BAB 26

Romance Series 17488

Semenjak itu Sham semakin galak memainkan lagu-lagu rayuan itu dan tak kurang juga merayu terus merayu, pujuk dan terus memujuk agar cintanya terus diterima melalui surat. Lama kelamaan Liya kalah dengan perasaannya sendiri. Pintu hatinya kian terbuka untuk Sham sedikit demi sedikit. Lama kelamaan juga kian melupakan Munir. Tanpa Liya sedari hatinya kian dicuri oleh Sham. Bila sekali sekala berada di samping Sham, liya merasakan amat bahagia dan seringnya jantungnya berdegup laju. Lirik pandangan dan renungan mata Sham membuatkan Liya tak mampu untuk membalasnya. Seakan renungan itu terus merayu dan terus merayu untuk Liya sambut cintanya. Hatinya berdebar kencang bila Sham lakukan itu terhadapnya. Jiwanya bergetar saat mata itu terus merayu.. Liya kian kalah dengan panahan perasaan dan jiwa Sham.
Liya cuba menafikan yang hatinya bukan untuk Sham, namun di lubuk hatinya mengatakan sudah sampai masanya untuk ruang hatinya yang kosong itu kembali di isi. Gambar yang pernah sham berikan di saat pertama kali Sham meluahkan perasaannya dulu Liya lihat dan tenung. Berkali-kali Liya bertanya dirinya sendiri adakah benar dia dah mula menyintai Sham? Nama Sham berkali-kali disebut untuk dia mencari jawapan. Hatinya seakan rasa bahagia bila nama AZLISHAM itu terus meniti dibibirnya. Bahagia yang dirasakan amat berlainan dari apa yang pernah Liya rasai ketika bersama Munir satu ketika dahulu.
"Rasanya dah sampai masa untuk aku berikan jawapan. Tak salah kan beri peluang untuk hati ini bahagia kembali?" Liya berbicara sendiri.
Liya capai pen dan kertas, lalu mencoretkan jawapan yang diperlukan oleh Sham. Sambil tersenyum Liya melakarkan ayat yang indah buat Sham baca.
Selesai menulis, Liya masukkan sampul surat Yang nak diberikan kepada Sham ke dalam bag kerjanya.
Kebetulan Sham dan Liya masuk shif yang sama. Maka mereka beriringan masuk ke dalam bangunan bersama.
"Hai.. Manis Liya hari ni? Ada apa-apa yang menarik ke hari ni?" Sham bertanya.
"Nah.. Macam biasa." Liya serahkan surat yang ditulis malam tadi kepada Sham.
"Aik?? Selalunya ada orang tengah bagi dekat abang. Ini Liya sendiri yang bagi ni.. Lain macam aja ni?"
"Kta punch card masuk kerja dulu ye.. Lepas tu suka hati abang lah nak buat apa dekat surat tu." Liya memberi pesanan dan terus berlalu masuk ke department nya.
Mendengarkan pesanan Liya Sham terus ke konti dan mencari sudut yang agak tersorok untuk membaca surat pemberian Liya..

Khas buat insan pencuri hati..
Azlisyam..
Jutaan maaf Liya susun jari ini kerana ambil masa yang terlalu lama untuk buat keputusan.
Abang memang pencuri yang hebat. Tak pernah kenal erti putus asa dan tak pernah jemu untuk dapatkan hati Liya. Sungguhpun cara abang agak unik dalam memancing dan meendapatkan hati Liya, namun usaha abang tak sia-sia. Abang berjaya jua mencuri hati beku Liya ini.
Abang Azlisham..
Liya tak pandai nak menyusun ayat yang bermadah pujangga. Cukuplah kalau Liya nyatakan yang Liya kini TELAH BERSEDIA UNTUK TERIMA KEHADIRAN ABANG DALAM HATI LIYA. BERSEDIA UNTUK ABANG BERTAHTA DI HATI LIYA. ABANG DAH PUN BERJAYA CURI HATI LIYA.. Abang tolong jaga hati Liya tu sebaiknya tau.. Jangan biarkan hati Liya tu terluka lagi. Andai hati Liya tu terluka lagi, makanya nanti tak akan lagi Liya bukakan untuk sesiapa. Akan liya tutup serapatnya selepas ini.
Abang Azlisham..
CINTA dah mula bersemai di hati Liya untuk abang. Abang tolonglah jaga dan bajakan ia sebaiknya agar ianya terus hidup subur dan sihat Ye? Liya sayang abang sepenuh hati dan jiwa raga Liya..
SEMOGA JAWAPAN INI AKAN MENAMATKAN PENANTIAN ABANG SELAMA INI.

Penyeri hatimu,
NURATILIYA HUMAIRAH.

Sebaik aja Sham selesai membaca, Sham membuat nota untuk diberikan kepada Liya.. Sedang Sham melakar nota, Said datang menyerahkan senarai info yang perlu Sham keudarakan selepas ini..
Melihatkan Said datang, Sham terus peluk Said..
"Eh.. eh.. Kau ni dah kenapa Sham? Dah kena sampuk ke apa ni? Lain macam happy nya ni?" Said terkejut dengan tindakan mengejut Sham.
"Liya dah bagi jawapan said.. Ya Allah..macam nak terbang aku rasa."
Sham hulurkan surat Liya tadi kepada Said. Said terus baca.
"Wowww.. ayat Liya. Menusuk qalbu aku trus rasanya.. Tahniah Sham. Penantian dan usaha yang berbaloi.. Lepas ni kau jaga dia elok-elok. Kau buat hal dengan Liya, siap kau. Kena kau dengan aku nanti. Aku sayang adik aku tu tau." Said memberi nasihat fan amaran kepada Sham.
"Ye.. Aku janji. Emmm... kau naik nanti, tolong bagi nota ni dekat Liya."
"Ok... Ni rehat tak sama dengan kami lah ye?"
Sham tak menjawab haya tersenyum sambil menggeleng.
"Yelah.. orang dah ada buah hati mana nak ingat kami ni lagi dah.."
"Kau ni Siad.. bagi lah can kami nak berdua pulak. Asik makan ramai-ramai aja. Tak feel couple pulak nanti."
"Ye lah... Aku gurau aja lah.. Ni kejap lagi bila aku naik atas aku bagi Liya. TAHNIAH SHAM.." Said bersalaman dan memeluk Sham sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience