itu Munir duduk di tepi katil Liya
"Humairah... jangan lah buat abang susah hati macam ni. Abang cukup tak suka kalau Humairah menangis macam ni. Hati abang sakit tau kalau Humairah macam ni." Munir meluahkan rasa bimbangnya sambil air mata Liya dilap menggunakan sapu tangannya.
"Abang...Humairah dikecewakan lagi. Tapi kali ni lebih teruk." Liya mengadu sambil menangis.
"Abang dah agak dah. Sekarang ni abang nak Humairah rehat sini sepuasnya sampai sihat. Jangan banyak fikir semua yang menyakitkan tu. Abang tak akan bagi tahu sesiapa Humairah ada di sini. Abang nak balik ke rumah mak Odah dulu nak ambik keperluan Humairah. Nanti abang jumpa dekat wad." Munir berpesan.
"Terima kasih abang sebab masih nak jaga Humairah walaupun Humairah dah buat macam-macam dekat abang." Liya meluah rasa bersalah nya.
"Dah...jangan nak fikir yang bukan-bukan. Nanti abang datang lagi. Abang dah ambik cuti 3 hari ni. Semua sebab Humairah tau." Munir memberitahu.
"Ye ke? Terharu sangat Humairah dengar. Sampaikan salam dekat mak Odah dengan Pak Din. Bagi tahu yg Humairah tak apa-apa." Liya berpesan
"Ok. Ini bag tangan Humairah. Maaf kami terpaksa selongkar bag sebab nak cari ic." Kata Munir dalam nada bersalah.
"Tak pe. Darurat kan." Sambil tu Liya tersenyum.
"Haaa... muka yang macam ni lah yang abang nak tengok. Abang rindu sgt tau muka Humairah yang macam ni." Hidung Liya diusik
"Abang jangan nak macam-macam Ye..." Liya mencubit pinggang Munir.
"Sakit lah. Tak malu ke semua yg dekat sini nmpk." Munir mengusik. Lepas itu Liya memukul lengan Munir.
"Abang lah... Dah lah. Pegi balik cepat ambilkan barang Humairah. Lepas tu bawak kan makanan mintak mak Odah masakkan. Humairah lapar lah. Tak makan sejak semalam."
"Sampai hati halau abang. Ok..Abang balik. Jangan nakal. Nanti abang datang lagi. Bye. Assalamualaikum..."
"Bye.. Waalaikumsalam." Liya menjawab.
Munir pun berlalu pergi meninggalkan Liya.

Setelah Liya dimasukkan ke dalam wad, Liya mengambil peluang itu untuk melelapkan mata. Badannya dirasakan sangat lesu.

Tidak lama lepas tu dalam keadaan mamai, hidung Liya terhidu bau haruman wangian lelaki dan dalam masa yang sama bau haruman bunga kegemarannya. Perlahan-lahan Liya membukakan matanya dan dalam samar Liya terpandang susuk tubuh seseorang di kerusi sebelah katilnya. Sebaik penglihatannya semakin jelas...
"Hai Doktor Hakim.. Dah habis kerja ke?" Liya menyapa Hakim yang ketika itu sedang meneliti fail perubatan Liya dalam suara lemah.
"Hai Atiliya.. Dah habis waktu kerja dari tadi lagi. Sempat lah juga abang balik asrama mandi. Ye lah.. Takkan nak jumpa Atie dengan abang bau masam. Dah 24 jam tau abang tak mandi lagi tadi tu." Hakim mula berbual.
"Patut lah tadi ada bau semacam aja" Liya mengusik dalam nada lemah.
"Sampainya hati kutuk abang Ye. Tak pernah berubah kan. Suka sangat usik abang." Hakim menyindir.
"Berapa botol minyak wangi abang sembur ni. Satu wad boleh bau ni tau." Sakali lagi Liya mengusik
"Mana ada. Abang pakai sikit aja lah . Hidung Atie tu agaknya yang salah." Selepas itu mereka ketawa serentak. Kemudian Liya terpandang jambangan bunga yang ada di atas meja. Hakim terperasan Liya memandang jambangan bunga itu. Lalu terus diambil dan serahkan kepada Liya.
"Ini untuk Atiliya. Dah lama sangat abang berangan nak bagi Atie bunga. Hari ni tercapai juga." Sambil senyum Hakim serahkan kepada Liya.
"Abang macam tahu aja kan Atie suka bunga ni. Terima kasih. Ni ada niat apa-apa tak tiba-tiba bagi Atie bunga? " Sambil itu Liya menghidu haruman jambangan bunga tu.
"Saja bagi nak bagi Atie ceria. Tak salah kan? Berapa tahun abang kenal Atie? Mesti lah abang tahu." Hakim membalas jawab.
"Abang. Atie nak duduk. Tolong naikkan kepala katil ni. Tak selesa nak sembang sambil baring." Liya meminta.
Hakim terus bangun dan membetulkan bahagian kepala katil Liya dan membetulkan bantal Liya. Sebaik sahaja Liya dapat duduk, Liya merenung Hakim sambil senyum.
"Kenapa Atie pandang abang macam tu? Ada yang tak kena ke dengan abang pakai hari ni?" Hakim bertanya kehairanan.
"Tak...Abang nampak hansem hari ni. Takdelah nampak serabut macam tadi masa dekat kecemasan." Liya menjawab sambil senyum.
"Tadi tu belum mandi memang lah muka tak semenggah. Ini dah mandi segar lepas tu nak pulak jumpa Intan payung abang ni, mesti lah nak kena kemas dan nampak hansem." kata Hakim sambil tersenyum bangga.
"Lamanya Atie tak dengar abang sebut gelaran tu. Intan payung. 5 tahun ada rasanya kan..."
"Abang pun dah lama tak sebut gelaran tu. Bila jumpa atie ni baru abang teringat balik. Lama kan kita tak jumpa?"
"Abang lah.. habis SPM terus hilang. Tinggalkan Atie macam tu aja. alamat rumah abang Atie pun tak tahu. Atie pun lupa bagi alamat Atie dekat abang. Kita terputus macam tu aja. Atie ingatkan Abang dah lupakan Atie. Tahu-tahu aja jumpa abang dekat sini. Tahniah lah sebab tercapai juga cita-cita abang nak jadi doktor. alhamdulillah. Atie ni aja yang tak tahu lagi mana hala tuju Atie lepas ni. Borang UPU pun Atie belum isi lagi." Liya meluah perasaannya.
"Abang tak menghilang lah...Abang ada aja. Cuma rasa menyesal aja tak dapat berhubung dengan Atie. Sebab lepas habis SPM, family abang berpindah ke Pontian. Tu yang kita terus tak dapat berhubung. Dari dulu sampai sekarang tau abang masih tetap ingat dengan Atie. Cuma bila dah masuk bertugas di hospital ni abang terus terlupa pasal Atie. Sibuk sangat dgn kerja. Kadang tu sampai kurang rehat."
"Laaaa.... ye ke. Ni kiranya Atie lah Ye dah lupakan abang? hahaha" Liya menjawab sambil ketawa lemah.
"Oooohhhh.... Jadi selama tak jumpa ni, Atie dah lupakan abang lah ni? Sampainya hati. Kecik hati abang ni tau." Hakim buat pura-pura merajuk.
"Buruk lah buat muka macam tu. Hilang hansem." Liya mengusik.
"Memang susah abang nak merajuk dengan Atie ni. Pandai aja kan nak sejukkan hati abang. Intan payung abang ni nak makan apa-apa tak?Abang boleh pegi belikan. Belum makan lagi kan?" Hakim mempelawa.
"Tak payah lah. Atie dah pesan dengan kawan Atie yang tadi suruh bawa makanan dan kelengkapan Atie sekali. Abang tak payah lah susahkan diri. Rasanya dia akan sampai tak lama lagi kot"
"Ooooh.... Ye ke? Kalau Untuk Atie, buatkan apa pun abang sanggup. Macam dulu."
Tak lama lepas tu datang Jururawat untuk buat pemeriksaan tekanan.
"Hai..Doktor Hakim. Rancaknya sembang." Sambil tu Jururawat tu ambik tekanan darah dan suhu badan Liya.
"Biasalah...Bila dah lama sangat tak jumpa Intan payung saya ni, macam ni lah."
"Apa abang Hakim ni.Jangan lah panggil macam tu. Malu lah." Liya memukul Hakim dengan bantal yang ada di ribanya.
"Macamana bacaan?" dalam pada ketawanya masih berbaki, Hakim bertanya Jururawat yang bertugas.
"Masih tinggi. Suhu pun sama."
"Terima kasih Ida." Hakim bangun dan melihat rekod perubatan yang ada di atas meja.
"Abang..turunkan katil. Atie pening." Liya mengadu.
Dengan pantas Hakim mendapatkan Liya dan menurunkan kepala katil Liya ke tahap Liya selesa.
"Intan payung abang ni tak makan lagi. Tu pasal lah pening."
Tak lama lepas tu makanan untuk minum petang sampai.
"Haaa... ni minum petang dah sampai. Atie minum panas dulu dengan kueh ni buat alas perut. Makanan lain dah sampai nanti baru makan."
Hakim masukkan gula yang dah disediakan dan bancuh. Selepas itu Hakim pandu Liya bangun untuk duduk dan beri Liya minum.
"Tawar lah...Tak nak lah."
"Jangan nak mengada. Kek ni kan manis. Ok lah tu. Boleh balance kan."
"Tak nak. Abang rasa lah sendiri air tu."
Kamal pun cuba menghirup air yang dibancuh tadi.
"Apasal buat muka macam tu? Padan muka. Atie dah kata kan tadi."
"Nanti sekejap.Abang pegi pantry buatkan air untuk Atie special punya. Jangan tak minum tau."
"Sebelum tu baringkan Atie semula. Atie dah makin pening ni." Dengan perlahan Hakim tampung badan Liya dan bantu Liya baring semula. Selepas itu Hakim berlari masuk ke dalam ruang makan staff. Tak sampai 5 minit, Hakim siap membancuh kan milo panas dan dibawakan nya kepada Liya bersama roti bun kacang miliknya yang disimpan tempat khas.

Sesampainya di katil Liya, dilihat Liya sedang hampir tido.
"Heeiiiii... Jangan nak tido. Abang nak Atie minum dan makan ni buat alas perut. Lagi lambat makan nanti lagi masalah besar timbul." Hidung Liya diusik berkali-kali sehingga Liya terjaga.
"Eeeeeiii.... abang ni kacau lah.Atie baru nak lelap."
"minum dan makan ni dulu. Penat tau abang berkejar nak buatkan air ni untuk Atie. Sekarang abang nak Atie bangun." Hakim terus naikkan bahagian kepala katil dan bantu Liya duduk. Selepas itu disuapkan Liya minum dan berselang dengan makan roti.
"Abang ingat lagi Atie suka minum air dan makan roti ni?"
"Apa juga pasal Intan payung abang ni abang ingat tau." Hidung Liya di usik.
"Apa abang ni. Nampak staff abang, tak malu ke?"
"Biar dia orang tahu. Takde lah nanti yang berani nak ngorat abang lagi."
"Orang hansem. Mesti lah ramai yang suka dan berhajat. Ini dia orang nampak abang suap Atie mesti ada yang makan hati ulama jantung. Ye lah.. dah melepas. hahaha." Sambil ketawa Liya menutup mulutnya takut makanan terkeluar dari mulutnya.
"Cuba bila tengah makan tu jangan ketawa. Nanti tersembur dekat abang."
"Siapa suruh duduk atas katil ni dekat dengan Atie. Nasib lah kalau terlajak sembur."
"Oooh.. dalam pada tak sihat pun sempat juga Ye usik abang." Pipi Liya dicubit kiri kanan.
"Sakit lah abang." Tangan Hakim ditepis. "Dari dulu zaman sekolah sampailah sekarang, suka sangat cubit pipi dengan hidung Atie ni kan. Tu sebab pipi ni tak mahu nak tembam lepas tu hidung Atie ni mancung semacam aja. Abang punya pasal lah ni."
"Tengok tu.abang juga kan yang disalahkan." Hakim menarik sedikit tudung Liya hinggakan hampir terlucut.
"Eeeeeiiii... abang... jangan lah. Habis tudung Atie.." Hakim dipukulnya dan dicubit.
"Aduh..Aduh..sakit lah. Tangan tu tak tahu nak diam Ye. Mencubit aja kerjanya.
"Abang tu lah. Kacau Atie tak sudah-sudah. Dah lah Atie ni tak larat tau tak. Abang...Bagi lah Atie nak berehat... Pleaseee..." Liya merayu.
"Tak boleh.Atie tak boleh tido. Atie kena sembang juga dengan abang." Hakim mengusik lagi
"Eeeeeiiii... Macam ni ke doktor. Dera pesakit. Tolong lah abang...Atie nak rehat lah." Liya merayu hampir menangis.
