Sementara di hospital....
"Kak Alin. Tolong call waris Atie. Mintak datang ke hospital dengan kadar segera. Bagitahu Atie dah mula sedar. Mintak semua waris datang." Indra memberi arahan kepada jururawat yang bertugas.
Sebaik sahaja semua waris Liya sampai, semua dibenarkan masuk berjumpa dengan Liya. Orang pertama yang mendekatkan Liya adalah Hakim.
"Assalamualaikum... sayang abang..." Bibir hakim terus mencium dahi Liya. "Sayang ok ke?." Hakim bertanya dalam nada lembut. Pertanyaan Hakim disambut Liya dengan senyum dan angguk yang lemah.
"Anak mak... Syukur Alhamdulillah... anak mak dah bangun..." Giliran Puan Salmah mencium dahi dan pipi dingin anak bongsunya itu sambil tersenyum sebak sambil ada air mata yang mengalir di pipinya.
"Mak... Atie dah sedar ni kan. Mak jangan risau ye." dalam nada suara yang masih sgt lemah Atie cuba memujuk ibunya. jemarinya menyapu lembut air mata yang mengalir di pipi Puan Salmah.
"Atie... Maafkan Along..." giliran Izah menghampiri Liya dan mencium seluruh wajah dan tangan jemari adik bongsunya itu sambil menangis. Rasa bersalah yang tak terungkap dirasakan oleh Izah. Rusdee juga turut sama menghampiri Liya dan berdiri di samping Liya.
"Along.. Dah lama Atie maafkan Along berdua. Atie tahu Along dah buat yang terbaik untuk masa depan Atie. Atie sayang sangat Along berdua hingga hujung nyawa Atie." walaupun Dalam kepayahan Liya cuba juga untuk berbicara. "Along.. jangan lah menangis. tengok Along macam ni, nanti Atie lagi tambah sakit." Liya cuba memujuk Izah. Air mata yang mengalir di pipi Izah di sapu lembut. Dalam pada itu Izah menggengam jemari Liya dan di cium lembut.
"Ammar...." Liya menyebut lembut nama Ammar. Saat itu air mata Ammar dah terlebih dahulu mengalir. Bila namanya disebut, dengan cepat Ammar membersihkan air matanya dan menuju laju ke arah Liya.
"Yee.. Atie. Ammar ada ni." Ammar terus mendapatkan jari Liya dan digenggamnya.
"Ammar.. Atie nak mintak maaf sebab selama ni Atie banyak sgt buat salah dengan Ammar. Atie tolak cinta Ammar. Maafkan Atie." Dalan kelayakan Liya bersuara meluah perasaan.
"Atie.. Atie takde buat salah apa pun dekat Ammar. Ammar yang banyak sgt buat salah dengan Atie selama ni. Ammar yang sepatutnya mintak maaf dengan Atie." sambil itu Ammar menggenggam kemas jemari Atie...
"Ammar. Dah lama Atie maafkan Ammar. Sampai bila-bila pun kita tetap sahabat dan Atie sayang sangat dekat Ammar. Tapi hati Atie hanya mampu terima Ammar sebagai sahabat aja." Liya menyambung ayat.
"Sayang... jangan banyak cakap.. ok. nanti Atie penat." Ammar cuba memujuk Liya supaya berhenti bercakap bila melihat Atie seakan mula penat sedikit.
"Abang Munir..." giliran Munir pula dia sebut.
Mendengarkan namanya disebut, Munir dengan cepat membersihkan air matanya yg tadi mengalir tanpa henti dan berjalan menghampiri Liya.
"Ye Humairah sayang abang..." dicium umbun² Liya yang seperti rutin dilakukan setiap kali bertemu. Jari Liya di genggam kemas.
"Lamanya tak dengar nama tu. Rindu sangat dengan nama tu." sambil tersenyum Liya meluah rasa
"Humairah nak cakap apa dengan abang? Abang dengar ni." Munir memujuk.
"Humairah nak mintak maaf dengan abang atas apa yang berlaku antara kita. Mintak maaf juga sebab degil tak nak terima abang semula walaupun abg banyak kali pujuk." Dalam nada sedih Liya meluah.
"Sayang.. Abang dah lama maafkan sayang. Allah dah takdirkan jodoh kita tak kesampaian. Abang redho. Yang penting sekarang abang dan semua keluarga yang ada nak sayang sihat semula dan kembali sihat kepada kami semula. Abang maka sayang hidup bahagia dengan Hakim dapatkan ank buah untuk abang yang comel-comel dan cantik Hansel macam sayang dan Hakim." Munir memujuk sambil senyum.
"Abang.. Atie tak rasa umur atie akan panjang. Atie dapat rasa bila² masa aja Atie akan pergi." Liya mula berbicara aneh.
"Sayang... tolong jangan cakap macam tu. Sayang tak sayangkan kami semua ke? Sayang tak kesian kan Hakim ke? Dia tak sempat lagi nak laksanakan Tanggungjawab dia lagi sebagai suami." Munir mengusik namun hatinya semakin pedih bila mendengarkan ayat Liya. Liya hanya tersenyum sambil memandang suaminya yang berada di hujung katil yang semenjak tadi memerhatikan semua peristiwa.
"Abang...." Liya memanggil Hakim dan dengan segera mendapatkan Liya.
"Ye... sayang.. Boleh tak jangan cakap yang bukan-bukan. Tak sayangkan abang ke. tak kesian kan abang ke.. Dah lama sangat tau abang tunggu sayang. Sayang cakap macam tu, kecik hati abang ni tau." Hakim membuat riak wajah seakan merajuk.
"Eeeiiiiii... abang ni. Buruk muka buat macam tu. tak hansem dah." Dalam pergerakan lemah Liya cuba memukul pipi Hakim. Yang hadir di situ semua ketawa sungguhpun ada rasa bimbang yang teramat di hati masing-masing.
Sebelum Liya sedar ....
"Indra. Kenapa kami semua dikehendaki datang? Macamana keadaan Atie?" Munir bertanya dalam nada bimbang.
"Memandangkan semua dah ada, Alhamdulillah. Sebenarnya situasi Atie sangat membimbangkan. denyutan jantung Atie sangat tidak stabil. saluran otak Atie yang terdapat darah beku tu semangkin membengkak. keadaan jantung Atie yg sangat tidak stabil tu menyukarkan untuk kita lakukan pembedahan. Keadaan Atie sangat kritikal saat ini. Atie akan sedar pada bila2 masa aja lagi melihatkan pagi tadi hingga baru ni tadi ada tanda² yg menunjukkan dia akan sedar. Peluang yg ada ni semua jumpa lah Atie. Gembirakan lah dia selagi berkesempatan. Segala-galanya kita berdoa dan berserah kepada Allah semoga ada keajaiban da berharap agar segalanya dipermudahkan untuk Atie. Itu sahaja yang saya harapkan." Indra memberi penjelasan.
"Baiklah. Kami faham maksud Indra. Terima kasih Indra atas segala usaha yang dah kau buat pada Atie. Insyaallah.. sama² kita berdoa.." Jawab Munir
Dalam pada semua sedang memberi tumpuan kepada Liya, tiba-tiba Liya mengalami sesak nafas. Suasana menjadi kelam kabut. Semua yang ada dikehendaki keluar dan Liya segera di beri bantuan kecemasan. Tak lama selepas itu Liya segera di tolak ke bilik pembedahan.
Suasana cemas itu membuatkab semua waris yang hadir tak senang duduk. Keluarga Sham juga turut sama melihat Liya ketika itu.
"Maafkan saya. Sementara Atie ada di dalam bilik bedah, apa kata kita semua ke surau. kita sama² buat solat hajat supaya pembedahan Atie berlangsung dengan baik dan kita buat bacaan Yassin mengharapkan segalanya dapat dipermudahkan untuk Atie." Tiba-tiba ayah Sham memberi pendapat. Mendengarkan pendapat itu Semua berpandangan sesama sendiri. Tanpa berfikir panjang semua bergerak sama ke arah surau dan lakukan apa yang sepatutnya. Proses pembedahan berlangsung dalam tempoh yang sangat panjang...
2 TAHUN KEMUDIAN.....
"Amboiiii... Ammar. Makin segak sekarang sejak dah sarung baju badan beruniform ni. Kalah Ju dah ni." Munir menepuk bahu Ammar yang ketika itu sedang menyarung baju Tentera Udara.
"Mimpi apa kau tiba-tiba masuk TUDM ni." Hakim menegur.
Ammar tiba-tiba terdiam. Matanya tiba-tiba redup.
"Aku memang minat sangat nak masuk TUDM. Disebabkan aku kena jaga Arwah ayah aku, aku pendamkan semua minat aku. Ayah aku tahu aku minat sangat nak masuk TUDM. Sebelum arwah pergi dia ada pesan. Bila ayah dah takde, kamu teruskan lah cita-cita kamu tu. lepas 6 bulan ayah meninggal, aku terus buat permohonan. Permohonan aku lulus, terus aku jalani latihan. Ini pun masih belum habis lagi. Kebetulan aku ada kursus di kawasan sini, tu yang aku pakat nak jumpa korang." Ammar bercerita.
"Alang-alang kita dah jumpa ni kan. Apa kata kita ziarah kubur Sham. Nak tak? Dengan kubur...." Ayat Hakim terhenti... Ammar dan Munir menepuk bahu Hakim mengharapkan supaya Hakim dapat bertenang.
Sampai di pusara Sham, semua serentak memberi salam.. Pusara Sham sangat bersih dan terjaga. Rumput yang tumbuh menghijau menutupi pusara Sham, pokok bunga melur yang tumbuh di atas kepala dan kaki pusara tumbuh cantik dan berbunga banyak. Wangi aja baunya.
Sedang masing-masing leka membaca Yassin, tiba² bahu Hakim ditepuk seseorg...
"Sampai hati kan datang sini tak ajak. Amboiiii.. jumpa bertiga pun tak bgtahu kan... tau lah.. menentang² lah kita ni...." belum sempat ayat dihabiskan lengan pemilik suara tu di tarik dan dipimpin suruh turut sama.
"Ok..ok.. mintak maaf ye... jomm.. alang² dah sampai tu join skali."
Selesai baca yassin di pusara Sham, Masing-masing menuju ke satu lagi pusara. Sesampai nya di pusara itu, terlihat kelibat seseorang...
"Lama dah sampai sini?" Hakim menegur dan kemudian wanita tu bersalaman dengan Hakim.
"Lama dah. Sempat lah baca Yassin baru siap ni."
"Amboiiii... dua² tengah sarat ni. berjanji ke?" Ammar menegur sambil tersenyum.
Tak janji pun kebetulan aja. Yang member kita sorang ni aja yg subur. Bunting pelamin tu.." Hakim mengusik sambil memeluk di sisinya insan tersayangnya.
"Atie... Ammar happy sangat Atie dah sihat macam ni. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat." Ammar menyuarakan rasa syukurnya.
"Berkat doa semua juga Atie terselamat dari kritikal. Atie igt lagi. Memang masa tu Atie rasa macam dah sampai penghujung nyawa Atie dah. Masa dalam bilik bedah tu, macam² yang Atie mimpi. Atie mimpi jumpa Sham. Awalnya Sham ajak Atie sama ikut dia. Sham bawak Atie ke sebuah taman. Cantik sangat. Lepas puas Sham bawak Atie jalan² pusing taman sambil gurau. Lepas puas berjalan bersembang, Atie macam rasa penat sgt. Bila Sham tgok Atie penat sangat, Sham suruh Atie balik. Sham tak nak bawak Atie sama walaupun Atie desak nak ikut. Saham tak bagi ikut sebab Atie ada lagi yang masih sayang kan Atie dan tunggu Atie. Sham suruh jaga mereka sebaik mungkin. Sham mintak Atie lupakan dia. Lps tu Sham hilang dalam kepulan asap putih. tak lama lepas tu Atie terdengar ada suara panggil Atie suruh balik. Atie cari suara tu. Atie nampak satu tangan pegang pergelangan Atie tarik keluar dari kepulan asap yang tebal tu. Bila Atie dapat buka mata, Abang Hakim ada depan mata Atie. Baru lah Atie sedar yang tadinya Atie cuma bermimpi. Masa Atie sedar tu semua masih rahsiakan tentang pemergian Arwah Sham. Sampailah Atie betul-betul dah sembuh, baru abang Hakim sampaikan berita berkenaan pemergian Arwah Sham." Liya bercerita....
"Sayang dah ziarah kubur Sham ke?" Hakim bertanya.
"Dah tadi sama dengan Adik Sham ni kebetulan sampai sama ke sini. Lepas pada tu baru Sayang ke kubur Kak Long dan Abang Long ni." Liya menjawab pertanyaan Hakim.
"Sayang dah siap kan. Apa kata sayang tunggu abang dekat kereta. Nanti abang datang. Abang nak ziarah kubur kak long Ngan Abg long ni dulu." Hakim memberi arahan kepada Liya.
"Sayang pun. pergi temankan kak Atie. Nanti abang datang jumpa sayang kat sana." Munir memberi arahan pulak kepada isterinya yang tersayang yang merupakan adik kepada arwah Sham.
Selesai menziarah kubur, mereka pun menuju ke arah tempat letak kereta.
"Munir, Hakim.. apa berlaku pada kak Long dan Abang Long sebenarnya sampaikan dikebumikan serentak?" Ammar bertanya
"Kak Long Dan Abang Long terlibat dengan kemalangan masa dalam perjalanan nak balik kampung ziarah mak. Lori treler hilang kawalan terbalik lpsbtu menghempap kereta Arwah. Arwah berdua meninggal kat tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di kepala dan. patah tulang belakang. Termasuk kecederaan dalaman." Munir bercerita.
sedang mereka galak bercerita....
"Abang.... tolong.... sakitttt".. Atie menjerit dari dalam kereta. semua terkejut dan meluru berlari ke arah Atie.
Tak lama lepas tu.... " Abangggggg.... sakittttttt.... TOLONGGGG.." jeritan tu buat Munir pulak panik.
"Eh!? bukan ke belum sampai waktu lagi ke!? Takkan awal kot!?" Munir seakan bingung..
"Munir... kau ni.. tak payah lah nak fikir hal tu sekarang. Bini kita ni nak bersalin tau tak. Jom lah hantar hospital... Hakim mula menjerit.
"Semua naik Alfard aku. Ammar kau drive. Aku dengan Munir dah tak boleh nk drive ni. Jommm... gerak ke hospital sekarang juga." Hakim beri arahan dan Ammar memulakan pemanduan..
Selang beberapa jam... Alhamdulillah kedua-duanya selamat melahirkan anak. Hakim dapat anak lelaki manakala Munir dapat anak perempuan.
Ketika kedua-dua nya discharge serentak, Di lobi menunggu Atie dan Adik Sham sempat berbual.
"Kak Atie. Anak Kak Atie ada iras muka arwah abg Sham. Anak Nida pulak muka iras muka kak Atie. Kalau akak izinkan boleh tak Nida selitkan nama akak dekat nama anak Nida?" Hanida meminta izin.
"Nama apa yg Nida nak guna?" Liya bertanya
"Nur Aliya Humairah." Hanida menjawab.
"Sedap nama tu" Liya hanya tersenyum.
Setelah masing-masing dah dijemput pasangan masing-masing, sampai di rumah...
" Sayang dah ada nama untuk anak teruna kita ni?" Hakim bertanya sambil membelek bayi comelnya itu.
"Belum ada lagi. Abang ada cadangan ke?" Liya bertanya.
"Emmmm.... kalau abang nak letak nama Sham dekat nama anak kita boleh tak? Abang sangat kagum dengan semangat Sham. Sham seorang yang sangat setia. Sanggup berkorban apa sahaja. banyak keperibadian Sham yang abang kagum sangat. Itu pun kalau sayang izinkan lah."
Hakim meminta izin.
"Sayang tak kisah. Kalau itu keputusan abang, sayang ikut aja." Liya menjawab.
"Emmm.... apa kata WAN MUHAMMAD AZLISHAM BIN WAN NORHAKIM" Hakim memberi pendapat.
Atie hanya tersenyum sambil mengangguk setuju....
...........TAMAT.........
Share this novel