Munir dengan perasaan teruja untuk berjumpa dengan Liya, dengan pantas melangkah menuju ke wad yang dimaksudkan oleh doktor Hakim. Sebaik sahaja sampai di katil Liya, dilihat Liya sedang tidur lena. Perlahan-lahan Munir menyimpan bag pakaian Liya di dalam almari dan makanan yang Liya minta Mak Odah masakkan diletakkan di atas almari. Selesai mengemas Munir menarik kerusi menghampiri katil dan duduk merenung Liya.
"Sayang..Bie rindu sangat dgn sayang tau. Dekat 5 bulan Bie berjauhan dengan sayang. Sakit sangat rasanya bila berjauhan. Tu sebab Bie tak sabar sangat nak jumpa Sayang hari ni. Bie harap sangat sayang cepat sembuh." Munir berbisik sendiri
Sedang Munir bergumam sendirian di dalam hati, tiba-tiba Liya bergerak menandakan bersedia untuk bangun dari lena. Munir hanya memerhatikan tingkah laku Liya sehinggalah Liya tersedar sepenuhnya.
"Eh!? Abang Munir.. Dah lama sampai?" Liya bertanya.
"Ada lah dalam 15 minit. Saja abang tak nak kejutkan.Abang nak Humairah rehat sepenuhnya."
"Terima kasih abang sebab memahami. Abang ada bawak tak makanan yang Humairah suruh tu? Humairah lapar sangat ni." Liya mengadu
"Ada. Nanti abang siapkan. Sekarang abang nak Humairah pergi mandi dulu. Segarkan badan. Solat asar. Lepas tu baru makan. Humairah boleh berjalan tak ni?"
"Entah. Nanti Humairah cuba."
Munir mengeluarkan bag pakaian Liya untuk memudahkan Liya keluarkan barang keperluan mandi nya.
selepas itu dengan bantuan Munir, Liya bangun dan cuba berdiri. Melihatkan Liya seakan stabil berdiri, Munir melepaskan Liya untuk melangkah. Namun langkah Liya agak lemah. Dengan pantas Munir capai pakaian persalinan Liya dan keperluan mandi Liya terus masuk ke dalam bilik mandi terlebih dahulu. Kemudian keluar semula bagi mendapatkan Liya untuk dipimpin masuk ke dalam bilik mandi..
Sementara Liya mandi, Munir terus siapkan makanan Liya..
Selepas siap.mandi dan perkemas diri, Perlahan-lahan Liya berjalan keluar.
"Abang jangan pegang. Humairah ada wudhuk ni"
Terus aja Munir keluarkan telekung dan siapkan kerusi menghadap kiblat dan menarik tirai ruang katil Liya untuk keselesaan Liya bersolat.
Sementara Liya solat, Munir kutip pakaian kotor Liya dan semua keperluan mandi Liya dibawa masuk semula ke dalam almari Liya.
Sedang Munir termenung menghadap tingkap, tiba-tiba kedengaran Liya memanggil perlahan.
"Abang... Tolong Humairah." Liya memanggil sebaik selesai solat.
Munir membantu Liya naik semula ke atas katil dan membetulkan keselesaan Liya untuk duduk.
"Ya Allah. ..rindunya masakkan Mak Odah... Lama betul Humairah tak makan." Sebaik sahaja Munir membuka bekas bekalan makanan yang dibawa, Liya tersenyum puas.
"Abang tak nak makan sekali ke? Jom lah makan sekali temankan Humairah makan." Liya mempelawa Munir
"Humairah makan lah... Abang dah makan tadi sebelum datang sini." Munir menjawab sambil memerhati Liya makan sambil tersenyum.
"Mari sini abang suapkan. Humairah lemah sangat lagi ni. Ye lah..tak makan dari semalam kan." Munir ambil sudu yang dipegang oleh Liya dan mula suapkan Liya.
"Abang... Boleh tak jangan manjakan Humairah. Humairah boleh buat sendiri lah."
"Sayang... Bie tak boleh lah tengok sayang lemah macam ni.. Bie susah hati tau tak.."
"Abang... Kenapa panggil Humairah macam tu? Abang tahu kan hubungan kita macamana?"
"Bie tahu hubungan kita di mana. Tapi Bie tak boleh nak tipu sayang dah. Lama sangat dah Bie pendamkan." Sambil mula berbual, tangan Munir masih menyuap Liya.
"Sepanjang hampir 5 bulan kita berjauhan, setiap saat sayang ada aja dalam hati Bie. Lepas kita putus haritu, Bie tak pernah buang sayang dari hati Bie. Cinta Bie masih tetap kuat pada Sayang. Tak pernah berkurang sampai lah sekarang." Munir meluahkan perasaanya..
"Abang... jangan lah macam ni. Jangan buat Humairah rasa serba salah boleh tak? Abang tahu kan Humairah baru aja disakiti. Baru seminggu abang... baru seminggu..." air mata Liya mula berguguran.
"Syyyyy.... dah jangan macam ni. Ok..Ok..Abang tak akan ungkit lagi. Biarlah masa yang tentukan." dengan menggunakan jari, Munir mengelap air mata Liya di pipi.
"Abang... batal dah wudhuk Humairah..." Liya merungut.
"Opsss... Sory. .. abang terlupa." Jawab Munir sambil tersenyum.
"Abang... Lepas kita putus tu abang merajuk bawa diri ke mana?" Liya bertanya.
"Mula-mula tu abang dihantar ke Ipoh. 3 bulan abang dekat sana. Lepas tu abang dihantar pulak ke Raub. Sampai lah sekarang. Memang abang mintak kalau ada tugasan, Abang mintak yang jauh. Sebab abang nak jauh dari Humairah."Munir bercerita.
"Kenapa Raub?" Liya bertanya kehairanan.
"Mana lah abang tahu. Dah di arahkan bertugas situ, Abang ikut aja lah. Kenapa sayang tanya? Opsss... Sory. Humairah"
"Tak pe. Ikut selesa abang lah nak panggil apa. Abang tahu tak Raub tu kampung Humairah?"
"Haa?? kampung sayang ke? Ya Allah... mana abang tahu. Kalau abang tahu, Abang tak ambik tugasan dekat situ."
"Tak pe. Dah bertugas pun kan. Takkan nak cabut lari lagi? Kena marah pulak nanti dengan ketua IPD. Baru abang tahu." Liya mengusik Munir.
"Di Raub ni takde lah pulak dapat arahan berapa lama abang bertugas macam tempat lain. Lama lagi kot."
"Ok lah tu.. Boleh Humairah jumpa abang selalu." Jawab Liya sambil tersenyum.
"Sayang nak balik Raub ke lepas ni?" Munir bertanya.
"Haah.. Nak tenangkan fikiran dan tenangkan jiwa. Rindu sangat dengan mak pun Ye. ..Kesian mak sorang diri kata kampung." Kata Liya.
"Mak sayang ibu tunggal ke?" Munir bertanya.
"Haah. Sejak Humairah kecik lagi. Sampai lah sekarang mak tak nak cari pengganti ayah." Jawab Liya.
"Apa sayang cakap tadi? Boleh jumpa abang selalu? Biar betul ni? Abang tak salah dengar kan?" Munir berpura-pura kurang pasti.
Humairah tak menjawab. Hanya sekadar mengangguk dan tersenyum.
"Macama tak percaya aja itu ayat sayang. Ke sayang nak kita couple balik?" Munir menduga Liya
"Abang... Kita mulakan semula dari bawah boleh tak? Kita kawan dulu macam Mula-mula kita kenal dulu." Liya meminta.
"Alaaaa... ingat nak ajak abang couple balik macam dulu. Rindu nak manja dengan sayang." Munir mengusik.
"Merepek lah abang ni.. Biarlah masa yang tentukan di arah mana hala tuju hubungan kita ni selepas ni. Buat masa ni hati Humairah tawar sangat untuk layan soal hati ni. Hati ni dah hancur berkecai dah rasanya. Harap abang faham." Liya berterus terang.
"Abang faham... Faham sangat. Tengok ni..dalam sedar tak sedar sambil sembang, sayang dah habis makan. Alhamdulillah... Abang Happy sangat sayang selera makan macam ni." Kata Munir.
"Sebab ada yang suapkan. Kalau suap sendiri ni tadi, Humairah dah tolak tepi rasanya. hahaha.." Liya menjawab.
"Amboiiiii. .. Sempat bergurau Ye..." Munir mengusik sambil senyum.
"Lamanya Humairah tak tengok abang senyum macam ni. Ye lah... macamana lah nak nampak kan. Orang tu merajuk tak nak jumpa kita dah. Baru hari ni jumpa." Giliran Liya pulak mengusik.
"Habis tu...orang tu yang dah tak nak jumpa orang sini kan... tu yang orang sini bawa diri dan bawa hati yang terobek tu jauh-jauh." Munir menjawab dalam nada bergurau.
"Sebab orang sana sakitkan hati orang sini kan. Tu yang halau suruh pegi jauh. Tahu-tahu je jumpa orang tu dekat sini." Liya membalas sambil senyum.
Selepas itu mereka ketawa serentak.
Dalam pada Munir mengemas bekas makanan yang dimakan oleh Humairah tadi, Datang seorang jururawat membawa ubat.
"Cik.. ini ubat demam dan antibiotik. Cik dah makan kan? Boleh lah makan ubat ni. Lepas tu bila air dalam botol ni dah habis, cik maklumkan kepada saya Ye sebab nak kena tambah lagi." pesan jururawat tu.
"Baik nurse. Terima kasih." Liya menjawab.
"Sayang.. Abang nak tanya... Bunga tu siapa bagi. Sayang kata jangan bagitahu sesiapa. Macamana pulak boleh ada yang bagi bunga?" Munir bertanya.
"Kenapa? Cemburu?" Liya mengusik.
"Sikit lah.. Ye lah.. dari dulu sampai sekarang tak berkesempatan lagi abang nak bagi sayang bunga. Ni tiba-tiba ada pulak yang lebih awal bagi. Cemburu lah juga." Munir meluah rasa
"Eeeeehhhhh.... buat muka macam tu.. buruk lah.. hilang hansem tu." Liya mengusik hidung Munir. Munir hanya tersenyum dengan perlakuan Liya.
"Abang angkat Humairah lah yang bagi. Doktor Hakim. Humairah kenal dia sejak Humairah tingkatan 1 lagi. Humairah dah anggap dia macam Abang. Tak lebih dari tu pun."
"Oooohhhh... Doktor Hakim ke.. Dia ada datang lah tadi?"
"Ada.. hantarkan minum petang. Dia nak belikan makanan tadi, Tapi Humairah tak bagi. Humairah kata nanti akan ada yang bawak kan makanan. Jadi sambil minum petang sambil sembang kosong aja."
"Dia tak bertugas ke petang ni?"
"Dia dah habis kerja sebab dia dah lebih 24 jam kerja. Ni katanya esok pagi baru masuk kerja semula."
Terus riak wajah Munir berubah.
"Kenapa ni? Takkan cemburu lagi. Humairah takde apa-apa hubungan serius pun lah dengan dia. Dulu memang Humaira rapat dengan dia. Dia Humairah anggap macam abang aja." Liya memujuk Munir.
"Itu tanggapan Sayang pada dia. Dalam hati dia Humairah tak tahu." Munir merungut.
"Heeiiiii.... Tak eloknya lah buat muka panjang macam tu. Kata nak buat Humairah happy. Ni abang datang buat muka stress macam ni, macamana lah Humairah nak happy." Pipi Munir dilempang lembut.
"Sory sayang. Tersinggung sikit abang bila tengok bunga tu. Sepatutnya abang yg bagi." Munir meluah rasa.
"Dah lah... cuba senyum sikit bagi Humairah ni tenang sikit. Abang nak Humairah balik cepat kan? So.... tunjuk muka happy tu dekat Humairah sekarang." Liya mengusik hidung Munir.
"Sayang pandai aja nak pujuk abang kan. Sepatutnya abang yang pujuk sayang. Ini dah terbalik pulak." Mereka sudahnya ketawa serentak.
"Sekarang ni sayang makan ubat pulak. Kalau tak nanti lagi lambat nak balik."
"Ok lah doktor Munir." Liya mengusik Munir.
"Salah tu.... Tuan Inspector Munir..."
"Haah... Lah... Lupa. Baik Tuan Munir." Liya buat lagak tabik hormat.
"Dah lah sayang. Nah air. Makan ubat tu."
Selesai makan ubat, Liya dan Munir sambung berbual dan bergurau.
Dalam pada tak sedar tingkah laku mereka diperhatikan oleh seorang jururawat.
"Untung pesakit yang namanya Atiliya ni. Dalam pada tengah sakit pun ada yang sayang dan prihatin. Aku juga yang melepas. Tak sangka Doktor Hakim ni rupanya dalam diam dah ada buah hati. Cantik pulak tu. Patut juga lah jual mahal sangat. Hmmmm... nampak bahagia aja kan mereka tu? Tapi lelaki ni siapa pulak? Macam rapat juga dengan Atiliya. Takkan dia ni pasang ramai?" Aini bergumam sendiri sambil tongkat dagu.
"Oooiiiii.... Cik Aini. Menung apa tu? Beria sangat tengok couple tu dah kenapa?" tegur Doktor Indra
"Takde lah doktor. Bukan ke Atiliya tu girlfriend doktor Hakim. Kenapa lelaki tu pun macam rapat juga dengan Atiliya?" Aini bertanya kehairanan.
"Atiliya ni ramai yang sayang sebenarnya tau tak Aini sebab dia ni seorang yang baik. Rasanya ada ramai lagi yang sayang dia cuma dia aja yang tak tahu." kata Indra
"Saya tak faham apa maksud doktor. Atiliya tak tahu yang dalam diam ramai yang ada hati dan sayang dia? Macam tu?"
