BAB 61

Romance Series 17488

"Dia ada dalam wad ni juga ke? Boleh tak aku ziarah dia?" Munir meminta izin dari Indra.
"Jom aku bawakan dekat dia." Indra mempelawa Munir.
Terus Indra bawa Munir ke wad Sham.
"Assalamualaikum.. Sham. Aku bawak tetamu ni." melihatkan Sham sedang menikmati juadah minum petang Indra memberi salam.
Sambil menjawab salam dan memerhatikan tetamu yang dimaksudkan Indra. Sham berkerut muka dan melihatkan riak terkejutnya.
"Inspektor. Kenapa ada dekat sini? Atau inspektor ziarah Liya?" sambil bercakap Sham mengurut dadanya.
"Eh.. Sham. kau ok tak ni?" Indra terkejut melihat keadaan Syam yang tiba-tiba lain bila melihat Munir. Terus Indra memeriksa keadaan Sham.
"Aku tak apa-apa Indra. Cuma terkejut sikit. Kau jangan risau. aku memang macam ni kalau terkejut tiba-tiba." Sambil Sham mengurut dada nya yang perit tiba-tiba.
" Ini tak normal tau Sham. Aku yang rawat kau..aku tahu keadaan kau macamana." Sambil tu Stateskop Indra bergerak seluruh dada Sham bagi memeriksa keadaan Sham.
"Maaf kalau kedatangan saya buat En Sham tak ok." Munir meluahkan rasa bersalah nya.
" Takpe. Tuan memang nak jumpa saya kan.. Silakan duduk. Saya akan ok sekejap lagi bila saya dah rasa tenang. Silakan duduk tuan. Boleh kita sembang panjang." Sham menjemput Munir.
Sambil mengangguk setuju kepada Munjr, Indra memeriksa nadi pergelangan tangan Sham. Munir datang mendekat dengan katil Sham dan duduk di kerusi di sebelah katil Sham.
"Sham kenal saya?" Munir terkejut apabila Sham mengenalinya.
"Saya pernah nampak Tuan datang berjumpa Liya sekali dan nama tuan inspektor selalu meniti di bibir kalangan rakan setugas saya sebelum saya bersama Liya." Sham bercerita.
"Kiranya Sham tahulah kisah saya dan Atie?" Munir minta kepastian
"Yg saya tahu Tuan adalah bekas teman lelaki Liya yang telah membuatkan Liya menderita buat pertama kalinya sampaikan saya sendiri nak mencuba nasib menjadi perawat luka hati dia pun ambik masa lama."
"Jadi.... en Sham lah insan baru yang Atie maksudkan sebagai pengganti saya?" Munir bertanya..
"Seawal saya mengenali Liya, saya langsung tak tahu yang Liya sedang bersama seseorang. maksudnya masa tu Liya sedang bersama Tuan. Saya cuma pernah sekali melihat Tuan berjumpa Liya. Saat tu saya hanya mampu jadi pemerhati sepi dari jauh yang dah mula jatuh hati dekat Liya secara senyap. tak lama selepas itu saya lihat Liya dah mula tak ceria dan selalu termenung. Rakan setugas yang paling rapat dgn Liya merahsiakan sebab kenapa Liya berkeadaan macam tu. Sampai lah saat saya memberanikan diri buat Kiriman nak berkenalan dengan Liya. Liya terima saya sebagai rakan biasa seawal perkenalan kami.. Saya setuju.. sejak Itu saya mendapat perkhabaran dari sahabat baik Liya yang Liya dah dikecewakan oleh Tuan. Hatinya terluka yang teramat sampaikan susah dah untuk dia buka hatinya untuk sesiapa. Termasuk saya." Sham mula bercerita.
"Macamana keadaan Atie selepas kami berpisah?" Munir bertanya.
"Saya pernah lihat Liya menangis dalam pelukan sahabat dia selepas Tuan berjumpa dengan Liya semula. Saya tengok Liya menderita. cerianya dah hilang. Saya mampu tgok dari jauh aja. Saya tak berani dekat dgn Liya waktu tu disebabkan kami masih belum berkenalan masa tu. Saya tak nak tgok Liya berterusan sedih macam tu, jadi saya ambik peluang hiburkan dia dgn lagu² kegemaran Liya merujuk pada risikan saya pada kawan baik dia... Alhamdulillah..lps tu Liya beransur pulih semangat dia dan mula ceria. Selepas tu baru saya berkenalan dengan Liya lebih rapat." Sham sambung ceritanya.
"Terima kasih Sham sebab berjaya ceriakan Atie semula. Saya pun sebenarnya menderita juga selepas kejadian yg buatkan kami terpaksa berpisah secara mengejut tu. Saya di perangkap dan langsung terperangkap yang buatkan saya tak boleh nak buat apa-apa untuk pertahankan diri sendiri." Munir perjelaskan keadaan sebenar nya.
"Kenapa tuan tak jelaskan hal sebenar pada Liya." Sham bertanya.
"Tak sempat saya nk jelaskan. Atie dah tolak saya mentah². Atie dah tak nak terima saya. Atie tak nak jumpa saya langsung. Sampai lah saya bercerai. Saya cuba jumpa Atie untuk jelaskan yang saya dah kembali sendiri. Saya rindu sangat dengan Atie masa tu... Saya nak dapatkan kembali hati dia yang dah saya remukkan. Ternyata Atie dah tak nak terima saya. Dia bagi tahu dia dah temui seseorang yang boleh buat dia kembali bahagia. Selepas pertemuan tu saya mohon dengan ibu pejabat UTK buat pertukaran tempat bertugas. Hati saya turut hancur masa tu menyebabkan Atie merana. 3 bulan saya bawa diri di rantau orang untuk pulihkan semangat saya. Nyata saya tak boleh nak buang Atie dari hati saya sampai lah sekarang... Saya tetap masih sayangkan dia... Cinta saya pada Atie tak pernah mati... Sentiasa aja ada." Munir tertunduk dalam nada suara yang agak sebak.
"Maafkan saya Tuan. Saya juga gagal untuk buat Liya bahagia. Saya juga dah hancuarkan hati dan perasaan Liya." Sham juga turut sama merasa sebak.
"Sham... Munir... semua yang berlaku pastinya ada hikmahnya.. Yang pasti disebabkan peristiwa ni AtieLiya dapat berjumpa semula saya dan Hakim yang dah terpisah begitu lama. Saya juga adalah salah seorang peminat misteri Atie zaman sekolah kami dulu. Hakim pun begitu. Kami terpisah disebabkan kami melanjutkan pelajaran. Semua ni dah Allah aturkan... Ada hikmahnya walaupun dalam keadaan Atie macam sekarang ni.." Indra sambung bercerita sambil memeluk bahu mereka berdua.
"Sham.. kenapa kamu berpisah dengan Atie? Kenapa sampai Atie menderita macam ni?" Munir minta kepastian kepada Sham.
Sham sambut sambil tersenyum tanpa jawapan.
"Tunggu masa yang sesuai nanti saya akan ceritakan kepada tuan. Kesihatan saya tak mengizinkan saat ni nak ceritakan semuanya." sambil mengurut dada Sham menjelaskan.
"Sham..saya nak jumpa Atie. Awak nk ikut sekali?" Munir mempelawa.
"Takpe. Tuan. pergi lah jengok Liya. Saya hanya mampu jengok dari jauh aja. Saya tak nak bahayakan Liya lagi. Cukup lah sebelum ni saya dah letakkan situasi Liya dalam bahaya." Sham menjawab. Munir berkerut mendengarkan jawapan Sham.
Selepas bersalaman Munir bergerak menuju ke wad Liya. Manakala Indra ke tempat dia bertugas.
sesampai di wad Liya..
"Abang pergi mana? Lama menghilang." Liya bertanya sebaik melihat Munir masuk.
"Abang jumpa kawan baru masuk wad ni juga kat wad lelaki. Itu yang lama hilang tu." Munir membuat penjelasan.
"Abang.. hujung minggu ni abg kena ada tau. Kalau abg tak datang, Atie tak nak jumpa abg lagi." Liya membuat ugutan. Munjr terkejut lalu memandang Hakim.
"Lupa nak bagitahu tadi. Sabtu ni kami akan diijabkabulkan di sini juga. Kita aja kalangan keluarga. keluarga dari saya cuma mak n ayah aja. yg lain akan tengok secara live Streamyx di rumah family masing2." Hakim bercerita dalam wajah ceria.
"Alhamdulillah... semoga urusan kamu berdua dipermudahkan.." sambil itu Munir bersalaman ucap tahniah kepada Hakim dan mencium ubun-ubun Liya. Pada saat itu hati Munir bagai disentap bila mendengar perkhabaran itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience