Sambil menunggu Sham terjaga, Isma membaca suratkhabar yang dibelinya di kios ruang legar bawah hospital tadi sebelum naik atas.
"Isma.. Said dengan Mus dah lama ke balik?" Sham bertanya dalam suara lemah.
"Dah lama dah. Dah sambung kerja pun rasa aku ni." Isma menjawab.
"Dia orang ganti baju tak?"
"Tak payah lah kau risaukan dia orang tu. Pandai lah dia orang nak belit orang atas nanti. Yang pentingnya kau tu. Jangan nak melasak sangat. Nanti lagi lambat baiknya. Ini tadi Mus ada belikan bubur nasi. Tenghari tadi pun kau tak sempat nak makan masa rehat kan? Sekarang aku nak kau makan dulu. Sambil tu kita sembang." Isma memberi arahan sambil itu bahagian kepala katil dinaikkan bagi memudahkan sham duduk tegak. Meja makan dirapatkan dan air minum di sediakan.
"Ala.. tak boleh ke makan yang nasi biasa je? Tak lalu lah nak telan bubur nasi." Sham menolak untuk makan.
"Jangan nak mengada. Atas arahan doktor ni. Nak cepat baik, kena makan yang lembut dan lembik. Kalau tak nanti bleeding lagi. Nak cepat balik jumpa Liya kan?."
"Ye lah... " Sham pun mula menyudu bubur nasi itu dan disuapkan ke dalam mulutnya.
"Boleh tahan juga sedapnya..Macam bubur lambuk aja rasanya."
Lepas itu Sham dengan berseleranya makan bubur itu sehingga habis.
"Alhamdulilah.. senang hati aku tengok kau sedap makan. Risau juga aku takut kau tak boleh nak makan."
"Yang luka usus aku Isma. Bukan perut dan tekak aku.. Perut aku ni sentiasa aja mintak di isi. Kau ni pun..."
"Ye lah.." Isma menjawab.
"Ada bawak tak barang yang aku pesan? Gambar Liya tu lebihnya yang aku nak..." sambil senyum Saham meminta. Tangannya di tadah.
"Sham.. dalam keadaan macam ni pun kau masih nak ingatkan Liya. Lupakan sekejap Liya tu tak boleh ke? Aku ni tadi dapat aja call dari kau, Aku terus ke sini tau sebab risaukan kau tu sangat. Rumah mak kau pun aku tak sempat nak bagitahu lagi.." Kata Isma dalam nada separuh marah.
"Ok..Sorry lah.. Kau tahu kan perasaan aku dekat Liya macamana? Hidup aku ni memang setiap hari dan setiap ketika akan persiapkan untuk Liya aja. Aku tak nak dengan yang lain lagi dah. Dah tak larat nak cari yang lain. Penat dah nak mencari. Macamana aku nak buang dia dari hati aku ni? Nak buang dia dari hidup aku ni? Aku nak benci dia pun aku tak mampu sebab aku nak benci atas alasan apa? Kalau setakat alasan halangan dari Rusdee tu, sikit pun aku tak goyah. Asalkan dia tak usik Liya." Sham cuba mempertahankan dirinya dalam suara yang masih lemah..
"Habis tu kau nak teruskan juga?" Isma seakan tidak setuju
"Selagi nyawa dikandung badan, aku akan pertahankan selagi mampu. Tapi kalau Rusdee sampai nak libatkan nyawa dan maruah Liya, nak atau tidak aku terpaksa buat keputusan drastik. Walaupun aku yang terpaksa menanggung sakitnya."
"Maksud kau?" Isma seakan rasa pelik dengan ayat Sham.
"Aku ada terima nota ugutan bawah rak konti aku sehari sebelum Liya balik kampung. Dalam nota tu kata kalau aku teruskan juga hubungan dengan Liya, Liya akan jadi korban rogol beramai-ramai."
"What the hell!?!? kenapa kau tak ceritakan ni semua dekat aku?" Isma mula naik angin
"Kau tu kan panas baran. Aku takut nanti kau cari pasal dengan Rusdee. Tu sebab aku tak nak bagitahu apa-apa dekat kau."
"Sampai dah jadi macam ni baru kau nak cerita dekat aku?" Isma marah
"Nota ugutan ada aku simpan lagi dalam pouch bag aku. Kau selongkar lah. Aku pun tak tahu mana said simpan bag aku."
Isma terus membuka almari ditepi katil dan laci. Setelah jumpa, terus diselongkar bag Sham.
"Ini ada gambar Liya? Tak payah lah aku ambik kat rumah lagi." Isma menghulur gambar Liya kepada Sham.
"Kau ni Isma.. Lain yang aku suruh cari lain pulak yang jumpa ye. Ini gambar lama Liya. Yang dekat rumah tu yang terkini.."
"Ok.. aku dah jumpa. Tapi kalau tengok pada cara menulis ni macam india aja yang tulis sebab macam berpusing-pusing tulisannya. Hahaha..Kalau tak pun bangla yang kerja dengan Izah tu?."Isma membelek sambil ketawa
"Eeehhhh..boleh pulak dia gelak. Kau rasa Rusdee pakai Gangster India pulak ke?" Sham cuba buat andaian.
"Kau kenal kan dengan Rusdee. Dia akan buat apa aja asalkan rancangan dia berjaya." Kata Isma.
"Dia nak apa sebenarnya ye Isma? Ke dia nak baham Liya juga?" Sham buat andaian.
"Hishh.. kau ni Sham. Menakutkan aku lah kau punya andaian ni... Tapi tak mustahil juga. Liya tu kan cantik dan seksi orangnya. Hari-hari pulak ada depan mata dia." Isma setuju dengan tanggapan Sham.
"Tahu takpe. Dah lah Izah tu aku tengok makin kecik aja. Makan hati ulam jantung kot dengan Rusdee?" Sham beri pendapat.
"Kau pun perasan ke? hahaha.. Kadang-kadang tu kesian juga aku dengan Izah bila singgah dan tegur dia dekat tempat kerja dia. Aku dulu masa pernah satu kerja dengan Izah pernah lah dalam diam aku ada hati dekat Izah. Ingat nak try nasib lah. sekali Rusdee masuk line. terus terbantut lah aku." Isma terimbau kenangannya yang lalu.
"Laaa.. kau pernah kerja sama dengan Izah ke sebelum ni.Pernah juga ada hati dengan Izah? Amboiiii..Tapi masa tu kau belum kenal dgn bini kau kan?" Sham mengusik.
"Huisshhhh..Aku bujang teruna lagi lah masa tu. Baru nak try-try bercinta. Memang aku pernah kerja sebumbung.. Tapi sekejap lah. Lepas tu aku berhenti sebab dapat kerja gaji lebih tinggi.. hehehe.." Isma bercerita.
"Ni pasal nota ugutan ni. Kau nak aku ambik serius atau abaikan aja?" Sham bertanyakan pendapat Isma.
"Macam ni.. kau nak jumpa Liya kan lepas Liya ambik result ni?" Isma bertanya
"Memang lah nak. Tengah rindu giler ni."Sham menjawab.
"Ok..Macam ni.. Kau jumpa Liya dulu dalam seminggu ni. Kau hadap lah dia setiap hari sepuasnya. Kau buatlah dengan apa cara sekali pun asalkan tak menyalahi agama. Aku tahu kau tu susah nak kawal nafsu bila nampak Liya tu.Lagi-lagi kalau tengah rindu macam ni. Kawal sikit diri tu.."
Sham hanya tersenyum.
"on the way kau balik kerja, aku akan mintak dua tiga kawan aku yang orang sana tak kenal untuk cover kau dari belakang. Lepas seminggu baru kita atur strategi baru. Kalau kau tak diserang hendap, Kau teruskan hubungan kau dengan Liya. Tapi kalau kau diserang teruk, Liya juga dapat tempiasnya nak dijadikan mangsa seterusnya, Kita terpaksa buat perancangan drastik yang kau kena kental. Kau kena kuat semangat."
"Maksud kau Isma??"
"Kau nak ke lepas kau dah dibelasah separuh nyawa, Liya pulak jadi mangsa buas binatang-binatang tu semua? Tak nak kan? So kau kena bersedia untuk tinggalkan Liya. Kau kena lepaskan Liya dan buat Liya bencikan kau. Aku pasti bila Rusdee nampak kau masih dengan Liya, dia akan makin naik hantu."
"Tahu takpe. Tapi mampu ke aku nak buat semua tu?"
"Tu aku kata tadi. Kau kena jiwa kental. Kau kena kuat semangat untuk buat Liya benci kau."
"Aduh...Isma.Dengar macam ni aja aku dah rasa hati aku hancur. Ini lagi aku nak kena buat sendiri."
"Aku akan mintak tolong dengan geng aku yang pandai main peranan untuk buat lakonan tu nanti. Kalau dah sampai tahap terpaksa tinggalkan Liya demi keselamatan dan maruah Liya, nak atau tidak kau kena buat juga." Isma bertegas.
"Aaahhhh... aku tak kuat nak buat semua tu Isma.. Aku tak sanggup.. " Air mata jantan Sham menitis. Selimut di pinggangnya ditarik bagi menyorok wajahnya yang dalam kesedihan. Hatinya dirasa perit sangat dengan cadangan Isma
"Itu sebab aku bagitahu dekat kau perancangan ni lebih awal supaya kau boleh buat persediaan. Aku bukan suruh kau buat sekarang sebab aku tahu sekarang ni kau tengah rindu sangat dengan Liya. Tu sebab kau tak sanggup nak buat. Aku nak kau buat persediaan aja lepas kau dah puas jumpa Liya. Kalau takde masalah, kau teruskan je lah dengan Liya. Tapi kalau timbul masalah berat sampai kau masuk hospital semula dan dikatakan Liya akan dijadikan bahan pemuas nafsu binatang, Masa tu lah kau kena belajar perlahan-lahan lepaskan Liya. Aku tahu.. memang sakit sangat nak buat tu semua." Isma cuba menenangkan Sham
"Ok.. Aku setuju dengan cadangan kau. Demi keselamatan Liya, aku sanggup buat apa pun." Sham kembali kepada normal.
"Ada satu lagi surat aku dapat dari yang tak bernama. cuma ditulis. "TUNANG ATILIYA" Ada aku letak dekat poket belakang. sehelai aja. Itu aku dapat sehari lepas pengurusan rombak jadual penggiliran tugasan kami semua."
Sekali lagi Isma selongkar bag Sham. Bila dah jumpa, Isma baca.
"Betul ke ni? Kau ada tanya Liya?"
"Aku dah tanya Liya. Sudahnya aku yang kena marah dengan Liya. Merajuk terus dia dengan soalan aku tu. Jenuh juga lah aku nak pujuk. Lepas aku dapat pujuk Liya, barulah aku slowtalk dengan dia. Aku cakap lah ada orang mengaku yang Liya ni tunangan orang. Tu yang nak kepastian. Dia pun jawablah dengan nada manjanya tu.. kata.. Kalau Liya ni tunangan orang, buat apa Liya terima abang. Kalau Liya ni tunangan Orang, Baik Liya duduk kampung aja mintak tunang tanggung belanja harian Liya. Buat apa Liya datang jauh merantau. Baik buat persiapan untuk nikah terus. Kata liya..." Sham bercerita.
"Kau ni kan Sham. Kalau bercerita pasal Liya berseri terus muka tu ye.."
"Aku tengah rindu sangat-sangat ni dekat Liya. Cuti sehari je pun aku dah rindu. Ini lagi kena tinggal 3 hari. Lagi lah... Boleh sasau aku rasa. Ini pulak aku kena tahan kat wad. Tambah lagi hari aku tak jumpa Liya. Mesti dia tertanya-tanya bila tengok aku takde dekat konti."
"Sham... Sham.. dalam kepala otak kau tu asyik fikir pasal Liya aja sentiasa. Seminit pun tak pernah tidak. Heeeiiiiiii... Susah kalau dah kemaruk cinta ni."
Sham hanya senyum.
"Aku jaga kau malam ni sebab doktor kata tadi kau tak boleh banyak sangat bergerak. Kalau banyak bergerak, nanti dalam usus tu bleeding balik. So tiap kali nak gerak aku kena tolong waima kau nak ke tandas."
"Huishhhh.. teruknya sampai macam tu kawalannya."
"Kau nak balik cepat jumpa Liya kan? So.. dengar cakap doktor. Tak nak dengar, aku lempang nanti." Isma beri amaran.
"Baju salin kau ada ke?"
"Memang ada aja dalam kereta tu. Aku kan selalu ada show merata ceruk negeri. Dengan Bini aku tadi aku bagitahu yg aku outstation 3 hari."
"Oitttt.. Kau kelentong bini kau Isma?"
"Kata nak rahsiakan dari semua orang. Tu yang aku bohong sunat gak dengan bini aku." Kata Isma sambil ketawa.
"Aku memang standby selalu dalam kereta. Aku ni kan rajin ada show merata. Bini aku pun dah faham."
Share this novel