"Sebenarnya saya pun dah lama juga kenal dengan Atiliya ni. Cuma saya kenal dia dari jauh lah. Saya pun kenal Atiliya ni dari dia tingkatan 1 juga macam Hakim. Cuma Hakim dari sekolah sebelah tapi saya satu sekolah dengan Atiliya. Saya berani perhatikan dari jauh aja. Tak berani nak tegur. Sebab masa tu ada seseorang yang tengah kejar dia juga. Satu kelas dengan saya."
"Wahhhh... Special betul Atiliya ni Ye sampaikan ramai yang kejar." Aini seakan teruja dengan cerita doktor Indra.
"Dia ni sebenarnya tak suka layan lelaki. Memang jenis ulat buku macam Hakim. Kalau layan pun sebab terpaksa. Ramai juga yang makan hati sebab gagal dekat dengan dia." cerita Indra.
"Termasuk doktor Indra?" Aini mengusik
"Saya cuma mampu tengok dia dari jauh aja masa tu. Malu nak dekat sebab ramai dan rata-rata kawan-kawan yang ada niat nak cuba nasib tapi gagal nak dekat. Hampir dikatakan dia kategori sebagai sombong lah. Tapi saya tak fikir macam tu. Dia memang tak sombong. Dia lemah lembut aja orangnya. Sopan dan berbudi bahasa sangat. Tapi saya tak lama kenal dengan Atiliya ni sebab lepas tu saya kena pindah sekolah. Tu sebab Atiliya tak kenal saya."
"Walaupun kenal tak lama, doktor masih ingat lagi dengan muka dia?"
"Paras rupa dia tak pernah berubah pun Aini sejak bangku sekolah lagi. Tu semalam bila dia dimasukkan dalam wad kita ni saya terkejut. Saya takut salah orang. Terus saya tengok nama penuh dia untuk kepastian. Memang sah dia lah Atiliya yang saya kenal satu sekolah dulu. Bila Hakim cerita pasal Atiliya ni dekat saya 3 minggu lepas, lagi lah saya terkejut. Tapi Hakim tak tahu yang saya kenal dengan Atiliya juga."
"Haiiiii... Doktor Indra. Pernah ada hati juga ke dengan pesakit ni?"
"Tak salah kan pendam sendiri. Bukannya dia tahu pun."
"Hai..untungnya Atiliya. Cemburu saya dengan dia."
"Dah lah. Jangan jadi kaki sibuk. Buat kerja tu." Indra menegur.
Aini hanya tersenyum mendengar teguran Doktor Indra.
"Sayang... waktu melawat dah nak habis ni. Abang nak kena balik. Esok tengahari abang datang balik. Nak makan apa-apa tak nanti abang bawak kan?"
"Entah.. bawak aja lah apa-apa asalkan boleh dimakan."
"Sebelum tu... Abang nak Sayang ambil ni semula. Senang abang nak Call dan tanya apa yang perlu dibawa nanti." Munir menghulurkan bag kertas yang pernah satu ketika dahulu diberi kepada Liya.
"Nak kena ada juga ke?"
"Wajib. Kalau ada apa-apa senang."
"Ok Tuan Munir. Terpaksa lah juga kena terima. Dah kena paksa kan." Sambil senyum Liya sambut pemberian Munir.
Liya terus keluarkan dan teliti isi dalamnya.
"Abang tak ubah apa-apa pun dalam ni?"
"Tak... buat kenangan untuk abang bila rindu dengan sayang."
"Abang...."
"Abang nak balik ni. Esok abang datang balik. Abang Call jangan tak angkat tau. Siap lah kalau tak nak angkat."
"Kalau Humairah tengah dekat tandas, tak kan nak berkejar angkat pulak. Abang ni pun...Agak-agak lah.."
"Ye...abang tahu lah. Saja nak usik sayang aja. Nak solat nanti boleh ambil wudhuk sendiri tak?"
"Rasa macam ada tenaga sikit kalau nak banding masa masuk sini tadi. Insyaallah... Humairah boleh. Slow slow lah nanti."
"Abang nak balik ni. Jangan nakal tau. Bye... Assalamualaikum..." Sebelum berlalu, Munir mencium umbun-Umbun Liya yang beralaskan tudung tu.
"Abang... apa tu?" Liya terkejut dengan tindakan Munir.
Munir tak menjawab dan hanya senyum sambil kenyit mata sebelah dgn Liya.
"tengok tu.. Waalaikumsalam. .. Hati-hati memandu. Kirim salam semua. Bye.."
Sebaik sahaja Munir hilang dari pandangannya, Liya capai telefon pemberian Munir dan dengan segera menukar wallpaper telefon itu. termasuk di aplikasi yang lain. Liya tak mahu sesiapa tahu hubungan sebenarnya dengan Munir sebelumnya
Share this novel