"Adik Along tak lama lagi nak jadi isteri orang. Along nak Atie cepat sihat dan bagi Along anak buah yang comel-comel." Izah yang kegembiraan terus memeluk Liya.
"Along...Hakim baru melamar Atie. Nikah pun belum lagi tau..Apa lah Along ni.." wajah Liya kemerahan menahan malu sambil menjeling ke arah Hakim. Hakim hanya sambut sbil tersenyum.
"Tak sabar Along nak bagitahu mak berita gembira ni. Abang.. apa kata kita balik kampung jumpa mak hari ni juga." Dengan riak tak sabar Along minta pendapat Rusdee. Rusdee yang mendengar pertanyaan Izah disambut dengan terkejut dan hairan. bergilir wajah Liya, Hakim dan Izah dipandang.
"Along... Atie baru aja sedar. takkan lah nak terus sampaikan berita ni dekat mak.. Gelojoh lah Along ni.." Liya menegur.
"Berita baik, perkara baik kan.Mana boleh tangguh. Lagi cepat berlangsung lagi baik. Betul tak abang Long nya?"
Rusdee yang semenjak tadi berfikir cuba untuk membuat keputusan pada permintaan Izah tadi hanya memandang Izah sambil Angguk tersenyum.
"Hakim.. Dalam 2 hari ni jagakan Atie boleh? Along berdua nak balik kampung buat urusan yang patut." Rusdee membuat permintaan kepada Hakim.
"Takde masalah lah Along. Insyaallah.. Dah jadi tanggungjawab saya jaga Atie. Mungkin saya akan bergilir dengan Munir kalau keadaan terpaksa." Hakim membalas.
"Along. Jangan bagitahu mak situasi Atie dekat sini ye. Mak ada darah tinggi tu. Takut mak terkejut. Bagi tahunaja Atie sibuk buat masa ni uruskan hal yang perlu." Liya berpesan kepada Izah dan Rusdee.
"Tak lah..Along takkan bagitahu.. Along faham. Atie jangan risau ye..tahu lah nnt macamana nak bagitahu mak."
"Terima kasih Along"
"Atie jaga diri tau sepanjang Along takde 2 hari ni.Hakim... Jaga elok-elok adik Along tu. Jadi apa-apa dekat Atie, siap kau." ugut Izah dalam nada bergurau.
"Ye Along...Amanah di sahut." jawab hakim sambil buat tabik hormat.
selepas itu semua ketawa serentak...
Izah dan Rusdee pun meninggalkan ruang menuju ke haluan keluar.
"Sayang... Kalau abang segerakan pernikahan kita, sayang setuju?" Hakim bertanya
"Kenapa nak cepatkan? Gelojoh lah abang ni.. Tak boleh tunggu Atie sihat dulu ke?" Liya terkejut dengan permintaan Hakim
"Abang bukan gelojoh. Abang nak jaga Atie tanpa sebarang halangan. Abang nak jaga Atie dalam keadaan halal. Bila belum halal macam ni, semuanya terbatas. Aurat sayang semua terbatas untuk abang jaga." Hakim membuat penjelasan.
Liya terdiam cuba mencari kepastian.
"Atie serahkan keputusan kepada abang. Atie ikut aja. Asalkan baik untuk Atie dan abang." Liya menjawab.
"Abang cuba segerakan urusan pernikahan kita sebelum tarikh pembedahan sayang. Sayang setuju macam tu?" Hakim bertanya.
"Atie ikut aja. Buat masa ni Atie tak mampu nak berfikir secara berat. Abang buatlah apa yang terbaik untuk kita" Liya menjawab.
Mendengarkan jawapan Liya, Hakim tersenyum puas. Selepas mendengar jawapan Liya, Hakim terus mengeluarkan handphone nya dan mendail no seseorang di hadapan Liya. Sambil mendail jemari Liya di ambil dan di cium lembut.
"Assalamualaikum... sahabat lama. Kau buzy tak sekarang? Kalau tak buzy, datang jumpa aku dekat hospital sekarang boleh?" Setelah itu Hakim diam mendengarkan jawapan dari sana.
"Cantik lah.. boleh tak tolong bawakkan untuk aku borang permohonan nikah. Nanti dah sampai sini aku cerita kat kau kenapa aku mintak bawakkan borang tu." Hakim diam lagi sambil tersenyum dan jemarinya masih menggenggam jemari Liya. Liya hanya memerhatikan Hakim dalam kehairanan.
Setelah selesai berbual di telefon, dengan wajah ceria sekali lagi jemari Liya di cium berkali kali.
Liya semakin pelik dengan gelagat Hakim.
"Abang dah kenapa ni?? Happy sangat. Atie dengar tadi abang suruh kawan abang bawak borang nikah sekali. Untuk siapa tu?" Liya bertanya kehairanan.
"Nanti kawan abang sampai, sayang akan tahu kenapa abang mintak tu semua dekat kawan abang." Hakim menjawab
"Abang ni kan... buat perangai pelik betul lah hari ni. Satu demi satu abang buat kejutan dekat Atie tau. Kejap lagi kejutan apa lah yang abang nak buat ni." Liya merungut.
"Sayang jangan nak beratkan fikiran tu tau. Biar abang aja yang berfikir. Sayang rehat aja free kan minda tu." Hakim bertegas.
"Macamana lah Atie tak berfikir. Abang berperangai pelik sangat hari ni. Terkejut Atie tau. Tak sampai 24 jam abang jaga Atie, dah macam-macam keputusan yang abang buat." Liya meluah rasa.
"Sayang....Abang buat semua ni untuk kita tau. Kali ni abang tak nak lagi lepaskan sayang. Dah lama sangat abang tunggu peluang ni tau." hakim meluah rasa
"Maksud abang?"
Hakim menarik kerusi merapatkan kedudukan ke arah Liya. Hakim mengambil jemari Liya disatukan menjadi satu dicelahan jemarinya.. Ditarik dalam nafasnya dan dihembus perlahan cuba mencari semangat untuk menjelaskan apa yang Liya harap.
"Abang sebenarny dah jatuh hati dekat sayang sejak hari pertama abang nampak sayang di perpustakaan awam tu. Sayang banyak kali melintas dekat abang dan abang sempat pandang lencana sekolah sayang. Bila dah tahu yang sekolah kita berjiran, sejak tu abang siasat pasal sayang. Abang mintak sorang kawan abang yang sama sekolah dengan sayang merisik pasal sayang." Hakim bercerita.
"Siapa kawan abang tu? Mana lah tahu kalau Atie kenal." Liya mahukan kepastian.
"Hasnol. Ketua kelas 4 Sains."
"What??? Abang Hasnol??? Dia spy abang??"
Hakim mengangguk sambil tersenyum.
"Patut lah dia asyik datang berborak dengan Atie aja. Sambil tu dia dok beria pikat kawan Atie. Ada udang sebalik batu rupanya ye... Tak patut betul lah abang ni.." Lengan Hakim dicubit Liya melepas geram.
"Sakit lah sayang... Dari Hasnol.lah abang dapat info pasal sayang. Abang tengok sayang suka pegi perpustakaan tu sendiri. Abang diam-diam intai sayang suka ambil buku apa. Dan pinjam buku apa. Tak sangka sayang minat baca buku yang sama macam abang.. Dari Situ abang cuba nak dekati sayang tapi abang takut. Sebab abang dapat info yg sayang ni jenis kurang nak layan dengan lelaki yg sayang tak biasa. nampak sayang macam sombong dan garang.. Memang susah sayang nak senyum. Tapi skali sayang senyum... Hasnol pun tak tahan tengok kata dia." Hakim mula bercerita.
"Abang Hasnol cakap macam tu ke? Amboiiii... Nasib baik dia tak pikat Atie sebab dia dah tahu abang nak dgn Atie. Kan?" Liya bertanya bersahaja sambil menjeling Hakim.
Hakim Tak menjawab. Sekadar tersenyum.
"Masa abang pertama kali tegur Atie tu maknanya abang dah kenal Atie lebih awal lah maksudnya?" Liya bertanya.
Hakim mengangguk sambil senyum.
"Ingat tak yang sayang jatuh tergelincir masa nak balik dari perpustakaan tu?" Hakim bertanya.
"Haaa... yang tu Atie ingat sangat... aduhaiii.. malu nya Atie masa tu. Kebetulan pulak abang ada dekat belakang. Tak sempat Atie jatuh terlentang, abang sambut Atie dari belakang dengan abang sekali jatuh terduduk. Atie jatuh atas tiba abang... Adoiiii...merah padam muka Atie masa tu." sambil bercerita Liya memegang pipinya menahan malu bila terkenang peristiwa tu semula.
"Hahaha...betul. Merah padam muka sayang masa tu. Cepat-cepat sayang bangun mintak maaf dengan abang." Hakim ketawa bila terkenang juga peristiwa tu.
"Sakit tau punggung abang masa tu. Dah lah masa tu baru lepas reda hujan. Laluan pulak licin.Tapi abang tahan macho lah depan sayang pura-pura tak sakit. Awek idaman depan abang kan..mana boleh kantoi yg abang tgh sakit." Hakim cuba mempertahankan diri.
"Ye lah tu... Macamana abang boleh tiba-tiba ada dekat belakang Atie masa tu?" Liya bertanya bila terkenang kejadian tu.
"Entah. Hati abang tak sedap masa tu bila tengok sayang nak gerak balik. Abang pandang sayang. Hati memang tak sedap. Terus abang kemas buku-buku abang dan ikut sayang dari belakang. Hati tu rasa macam nak tegur. Abang pun jalan lah laju cuba nak kejar sayang. Dah nak sampai betul-betul dekat sayang, abang tiba-tiba hilang imbangan. Kebetulan juga sayang pun sama. Abang jatuh tergelincir betul-betul belakang sayang. Masa yang sama sayang pun jatuh sama tapi atas riba abang.. Aduhhh... senak terus abang tau sebab sayang jatuh betul-betul atas ehem abang.. tapi sakit abang jadi terlupa bila sayang pegang peluk abang masa jatuh tu. Dengan sayang pandang tepat dekat abang... aduh.. nak luruh rasa jantung abang tau. Laju gile jantung abang berdegup masa tu."
"Eeeiiiii.... gatal lah abang ni.."Liya mencubit Hakim tapi hakim mengelak dan memegang tangan Liya.
"Sejak tu lah kita mula berkenalan dan berkawan rapat." Hakim menamatkan ceritanya.
"Abang tahu tak masa tu sebenarnya ada sorang budak lelaki yang sebaya abang pun tengah cuba Tackle Atie?" Liya bertanya.
"Abang tahu. Hasnol ada cerita. Abang anggap ia persaingan aja lah. Siapa berjaya dapat pikat sayang kira hero lah. Abang cuba nasib aja.Abang nampak dia cuba nak apit sayang. Sayang pun layan dia dalam keadaan terpaksa kan tak nak dia buat kecoh dan malukan sayang dekat sekolah, betul tak?" Hakim bertanya.
"Haah... Gila lah dia tu. Nasib baik dia dah pindah sekolah masa mula rapat dgn abang tu. Kalau tak.. mahu gak dia buat gila dengan abang. Sebab jales Hahaha." Liya bercerita
"Sebab abang tahu dia dah takde tu lah abang beranikan diri nak rapat dengan sayang." Hakim menjawab
"Ooooo.... pandai abang kan." kata Liya.
"Abang nak sangat luahkan perasaan abang dekat sayang masa tu sebab abang makin lama makin kuat sayang dekat sayang. Abang makin angau dengan sayang. Bila tak jumpa dengan sayang macam serba tak kena rasanya."
"Kenapa abang tak luahkan masa tu?"Liya bertanya.
"Niat abang terpaksa abang pendamkan bila sayang kata tak nak ada hubungan cinta dengan sesiapa dalam masa tempoh sayang tengah belajar tu. Sayang kata nak tumpu pada pelajaran. Lagi tambah pedih rasa hati abang ni bila sayang anggap abang sekadar abang angkat dan tak lebih dari tu. Luluh hati abang tau. Tapi abang terus bertahan sebab abang tahu sayang pun ada perasaan dekat abang cuma sayang tak pasti sayang yg ada dalam hati sayang tu ke arah mana. Betul tak?." Hakim meluah rasa.
"Betul apa yang abang cakap. Memang Atie makin sayang dekat abang. Tapi tak pasti sayang ke arah mana. Atie tak nak kehilangan abang tu sebab Atie anggap abang sebagai abang angkat Atie. Dirasakan seakan lebih rapat dan mesra bila Atie anggap macam tu." Liya buat pengakuan.
"Abang betul-betul rasa terkilan dan kecewa sangat masa family abang pindah secara mengejut tak maklum dekat abang lebih awal tentang perpindahan tu. Family abang pindah mengejut sebaik aja abang habis kertas SPM terakhir. Dah lah masa tu cuti sekolah. Nak jumpa sayang pun susah melainkan jumpa di perpustakaan. Hasnol pulak takde telefon rumah. Buntu tau abang masa tu."
"Kenapa abang tak bagitahu pada Abang Hasnol aja pasal tu?" Liya bertanya.
"Abang tak sempat nak cari Hasnol untuk beritahu tentang perpindahan abang sekeluarga. Abang ingat nak mintak Hasnol sampaikan pesan kepada sayang. Kenapalah dari awal kita kenal Abang boleh terlupa langsung nak mintak alamat rumah sayang. Kalau tak mesti mudah kita nak berputus surat kan?"
"Tu lah.. Atie pun tak terlintas langsung. Ye lah disangkakan akan jumpa selalu. Tak sangka lah pulak akan berpisah secara tiba-tiba macam tu." Liya meluah juga rasa kesalnya.
"Sayang tahu tak. Sejak berjauhan dengan sayang, abang jadi pendiam. Abang jadi kuat termenung. Sampaikan family abang perasan perubahan abang." Hakim meluah perasaan hampanya.
"Family abang tak tanya ke kenapa abang macam tu?" Liya bertanya
"Tanya juga. Tapi abang tak cakap. Cuma bgtahu takde apa-apa. Tapi sepupu abang dapat agak apa jadi dekat abang. Sedaya upaya dia korek rahsia abang. Sudahnya abang cerita lah juga pasal kita dekat dia.. Sayang tahu ke abang dah pindah masa tu?"
"Abang bagitahu apa pasal kita dekat sepupu abang tu?" Liya terkejut dan terus bertanya.
Hakim tak menjawab hanya tersenyum.
"Eeeeiiiii.... Abang ni kan." Liya mencubit Hakim yang ketika itu Hasnol dah melepaskan genggaman jari Liya.
"Info abang pindah rumah tu pun Atie dapat dari abang Hasnol. Itu pun Dia jumpa Atie di sekolah lepas buka sekolah. Dia usaha cari Atie nak sampaikan hal perpindahan abang." Atie bercerita.
"Abang tak tahu nak cari siapa masa tu sebab family abang berpindah ke Sabah secara mengejut lepas dapat tahu yang arwah nenek meninggal dunia.. Syarikat perniagaan arwah nenek, ayah abang terpaksa ambil alih." Hakim menyambung cerita.
"Abang dapat sambung belajar perubatan di semenanjung kan? Kenapa tak cuba cari Atie?" Atie meluah rasa kesalnya.
"Masa abang cuti sem, abang ada cuba cari sayang. Tunggu dekat pondok bas cari kelibat sayang. Tapi abang tak jumpa. Hampir seminggu tau abang cari sayang. Tak tahu kenapa waktu tu susah sangat nak nampak kelibat sayang. Satu hari tu abang ternampak sayang tengah rancak deting dengan sorang budak lelaki. Baik punya mesra. Sakitnya lah hati abang masa tu tau. Rasanya abang dikhianati sayang. Hancur luluh tau hati abang masa tu. Nak aja abang serang hendap sayang masa tu.Tiba-tiba Hasnol tahan abang dari serang sayang. Dia kata "Kau takde hak nak halang dia Kim sebab dia cuma anggap kau sekadar seorang abang. Tak lebih dari tu. Kau kena ingat tu." dengar teguran Hasnol Abang terus tak jadi. Abang start motor trus bawak diri balik ke hotel. Demi nak cari sayang abang sewa hotel tau yang kononnya nak habiskan cuti sem abang dengan sayang." Hakim meluah perasaan kesalnya.
"Abang pergi mana lepas tu?"
"Abang holiday sendiri lah dekat Terengganu. Habiskan cuti dekat sana." Hakim meluah rasa kehampaannya.
"Abang tahu tak Atie rindu sangat dekat abang bila tiba-tiba abang menghilang tanpa berita. Atie tercari-cari kelibat abang dekat perpustakaan sebaik abang habis SPM. Tapi langsung tak nampak. Atie cuba juga cari dan tunggu kelibat abang di tempat abang biasa lepak dengan kawan-kawan abang. Tetap juga tak jumpa. Atie tak tahu nak tanya dekat siapa tentang abang. Bila Abang Hasnol dapat jumpa Atie dan sampaikan berita tentang perpindahan abang, Hati Atie hancur sangat. Tanya dekat abang Hasnol katanya dia cuma tahu abang berpindah ke Sabah aja. Alamat langsung dia tak tahu. Dia pun dapat tahu pasal abang dari kejiranan abang. Masa tu dia cari abang nak ajak abang buat re-union. Abang Hasnol pun hampa."
"Sayang cari abang juga ke?" Hakim kehairanan.
"Carilah juga sebab abang tak muncul dekat perpustakaan macam biasa kan.. lepas dapat tahu abang dah pindah, Atie dah tak jejak perpustakaan dah. Atie tak nak terlalu rindukan abang bila jejak situ. Sebabnya banyak memori kita dekat situ." Liya menjawab.
"Yang abang nampak sayang couple dengan sorang budak lelaki tu?" Hakim bertanya minta kepastian.
"Atie couple dalam terpaksa tau tak. Dia asyik kejar Atie ke mana pun lah. Sampai dekat depan sekolah pun dia tunggu Atie tau. Dia sebaya abang cuma tak sambung belajar. Macam-macam dia ugut kalau tak nak couple dengan dia. Katanya dia akan buat kecoh dekat depan sekolah kalau Atie tak setuju. Nak tak nak Atie setuju. Tapi Atie tak lama dengan dia. bertahan 3 bulan aja sebab lepas tu Atie dah mula sibuk dengan kelas tambahan dan ujian gerak gempur tingkatan 3. Dia pulak sibuk nak jumpa dating tiap hari tak boleh mis. Mana Atie tahan. Sudahnya Atie putus dengan dia. Atie sehabis terus terang dengan dia. Nasib baik dia boleh terima. Dia mengalah akhir nya. Kami pun putus." Liya bercerita
"Lepas tu sayang takde couple dengan sesiapa ke?" Hakim bertanya.
Liya menggeleng.
"Takde dah. Semua Atie anggap kawan biasa aja kalau yang berhajat tu. Yang macam Atie pernah buat sumpah janji dengan abang dulu. Selagi tak habis belajar selagi tu Atie takkan bercinta. Atie pegang ikrar Atie tu."
"Sayang tak rindu dekat abang ke masa tu?" Hakim bertanya sambil tersenyum.
"Maunya tak rindu. setiap masa tau Atie ingat abang. Sentiasa mengharap abang balik jumpa Atie semula. Abang tu. Kenapa tak cari Atie. Sampai hati kan dah lupakan Atie." Liya bersuara seakan merajuk.
" Lepas abang bawak diri bercuti ke Terengganu tu abang berjanji pada diri abang tak nak ganggu sayang sepanjang tempoh sayang belajar. Lagipun abang pun perlu tumpu pada kuliah abang. Sayang pulak nak buat persediaan untuk SPM. So abang fokus terus dengan sturdy abang lah.."