"Comel lah buat muka macam tu. Buat lagi. Lama sangat abang tak nampak muka Atie macam tu."
"Eeeeeiii... Jahat lah abang ni. Haaaa...rasakan."
"Amboiiiii. ..Doktor Hakim.. Apa tu kacau pesakit nak rehat. Tak baik tau." Indra menegur
"Kan doktor. Kejam sangat lah Doktor Hakim ni. Dari tadi dia asyik kacau saya. Bawa dia pegi boleh tak Doktor." Liya mengadu.
"Dah lama sangat saya tak nampak doktor Hakim ni Happy macam ni tau cik. Sepanjang bertugas dekat hospital ni dia serius aja. Susah lah nak senyum. kecuali lah dengan pesakit. Itu dia senyum lah sebab dengan pesakit memang dia baik." Indra bercerita.
"Muka dia ni serius? Tak percaya saya." kata Liya sambil dahi Hakim ditolak dengan jari telunjuknya.
"Setahu saya sepanjang saya kenal dia ni, dia memang kaki menyakat. Macam yang saya kena ni lah." Liya menyambung.
"Betul tu cik. Bila dia jumpa Cik, kami semua jadi tak kenal dah doktor Hakim. Macam dah jadi orang lain." Jururawat yang kebetulan menghantar ubat untuk Liya makan nanti menyampuk berbual.
"Indra. Dia ni lah yang aku cerita dekat kau haritu." Hakim mengingatkan Indra.
"Oooohhhh. ...Dia ni ke? Patut lah kau.."
"Syyyyy.... Jangan cakap. Nanti dia marah aku" Hakim beri amaran kepada Indra
"Abang cerita apa Haaa. .. Siap nak berahsia bagai. Baik Cakap. Kalau tak Atie cubit lagi."
Belum pun sempat Liya nak mencubit, Hakim dah pegang dulu pergelangan tangan Liya.
"Takde apapun yang Hakim cerita. Semua yang baik aja. Cuma tu lah. Dia lambat sangat bertindak.Kalau saya dah bertindak dah." kata Doktor Indra.
"Apa doktor Indra cakap ni. Adooiiii.... Makin sakit rasanya kepala ni. Abang.... Boleh tak bagi Atie nak tido sekejap. Kepala Atie sakit sangat ni."
"Ok lah Intan payung abang... Rehat lah dulu Ye. Nanti abang datang lagi kacau Ye." Haikal bangun dari duduknya dan membetulkan perbaringan Liya dan di selimutkan Liya. Sebelum berlalu pergi, diciumnya umbun-Umbun Liya yang beralaskan tudung itu selepas itu berlalu jalan beriringan dengan Indra.
"Sayang betul kau dengan dia." Indra mengusik.
"Gila aku tak sayang. 5 tahun tau aku tunggu dia muncul. Dah jumpa ni, memang aku tak akan lepaskan lah.Dia masih tak tahu lagi perasaan sebenar aku tu. Dia masih anggap aku ni macam abang dia lagi. Sebab kami dulu rapat atas gelaran abang dan adik angkat." Haikal membuka cerita.
"Patut lah dia manja semacam. Title abang dan adik rupanya. Yang kau panggil dia Intan payung tu memang gelaran sejak dulu lah?" Indra teruja ingin tahu.
"Haah. Aku nak panggil dia sayang sebenarnya tapi tak nak bagi nampak sangat, aku tukar lah Intan payung. Dia ok je. Tu yang lekat terus sampai sekarang." kata Haikal.
"Bila kau nak terus terang dengan dia?" tanya Indra
"Masalahnya dia nak sambung belajar lagi. Tu yang buat aku terkedu sekejap. Nanti lah tunggu masa yang sesuai. Tunggu dia sihat betul-betul. Lagipun emosi dia tak stabil sangat masa datang sini. Aku dapat rasakan yang dia baru lepas dikecewakan. Tu sebab tadi aku bergurau aja dengan dia tak nak bagi dia banyak berfikir pasal yang menyakitkan semua tu." Hakim memberi penjelasan.
"Kau betul-betul kenal dia Ye Hakim."
"Diri dia yang dulu aku kenal lah. Diri dia yang sekarang aku tak pasti lagi. Aku baru jumpa dia hari ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience