Sedang Hakim rancak berbual sambil menyuap Liya makan buah, telefon bimbit Hakim berbunyi..
Melihat nama yg tertera di screen,Hakim tersenyum dan terus menjawab.
"Assalamualaikum... doktor. saya dah sampai ni di lobby. Nak jumpa doktor di mana?" Suara di dalam talian bertanya.
"Waalaikumussalam... boleh tak jumpa saya di wad 7C wad awak dulu? Tunggu saya di ruang rehat di depan." Hakim menjawab.
"Ok Doktor.. Saya ke sana sekarang."
Selepas itu masing-masing mematikan talian.
"Abang ada janji nak jumpa orang ke?" Liya bertanya Hakim sambil menggeleng dan menolak tangan Hakim takda tidak mahu dah.
"Ye.. sayang.. abang ada hal sekejap. Abang tinggalkan sayang sekejap, boleh?" Hakim meminta keizinan dari Liya sambil mengemas bekas makanan yang di atas meja makan.
"Boleh abang... Sayang pun nak rehat ni.. penat asyik ketawa aja dgn abg dari tadi." Liya menjawab sambil tersenyum..
"Amboiiiii.... ok..sayang rehat ye. Nanti abang mintak abang sayang yg lagi sorang temankan ye kalau dia tak buzy." Hakim memberi cadangan..
"Ehhhh...tak payah kacau dia. Sayang ok je sorang.. Nak lelap jap.. mengantuk ni." Liya menolak cadangan Hakim.
"Ok sayang.. Abang nak jumpa kawan abg sekejap.Nanti abg datang temankan sayang sini lps tu." Sambil itu umbun-umbun yang berlapik tudung tu di cium.
Setelah membetulkan semula baring Liya, Hakim berjalan keluar dari ruang wad Liya menuju ke ruang rehat yang di janjikan.
Sesampai aja di ruang rehat...
"Assalamualaikum... Azlisham kan?" Setelah sampai di ruang yang dijanjikan dan terlihat orang yang dimaksudkan, Hakim menegur.
"Waalaikumussalam... Ye saya.. Doktor Hakim kan?" mereka pun bersalaman.
"Apa yang doktor bersungguh sangat nak jumpa saya ni. Macam ada hal penting aja ni." setelah bersalaman, mereka mengambil tempat duduk masing-masing..
"Nak kata penting tu..ada lah juga. Cuma saja nak ajak awak bersembang..itu aja. Saya bosan ni tak tahu nak buat apa sementara .menjaga buah hati saya yang tak sihat dalam wad sini." Hakim memulakan bicaranya.
"Ohh...ye ke.Dia sakit apa doktor?" Sham menyambut dalam nada terkejut.
"Jangan lah formal sgt.. Saya tak bertugas ni. Saya tgh ambik cuti panjang ni. Panggil aja Hakim. Dia baru sampai dari Pahang lepas tu tiba-tiba pengsan dan trus di bawa ke sini." Hakim bercerita.
"Oooh..ye ke.. macam serius aja sakit dia sampaikan Hakim nak kena jaga dia sepenuhnya..." Sham mengusik.
" Memang keadaan dia dalam situasi bahaya sekarang tapi masih terkawal dengan kepakaran yang ada di sini." dalam tersenyum Hakim menjawab.
"Maaf..saya tak tahu " dalam rasa bersalah, dengan segera Sham minta maaf.
"Ehhh.. Tak pe... Saya maafkan awak Sham. Hal kecil aja tu... Ooh.. ye. Apa cerita tentang hubungan Sham dgn buah hati Sham tu? Sham dah melamar dia ke?" Hakim mengubah cerita bila dilihat Sham agak kurang selesa dgn rasa bersalahnya.
Mendengarkan pertanyaan Hakim, Sham terus terdiam. perlahan-lahan Sham Bangun menuju ke tingkap cermin dan membuang pandangannya ke luar cermin tingkap. Selepas itu memhela nafas berat.
"Macam berat aja masalah awak ni Sham dengan buah hati awak tu?" Hakim bertanya bila melihatkan Sham mengeluh berat.
"Berat sehabis berat jadinya semua sekarang.. Doktor tahu kan saya kena pukul dulu sebab apa? Kali kedua saya kena nyaris saya tak koma. Betul tak?" Sham cuba mengingatkan semula kejadian yang pernah menimpanya sebelum ni kepada Hakim.
"Ye. saya ingat tu. Tapi kenapa awak tak buat report polis pasal ugutan dan ancaman tu?" Hakim bertanya kehairanan.
"Saya tak nak dia jadi korban insan yang bersifatkan binatang tu. Dalam keadaan yang sangat-sangat menyakitkan jiwa dan perasaan saya ni . saya terpaksa buat pengorbanan dgn membuat cara supaya dia membenci saya. Setiap kali buat perancangan, saya menderita Hakim. Selepas setiap kali saya buat dia benci saya, di belakang dia saya menangis... Saya tak nak berpisah dengan dia. Semahunya saya nak dia jadi suri hati saya. Tapi apakan daya..kami tak mendapat restu. Setelah saya berjaya buat dia benci saya sepenuhnya, dia buat keputusan meletakkan jawatan dan terus tinggalkan saya. Lepas tu saya tak dapat dah khabar berita dari Dia." Sham bercerita dengan panjang lebarnya..
"Awak tak rasa ralat ke lepaskan dia?" Hakim cuba mendapatkan kepastian berkenaan keputusan yang dah Sham buat.
"Sangat-sangat sakit rasanya hati ni Hakim. Kalau ikutkan hati nak aja bawak dia lari jauh. Bawak dia nikah lari.Tapi saya tak nak buat. Sebab saya kenal buah hati saya tu.. Dia seorang yang sangat hormatkan orang tua dia. Apa juga keputusan yang dia nak buat, semuanya dia kan mendapatkan restu orang tuanya dulu." sambil menutup cerita, Sham kembali duduk di kerusinya.
"Sham dapat agak tak di mana Dia sekarang?" Hakim bertanya.
"Saya pasti Dia ada di rumah keluarga dia di Pahang." Sham menjawab.
"Sham tahu ke kisah sejarah silam Dia?" Hakim cuba memancing cerita Sham.
"Apa yang saya dapat tahu sebelum saya bersama Dia, Dia pernah bersama dengan seorang anggota polis. Tapi sayang polis tu dah mengecewakan dah melukakan hati dia. Lama lukanya nak sembuh sampaikan saya nak mencuba nasib pun susah sangat dia nak terima saya. 3 bulan saya cuba bersabar nak dapatkan hati dia tanpa paksaan, alhamdulillah dia terima.. Dia dah hampir nak terima saya sebagai bakal Imam Dia. Tapi sayang seribu kali sayang.. hubungan kami dapat tentangan hebat dari keluarga nya hanya dengan alasan saya sekeluarga dari keluarga seni. Mereka benci sangat golongan keturunan darah seni ni. Demi menghalang, mereka sanggup buat apa aja asalkan adiknya saya lepaskan." Sham bercerita lagi.
"Termasuk upah orang pukul Sham?" Hakim terkejut.
"Betul tu Hakim. kalau boleh nak bunuh saya pun mereka sanggup asalkan saya tak bersama Si Dia lagi. Cuma umur saya aja yang masih lagi panjang saat ini."Sham mengeluh.
"Sham.. Saya nak ajak Sham ziarah seseorang dalam wad ni, nak tak?" Hakim mempelawa.
Sham berkerut kehairanan dengan pelawaan Hakim.
"Ziarah siapa? Buah hati doktor ke?" Sham bertanya mahukan kepastian.
"Sham ikut aja saya. Nanti Sham akan tahu siapa yang akan saya temukan nanti."
"Orang ni ada kaitan dengan saya ke Hakim? Jangan buat saya berdebar pulak." Sham mula gugup dan tertanya-tanya siapa yang Hakim maksudkan untuk dipertemukan.
"Jomlah.. Nama pun waktu ni waktu ziarah kan.. Tak salah pun kita jenguk orang sakit ni." Hakim menarik tangan Sham dan mengajak Saham mengikutinya.
Saat menurut langkah Hakim, hati Sham berdebar, jantungnya berdegup kencang. Hatinya dirasakan ada sesuatu yang tak kena.
Saat Hakim menolak daun pintu, Sham terlihat sekujur tubuh yang sedang lena. paling Sham terkejut adakan alat mesin yang berada berhampiran pesakit tu..
"Hakim. kenapa suasana bilik ni macam ruang ICU? Banyak alat bantuan sekeliling pesakit ni." Sham mematikan langkahnya di muka pintu dan memerhati sekitar dalam hati yang sangat tak enak dan berdebar yang sukar untuk diungkapkan.
"Jom lah masuk dekat lagi. Takpe. Tu ada kawan saya tengah pantau pesakit tu. Kawan pada pesakit tu juga." Hakim mengajak lagi
Dengan langkah perlahan Sham bergerak menghampiri katil pesakit. Matanya terpandang pada petak nama pesakit yang tertera berada di atas kepala pesakit. Sham terkejut.
"Tak mungkin.. Tak mungkin.." Sham terundur ke belakang. Badan Sham seakan lemah. Hakim peluk dan pegang bahu Sham dan dipandu menghampiri katil pesakit.. Setelah jelas melihat wajah pesakit..
"Allahuakbar.... kenapa Liya jadi macam ni sayang" Sham terduduk terus di hujung katil dan Sham menangis memeluk Hakim. Tiba-tiba Sham rebah tidak sedarkan diri.
"Ya Allah.. Sham... Sham.." Hakim terkejut dan dipukul pipi Sham cuba menyedarkan Sham. Tapi usaha Diam gagal.
"Indra!!! Jom bawak dia ke bilik rawatan. Sham macam ada yang tak kena ni." terus Indra bertindak memapah Sham ke bilik rawatan.
"Nasib baik aku baru bagi ubat tido dekat Atie baru ni tadi. Degupan jantung Atie macam tak stabil masa kau jumpa Sham tadi Kalau tidak lagi parah situasi ni" Sambil memapah Sham, Indra sempat memberitahu keadaan Liya.
Oleh sebab Hakim tidak bertugas, maka Hakim hanya memerhati dari tepi melihat Indra dan staff lain membuat rawatan segera kepada Sham.
Selesai buat rawatan, Indra menghampiri Hakim.
"Hakim. Sham ni macamnya tengah dalam situasi hampir sama macam Atie.. cuma Sham tak dalam keadaan kritikal. Cuma kurang air dan degupan jantung dia agak tak stabil. Nasib baik dia tak kena strok tadi.." Indra memberi laporan.
"Dia pun dalam keadaan sengsara rupanya Indra. Kuat betul cinta Sham ni pada Atie. Tak salah aku buat tekaan. Sham ni lah orang buat Atie jadi macam sekarang ni dalam masa yang sama juga Sham ni juga menanggung perit derita jugadek kerana terpaksa berpisah tanpa rela.."
"Aku tak faham lah maksud kau ni Hakim. Sham ni bekas teman lelaki Atie ke?" Indra minta kepastian.
Hakim mengangguk sambil tersenyum.
"Kalau kau dah tahu. Kenapa kau temukan dia dengan Atie? Kau lagi burukkan keadaan lah." Indra bernada marah.
"Aku cuma nakkan kepastian adakah betul Sham ni orangnya. Ternyata aku tak salah orang. Aku pertemukan dia sebab aku nak dia tahu situasi sebenar Atie selepas dia tinggalkan Atie. Tak sangka lah pulak aku hal cam ni nak jadi."
"Kau kan tahu. Sham belum lagi pulih sepenuhnya kecederaan dia yang baru ni. Bila dapat kejutan macam ni, lagi memburukkan situasi dia tau tak. Kenapalah kau buat perancangan tak fikir akibat pada dua orang ni."
"Sory.. aku tak terfikir langsung cam ni akan jadi. Betul-betul aku terlupa tentang kecederaan dia yang kedua tu. Adoiii..Sory Indra. Aku betul-betul tak sangka. Ya Allah.."Hakim bernada menyesal.
"Dah..kau pergi jaga Atie. Aku nak uruskan Sham ni untuk masuk wad. Tak pasal² kan dia warded semula." Indra dengan nada keras memarahi sahabatnya itu.
Share this novel
Bila nak sambung