BAB 23

Romance Series 17488

Abang Azlisham...
Terima kasih kerana hadir dalam hidup Liya. Abang muncul dalam hidup Liya secara tiba-tiba saat Liya sedang serabut dengan masalah. Namun suara dan celoteh Abang membuatkan Liya berasa tenang dan gembira. Lupa sekejap akan masalah yang Liya tengah hadapi. Tapi jujur Liya kata, Liya masih belum bersedia untuk buka hati Liya ini untuk Abang. Untuk Liya serahkan hati ini kepada Abang, biarlah Liya serahkan dengan hati yang ikhlas, tulus dan jujur sepenuhnya dalam menyintai Abang. Bukan dalam keadaan terpaksa.
Abang Azlisham..
Saat Liya pertama kali terpandang Abang, memang hati Liya terusik sedikit. Namun Liya tak pasti hati Liya itu terusik ke arah mana. Liya jatuh suka dengan Abang, saat Liya pertama kali mendengar suara Abang. Setiap hari Liya akan menantikan celoteh Abang. Suara Abang buatkan Liya gembira dan tenang. Ada masanya Liya akan rindukan celoteh Abang andai sehari tak dengar. Namun ianya rindu tak pasti apa.
Abang Azlisham..
Berikan lah Liya masa dan ruang untuk mengenali Abang. Liya seakan rasakan yang Liya sedang menyayangi Abang tapi sayang yang ke arah mana, Liya tak pasti. Liya takut sebenarnya untuk bercinta buat kali kedua kerana sakit luka yang Liya tanggung kini masih belum mampu terubat lagi. Andai Abang pandai merawatnya sehingga sembuh dan pandai mencuri hati Liya ini, insyaallah hati ini akan jadi milik Abang. Itu janji Liya.
Abang Azlisham..
Liya harap Abang mampu bersabar menanti Liya.
Berusaha lah sehabis daya andai Abang benar-benar berhajat untuk dapatkan hati Liya.

Salam sayang dari Liya..
NurAtiliya Humairah.

Selesai membaca surat Liya, Sham terbaring di atas katil. Kemudian sham capai kertas dan pen. Dia mula menulis bagi menjawab balas akan surat kiriman Liya.

Atiliya..
"Abang tetap akan tunggu Liya sebab Liya dah curi hati Abang. Dari hari pertama Abang nampak Liya lagi hati Abang ni Liya dah curi. Abang akan cuba sedaya upaya Abang untuk rawat hati Liya. Abang tahu yang ianya bukan suatu yang mudah untuk merawat hati Liya. Namun Abang akan tetap mencuba. Cinta Abang terhadap Liya dah tak ada batasnya lagi. Dari hari ke hari selepas Abang luahkan perasaan ni pada Liya, cinta Abang pada Liya semakin mendalam. Sedalam mana, Abang tak tahu nak ungkap dengan kata-kata. Abang harap sangat yang Abang tak bertepuk sebelah tangan selepas ini. Abang harap Liya akan berganding bahu untuk tepuk tangan bersama Abang.
Atiliya..
Ambillah selama mana pun masa yg Liya nak ambil, Abang akan tetap menunggu. Jangan rasa terpaksa untuk terima Abang. Abang nak biarlah perasaan cinta tu hadir dalam hati Liya secara semulajadi. Bukan dengan paksaan. Biarkan buat masa ini hanya Abang sahaja yang menagih cinta dari Liya asalkan Liya tak terus tinggalkan Abang.
Abang tunggu Liya..

Salam sayang dari Abang
AZLISHAM

selesai menulis, Sham terus masukkan dalam sampul surat khas. Sedang dia menyimpan surat itu ke dalam bag kerjanya untuk diserahkan kepada Liya. esok..

"Azli.. Azli.. Isma datang tu. Nak ajak kamu keluar katanya." Ibunya mengetuk pintu sambil memanggil Sham.
"Ye. Ibu.. Kejap lagi Azli jumpa dia. Terima kasih Ibu." tak lama lepas tu kedengaran ibunya menyampaikan pesanan kepada Isma.
Selepas bersiap pakai seluar dan tukar baju, Sham keluar berjumpa Isma. mereka bersalaman dan terus masuk kereta.
"Susah betul aku nak jumpa kau sekarang ye sham. Sibuk sangat ke?"Isma bertanya.
"Takde sibuk mana pun. Cuma sekarang ni tengah sibuk nak dapatkan hati Liya. Liya ni macam susah sikit hatinya tu nak terbuka untuk aku."
"Kau dah terus terang kan dekat dia? Kenapa pulak boleh susah?" Isma berasa pelik dengan kenyataan Sham.
"2 Hari sudah aku baru dapat tahu yang Liya ni rupanya baru aja dikecewakan 2 bulan yang lepas. Ex dia tiba-tiba kena tangkap basah dan dipaksa kawin dengan keluarga dia dengan perempuan lain."
"Dua bulan lepas?? Bukan ke masa tu kau baru kenal dengan dia.??"
"Haah.. masa tu aku baru aja nak kenal dengan dia."
"Time kau nak usha tu, dia baru putus lah ye? Laaa... Tapi ok lah juga tu. Peluang untuk kau dapatkan dia lah pulak kan.."
"Masalahnya liya ni macamnya tak masuk hati dia kalau aku guna ayat merayu aku tu. Sebab tiap kali dia balas,ayat dia macam kaku. takde perasaan"
"Kau ni pun sham.. Orang baru patah hati. Memang lah kaku hati dia. Kau guna ayat power macamana pun lah.. Memang tak masuk lah."
"Tu lah.. aku tengah buntu ni. Takde idea cara mana nak pancing dia bagi suka dekat aku."
"Ok.. Hobi dia apa?"
"Yang aku perasan Liya suka dengar lagu dengar radio selain dari suka baca novel."
"Dengar lagu dan radio?? Aku rasa.. Apa kata kau mainkan lagu yang berkait dengan hati kau dekat dia. Apa perasaan kau dekat dia, kau alih pada lagu. Lebih kurang lagu merayu lah macam tu.."
"Macam cantik jevidea kau tu. Haritu aku ada lah juga try mainkan, kata member aku dia macam layan cuma dia tak menghayati lah lagu tu. Cuma layan biasa aja."
"Kau try aja dulu dalam seminggu dua. Kau mainkan lah tiap hari. tapi jangan ulang dalam sehari tu. Nanti ada yg bosan pulak dengar. Lagi satu.. skali skala kau bagi nota kejutan yang ringkas dekat dia sebagai bagi kata semangat atau luahan hati kau ke.. Ringkas tapi bermakna."
"Ok.. esok aku akan mula try. Apa-apa feedback aku bagitahu nanti.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience