BAB 47

Romance Series 17488

Sham masih tidak berputus asa dalam usaha memujuk Liya.
"Sayang.. cara mana lagi abang nak pujuk sayang. Dah buntu abang dibuatnya. Jangan lah buat tak tahu dekat abang macam ni. susah hati lah abang. Sayang pun dah mengelak nak jumpa dengan abang sekarang. Jangan lah siksa abang macam ni sayang.. tolong lah maafkan abang.." Sham merayu dan memujuk.
"Apa yang abang buat ni kan, memang susah untuk Liya maafkan. Hati Liya ni sakit sangat-sangat tau.Liya tak pernah rasa sesakit ini tau? Liya tak boleh nak terima alasan tu semua." Liya melepaskan geram
"Sayang.. dah berapa kali abang dah jelaskan dekat sayang. Abang dengan dia langsung takde apa-apa hubungan. Semua tu lakonan semata untuk kaburkan mata calon pilihan keluarga dia. Tak lebih dari tu pun."
"Cukup lah abang. Dah penat Liya dengar alasan tu. Liya dah tak nak dengar lagi.
"Sayang.. jangan lah macam ni.. Serabut abang. Kalau sayang berterusan macam ni."
"sebelum nak buat kerja tu semua, ada abang fikir apa akibatnya kalau Liya dapat tahu? Ada abang fikir apa perasaan Liya bila semua ni berlaku? Tak.. Abang tak fikir kan? Suka hati aja buat keputusan kan? Kalau abang buat hal di luar tanpa pengetahuan Liya, lantak lah abang situ sebab Liya tak nampak. Ini abang buat depan mata Liya. Apa tujuan abang buat semua tu? Saja nak cari masalah dengan Liya?" Liya melepaskan geram yang terbuku di hatinya.
"Sayang.. Sayang dah tak cintakan abang lagi ke?"
"Cinta yang abang tanya? Sebelum kejadian ni Liya pernah luahkan dekat abang yang Liya dah bersedia untuk jadi suri hati abang kan? Cuma Liya belum sepenuhnya bersedia. Liya dah hampir nak bersedia tau? Kalau Liya kata dah bersedia, maknanya apa? Mestilah Liya cintakan abang sepenuh hati Liya. Tapi bila abang buat hal macam ni, sedikit demi sedikit hati Liya makin tawar. sekarang ni Liya rasa lebih sakit hati dari rasa sayang."
"Sayang.. sayang nak tinggalkan abang ke?"
"Abang fikir lah sendiri."
Tiba-tiba kedengaran suara perempuan sayup-sayup panggil nama Sham. Bila di toleh...
"Abang Sham... abang kena tolong Ida kali ni.. abang kena juga tolong Ida."
"Ida.. jangan pegang abang macam ni.." Sham cuba menepis pegangan tangan Perempuan tu.
"Abang.. Jom kita kawin lari.. Ida tak nak lah mak ayah kawinkan Ida dengan lelaki tua tu. Ida takde selera langsung dgn org tua tu."
"Ida.. dulu kita dah bincang kan.. Apa yang kita buat dulu lakonan semata untuk bagi orang tua tu tak suka Ida. Sekarang ni kenapa pulak tiba-tiba nak ajak abang kawin? Abang dah cakap kan yang abang dah ada makwe dan abang dah nak kawin dengan dia?"
"Sebab Ida dah jatuh sayang dekat abang. Ida dah jatuh cinta dekat abang. Tu sebab Ida nak kawin dengan abang."
Bila mendengarkan perbualan Sham dengan perempuan itu, hati Liya semakin remuk. Hatinya semakin sakit. Lalu Liya melangkah pergi tinggalkan sham bersama perempuan itu.
Sham menyedari kepergian Liya. Dengan pantas Sham berlari mendapatkan Liya..
"Sayang... sayang.. Sayang dan salah faham ni.. Abang langsung takde perasaan dekat dia.. Abang berani bersumpah. Abang tak tahu kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu.."
"Dah lah Abang.. Suka hati abang lah nak buat apa.. Liya dah tak nak ambik tahu lagi. Dah lah..jangan cari Liya lagi..Tolong lah...'
Selepas itu Ida mendapatkan Sham semula.
"Abang kenapa kejar perempuan ni? Apa hubungan abang dengan dia? Aaahhhh.. tak kisah lah.. Apa yang Ida tahu Ida nak kawin dengan abang. Kawin seberang pun takpe. Asalkan Ida tak kawin dengan orang tua tu.. Tolong lah Ida ni abang..." Ida masih merayu.
"Ida.. Ini lah makwe abang yang abang kata nak kawin dengan dia tu. Itu sebab abang tak nak ikut cadangan Ida tadi. Disebabkan Ida lah hubungan abang dengan makwe abang huru hara sekarang ni."
"Dah lah Sham.. Liya dah tak nak teruskan lagi semua ni. Awak ikut lah dia. Dia lebih bersedia dari Liya." Liya rentap tangannya dari pegangan Sham dan berlari naik untuk bertugas semula.

setelah Liya menghilang, Sham berlari ke belakang bangunan dan menjerit sekuat hatinya sambil menangis.
"Abang Sham.. Ida dah tak sanggup lah nak teruskan rancangan ni.. Kesian Liya. Ida tak sampai hati tau."
"Aku terpaksa kena buat dia benci aku Ida.. Memang itu rancangan aku. Tapi aku sendiri pun tak kuat. Hati dia hancur, aku lagi tambah hancur tau tak? Sakittttt... sangat rasanya ni."
"Ida yang tak sanggup tengok Liya kecewa macam tu. Rasa bersalah sangat ni tau. Ida perempuan, mestilah Ida faham sangat perasaan dia sekarang. Ida dah tak nak teruskan rancangan ni Sham. Sham cari lah orang lain untuk teruskan rancangan ni. Ida takut nanti dalam pada berlakon, Ida yang menangis.. Rosak rancangan ni nanti.. Tolong lah Sham. Ida undur diri dari rancangan ni. Nanti Ida bagitahu Isma." Ida menepuk bahu Sham dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Sham sendirian.
Sham terus termenung sendirian. Fikirannya , jiwanya berkecamuk.

Di tingkat atas....
"Awal Liya naik. Tak rehat ke?" Mira bertanya
"Takde selera nak makan." Liya menjawab ringkas.
Mendengarkan nada Liya Agak berlainan, Mira mengintai riak wajah Liya...
"Liya... Liya bergaduh lagi ke dengan Sham?"
Liya tidak menjawab dan hanya mengangguk. Kelopak matanya dah mula bergenang dan akhirnya mula membasahi pipinya...
Mira terus mendapatkan Liya dan memeluk rakan setugasnya itu.
"Kenapa Sham buat Liya macam ni kak... Kenapa Sham siksa Liya macam ni.."Sambil menangis Liya meluah rasa.
"Akak takde jawapan pada soalan Liya tu. Jawapan tu ada pada Sham. Liya tanya lah dia"
"Nak pandang dia pun Liya dah benci. Apa lagi nak pergi bertanya.. Memang tak lah.."
"Liya.... sebelum buat apa-apa keputusan, siasat dulu. Nanti salah buat keputusan, buruk padahnya."
"Nak siasat apa lagi kak Mira. Semuanya berlaku depan mata Liya. Tadi masa Liya tengah bertekak dengan Sham, perempuan tu datang ajak Sham kawin lari. Katanya dia dah jatuh hati dekat sham. Nak cepat kawin dengan Sham. Nak siasat apa lagi kak. Bukti depan mata kan?" sambil teresak menangis Liya bercerita.
Mira terdiam. Dia tak tahu lagi cara mana lagi untuk menenangkan Liya.

Ketika itu Said dan Musli hanya melihat situasi Liya dari jauh...
"Said.. sedih aku tengok Liya macam tu. Macamnya keadaan dia kali lebih teruk dari dia lepas putus dengan polis tu."
"Kau ingat aku tak sedih. Rasa sakit tau hati aku ni tengok dia tersiksa macam tu. Liya tu dah macam adik aku. Susah gembira dia aku dapat rasa."
"Nak aja aku cakap dekat Sham supaya batalkan rancangan dia tu. Tapi bila aku fikir balik, bahaya pulak untuk Liya. Serba salah jadinya. Bukan apa.. Aku tak sanggup lah tengok Liya menangis tiap hari macam tu lepas bergaduh dengan Sham lepas Sham mulakan rancangan dia tu."
"Kita tak boleh nak masuk campur dalam hal ni Mus. Kita hanya mampu pandang aja walaupun kita rasa sakit hati dengan apa yang berlaku skrg ni. Aku pun kesian dengan Sham. Dia lagi teruk deritanya. Terpaksa berkorban seluruh jiwa dan hati dia demi nak menjayakan rancangannya tu. Bukan tak sakit Mus.. sakit tau bila terpaksa berkorban ni."
"Entah lah said. Kita pandang aja lah. Dengan Sham kita bagi kata semangat aja supaya dia tak cepat mengalah."

Ketika tiba giliran Mira keluar rehat, tinggallah Liya sendirian.
Fikiran Liya sangat berkecamuk ketika itu memikirkan apakah bakal pengakhiran hubungannya bersama Sham.
"Liya sayang abang.. Liya masih sangat cintakan abang.. tapi apa yang berlaku ni susah sangat Liya nak terima. Apa yang perempuan tu mengaku dengan abang, menambahkan lagi sakit di hati Liya ni. Abang dah rosakkan kepercayaan Liya selama ni. Apa yang berlaku hari ini dah membuatkan Liya makin tawar untuk jadi suri hati abang yang pernah Liya lafaskan dulu. Abang dah makin rosakkan segala-galanya yang pernah kita janjikan dulu. Liya kecewa sangat sekarang ni dengan abang." sambil duduk di lantai bersandar pintu stor, Liya termenung dan berbicara sendirian. dalam pada itu air matanya masih tetap mengalir.

Tanpa disedari Liya, dalam keadaan sembunyi Sham memandang Liya dari tempat persembunyiannya.
"Sayang.. hancur sangat hati abang ni bila tengok sayang menderita macam ni. Cepat lah sayang tinggalkan abang. Lagi cepat sayang tinggalkan abang, lagi mudah untuk sayang lupakan abang. Walaupun hati abang sendiri semakin hancur. Abang tak sanggup untuk berpura-pura lagi. Abang takut nanti dalam kepura-puraan abang tanpa abang sedar abang menangis depan sayang." disebalik persembunyiannya itu Sham juga turut menagis. Jiwanya rasa sakit sangat bila insan tercintanya itu menderita angkara perbuatannya sendiri yang direka.
"Yang macam abang pernah luahkan dekat sayang dulu. Abang akan tetap cintakan sayang biarpun kita telah terpisah. Abang sangat-sangat cintakan sayang. Demi keselamatan sayang, biarlah abang yang berkorban asalkan sayang tidak terkorban. Sayang.. abang rindu sangat dengan sayang. Namun semuanya terpaksa abang pendamkan."
Sedang Sham memandang Liya, Tiba-tiba Ida datang menemui Liya.
"Eh!? Ida!? Apa dia nak buat tu? Kau jangan nak macam-macam Ida." perlahan-lahan Sham keluar dari persembunyiannya dan bersembunyi tidak jauh dari department Liya utk mendengar perbualan Liya dan Ida

"Assalamu'alaikum.. Maaf ye sis. Saya ganggu sekejap masa sis. Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan Sis. Berkenaan saya dan Sham." sebaik sampai di hadapan Liya, ida terus mula berbicara.
Liya berkerut muka sambil menjawab salam Ida.
"Kenapa dengan Awak dan Sham? Apa kena mengena dengan saya pulak?" Liya kehairanan
"Yang macam Sis dah tahu tadi masa dekat bawah. Saya memang betul-betul nak kawin dengan Sham. Saya harap sis jangan kacau Sham lagi. Sebab Sham akan jadi milik saya tak lama lagi." Ida memberi penegasan
"Ok.. kalau awak dah betul bersedia untuk jadi isteri Sham, baik... Saya akan lepaskan Sham. Saya akan tinggalkan Sham. Saya harap awak boleh bahagiakan Sham. Untuk memudahkan segala urusan awak dan Sham, saya akan pergi jauh dari hidup Sham dan tak akan muncul lagi dalam hidup dia. Awak ambil lah dia. Jaga dia sehabis baik." Liya memberi kata putus.
"Terima kasih. Tolong lepas ni jangan kacau Sham lagi. Saya dah tak nak awak dekat dengan Sham lagi selepas ini." Ida memberi amaran.
Selepas itu Ida berlalu pergi meninggalkan Liya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience