"Assalamu'alaikum..." kedengaran suara lelaki memberi salam. Liya amat cam suara itu. Liya pun keluar sambil menjawab salam.
"Along!!! Atie keluar dengan Munir jumpa Mak Uda dengan Mak Munir."
Along ke hadapan pagar jumpa Munir.
"Kamu baru nak balik jumpa mak ke Munir?"
"Tak lah.. Munir dan 3 hari balik jaga mak lepas mak Uda bagitahu yang mak tak sihat. Ni mak mintak sangat nak jumpa Atie tu yang Munir datang sini."
"Lepas tu nanti bawa Atie balik sini semula. Atie kerja fullday esok tu. Pagi sampai malam."
"Ye Along. Tahu. Kami mintak diri dulu."
Munir bukakan pintu Liya dan meminta Liya masuk. Liya pun menurut.
Sebaik aja Munir masuk...
"Kenapa awak datang seorang? Kenapa tak bawa orang rumah sekali jemput saya? Nanti apa pulak kata isteri awak tu nanti."
Munir tak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri.
Dalam situasi senyap itu dan yang kedengaran hanya alunan lagu radio membuatkan tanpa sedar rupanya Liya terlena.
"Dari mana aja lah sayang pergi agaknya ni sepanjang hari sampaikan nampak macam penat sangat. Sayang langsung tak pernah berubah rupanya. Mudah sangat terlena." Munir berkata sendiri sambil tersenyum bila dilihat Liya sedang lena di sebelahnya.
Sesampainya di halaman rumah Munir..
"Humairah... Humairah.. Dah sampai rumah mak Munir ni. Bangun." Munir menggerakkan Liya.
Perlahan-lahan Liya membukakan matanya dan memandang sekeliling.
"Sekarang jam pukul berapa?" Liya cuba memandang jam yang ada di dashboard kereta, tapi pandangannya seakan kabur sebab baru terjaga dari tidur.
"Sekejap lagi masuk lah waktu azan Maghrib."
"Kalau macam tu Atie nak pergi rumah Mak Uda dulu lah nak solat maghrib dulu."
"Mak Uda takde dekat rumah. Mak uda ada dekat sini. Mak Uda jaga Mak. Humairah solat jemaah dengan kami aja lah nanti. Boleh?."
"Ye ke? Kalau macam tu, ok lah".
Liya dan Munir pun masuk ke dalam rumah.
"Assalamu'alaikum..." Liya memberi salam kepada penghuni yang sedang rancak berbual di sofa.
"Waalaikumsalam... Atie.. masuk lah..Lamanya kami tak jumpa Atie.. Dah merajuk dengan kami ke?" Mak Uda mendapatkan Liya dan dipeluk erat.
"Rindunya lah Mak Uda dengan Atie.." diciumnya liya pipi kiri dan kanan.
Kemudian Liya beralih bersalam dengan Mak Andak. Situasi yang sama juga Liya dipeluk erat dan dicium pipi Liya berkali-kali.
"Atie... Mak andak nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah rosakkan hubungan kamu dengan Munir." Sambil memeluk erat Liya, Mak Andak menangis.
"Mak Andak.. kenapa pulak nak mintak maaf dengan Atie ni? Mak Andak tak buat apa-apa salah pun dengan Atie. Buat apa nak. mintak maaf semua ni?" sambil membalas peluk, Liya memujuk Mak Andak yang sedang menangis ketika itu sambil mengurut-urut belakangnya.
"Mak Andak dan Mak Uda, dua-dua Atie sayang macam mak Atie sendiri. Kenapa pulak nak minta maaf ni? Tak perlu semua tu.." Liya memujuk lagi.
"Mak.. Mak Uda.. Atie.. Kita sambung bersembang kemudian ye? Kita solat Maghrib dulu jom?" Munir mengajak.
"Atie punya telekung Munir dah siapkan dalam bilik tamu paling depan tu. Nanti dah bersiap, solat jemaah dengan kami dekat ruang tamu ni ye?" Munir meminta.
"ok. Baik. lah."
Sebelum Liya masuk bilik, Liya ternampak Munir mendukung Mak Andak untuk di bawa ke bilik air untuk ambil wuduk. Situasi itu buatkan Liya tersentuh hati.
Sebaik bilik tamu itu dibuka, telekung sudahpun tersedia di atas katil. Liya seakan cam dengan corak telekung yang ada di atas katil itu.
"Telekung yang Munir belikan sebelum kejadian tu. Kenapa telekung tu boleh ada dekat sini?" Selesai anbil wudhuk, Liya sarung telekung tu.
"Masih ada baru aku. Dia tak basuh ke? Atau sengaja tak nak basuh? Tapi kenapa dia simpan lagi telekung ni?" Liya berteka teki sendiri.
Memandangkan hanya itu sahaja telekung yang ada, Liya pakai juga.
Selepas bersiap, Liya melangkah ke ruang solat di ruang tamu. Semua sudah siap menunggu Liya sambil tersenyum. Termasuk Munir.
"Sudi juga sayang pakai telekung tu. Sengaja Bie tak nak basuh telekung tu sebab telekung itu lah pengubat rindu Bie pada sayang. Bie tak akan basuh selagi belum sampai masanya untuk Bie lepaskan sayang kepada orang lain." Munir berbisik dalam hati.
Dengan beimamkan Munir, Liya buat pertama kali menjadi makmum Munir. Hati Liya sangat tersentuh ketika itu. Ditahan air mutiaranya dari gugur ke pipi.
Seusai solat Liya bersalaman dengan dua insan istimewa di kiri dan kanannya. Sekali lagi Liya di peluk dan dicium seakan melepaskan rasa rindu yang terpendam lama.
"Atie.. Mak Andak nak bagitahu sesuatu dekat Atie. Dah lama sebenarnya mak Andak nak bagitahu, tapi Munir tak bagi. Hari ni mak Andak nak juga bagitahu Atie."
Liya memandang Munir bertanyakan kepastian apa yang dimaksudkan oleh Mak Andak. Munir hanya menggeleng menandakan dia langsung tak tahu apa yang bakal disebut oleh ibundanya itu.
"Atie.. Sebenarnya Munir dapat pertahankan perkahwinan dia 2 bulan aja. Lepas tu dia terpaksa lepaskan perempuan tu sebab dia bukan perempuan yang baik."
"Mak... jangan lah bagitahu. Kan munir dah bagitahu mak. Biar Munir aja yang beritahu bila sampai masanya nanti."
"Mak takut mak tak sempat nak sampaikan hajat mak. Mak takut mak pergi dulu sebelum kamu beritahu Atie."
"Makkk.. jangan lah cakap yang bukan-bukan. Mak mesti akan sihat lah. Mak cuma demam biasa aja kan sebab rindukan kami berdua. Mak dah jumpa kami ni. Esok lusa mesti mak dah sihat. Mak jangan lah merepek macam ni." Munir cuba memujuk Mak Andak.
"Atie.. Mak Andak berhajat sangat kalau boleh sebelum mata mak Andak ni tertutup terus, Mak Andak nak Atie jadi menantu Mak Andak. Atie jadi isteri pada Munir."
"Mak!!! Tak. mungkin lah.. Atie dah ada teman lelaki. Takkan Munir nak rampas Atie dari orang lain. Tak elok kan mak..." Munir memintas apa yang Mak Andak sampaikan.
Mak Andak Pandang Liya minta kepastian.
"Betul ke Atie apa yang Munir cakap tu?"Mak Andak bertanya.
Liya pandang Munir.
"Munir dah tahu. Tu sebab Munir jauhkan diri dari Atie. Munir tak nak rosakkan kebahagian baru yang Atie dapat."
"Mak Andak.. Maafkan Atie.." Liya memeluk Mak andak melepaskan rasa bersalahnya sambil menangis.
Selesai solat, mereka semua makan malam. Suasana makan malam menjadi sunyi sepi bila semuanya berdiam diri. Hanya ada ketikanya Mak Andak dan Mak Uda ada berbual berdua.
Selesai makan, Liya mibtak diri untuk balik memandangkan esok Liya akan kerja shif pagi."
"Nak Andak.. Liya mintak maaf sekali lagi. Jodoh pertemuan tu semua di tangan Allah. Atie sendiri pun tak pasti siapa jodoh Atie sebenarnya. Atie serahkan semuanya pada kuasa Allah. Kalau Atie ada jodoh dengan Munir, Insyaallah ianya tak akan ke mana. Cuma masanya tu aja tak pasti bila. Harap Mak Andak tak kecik hati dengan apa yang berlaku antara Atie dan Munir?"
"Mak Andak faham. Lain kaki Atie datang sini lagi ye? Jangan serik pulak."
"Insyaallah.. bila ada kelapangan Atie datang lagi nanti. Mak Uda pun tau. Insyaallah Atie datang sini lagi nanti." kedua-dua nya Liya peluk dan cium.
"Mak Andak cepat sihat tau. Nanti minggu depan Atie datang jenguk Mak Andak lagi.Atie balik dulu.. Assalamu'alaikum...."
Selepas itu Liya masuk ke dalam kereta Munir.
Share this novel