"Atie pun sama.. sepanjang belajar memang Atie tak igt abang langsung. Atie totally fokus belajar sampai lah habis STPM... Sorry.."
"HAHAHA...Jangankan sayang, abang pun trus terlupa pasal sayang sepanjang abang sturdy. Abang dah mula bekerja pun abang masih terlupa pasal sayang. Abang mintak maaf tau.." sambil tu jemari Liya digenggam dan di cium berkali-kali.
"Sampai hati kan abang dah lupakan Atie. Habis tu sepanjang abang dah lupakan Atie, ada tak yang abang try atau yang cuba-cuba nak try abang?" Liya bertanya bernada seakan cemburu dan tidak puas hati.
"Peliknya tu abang takde hati langsung di lah pulak nak bercinta dengan sesiapa masa tu. Yang try abang tu ramai aja. Abang kan hansem dan macho mestilah ramai yang berhajat kan..hehehe.." Hakim berseloroh sambil mengenyitkan mata kepada Liya.
"Ia lah tu..Atie tak percaya." Liya mencebik mengejek Hakim.
"Kalau tak percaya, sayang boleh tanya.... haaa... ni abang Liya yg sorang lagi ni.. Dr.Indra."
Melihatkan Indra masuk ke dalam ruang wad Liya, nama Indra dipetik oleh Hakim.
"Eh!? Apasal aku masuk aja tiba-tiba nama aku kena petik ni? Anything yg penting?" Indra kehairanan. Sambil berjalan menuju ke katil Liya.
"Atie tak percaya aku takde girl friend sejak sturdy medic dulu. Kau cuba cerita dekat Atie." Hakim menyuruh Indra.
"Oooohh.. pasal itu ke? Haah.. abang sayang Atie ni memang takde awek sejak sturdy dulu lagi sampailah Hakim jumpa Atie semula dekat sini. Yg nak try tu ramai je. Tapi Hakim tolak. Layan macam kawan biasa aja. Abang ada juga tanya Hakim, "tengah tunggu seseorang ke?" Hakim tak jawab. Senyum aja." cerita Indra
"Bila Indra tanya soalan cepumas tu, abang tiba-tiba teringatkan sayang balik. Rindu abang dekat sayang digamit balik semula. Masa tu abang dah habis sturdy dan mula masuk bertugas di hospital." kata Hakim
"Abang berdua sturdy dan bertugas tempat yg sama ke?" Liya bertanya curiga.
"Haah.. kebetulan kami sturdy dan kerja di tempat yg sama. masa yg sama jadi best friend abang juga selepas tu." cerita hakim.
"ok..kita sambung cerita. Hakim pernah mohon cuti tau 3 hari. Abang tanya nak ke mana bercuti? Nak cari seseorang katanya. Abang tanya lah siapa. Tak juga dijawab..Masih gak rahsia." Indra bercerita.
"Abang nak cari siapa masa tu?" Liya bertanya.
"3 hari abang cuti tu abang nak cari sayang lah. Siapa lagi. Abang dapatkan info pasal sayang dengan sepupu abang yang mengajar di sekolah sayang. Dia juga mengajar kelas sayang masa tu."
"Haaa???? Siapa??" Liya terkejut
"Cikgu Hilmi"Jawab Hakim.
"What???? Cikgu Kimia Atie?" Liya minta kepastian.
"Haah.. Bila abang dapat tahu yg dia mengajar kelas sayang, apa lagi...abang tanya lah habisan pasal sayang. Perkembangan pembelajaran sayang." Hakim bercerita.
"Pandai ye abang... pasang spy dalam diam." Liya mencubit Hakim melepas geram.
"Siap dia ada ambil gambar sayang diam-diam secara sorok tau.Ini gambar yang Cikgu sayang tu curi ambik." Hakim keluarkan telefon bimbit nya dan buka galeri gambar dia. Kemudian ditunjukkan kepada Liya. Liya sambut dan meneliti setiap gambar.
Share this novel