BAB 2

Romance Series 17488

"Adoiiii... apasal lah Abang Said ni bagitahu.. Malunya lah kalau DJ tu datang menghadap aku nanti. Apa aku nak borakkan. Haaiiiihhhh... menyesal betul lah tanya dekat Abang Said tadi. Ada baiknya aku diam² intai sendiri dekat kaunter DJ tu kan boleh. Takde lah malu sendiri macam ni... Alaaaahaaiiiii... Liya... Liya.. kenapa lah tak fikir panjang dulu sebelum bertindak." Liya bergumam sendiri. Mukanya terasa panas menahan malu. Berkali-kali kedua² pipinya di tepuk² dan digosok² cuba menghilangkan rasa malunya.
Liya langsung tak menyedari yang ketika itu tingkah lakunya sedang diperhatikan sedari tadi oleh seseorang sambil tersenyum.
Selepas perkhabaran itu, Liya mula rasakan apa juga yang dilakukan jadi serba tak kena. Report jualan yang dibuat seringnya berlaku kesilapan.
"Apa dah jadi dengan aku ni? Serba tak kena aja ni. Adoiiii... Liya.. please keep calm. Bertenang Liya... Bertenang.. please don't be too panic." Dadanya diurut berkali² cuba menghilangkan gemuruh dan debarannya. Dia menyedari yang dia bakal tersua dengan DJ itu masa rehat minum petang nanti. Maka itu pelbagai andaian yang muncul dalam benak fikirannya.
"Liya... sudah-sudah lah buat report tu. Tinggalkan lah dulu. Nanti lepas rehat sambung balik. Kata tadi nak belanja abang Mus makan. Jom lah. Dah waktu rehat kan ni.." Teguran Musli membuatkan Liya tersedar dari lamunannya.
"Laa... dah rehat ke? Tak perasan pulak." Jam di pergelangan tangan kirinya dipandang. Buku report ditutup dan terus Liya mendapatkan Musli.
"Nak belanja abang makan apa hari ni?"
"Ikut suka abang Mus lah. Kita makan dekat gerai Bonda."
"Ok.. Jom."
Selepas punch card keluar rehat, Mus dan Liya jalan beriringan sambil rancak berbual.
Selepas buat oder, mereka kembali rancak berbual. Dalam pada rancak berbual, Liya merasakan seakan dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Sambil berbual matanya cuba memerhati sekitar gerai diandaikan dapat dikesan siapa yang dalam diam memerhatinya secara sembunyi.
"Liya tengah cari siapa tu? Dari tadi abang tengok Liya macam cari orang aja?" melihatkan tingkah laku Liya yang agak berbeza hari ini, Musli menegurnya.
"Entah lah Abang Mus. Liya rasa macam Liya ni diperhatikan. Tu yang Liya cuba cari siapa yang buat kerja diam² tu. Tapi tak jumpa lah pulak.
"Wahhh... Dalam diam Liya dah ada peminat misteri ye." sambil menyedut minumannya Musli mengusik Liya.
"Tu lah masalahnya. Siapa dia tu. Tak best tau kalau jadi mangsa skodeng macam ni. Seram tau Abang Mus."
Mus hanya ketawa sambil menggeleng kepala.
"Abang tak akan bagitahu Liya siapa yang sedang perhatikan Liya saat ni sebab abang dah janji dengan orang tu yang abang akan terus rahsiakan selagi dia tak berterus terang dengan Liya. Sory Liya." Musli berbisik dalam hati sendirian sambil mulutnya rancak berbual dengan Liya.
_________________________________

Sebaik sahaja masuk dalam kamar beradunya, Sham menghempaskan badannya di atas katil bujangnya yang sederhana empuk itu sambil mengeluh. Lengan kirinya diletakkan di dahinya. Pandangan matanya di halakan ke arah siling yang terhampar putih di atasnya.. Fikiran Sham terimbau kembali kejadian petang tadi di tempat kerjanya. Tanpa dijangka di hari pertamanya bertugas jiwa halusnya diusik seseorang. Hatinya mula terpikat. Memang dia tak nafikan yang dia sememangnya sebelum ini pandai memancing dan memikat gadis² menggunakan ayat² powernya. Hinggakan dia dikenali di kalangan rakan sekeliling sebagai mat romeo. Namun bila terpandang gadis ini, getaran jiwa dirasakan aneh. Keberanian yang seringnya dapat perhatian gadis² seakan hilang ditiup angin. Dia menjadi gemuruh dan gentar untuk bersua dan berhadapan dengan gadis itu. Keayuan gadis itu memang telah mengusik jiwa mudanya, namun keistimewaan yang ada pada gadis ini membuatkan dia agak gentar dan hilang keyakinan untuk berterus terang. Jantungnya akan berdegup laju setiap kali melihatnya. Raut wajah gadis itu kini sering bermain di dalam mindanya..
"Azlisham... Azlisham... Ibu dah panaskan lauk tu. Lepas mandi nanti turun makan ye. Ibu nak masuk tido dah ni."
ketukkan pintu dari ibunya membuatkan Sham tersedar dari lamunan.
"Ok ibu.. Nanti Azli turun makan. Ibu masuk tidor lah. Dapur tu nanti Azli kemas."
Selepas itu Sham terus mencapai tuala dan membersihkan dirinya. Selesai makan dan kemas apa yang perlu dia selesaikan di dapur, Sham kembali baring dan sambung lamunannya yang terganggu dwngan panggilan ibunya tadi.
"Nur Atiliya Humairah... Indah disebut, sedap didengar dan mengasyikkan bila dipandang. Langsung tak jemu untuk dipandang selalu. Tapi kenapa dengan dia ni aku jadi gugup ye? Kenapa aku tak berani nak jumpa dia secara langsung? Seriusly kenapa aku jadi macam ni ye? Mana perginya keberanian aku selama ni? Adoooiiiii.... Sham!!! apa dah jadi dengan kau ni haaa??" Dahinya yang tak sakit itu diketuk². Pipinya di tampar². Kemudian bantal yang dikepalanya ditarik dan ditekup ke mukanya. Malu pada dirinya sendiri menyelubung mindanya..
"Bodoh lah kau ni Sham.. memang bodoh. Apasal lah dengan dia ni kau jadi penakut. Mana pergi title Mat Romei yang kau pegang selama ni? Huhhh!!!"
Sham memarahi dirinya sendiri sambil ketawa kecil.
Dalam pada sedang berkhayal, tanpa sedar dia terus terlena dibuai mimpi indah bersama gadis itu.
Tiba² lenanya terganggu dengan bunyi jam loceng di sebelahnya. Dalam separuh sedar, jarinya meraba-raba di kepala katilnya bagi mematikan bunyi jam loceng yang membingitkan cuping telinganya. Beberapa minit kemudian pintu biliknya diketuk dari luar.
"Azlisham... Bangun.. Jom solat subuh jemaah. Kejap lagi nak masuk waktu dah ni."
"Ok ibu... kejap... Azli nak mandi dulu. Dah siap nanti Azli join skali."
Menjadi rutin dan amalan bagi keluarga Sham mengamalkan solat subuh setiap hari secara berjemaah. Bukan sahaja Subuh, malahan di waktu solat yang lain juga andai masing2 ada masa terluang bersama. Seringnya Sham akan bergilir dengan Ayah dan adik beradik lelaki yang lain menjadi imam.
Sham merupakan anak kedua dalam 5 adik beradik. Dia mempunyai Seorang kakak, 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan.
"Azli hari ni kerja shif pagi atau petang?" Sambil melipat sejadah bersama ibunya, ayahnya bertanya.
"Hari ni Azli Fullday ayah. Pagi sampai malam. Kenapa ayah tanya?"
"Saja ayah tanya. Sebab sebelum ni Azli kan kerja ikut waktu pejabat. Bila dah kerja jadi DJ dekat pasaraya ni mestilah waktunya tak sama."
"Haah.. tak sama. Kena masuk sebelum 10 pagi. Balik 10 malam. Itu kalau fullday. Kalau shif pagi kerja sampai 7 malam aja. Kalau shif petang pulak masuk sebelum 1 tengahari dan balik 10 malam."
"Sebelum pergi kerja, jom keluar sarapan dengan ayah. Lama ayah tak keluar sarapan dengan Azli"
"Boleh aja ayah. Sebelum Azli pergi kerja, kita sarapan dekat warong Wak Ijam. Boleh?"
Haji Azmi tersenyum sambil mengangguk tanda setuju. Dah lama sebenarnya Haji Azmi berhajat untuk keluar bersantai lepak menghabiskan sisa tuanya bersama anak lelaki bujangnya itu. Namun kesibukan anak lelaki sulongnya itu berkerja di luar kawasan membuatkan keinginannya disimpan jauh di lubuk hatinya. Selepas Sham maklumkan yang dia bakal kembali bertugas di daerah dan kampung halamannya sendiri, hati Haji Azmi berbunga riang. Sekurang kurangnya sekembalinya Sham ke sisi keluarganya, dapatlah membantu Haji Azmi sedikit sebanyak menguruskan tanah pusaka keluarganya itu. Haji Azmi sudah semakin uzur. Dia tidak mampu lagi untuk menguruskan sendirian. Tenaga dan kudrat tuanya tidak mampu lagi untuk berkerja kuat.
"Ayah.. Jom kita pergi. Ibu... oh Ibu.. Azli dengan ayah keluar sarapan dekat gerai Wak Ijam dulu ye." Dari luar rumah Sham melaung memberitahu ibunya yang sibuk di dapur.
"Haaa... ye lah. Jangan lupa sebelum balik singgah kedai belikan mak kopi dengan gula. Ayah kamu terlupa nak belikan semalam."
Mendengarkan pesanan ibunya itu Sham memandang ayahnya yang menunggang di belakangnya sambil tersenyum.
"Patut lah ayah ajak Azli sarapan luar. Takde bahan nak buat air rupanya ye... Ayah.. Ayah.." Ayahnya hanya tersenyum mendengar bebelan anak bujangnya itu.

Sesampainya di warung, Sham terus membuat pesanan kepada Wak Ijam.
"Wak.. bagi saya mee goreng satu, teh tarik satu. Untuk Ayah wak buatkan macam biasa lah. Wak tahu kan?" Wak Ijam menganggukkan kepala tanda memahami.
"Azli.... Bila Azli nak bawakan calon menantu untuk ayah dan ibu. Dah lama sangat Azli membujang ni. Umur pun dah masuk 30an. Tak sabar dah kami nak terima menantu ni."
"Apa ayah ni.. Azli belum jumpa jodoh yang sesuai lah.. Masih mencari. Sabar lah ayah.. kalau dah jumpa yang sesuai nanti Azli kenalkan dekat semua family. ok ayah?"
Haji Azmi hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala mendengarkan alasan Sham itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience